Rabu, 31 Oktober 2007

kedudukan islam dalam undang-undang malaysia kini

KEDUDUKAN ISLAM DALAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA KINI

Pendahuluan
Apabila kita bercakap soal Islam dalam undang-undang Malaysia, kita tidak dapat lari daripada berbicara tentang 2 perkara utama:
1) kedudukan Islam dalam perlembagaan Malaysia
2) Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya

ini kerana perlembagaan persekutuan merupakan rujukan tertinggi bagi Malaysia. Mana-mana undang-undang yang dibuat yang bertentangan dengan perlembagaan dianggap terbatal. Oleh itu, penulis merasakan suatu perkara yang aneh lagi janggal sekiranya kita berbicara soal Islam dalam undang-undang Malaysia tanpa kita merujuk kepada perlembagaan persekutuan.

Selain itu, penulis juga merasakan perlu untuk menyentuh bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya kita dapat melihat sejauh mana kedudukan Islam dalam undang-undang di negara kita dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaannya.

Skop perbahasan
Kertas kerja ini hanya akan memberi tumpuan kepada kedudukan Islam dalm undang-undagn Malaysia pada masa kini. Perkataan pada masa kini ditafsirkan sebagai selepas kemerdekaan. Jelasnya, penulis akan melihat kedudukan Islam dalam undang-undang Malaysia selepas merdeka (1957) sehingga sekarang.

Kedudukan Islam menurut perlembagaan
Perlembagaan persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Perkara 3 (1) perlembagaan persekutuan ada menyebut : agama Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Pertuntukan ini bertujuan memberi beberapa keutamaan kepada Islam dalam beberapa perkara yang ditetaplan oleh perlembagaan seperti yang berhubung dengan bantuan kewangan untuk meningkatkan syiar Islam, menetapkan Yang Dipertuan Agong selamanya orang Islam, menyerkat dan mengawal penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam dan beberapa upacara rasmi.

Walaupun agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama asmi bagi persekutuan, hakikat tesebut tidak boleh digunakan untuk mengatasi peruntukan-peruntukan perlembagaan yang lain. Ini jelas dinyatakan oleh perlembagaan persekutuan dalam perkara 3 (1): tiada apa-apa dalam perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam perlembagaan ini.

Kedudukan Islam dalam undang-undang Malaysia pada masa kini sebenarnya tidak banyak menampakkan perubahan jika dibandingkan dengan zaman sebelum merdeka. Hal ini jelas berdasarkan kepada penafsiran dan penghukuman yang dibuat oleh Mahkamah Agong dalam kes Che Omar lwn Pendakwaraya (1998) dan Wan Jalil lwn Pendakwaraya (1982). Dalam kes ini, telah dihujahkan bahawa hukuman mati untuk kesalahan mengedar dadah dan kesalahan di bawah akta senjata api(hukuman tambahan) adalah bertentangan dengan agama Islam yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan itu sendiri dan dengan sendirinya terbatal. Hujah yang dikemukakan ialah hukuman itu bukanlah hudud atau qisas. Peruntukan hukuman mati adalah berlawanan dengan undang-undang Islam dan oleh kerana itu ia tidak sah mengikut perlembagaan. Mengikut siaran di akhbar, timbalan pendakwaraya yang hadir bagi pihak pendakwaraya telah mengatakan bahawa belau tidak sanggup menghujahkan sama ada hukuman mati mandatori dalam kes-kes itu berlawanan dengan undang-undang Islam atau tidak. Dalam hubungan ini, Mahkamah Agong menyatakan bahawa perkataan Islam yang terdapat dalam perkara 3 perlembagaan malaysia itu hanya terhad kepada perkara-perkara upacara daan adat-istiadat agama. Dalam kes ini, mahkamah merujuk kepada persetujuan jawatankuasa yang menggubal perlembagaan perkutuan Islam dapat difahami pada masa itu. Maknanya Mahkamah Syariah masih tetap dalam ruang yang sedia ada seperti yang dinyatakan dalam jadual kesembilan.

Dalam dekad 80an, kes-kes yang bidang kuasanya terletak di bawah Mahmakamah Syariah masih boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, para hakim di Mahkamah Tinggi nampaknya ada kecenderungan untuk memutuskan hukuman berdasarkan hukum Islam. Mereka memberi pertimbangan kepada fatwa-fatwa yang diberikan oleh orang yang berautoriti. Kes ini sepatutnya didengar dalam Mahkamah Syariah tetapi kerana kuasa Mahkamah-Mahkamah Tinggi atau Mahkamah–Mahkamaha Sivil mengatasi keputusan-keputusan yang dibuatnya, Mahkamah Agong mengambil alih

Contohnya dalam kes Tengku Jaafar Ibn almarhum Tengku Muda Ali & Anor lwn Kerajaan Pahang (1987), isu utama ialah tentang kesahan pemberian tanah sebagai hadiah oleh Sultan Pahang kepada anak perempuannya. Dalam hubungan itu, Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara, memutuskan bahawa hadiah itu tidak sah dengan merujuk kepada Undang-Undang Islam itu sendiri seperti yang dicatatkan dalam Minhaj al-Talibin yang ditulis oleh al-Nawawi, diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh E.L Howards. Hakim itu berkata: hadiah tanah itu telah dibuat oleh sultan hampir 2 tahun sebelum peraturan tanah 1989 dan tidak syak lagi bahawa undang-undang yang harus dikenakan kepada hadiah itu ialah hukum Syarak. Mengikut undang-undang itu, seseorang Islam boleh mendapatkan hak milik sekeping tanah yang belum dihidupkan dan ditumbuhi cucuk tanam di atas tanah itu. Seseorang bukan Islam tidak boleh mendapatkan hak milik tanah dengan cara itu. Mereka terpaksa mendapat hak milik daripada raja atau seorang Islam yang memiliki tanah itu dengan cara hadiah atau penjualan

Hal ini juga boleh dilihat dalam kes Re Dato Bentara Luar decd. Haji Yahya Bin Haji Yusuf & Anor lwn Hassan Bin Othman & Anor (1982), yang berhubungan dengan wakaf (wakaf kepada kanak-kanak dan zuriat mereka) sama ada wakaf itu sah atau tidak sah. Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan (dibaca oleh Salleh Abbas) memutuskan bahawa undang-undang yang boleh dipakai untuk menentukan kesahan wakaf dalam kes ini ialah Undang-Undang Islam

Walau bagaimanapun dalam perkara dasar atau undang-undang umum masih lagi meneruskan cara penafsiran lama dalam menghuraikan kedudukan Islam seperti yang dicadangkan dalam pembentukan perlembagaan itu sendiri sebagaimana dalam kes Che Omar lwn Pendakwaraya (1988)

Perkembangan terakhir turut mengubah sistem pemakaian undang-undang yang ada di Mahkamah Syariah. Keputusan dalam bidang kuasa mahkamah tidak boleh didengar di Mahkamah Sivil dan Mahkamah sivil pula mempunyai kuasa untuk mendengarnya. Ini dapat dilihat dalam perkara 121 (1A) yang menjelaskan : mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalama fasal (1) iaitu Mahkamah Tinggi termasuk di Sabah dan Sarawak tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini kerana banyak lagi akta lain yang menghalang pelaksanaan atau penguatkuasaan hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, ini termasuklah akta(menguatkuasakan nafkah) bagi perempuan-perempuan bersuami dan kanak-kanak 1968. Begitu juga dalam soal menyelesaikan masalah orang-orang yang menganut Islam di bawah umur 18 tahun sebagaimana di dalam kes Susie Teoh: Teoh Eng Huat lwn Kadi Pasir Mas Kelantan dan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (1988). Walau pun kes ini memberikan kemenangan kepada anak yang telah memeluk Islam, tetapi kes ini masih bergantung kepada keputusan Mahkamah Agung apabila rayuannya didengar nanti

Akta penjagaan kanak-kanak 1961 (guardianship infants acts) dan Akta Membaharui (perkahwinan dan perceraian) 1976 adalah di antara undang-undang yang boleh menyekat kewibawaan pihak-pihak yang berkaitan untuk mendapat dan memberikan penyelesaian menurut hukum-hukum Islam. Walau pun sudah ada keputusan dibuat untuk membolehkan suasana yang ada ditafsirkan dengan baik dan memberi keuntungan kepada agama Islam seperti dalam kes Susie Teoh, keputusan itu masih bergantung kepada penyelesaian hakim Mahkamah Agung dan hakim Mahkamah Tinggi yang lain berdasarkan semangat Islam.

Daripada peruntukan-peruntukan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Undang-Undang Islam di Malaysia hanyalah tertumpu kepada undang-undang keluarga, harta benda khairat, hasil keagamaan, tempat-tempat ibadat dan Mahkamah Syariah. Pada praktisnya, Mahkamah Syariah hanya mebicarakan kes-kes tertentu seperti perceraian, perkahwinan, nafkah anak isteri, warisan dan harta sepencarian. Dalam masalah pewarisan pula, sebenarnya kuasa Mahkamah Syariah hanyalah mengheluarkan sijil faraid yang dipanggil akuan faraid kepada orang yang berhak mengikut kenyataan dan perutusan yang dibuat oleh pemegang amanah, pegawai daerah atau peguam.

Secara kesimpulannya, Undang-Undang Islam masih menjalani proses sekatan dan tahanan dalam pagar yang disempitkan. Hal ini ditambah dengan keadaan yang tidak selaras di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kerajaan persekutuan nampkanya tidak mempunyai kuasa untuk menyatukan keseluruhan negheri-negeri yang ada bagi menyelaraskanU-Undang Islam yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan penggubalan undang-undang untuk menyatukan negeri-negeri di bawah persekutuan tidak dibuat dengan baik. Hanya dalam beberapa perkara kecil sahaja yang dipersetujui bersama sepeti penetapan tarikh puasa dan hari raya dan sebagainya.


Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya

Mahkamah Syariah ditubuhkan berdasarkan peruntukan perlembagaan yang memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk mentadbir Undang-Undang Islam yang digolongkan sebagai undang-undang diri (personal law), berdasarkan kehendak Jadual Kesembilan, senarai (2) butiran satu (1). Namun zahirnya kita nampak Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk undang-undang diri (personal), ia disertakan pula dengan sekatan-sekatan tertentu melalui peruntukan dan akta. Penubuhannya juga berdasarkan kepada peruntukan dalam enakmen pentadbiran hukum syarak bagi negeri-negeri seperti Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1952 bagi Selangor dan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1955 bagi Terengganu.

Menurut perlembagaan, Undang-Undang Islam boleh dimaksudkan sebagai undang-undang diri yang tidak mempunyai kuasa menyeluruh tetapi hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam dan dalam bidang yang amat sempit dengan sekatan-sekatan yang khusus. Menurut perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan: semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Di dalam peruntukan yang lain pula perlembagaan menegaskan, perkara ini tidak membatal atau melarang seperti yang diperuntukkan dalam perkara 8 (5)(a) yang berbunyi: apa-apa peruntukan yang membuat peraturan-peraturan mengenai undang-undang diri.

Sementara maksud undang-undang diri pula telah diberi penjelasan secara terperinci dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

Kecuali mengenai wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam. Termasuk hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan akhirat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam negeri adat-istiadat melayu, zakat, fitrah dan baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamamnya: masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan, mengawal perkembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam, menentukan perkara-perkara hukum syarak dan iktikad dan adat-istiadat melayu.

Penutup

Secara keseluruhannya, dapatlah kita simpulkan bahawa Islam masih lagi terpinggir daripada undang-undang Malaysia. Terpinggir di sini bukanlah bererti tiada langsung pengaruh Islam dalam perundangan kita, tetapi terpinggir di sini membawa maksud bahawa undang-undang Islam hanya digunapakai pada perkara yang melibatkan diri sendiri sahaja (personal law) seperti hukum perkahwinan, perceraian, warisan atau harta pusaka dan sebagainya. Namun, dalam keadaan terpinggir ini hukum Islam masih lagi diganggu oleh akta dan enakmen yang lain yang semakin menghimpit dan seolah-olah menjadikan Islam sebagai tahanan dalam rumah. Semoga hukum Islam dapat dimartabatkan sepenuhnya suatu hari nanti.

























BIBLIOGRAFI

Ahmad Ibrahim. 1995. Mendekati Sejarah Undang-Undang Di Malaysia Dan Singapura. Terjemahan Muhammad bukhari Abdul Hamid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim. 1995. Undang-Undang Islam Di Mahkamah Sivil. Al-Ahkam Jilid 1(2):1-22

Hamid Jusoh. 1992. Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Terjemahan Raja Rahawani Raja Mamat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hamid Jusoh. 1995. Pemakaian Undang-Undang Islam Kini Dan Masa Depannya Di Malaysia. Al-Ahkam Jilid 1(2): 58-87

Mahmud Saedon A. Othman. 1991. Kadi Perlantikan Perlucutan Dan Bidang Kuasa. Ctk.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Khamis, 18 Oktober 2007

khuluk wanita

MASALAH KHULU(ISTERI MINTA CERAI DARIPADA SUAMI DENGAN PAMPASAN)dalam zaman nabi ada seorang isteri tak suka pada suaminya lalu cakap kat nabi pasal dia tak suka(tak ingat dah sebab apa tak suka) so nabi panggil suami dia dan nabi tanya kat isteri tu ada ker apa2 yang boleh dijadikan tebusan atau pampasan untuk suaminya lalu isteri tu tawarkan pampasan tersebut pada suaminya dan suaminya bersetuju menceraikannya.peristiwa tu berlaku depan nabi(rujuk semula pada sumber asal lagi baik)itu lah berlaku masalah khuluk-baru2 ni parlimen mesir meluluskan enakmen khulu iaitu seseorang isteri boleh meminta cerai daripada suaminya dengan menawarkan pada suaminya sesuatu yang berupa harta (tanah ker atau wang ringgit dan lain2) dengan syarat setelah direpot pada mahkamah dan mahkamah memutuskan hukuman bahawa mereka berpisah.sebenarnya cara tersebut seolah2 merampas hak talak dan cerai daripada lelaki (suami)lalu menyerahkan hak talak dan cerai tersebut kepada mahkamah.memang zaman nabi ada khuluk tapi yang menceraikan isteri bukanlah mahkamah dan bukanlah nabi tapi suami tersebut yang bersetuju .dalam kata lain suami kena setuju dan sanggup cerai barulah cerai.tapi enakmen mesir ni tak kira setuju ker tak yang penting isteri bawa seguni wang dan tunjukkan pada mahkamah maka mahkamah memutuskan telah berlaku khuluk.itulah rosaknya undang2 mesir sekarang.serangan orientalis dan barat bukan hanya pada qanun dan ekonomi islam tapi dah mula sampai pada tahap perkahwinan dan rumahtangga(sesuatu yang tak disentuh langsung oleh british semasa menjajah negara kita)-yang lebih mengecewakan apabila rang undang2 keluarga tersebut diluluskan oleh sheikh azhar dan beberapa ulama lain.memang cukup pening bila berlaku kes macam tu.sememangnya strategi dan taktik golongan pembebasan wanita dah mula terkesan----------------------------------------------------------------------MUKTAMAR WANITA DI UNIVERSITI KAHERAH(AWAL 2000)resolusi muktamar(dipetik daripada akhbar sout azhar dan majalah lain)1) mengecam hak harta pusaka yang diberikan oleh islam kepada lelaki dalam islam anak laki dapat harta pusaka lebih banyak daripada anak pompuan.
atas dasar inilah mereka mengecam qanun islam kononya islam seolah menganaktirikan wanita dan berlaku tak adil pada kaum wanita2) masalah saksi penyaksian 2 orang pompuan sama dengan penyaksian seorang laki3) lelaki boleh kawin empat sedangkan pompuan tak dibenarkan dan banyak lagi resolusi dan cadangan yang meminta supaya disamaratakan hak lelaki dan wanita tapi tak cukup nak taip laaa(malas)he he he.
-saya tak perasan tentang idealogi pembebasan wanita di sini.mula2 sampai tahun 1997 memang tak perasan hinggalah selalu dengar radio orang dok cakap kebebasan wanita dan sebagainya barulah kita tersedar ada sesuatu di sebalik kata2 tersebut(dalam ilmu mantik setiap perkataan ada maksudnya).lagipun nasib baik laa kita ni ngaji juga walaupun sikit2 terperasan juga masalah tu-idea ni bermula di barat, dah lama dah dalam beberapa kurun yang lepas.asalnya wanita barat tak mendapat pembelaan yag sewajarnya daripada masyarakat.wanita hanyalah hamba seks.bahkan ada ahli falsafah selalu menimbukan persoalan adakah wanita itu manusia atau haiwan?adakah wanita itu separuh manusia dan separuh binatang dan sebagainya.memang biadap soalan tu tapi itulah realitinya di barat pada masa tu.lagipun wanita tak leh nak bawa senjata kemedan perang. wanita dijadikan alat pertaruhan. memang kalau kita baca sejarah wanita di barat memang sedih dan menyayat hati seolah wanita tu memang macam haiwan.zaman berubah hinggalah masuk zaman industri(ringkas cerita malas nak taip banyak)wanita berkerja di kilang2 dan sektor industri.wanita hanya dapat separuh gaji laki dan berkerja lebih teruk rai lelaki.kalau lelaki kerja 5 jam sehari dapat 10 pound wanita kena kerja mungkin 7 atau 8 jam sehari dan dibayar dengan 8 pound atau 6 pound jer(contoh).itulah nilai wanita pada kacamata barat.perasaan ini mendorong sikap memberontak pada kaum wanita hingga timbullah kelab2 wanita dan persatuan wanita atas tujuan nak bagi hak pada kaum wanita.dan wanita mula mendapat pembelaan sewajarnya dalam abad ke 20 kira lewat benar sebab islam bagi hak pada wanita zaman nabi lagi.barat tertingal dengan islam hampir 1300 tahun.-dari segi logiknya memang kita terima kalau idea tu timbul di barat sebab kesian sangat pada kaum wanita masa tu tapi kalau idea tu timbul di kalangan negara islam itu sesuatu yang meyedihkan sebab islam dah bagi sepenuhnya pada wanita.wanita barat sekarang berjuang bukanlah untuk wanita tapi untuk lelaki juga sebab setiap kali wanita mendapat haknya setiap kali itulah lelaki2 yahudi tersenyum kerana perangkapnya dah terkena.cukup setakat tu sejarah idea ni timbul.buku panjang sangat bab tu .paling mudah bacalah(SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM karangan muhammada qutb)itu kira buku paling ringan dan bak untuk huraikan masalah wanita dan kebebasan-berbalik pada atas kenapa islam bagi pada lelaki harta pusaka yang lebih banyak berbanding wanita sebabnya lelaki ada banyak tanggungjawab dalam berumahtangga dari segi kewangan contohnya sebab laki nak minta orang untuk dijadikan isteri(contoh paling mudah) sedangkan wanita orang minta dia.so logiklaaa kalau lelaki diberikan harta pusakan yang lebih berbanding ngan wanita.kalau nak hujah 2 ilmiah yang lain tu boleh rujuk pada muhammad qutb.itu hujah mudah-kenapa laki boleh poligami wanita tidak? dari sudut kajian psikologi jiwa wanita tak sama ngan jiwa lelaki .jiwa lelaki agak memencar sedangkan jiwa wanita tertutup.apabila wanita berkahwin dan mempunyai anak2 jiwa nya hanyalah untuk suaminya.dia akan memikirkan soal kebahagian rumahtangganya dan keluarganya.baginya itulah perjuanganya.sedangkan lelaki secantik mana isterinya hatinya masih ada ruang untuk dicelahi oleh orang lain.itu dari segi kajian psikologi(ingat kaedah hukum dibina berdasarkan prinsip asas dan yang umum dan ghalib, soal pengecualian ada kaedahnya yang tersendiri)itulah sebab kenapa islam haruskan poligami bagi lelaki dan tidak pada wanita-satu lagi ialah lelaki sukar untuk menerima kenyataan bahawa isterinya adalah isteri orang lain dan ini akan menimbulkan sikap bermusuhan dan irihati yang akan membawa kepada perpecahan dan permusuhan-rasanya2 cukuplah setakat itu bab muktamar wanita.semua hujah 2 tersebut telah dijawab secara panjang lebar oleh ulama2 islam yang membicarakan nya secara mantik dan ilmiah.saya hanyalah menyampaikannya sebagai maklumat sahaja.----------------------------------------------------------------------MASALAH PERANCANG KELUARGAdalam zaman sheikh gaddul hag menjadi sheikh azhar (beliau meninggal pada tahun 1995 kalau tak silapnya),beliau telah mengharamkan perancang keluarga.sememangnya kerajaan mesir tersekat daripada melaksanakan beberapa perancangan semasa hayat beliau.sebaik sahaja beliau meninggal naiklah sheikh tantawi sebagai sheikh azhar.tantawi mengharuskan perancang keluarga kerana masalah kemiskinan lagipun rakyat mesir ramai yang miskin .so dengan perancang kuarga ni dapat laa makan maknanya kalau anak ramai payah nak makan.dalam KHUTBAH YUSUF QARDAWI)beliau banyak mengkritik dasar perancangan keluarga ini kerana sememangnya rezeki adalah jaminan ALLAH.lagipun dalam zaman sekarang sesuai dengan perkembangan teknologi makanan dan sebagainya adalah mustahil kalau dikatakan tujuan utama nak rancang kuarga atas dasar kewangan dan makanan.katanya kalau dahulu tanam gandum atau padi sekali setahun sekarang ALLAH limpahkan rezekinya dengan padi atau gandum dapat ditanam 2 atau 3 kali setahun.lagipun takder sebab negara islam nak rancang kuarga sebab negara islam ratanya2 kaya dengan sumber asli dan tanah2 yang subur macam negara mesir.negara2 arab lain kaya dengan minyak sementara negara2 bekas soviet kaya dengan uranium ,besi dan sebagainya.pendek kata kalau dihimpunkan kekayaan negara2 islam cukup banyak dan tak laa timbul masalah2 macam ni.sememangnya itu hanyalah perancangan daripada musuh2 islam yang tak jemu2 menyerang islam-saya teringat salah satu taktik yang digunakan dalam perang afghanistan semasa melawan rusia dulu apa bila sahaja berlaku perang dan ramai mangsa pelarian terutamanya kanak2 datanglaaa pasukan st john atau pasukan palang merah antarabangsa nak hulurkan bantuan.ingatlah setiap kali yahudi hulurkan bantuan pastinya ada jerat di sebaliknya.mereka yang datang sebagai palang merah bukanlah sebarangan orang.mereka dilatih untuk sebarkan kristian dan merosakkan pemikiran umat islam.ada kes yang mana para pejuang mujahidin yang sakit di potong kakinya padahal keadaan tidak lah memerlukan supaya dipotong kakinya.itu hanyalh perencanaanya untuk melum[uhkan kegiatan jihad mujahidin.mereka tetap akan menghancurkan umat islam dalam apa bidang sekali pun walaupun secara tak langsung----------------------------------------------------------------------

rencana 6 april 2001

salam untuk assalamualaikum wbt isnin ni(9 april 2001) bermula laa ihsas kami program terbesar kami setakat ini.budgetnya sajer dijangka menelan belanja 70 000 genih mesir minta maaf untuk sahabat semuara sebab terpaksa guna emel orang lain kebetulannya entah camana saya cuba menggatal tangan kat dalam semuara yahoo groups then tetiba jer cairo102 yang yahoo tu dah takder. lebih kurang sebulan lepas ada keluar cadangan daripada farug husni menteri thaqafah mesir supaya di ajar subjek pendidikan seks di sekolah di mesir daripada peringkat kanak2 hinggalah dewasa.tujuannya ialah untuk memberikan kefahaman yang mendalam pasal seks, aids dan sebagainya supaya rakyat mesir faham pasal seks.tu kata2 mereka laa but dalam paper terbaru aqidati ada dimuatkan pendapat dan reaksi ulama dan doktor azhar.kebanyakannya menolak supaya diajar mata pelajaran khas seks di sekolah alasanya senang iaitu: kita tidak memerlukan subjek ini secara khusus di sekolah2.sebabnya kita dah ngaji ttg seks secara tak langsung.kita dah ngaji pasal batas2 aurat laki pompuan,muamalah laki pompuan,masalah janabah,suara wanita dan semuanya.kita juga belajar dalam hadis ttg larangan nabi kita untuk menyetubuhi isteri dari belakang dan semuanya.sedikit sebanyak asas halal dan haram telah kita pelajari.jadi pasal nak jadikan seks sebagai subjek khusus di sekolah2 para ulama mengatakan kita tak memerlukannya.then yang kedua ialah kita tak leh nak terima semua yang datang dari barat secara bulat2 sebab realiti kita berbeza saya teringat qardawi dalam kitabnya haula qadaya muasirah pernah menyebut umat islam sekarang ada 3 golongan;golonga pertama mereka yang menerima dari barat apa sahaja.baik atau buruk terima sahaja atas alasan kemajuan,pembaharuan,kemodenan dan sebagainya.idea setiap yang baru baik dan setiap yang lama tak baik ini sebenarnya berasal daripada evolution theory darwin(darwinisme) yang menganggap semua yang baru baik dan sebaliknya.(teori darwin masih dipertikaikan di barat oleh saintis dan pemikir barat dan mereka mengatakan bahawa pendapat darwin ttg evolusi tu tak layak dipanggil teori)qardawi meletakkan umat islam mesir sebagai mereka yang tergolong dalam golongan ini(kekadang terasa gak kebenarannya) golongan kedua ialah mereka yang terus sahaja menolak apa sahaja yang datang dari barat atas alasan kebaratan dan sebagainya dan golongan ketiga mereka yang menapis serta membaiki semula idea barat.apa yang baik tak bertentangan ngan nas kita terima dan apa yang tak baik kita tolak. so dalam masalah pendidikan seks ni abdul azim mut ini,abdul sobur shahin(2 ulama balaghah mesir pada masa sekarang )menegaskan secara lantang kita masih tak memerlukan subjek ini secara khusus.jangan di bandingkan dengan barat dalam bab ini.barat runtuh ahlaknya kerana berpegang dengan idealogi manusia khasnya teori seks bebas freud(freud mencadangkan supaya semenjak zaman persekolahan kanak2 harus belajar dalam keadaan bogel supaya mereka dah biasa dengan keadaan begitu yang akan melahirkan sebuah masyarakat yang maju-antara teorinya).dan kalau sahabat tengok dalam majalah2 terbaru dari eropah ada sahaja pasal penyakit dingin syahwat,gonorea,siflis dan peratus aids yang tinggi.itula pasal barat memerlukan mata pelajaran seks di sekolah.tapi kita di mesir dan msia khasnya yang terikat dengan islam dan budaya timur masih tak sampai pada tahap itu dan memang kita tak memerlukannya alasan kedua ialah subjek tu akan mengesampingkan kita daripada asas2 sains dan teknologi.mut ini mengatakan dalam temuramahnya dengan akidati bahawa apa yang perlu sekarang dari barat ialah kemajuan dari segi sains dan teknologi tanpa mengenepikan agama.apabila seks dijadikan subjek khusus akan mengesampingkan tujuan kita.harus dingat salah satu strategi barat untuk menghancurkan islam ialah dengan cara mengesampingkan umat islam daripada belajar sains dan teknologi.sementara mereka yang belajar agama secara khusus macam kami pula barat meragukan2 masyarakat dengan pertanyaan:mampukah orang yang berserban tak tau pasal sains ni menjadi pemimpin dan sebagainya walaubagaimanapun ulama sepakat boleh di ajar seks di sekolah cuma dalam batas agama sebagaimana yang ada dalam subjek fegh dan sebagainya saya tertanya2 apasal msia dah lama timbul cadangan ni(nak jadikan seks subjek khusus)sedangkan mesir baru jer timbul.sekali pk kan banyak sangat isu2 pelik timbul 2 3 tahun kebelakangan ni.ada ulama yang mengatakan kerajaan dan musuh2 islam di mesir semakin berani setelah kematian ulama agung mesir syeikh mutawalli syaarawi pada 1998.masa syaarawi ada dulu beliau agak bertegas terhadap sesuatu isu.so bila dia takder mereka jadi berani ditambah pula dengan syeikh azhar sekarang yang agak perlahan slow dalam bab politik.masa mula2 beliau mati,timbul isu soal penolakan hadis,then pasal walimah aashab bahri danmacam2 lagi. sebelum tu dekan fakulti usuluddin kaherah (azhar univ)mukti bayumi mengluarkan kenyataan bahawa wanita boleh pegang riasah ammah dan harus sewa rahim.kenyataan dia tu ditolak terus oleh ulama dan dr azhar lain bayumi berdalilkan boleh untuk wanita pegang riasah ammah(riasah ammah secara mudahnya maknanya ketua negara dan jawatan kerajaan yang penting macam agung ,pm dan sebagainya)bahawa pernah suatu ketika masa perang jamal sayyidatina aishah ra sendiri memimpin sebuah angkatan perang.so dalam barisan tu ada sahabat senior macam talhah,zubir awwam dan sebagainya.so berdasarkan peristiwa ini beliau berpendapat tak salah lantik wanita pegang riasah ammah. atiyyah saqar(bekas ketua lajnah fatwa azhar yang di anggap sekarang sebagai ulama agung fegh mesir)menolak pendapat beliau.atiyyah saqar menegaskan bahawa wanita tak boleh menjadi ketua negara berdasarkan asas penciptaan wanita yang berbeza daripada lelaki,berdasarkan bahwa kepimpinan umat tak pernah diberi pada lelaki dan bahawa sejarah islam tak menyaksikan wanita jadi ketua.apa yang berlaku pada masa nabi sulaiman (ratu balkis jadi ketua negara) itu hanyalah pada masa itu dan harus di ingat tak semua syariat sebelum nabi muhammhad diterima pakai(masa zaman nabi sulaiman,ada ayat quran sebut nabi sulaiman pernah memerintah kan para jin bina patung2 dan sebagainya sebagai tanda kerajaan sulaiman.dan patung berukir ni islam tak benarkan.so ini salah satu contoh syariat yang berlaku pada masa nabi sulaiman yang berbeza ngan kita)lagi satu masa tu ratu balkis tak jumpa nabi sulaiman lagi dan selepas ratu nabi sulaiman dengan izinNYA berjaya dakwahkah ratu balkis,kepimpinan jadi hak nabi sulaiman. dalam masalah sewa rahim,bayumi berdalilkan harus untuk seseorang menyewakan rahimnya untuk orang lain,maknanya tak jadi zina sebab kias pada ibu susuan.semuanya ditolak oleh ulama sebab semuanya akan jadi zina.macam bab bayi tabung uji,ada 7 kaedah bayi tabung uji antaranya benih laki di ambil dan disatukan dengan benih pompuan di dalam tabung uji then bercantumlah keduanya.lepas tu ambil sel yang dah bercantum tu ( tak ingat dah panggil istilah apa)dan dimasukkan kedalam rahim pompuan lain dan pompuan itulah yang akan melahirkan budak itu.ulama tegas kata haram antaranya lagi benih laki dan pompuan disatukan di luar rahim dan dimasukkan kedalam rahim isteri kedua laki itu dan ini juga dikira zina.ulama tegas mengatakan sekiranya ada orang asing yang terlibat dalam masalah permanian atau pun pembiakan ini dikira haram sebab islam mementingkan nasab(termasuk dalam maqasid syariah untuk jaga akal,agama,nasab,harta,maruah dan sebagainya).sekiranya percantuman itu melibatkan isteri dan suami yang daripada keduanya2 terhasil benih tu maka ia dikira harus.kalau selain dari kedua tu jadi haram so dalam bab bayumi tu ulama sepakat menolak pendapatnya.saya pun kekadang hairan gak pasal bayumi tu banyak sangat idea pelik2 cuma yang bagusnya beliau diam jer apabila di tentang dan terima kebenaran setelah dibahaskan oleh ulama lain(bayumi kelulusan falsafah dari azhar) kemudian pasal taleban.saya tak laa jelas sangat pasal taleban cuma yang saya tahu mufti mesir,ulama azhar dan qardawi sendiri khabarnya pergi ke afghan dan berjumpa dengan pemimpin di sana supaya tak meneruskan azam mereka untuk letupkan patung buddha di bamiyan. hujahnya ialah apabila kita kaji balik sejarah islam,amru al as masa masuk mesir tak hancurkan piramid dan patung abu haul(great sphinx) begitu juga wira2 islam lain tak la hancurkan sangat patung2 tu.macam juga afghan,masa tentera sahabat masuk ke afghan dulu pun mereka tak letupkan atau musnahkan patung di bamiyan tu mereka biarkan sahaja.so apabila taleban hancurkan patung tu akan jadi fitnah pada islam dan umat islam itu sendiri.barat akan gunakan sepenuhnya siaran elektronik dan media massa mengatakan islam tu kejam radikal dansebagainya dan mengikut maklumat internet yang saya terima duta taleban di us telah jawab benda ni dengan faktanya sekali tapi saya tak laa begitu harap berita kat tenet ni cuma apabila rombongan azhar sampai ke afghan semuanya dah selesai patung tu dah dimusnahkan.khabarnya cnn gunakan sepenuhnya gambar patung yang diletupkan itu untuk bagitau eropah dan barat bahawa islam ni ganas..... bercakap pasal muktazilah moden(rasionalisme)saya taklah pakar sangat dalam bidang idealogi ni.cuma asas2 pemikiiran dan falsafah muktazilah telah di guna pakai balik oleh sebahagian orang pada masa ini.asas menghukum kita(disebut nilai )dan asas pemikiran kita ialah quran dan sunnah.kita mengiktiraf akal cuma kita meletakkan nas mendahului akal, akal terbatas tak mungkin untuk akal menyelami sesuatu yang metafizik(yang tak nampak atau alam ghaib).so muktazilah meletakkan akal sebagai rujukan tertinggi mendahului quran.sekiranya nas quran bersamaan dengan akal mereka ,mereka menyokongnya dan menafsirkan nas tersebut dengan baik.sebaliknya sekiranya nas tersebut bertentangan dengan akal mereka menakwilkan nas tersebut berdasarkan akal mereka.itulah bahayanya muktazilah.cuma ulama tak kata muktazilah awal macam juba i atau wasil ata sebagai kafir cuma ulama mengatakan mereka ahli bidaah. yang menjadi masalahnya ialah muktazilah selepas mereka sepertilah puak mujassimah dan sebagainya yang menakwilkan berbagai2 ttg zat ALLAH. sekarang ni muktazilah kembali lagi setelah diberi nafas baru dan diberi pakaian baru(dikenali sebagai rasionalisme).kalau dahulu serangan ditujukan terhadap aqidah dan tauhid yang meyaksikan munculnya abu hassan al asy ari dan ahli sunnah wal jamaah kali ini serangan ditujukan pada syariah.hujah2 mereka bertunjangkan kepada nas quran dan hadis cuma serangan di khususkan pada syariah antaranya mendahulukan maslahat dari nas.dalam kitab tarikh tasrie tahun satu alazhar(kuliah syariah banin) syarat maslahah ada banyak. antaranya maslahah tak boleh direka2.maslahah bukan maslahah yang bertentangan dengan nas,dan maslahah hendaklah benda yang baik dan menjadi perbuatan ramai itu barulah maslahah itu dianggap syara.dalam masalah maslahah ini harus di ingat bahawa dalil maslahah berada di antara yang terkebalakang.kita berpegang pada quran sunnah ijmak ulama dan qias.hanya 4 ini yang disepakati.sementara kaedah adat,maslahah,istihsan,qaul sahabi,amalan penduduk madinah dan sebagainya dah termasuk dalam dalil yang khilaf ulama.so amalan mendahulukan maslahah merukan sesuatu yang songsang contoh apabila nas mengatakan wajib mendirikan hukum ALLAH(hudud) mereka berhujah bahawa kita bukan tak nak dirikan hukum hudud tapi yang penting sekarang ialah masalah buta huruf di kalangan umat islam,peratus kejahilan yang tinggi,kemiskinan,masyarakat majmuk dan sebagainya.memang kita akui islam akui pasal kejahilan mesti dibanteras,kemiskinan mesti dibanteras,tapi harus di ingat jangan sampai tak melaksanakan perintah sebab kewajipan hudud merupakan nas yang qat ie(jelas) dan kewajipan pemmerintah terhadap masalah kemiskinan dan sebagainya adalah tanggungjawab umum yang dikira sebagai kepentingan umat islam.jadi hujah sebegini apabila di balut dengan quran dan hadis pastinya ramai umat islam yang terpedaya... begitu juga dakwaan bahawa quran harus ditafsir kembali dan pintu ijtihad harus di buka kembali.memang tak jadi masalah nak tafsir kembali quran tapi kena nafsu ikut quran jangan quran ikut kita.orientalis sedar untuk hapuskan tulisan quran atau quran itu secara zatnya tak mungkin.dan ini telah di janji olehALLAH bahawa kami yang jaga quran(MAKnanya dari segi tulisan tu)sementara tafsiran dan takwilan guran tu ulama kena jaga.dalam masalah tafsir ni ada suatu ilmu dipanggil usul tafsir yang di asaskan oleh ibnu taimiah(kalau tak silap) supaya tafsiran tu tak lari dari makna asal begitu juga masalah pintu ijtihad dibuka semula.sebenarnya pintu ijtihad tak tertutup dan takder sesapa yang boleh tutup pintu yang di buka oleh rasul kita(sebab nabi membenarkan ulama berijtihad so seolah2 nabi kita laa yang membuka pintu ijtihad pada asalnya).cuma pada masa kejumudan fegh dulu ulama dah perasan bahawa telah ada golongan yang tak mampu ijtihad dan mendakwa bahawa ini adalah ijtihad dan sebagainya maka lahirlah seruan pintu ijtihad telah tertutup.sebenarnya seruan ini ialah untuk jaga syarat2 ijtihad dan sebagainya sebab pada masa itu semuanya masih belum tersusun rapi. so seruan untuk buka kembali pintu ijtihad ini ialah seruan yang tak der makna sebab pintu ijtihad tak pernah ditutup.cuma yang menjadi seruan sesetengah pihak ialah supaya syarat2 untuk mengeluarkan hukum dari quran(ijtihad)dan sebagainya dilonggarkan.apabila dilonggarkan syarat2 ini maka akan lahirlah pendapat2 baru pasal islam atas nama ijtihad dan sebagainya padahal mereka tak layak untuk berijitihad.kesemua pendokong rasionalisme ini biasanya akan menggunakan tafsiran dan hadis yang maknanya diselewengkan saya rasa cukuplah pasal rasionalisme sebab benda tu panjang sangat dan kena kaji tajuk ini secara khusus sebab ianya melibatkan banyak disiplin ilmu termasuklah tafsir dan hadis selain akidah,usul fegh,fegh,falsafah dan sebagainya. kita menghormati kepada semua golongan yang nak tegakkan islam cuma beringatlah sebab benda ni halus sangat.jarum2 mush ni halus sangat kekadang kita tak nampak kecuali oleh mereka yang tajam pandangannya.kalau sahabat lebih dalam mengkaji dan mengaji pasal rasionalisme dan idealogi ni pastinya sahabat akan berjumpa dengan macam2 teori termasuklah etos kerja(kononnya islam nak bangkit kena buat macam kristian yang memisahkan agama daripada kehidupan,dakwa mereka eropah maju setelah pembaharuan atau disebut tajdid dilakukan dalam agama)teori islamisasi ilmu dan sebagainya. ada seorrang penulis mengatakan bahawa abad depan merupakan abad untuk asia.sebabnya asia mempunyai kepakaran(jepun),sumber manusia,kawasan yang baik dan berpotensi dan sumber alam yang banyak.tak kurang yang mengatakan bahawa china yang mempunyai hampir 1.3 bilion penduduk(angka tu tak pasti)akan menjadi kuasa ekonomi besar dunia pada masa akan datang.apa yang china lakukan selama ini dah mula nampak hasilnya.ekonomi yang pada asalnya ditutup dah mula mengembang dan mula untuk melimpah keluar khasnya setelah hong kong kembali ke pangkuan naga besar.kita tak tau sejauh mana benarnya dakwaan itu kerana asas2 ketamadunan masih belum lengkap di negara kita.yang pasti pertembungan antara timur dan barat akan menjadi kenyataan setelah kegagalan komunis russia bersaing ngan barat.namun ulama menegaskan bahawa kita umat islam harus bersedia kerana bukan sahaja china dan jepun yang akan berdepan dengan barat tetapi juga umat islam sedunia.perkataan pertembungan antara timur dan barat itu banyak sangat ertinya.yang pasti kita tak boleh bergantung kepada beruang panda dan bunga sakura.kemenangan kita adalah usaha kita rasanya2 dah letih dah nak taip banyak tambahan lak dalam keadaan spontan dan bersahaja.ada apa2 tu harap maalish laaa deh kalau ada sesapa sahabat yang baca buku the clash of civilization yang samuel hutington karang tu tolong bagitau saya.susah nak cari buku omputeh kat sini kalau ada pun mahal.kalau murah pun bukannya paham.nak nanti terjemah rasanya lambat lagi kami di azhar kaherah akan exam pada 25 mei ni doakan kami yer(rasanya sama jer tarikh ngan kekawan kat muhafazah)doakan kami semoga diberikan ketenangan dan kejayaan yang membawa kita semua ke arah yang di redaiNYA salam rindu dari jauh,salam sayang dari kota seribu menara,salam dari kaherah
abu muhammad
6 april 2001
abbasia,kaherah
a.r.e

kenangan kat mesir

mei 2000ISU PENGHARAMAN BUKU PESTA RUMPAI LAUT KRANGAN HAIDIR HAIDIR
-isu ini bermula apabila akhbar milik pembangkang elshaab menyiarkan berita mengenai kitab tersebut yang menghina TUHAN kononnya TUHAN turun ke bumi mencari kekasihnya.ianya diterbitkan di syria pada awal 80 an dan mula masuk ke mesir pada oktober 1999 lepas.mulanya orang ramai tak sedar buku tersebut hinggalah elshaab menyiarkan berita tersebut.buku tersebut masuk ke mesir setelah mendapat kebenaran dari pada menteri thagafah mesir (farug husni)-kesannya pelajar2 azhar niv telah mengadakan tunjuk perasaan memdesak pengharaman buku tersebut dan mendesak supaya farug husni dipecat dari jawatannya.tunjuk perasaan tersebut mendapat kritikan yang cukup hebat daripada orang ramai khasnya mereka yang cemburu ngan islam.pada awalnya nak buat tunjuk perasaan dalam kawasan univ tapi HEP( HAL EHWAL PELAJAR ) tak bagi izin sebab takut kena ambil tindakann .so para pelajar mula berarak keluar ke jalanraya pada malam hari (kalau tak silap asalnya rancang nak buat awal malam ) tapi tertangguh hingga ke awal pagi.mereka terpaksa berdepan dengan gas pemedih mata tentera,kayu cota dan sepak terajang askar yang ditemani dengan kereta perisai dan bererapa buah trak.tunjuk perasaan tersebut dihentikan setelah rektor univ memberi jaminan akan cuba mengajukan permasalahn tersebut ke pihak atasan.ada laa 2 3 orang pelajar di tangkap tapi dibebaskan sebab masa tu dekat benar ngan periksaan.-majalah ROZEL YUSUF yang sentiasa menimbulkan masalah ngan al azhar mengkritik hebat tunjuk perasaan tersebut atas dasar satu tindakan yang radikal dan ekstrim.mereka meminta supaya diadakan muzakarah yang baik dan terbuka .mereka meminta supaya menghormati hak dan KEBEBASAN BERFIKIR,KEBEBASAN MENULIS DAN BERSUARA.mereka juga mengkritik hebat rektor azhar kononnya rektor macam ambil hati sangat ngan pelajar-sememangnya isu kebebasan memang sesuatu yang dilaungkan oleh barat dan sekutunya.sebagaimana isu demokrasi yang dilaungkan oleh golongan sekularis.mereka hanya melaungkan semua itu ketika mana mereka mempunyai kuasa dan kekuatan sebaliknya sekiranya mereka terdesak merekalah yang menghancurkan semuanya itu.ingat tak peranchis bagaimana mereka mengharamkana pemakaian tudung di kalangan pelajar pompuan islam di sekolah2 di peranchis pada 4 atau 5 musim yang lepas .memang tindakan tersebut mendapat bantahan umat islam sedunia namun apa yang mereka buat?hanya buat pekak badak sahaja sedangkan peranchis lah yang selalu melaungkan merekalah ibu segala kebebasan dengan prinsip dan cogankata persamaan,persaudaraan,kebebasan.itu hanyalah pada kulit sahaja.memang mereka tak dapat tandingi kehebatan sejarah islam yang menberikan kebebasan dan hak sepenuhnya kepada rakyatnya walau pun orang kafir-buku yusuf qardawi(al halal wal haram fil islam) telah diharamkan dari memasuki negara peranchis.buku tersebut di edar ke peranchis pada awal 90 an.pada mulanya memang buku tersebut mendapat kebenaran dan permit kononnya atas dasar kebebasan.tapi setelah buku tersebut yang membicarakan apa yang halal dalm islam dan apa yang haram dalam islam mula mendapat perhatian umum dan pasaran yang luas mereka mengharamkannya atas alasan buku tersebut mengancam ketenteraman peranchis dan bertentangan dengan perlembagaan negara tersebut. kononya qardawi ada menyentuh soal jihad dalam satu daripada bab dalam buku itu.so diharamkan terus.inilah buktinya sikap double standard barat dan mereka yang sekutu dengannya(rujuk KHUTBAH QARDAWI)-begitu juga halnya dengan roger garudy seorang pemikir komunis dan sosialis yang memeluk islam pada usia hampir 70 tahun dan banyak mempertahankan islam dari pada serangan musuh islam.bukunya diharamkan dan beliau berdepan dengan masalah disaman oleh yahudi sedunia kerana bukunya yang mendedahkan kepalsuan yahudi.-sememangnya kebebasan bagi mereka hanyalah apabila mereka berada diatas sebaliknya apabila mereka terdesak merekalah yang akan meng hancurkannya.kalaulah kebebasan menjadi alasan untuk membawa masuk buku PESTA RUMPAI LAUT ke bumi al azhar maka kebebasan jugalah menjada sebab dan alasan untuk menyuarakan hak dan perasaaan umat islam di mesir khasnya mereka yang berserban merah(merujuk pada pakaian rasmi azhar).----------------------------------------------------------------------
MASALAH SYEIKH AZHAR(TANTAWI)MENGHARUSKAN FAEDAH BANKsaya cukup terkejut masa mula2 sampai ke mesir dalam tahun 97 apabila senior kat sini cerita tentang fatwa sheikh azhar yang mengharuskan riba fadli(yang menjadi asas pada pengharusan faedah bank).beliau berdalilkan pada ayat guran(JANGANLAH KAMU MEMAKAN RIBA YANG BERLIPAT GANDA) dan hadis (SESUNGGUHNYA RIBA HANYALAH PADA NASI AH) dan hadis2 lain serta kaedah2 yang lain.sememang nya fatwa beliau cukup mengejutkan banyak pihak.kalau dilihat pada sejarah ibnu abbas pernah mengharuskan riba fadli walau bagaimanapun beliau menarik balik fatwanya sebelum kematiannya.begitu juga fatwa dari rashid redha,abdul wahab khalaf dan sheikh syaltut sendiri(sheikh azhar tahun 5o an).bagi kami di azhar ,mereka tersilap dalam mengeluarkan hukum dan kami tetap menghormatinya.ingat tak hadis(APABILA SESEORANG ULAMA BERUSAHA DAN BERIJTIHAD KEMUDIAN IJTIHADNYA TERSALAH MAKA BAGINYA DUA GANJARAN.....)bagi kami begitulah tantawi.beliau seorang yang cukup lembut dan lurus dan kami menghormatinya.cuma dalam banyak bab kami tak pakai fatwanya yang agak pelik dan memelikkan.saya tak akan kemukan dalil serta huraian yang panjang dalam bab ini kerana ianya banyak melibatkan istilah hyukm islam yang tentunya memerlukan kepada bahasa arab dan perbahasan yang panjang.(baca kitab FAEDAH BANK IALAH RIBA YANG DIHARAMKAN karangan qardawi dan (MUAMALAH BUNUK..) karangan tantawi sendiri atau (FEGH ADILLAH) karangan wahbah zuhaili yang agak panjang membicarakan soal itu.bagi kami kami tetap menghormatinya

pembiayaan dalam islam

PENDAHULUAN

Kesedaran orang ramai mengenai sistem ekonomi dan kewangan Islam telah mendorong para ilmuan Islam untuk meneroka kembali khazanah keilmuan mereka yang menjadi warisan umat Islam. Para ulama juga telah menyusun kembali serta mengubah-suai bentuk-bentuk instrumen yang didapati daripada kitab-kitab turath. Mungkin kita tidak akan dapati mudarabat dalam bentuk asalnya sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh turath berikutan ubah-suai daripada para ulama sekarang untuk menyesuaikan sesuatu produk tersebut dengan zaman sekarang. Walau bagaimanapun tindakan mereka masih dalambatas-batas syariat.

Fungsi asas bagi sesebuah bank ialah menerima simpanan (deposit). Selain menerima dan mengumpul deposit, pihak bank juga akan melaburkan deposit yang diterimanya untuk mendapatkan keuntungan. Salah satu daripadanya ialah menerusi pinjaman atau pembiayaan samada pembiayaan ekuiti mahupun pembiayaan hutang.

Islam sebenarnya telah menyediakan produk-produk pembiayaan yang cukup banyak seperti mudarabat, muSyarakah dan sebagainya. Apa yang penting ialah penerokaan dan pengubahsuaian oleh ulama pada masa sekarang untuk diamalkan oleh maSyarakat.

Skop perbincangan
Pembiayaan dalam sistem bank cukup luas. Ia terdiri daripada pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. Pembiayaan hutang pula boleh dibahagikan kepada pembiayaan dagangan seperti jaminan surat kredit, pembiayaan pemilikan harta dan sebagainya.

Dalam artikel ini, penulis akan cuba mengecilkan skop perbincangannya kepada pembiayaan berjangka. Pembiayaan berjangka pula terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pembiayaan perumahan, kenderaan dan pemilikan harta. Walau bagaimanapun penulis hanya akan mengkhususkan kepada pembiayaan perumahan dan kenderaan.
Produk pembiayaan bagi rumah kediaman dan kenderaan banyak ditawarkan di bank-bank samada melalui skim perbankan Islam mahupun konvensional. Antaranya ialah Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Maybank, CIMB dan sebagainya.

Untuk kajian kes, penulis akan memberikan tumpuan kepada pembiayaan perumahan dan kenderaan yang ditawarkan di Bank Rakyat (skim perbankan Islam) dan Maybank (konvensional). Pilihan ini dibaut berdasarkan cadangan penulis sendiri dengan persetujuan daripada Prof. Madya Dr. Hailani Muji Tahir. Kertas kerja ini dibahagikan kepada 3 bahagian.

Dalam bahagian pertama perbincangan tertumpu kepada gambaran pembiayaan dalam Islam seperti mudarabat dan sebagainya.

Dalam bahagian kedua pula, penulis memberi tumpuan kepada gambaran dan bentuk pelaksanaan yang diamalkan di Bank Rakyat dan Maybank. Penulis juga akan mengemukakan pandangan Syarak terhadap amalan pembiayaan di kedua-dua buah bank tersebut.

Seterusnya dalam bahagian ketiga dan terakhir akan diterangkan beberapa persoalan semasa yang ditimbulkan oleh Prof. Madya Dr. Hailani Muji Tahir untuk dibincangkan bersama.










BAB 1

Pembiayaan dalam Islam

Konsep pembiayaan dalam Islam telah pun bermula sejak zaman Saidina Umar lagi. Pada masa itu, seorang sahabat telah meminjam daripada Baitulmal sejumlah wang untuk berniaga lalu diizinkan oleh Saidina Umar. Sahabat tersebut telah membeli barangan lalu berniaga dan memperolehi untung yang banyak. Beliau kemudiannya telah membayar balik wang yang dipinjamnya daripada Baitulmal.

Sementara dalam kisah kedua pula, Abdullah dan Ubaidillah (anak-anak Saidina Umar ) selepas menamatkan ekspedisi ketenteraan di Iraq pergi ke Basrah untuk berjumpa dengan Abu Musa al-ashcariy, gabenor Basrah. Sebelum Abdullah dan Ubaidillah berlepas pulang ke Madinah, Abu Musa ingin mengirimkan harta untuk dihantar ke perbendaharaan negara dan mencadangkan kepada mereka berdua supaya memperniagakannya di Madinah. Abdullah dan Ubaidillah kemudiannya membawa harta tersebut pulang ke Madinah lalu berniaga menggunakan modal daripada harta tersebut. Setelah mendapat untung yang banyak, mereka pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk menyerahkan harta tersebut kepada perbendaharaan negara. Pada mulanya Saidina Umar cukup marah kerana mereka seolah-olah menggunakan kedudukan mereka sebagai anak khalifah untuk memperoleh dan menggunakan harta tersebut sebagai modal berniaga. Setelah berlaku perbincangan dan perdebatan dengan anak-anak beliau, Saidina Umar akhirnya bersetuju dengan perbuatan tersebut setelah Ubaidillah menawarkan untuk memberikan sedikit keuntungan kepada Baitulmal.[1]

Daripada dua kisah di atas, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa konsep pembiayaan sebenarnya telah bermula sejak dahulu lagi. Dalam contoh pertama, sahabat tersebut telah membayar balik hutangnya tanpa disyaratkan bayaran lebihan sementara dalam contoh kedua Saidina Umar reda dengan perbuatan anaknya setelah Ubaidillah menawarkan untuk memberikan sedikit keuntungan yang dipeolehi kepada Baitulmal. Saidina Umar pada mulanya tidak bersetuju disebabkan beliau merasakan bahawa anak-anaknya telah menggunakan kedudukan mereka sebagai anak khalifah utnuk membawa dan menggunakan harta Baitulmal untuk berniaga.

1.1. Pembiayaan dalam sistem bank
Segala bentuk operasi yang dijalankan dalam perbankan dan kewangan Islam mestilah selari atau mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Prinsip-prinsip umum Islam bolehlah dirumuskan seperti berikut:[2]
a) setiap urusniaga yang dijalankan mestilah dengan penuh kerelaan pihak-pihak yang berkontrak.
b) Pihak yang berkontrak mestilah sempurna keahlian dan kontrak itu tidak cacat dengan perkara-perkara yang boleh membatalkannya seperti paksaan (duress) salahnyataan (misrepresentation) dan khilaf (mistake)
c) Barangan yang menjadi objek kontrak haruslah sesuatu yang diketahui jenisnya, sifat, jumlah dan berupaya diserah hantar. Ia juga bermanfaat dan bersih pada pandangan Syarak.
d) Muamalah itu tidak diwujudkan di atas asas riba, al-qimar (judi), al-maysir, al-gharar (unsur tidak pasti) dan perkara-perkara yang diharamkan.
e) Muamalah itu hendaklah terhindar daripada unsur-unsur penindasan (ihtikar), sekatan barangan (talaqqi al-rukban) mahupun keuntungan berlebihan yang menyebabkan kerugian besar kepada pihak lain yang berkontrak (ghabn al-fahish)[3]

Pembiayaan dalam sistem bank dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti. Kedua-dua bentuk pembiayaan ini adalah sama perlu dalam mengembangkan sistem perbankan. Ini kerana terdapat sesetengah ahli masyarakat yang berhajat kepada pembiayaan ekuiti dan ada yang inginkan pembiayaan hutang.

1.1.2 pembiayaan ekuiti
1) al-musyarakah (disebut juga al-syirkat)
Syirkah asalnya merujuk kepada gabungan di antara dua atau lebih ladang, dalam keadaan kedua-duanya tidak dapat dibezakan di antara satu sama lain. Menurut istilah undang-undang, perkataan itu merujuk kepada kesatuan dua atau lebih dalam satu perkara. Istilah syirkah dapat diperluaskan penggunaannya untuk meliputi kontrak-kontrak, walaupun ladang-ladang itu tidak digabungkan secara fizikal, kerana kontrak menyebabkan berlakunya gabungan itu.[4]

Sementara al-musyarakah dari segi bahasa bererti percampuran sama ada bercampur sekutu atau harta[5]. Dari segi istilah, ia bermaksud kontrak perkongsian antara dua pihak atau lebih yang sama-sama berkongsi harta atau usaha dengan sama-sama berkongsi keuntungan atau kerugian di antara mereka.[6] Contohnya 2 orang sahabat yang sama-sama mengeluarkan modal dan sama-sama berusaha untuk membuka dan menjalankan sesuatu pekerjaan. Mereka akan sama-sama menanggung segala risiko sama ada kerugian atau keuntungan. Konsep ini dinamakan musyarakah atau syirkah. Konsep ini telah pun wujud pada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. Pada masa itu, penduduk Quraisy telah menjadikannya sebagai satu perkara kebiasaan dan hal ini telah diketahui dan dipersetujui oleh nabi sendiri.[7]

Dalam sistem bank pada hari ini, konsep al-musyarakah diamalkan dalam pembiayaan projek. Pembiayaan al-musyarakah dapat dijelaskan seperti berikut:[8]
1) bank dan pelanggan menjalankan satu usahasama bagi projek yang dicadangkan oleh pelanggan dimana kedua belah pihak memeberikan sumbangan modal.
2) bank menawarkan pembiayaan sama ada atas dasar perkongsian atau pun melalui penubuhan syarikat usahasama
3) projek diuruskan oleh pengusaha dan bank dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan projek tersebut
4) pembahagian perkongsian keuntungan adalah mengikut nisbah atau peratusan yang dipersetujui
5) pembahagian perkongsian ke atas kerugian pula mengikut nisbah sumbangan masing-masing

2) al-mudarabah
Al-mudarabah merupakan kontrak pelaburan yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Arab sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W lagi. Pada masa itu, golongan kaya biasanya memberikan kepercayaan untuk membawa barangan dagangan kepada mereka yang dipercayainya. Nabi kita juga pernah membawa barang dagangan milik Khadijah Khuwailid ke Syam untuk diniagakan. Ringkasnya, amalan ini cukup masyhur diamalkan dan diiktiraf oleh Islam.

Dari sudut bahasa, al-mudarabat mempunyai pelbagai makna. Antaranya ialah berjalan dan berkelana. Ia juga bermaksud mengusahakan sesuatu. Akad atau kontrak ini juga dipanggil al-muqaradah atau qirad. Dari segi istlilah, ia bermaksud suatu kontrak usahasama yang melibatkan 2 pihak. Pihak yang pertama menyumbangkan modal dan pihak kedua mengeluarkan usaha.[9] Mereka akan sama-sama berkongsi keuntungan dan kerugian. Contohnya A yang memberi modal kepada B untuk membuka perniagaannya melalui akad al-mudarabah. Sekiranya untung, keuntungan tersebut akan dibahagikan di antara mereka berdua. Jika rugi, si A akan kehilangan modalnya dan si B akan habis dari sudut tenaga dan usahanya.
Konsep al-mudarabah diamalkan oleh bank di bawah skim pembiayaan projek. Ia dapat dijelaskan seperti berikut:[10]
1) bank membiayai keseluruhan modal bagi projek yang dicadangkan oleh pelanggan untuk satu tempoh yang ditetapkan
2) pelanggan yang menerima pembiayaan merupakan pengusaha (mudarib) projek manakala bank adalah pemilik modal (rab al-mal)
3) pengusaha atau pelanggan akan menguruskan projek yang dibiayai oleh bank tanpa campur tangan pelanggan.
4) Segala kerugian kewangan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak bank kecuali jika kerugian tersebut berpunca daripada kecuaian manusia.

Walau bagaimanapun konsep al-mudarabah dan al-musyarakah jarang diamalkan oleh pihak bank sama ada Bank Rakyat atau pun Bank Islam. Hal ini berpunca daripada beberapa faktor. Di antaranya ialah dasar bank yang lebih mengutamakan konsep BBA (al-bayc bi thaman ajil), AITAB (al-ijarah thumma al-bayc) dan juga al-murabahah yang mendatangkan keuntungan berbanding dengan al-mudarabah dan al-musyarakah yang belum pasti mendatangkan keuntungan. Sebagai sebuah bank, pastinya mereka akan berusaha untuk memaksimumkan keuntungan.

Selain itu, sekiranya bank mengamalkan konsep al-mudarabah mahupun al-musyarakah, bank akan menilai terlebih dahulu sesuatu projek tersebut sama ada mendatangkan keuntungan atau kerugian. Bank akan merujuk sesuatu projek itu kepada pihak tertentu yang akan memberikan khidmat nasihat kepada bank dengan bayaran tertentu. Kesannya kos bagi sesuatu projek itu akan meningkat dan mengurangkan keuntungan sedangkan keuntungan daripada al-musyarakah dan al-mudarabah belum pasti.

Ringkasnya, pembiayaan ekuiti dalam sistem perbankan Islam masih lagi belum meluas penggunaannya sama ada al-musyarakah atau al-mudarabah.

1.1.3 pembiayaan hutang
Pembiayaan hutang merupakan salah satu tugas utama bagi sesebuah bank. Produk pembiayaan ini memberikan pendapatan yang besar kepada sesebuah bank selain daripada deposit penyimpan.

Pembiayaan di bank yang menawarkan produk Islam terdiri daripada al-murabahah, bayc al-salam, bayc al-istisnac, al-ijarah, al-qard al-hasan, al-ijarah thumma al-bayc.

1) bayc al-murabahah
al-murabahah tergolong dalam kategori jenis kontrak buyuc al-amanah. Ini kerana penjual disyaratkan ketika menjual sesuatu barangan terlebih dahulu menyatakan kos barangan yang dibelinya sebelum menentukan sesuatu harga jualan.[11]

Dari segi bahasa, al-murabahah bererti pertambahan dan kenaikan dalam perniagaan. Ia juga bermaksud pertambahan ke atas harga modal sesuatu barangan. Sementara dari segi istilah pula, al-Sarakhsiy menakrifkannya sebagai jualan dengan keuntungan yang diketahui.[12] al-Kasani pula menakrifkannya sebagai jualan dengan harga pertama bersama pertambahan ke atas modal.[13]

Ciri-ciri utama jualan ini ialah penjual menyebut kepada pembeli kos harga barangan itu dan menjualkannya dengan jumlah keuntungan yang akan diperolehinya. Keuntungan yang dipersetujui boleh ditentukan sama ada dalam bentuk peratusan tertentu atau sebagainya.[14] Contoh jualan al-murabahah ialah seperti penjual hendak menjual sesuatu barangan kepada pelanggan dan berkata kepadanya, barang ini aku beli dengan harga RM100 dan aku hendak menjualnya kepada kamu dengan harga RM120. Jika pelanggan bersetuju dengan harga tersebut maka termeterailah akad jual beli tersebut berdasakan al-murabahah[15]. Al-murabahah mempunyai beebrapa syarat khusus baginya:[16]
1) penjual hendaklah menyatakan kos sebenar bagi barangan yang hendak dijual itu kepada pembeli
2) penjual dan pembeli bersetuju mengenai kadar keuntungan yang ditetapkan sebagai tambahan ke atas modal
3) sekiranya berlaku kekecohan dalam menentukan kadar sebenar kos atau modal barangan itu, pembeli boleh membatalkan kontrak tersebut dan terbubarlah jual beli al-murabahah
4) barangan dan harga jualan itu bukanlah barangan ribawiy yang ditegah pertukakan jual belinya
5) jika barangan yang hendak dijual beli secara murabahah itu telah dibeli daripada pihak lain, jual beli pertama hendaklah sah

Aplikasi daripada konsep ini ialah surat kredit yang berdasarkan prinsip al-murabahah. Ia dapat dijelaskan seperti berikut:[17]
a) pelanggan memberitahu bank tentang butir-butir barangan yang hendak dibeli atau diimport dan syarat-syarat pengeluaran surat kredit
b) bank bersetuju membeli barangan tesebut dan kemudian menjualkannya kepada pelanggan berdasarkan jualan dengan prinsip jualan dengan tambahan untung
c) bank mengeluarkan surat kredit kepada pelanggan. Setelah menerima makluman mengenai surat kredit daripada bank pembekal, bank akan menjelaskan bayaran dengan wang sendri
d) bank kemudian menjula barangan tersebut kepada pelanggan dengan tambahan untung. Pelanggan akan membuat bayaran tunai atau ansuran kepada bank.
e) bank mengenakan upah atas perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan juga akan membayar perbelanjaan mengurus yang berkaitan degan pengeluaran surat kredit berkenaan

Jualan dengan harga tangguh ( bayc bi thaman ajil @ BBA)
BBA ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barangan yang hendak dijual kepada pembeli dan ditangguhkan pembayaran harganya sehingga ke suatu masa yang ditetapkan sama ada secara sekaligus atau secara bulanan atau tahunan mengikut tempoh masa tertentu sebagaimana dipersetujui kedua belah pihak.[18] Dari segi bentuk, ia bertentangan dengan bayc al-salam. Ini kerana bayc al-salam itu merupakan jualan dengan disegerakan harga dan ditangguhkan penyerahan barangannya. Contoh BBA dalam perbankan Islam ialah pembiayaan perumahan manzili yang ditawarkan oleh Bank Rakyat yang akan dibincangkan secara khusus dalam bab berikutnya.

Bayc al-salam
Al-salam atau al-salaf merupakan dua perkataan yang membawa makna yang sama. Perkataan al-salam digunakan oleh penduduk Hijaz dan perkataan al-salaf pula digunakan oleh penduduk Iraq[19]. Ia bermaksud menjual sesuatu yang disebut dan maklum tentang sifat-sifatnya dalam keadaan penyerahan ditangguhkan tetapi harganya dijelaskan pada masa akad dilakukan.[20] Sesetengah pula menakrifkannya sebagai membeli sesuatu yang bertangguh dengan harga yang dibayar pada masa akad dilakukan.[21]

Sewaaan (al-ijarah)
Dari segi bahasa, al-ijarah bermaksud pembalasan di atas kerja atau pahala[22]. Manakala dari segi istilah pula, al-ijarah bermaksud akad yang dilakukan ke atas sesuatu yang berharga dan bermanfaat dengan bayaran tertentu. Ia merupakan sebagai gantian kepada manfaat iaitu sewa yang dibayar kerana menggunakan sesuatu. Contohnya sewaan yang dilakukan terhadap tanah pertanian atau rumah kediaman.

Dalam konteks bank pada hari ini, ia adalah kontrak dimana bank atau institusi kewangan memajakkan peralatan atau bangunannya kepada pelanggan dengan dikenakan sejumlah harga yang tetap. Walau bagaimanapun dalam konteks Malaysia, Bank Rakyat khususnya menggabungkan konsep al-ijarah ini dengan konsep jualan yang dinamakan sebagai al-ijarah thumma al-bayc. Konsep ini digunakan secara meluas terhadap pembiayaaan kenderaan dan pemilikan harta benda seperti komputer, mesin basuh dan sebagainya. Namun secara praktikalnya, pembiayaan pemilikan harta seperti mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya tidak begitu popular dan meluas penggunaannya disebabkan pelanggan lebih suka membeli barangan tersebut secara tunai.

Pinjaman kebajikan (al-qard al-hasan)
Konsep ini merupakan pinjaman kebajikan kerana peminjam hanya perlu mebayar semula sejumlah wang yang dipinjamnya tanpa perlu membayar apa-apa bayaran lebihan tambahan. Walau bagaimanapun pelanggan yang meminjam di atas dasar ihsannya boleh memberikan sedikit bayaran lebihan sebagai saguhati kepada orang yang dipinjamnya. Pinjaman ini biasanya diberikan dengan tujuan selain daripada motif keuntungan. Ia diwujudkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang saling membantu dan tolong menologn sesama mereka[23]

Contoh instrumen kewangan Islam yang menggunakan prisip ini ialah Sijil Pelaburan Kerajaan. Melalui produk ini, kerajaan akan mengeluarkan siji pelaburan yang akan dijual kepada orang ramai. Setelah berlalu tempoh masa tertentu, kerajaan akan membeli balik sijil tersebut dengan harga yang dijual. Walau bagaimanapun , kerajaan di atas budi bicaranya boleh memberikan sedikit bayaran lebihan tambahan sebagai saguhati kepada mereka. Sijil Pelaburan Kerajaan pernah diterbitkan pada awal tahun 80an dahulu semasa penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan Syarikat Takaful Islam.


Bayc al-istisnac
Bayc al-istisnacmerupakan kontrak jualan antara pembeli dan pembuat barang. Dalam kontrak ini, pembuat barangan menerima pesanan daripada pembeli. Pembuat barang lalu berusaha melalui orang lain untuk membuat atau membeli barang menurut sifat dan spesifikasi yang dipersetujui dan menjualnya kepada pembeli. Kedua belah pihak telah sepakat ke atas harga dan jenis barangan[24]

Ulama telah berselisih pendapat tentang konsep ini.[25] Sesetengah ulama meletakkannya di bawah tajuk bayc al-salam dan sesetengah yang lain pula khasnya Mazhab Hanafi mengatakan bahawa konsep ini merupakan konsep yang terpisah daripada bayc al-salam. Ini kerana mereka mengatakan bahawa kontrak ini merupakan tempahan yang disyaratkan padanya kerja atau perbuatan. Sementara bay bayc al-salam pula tidak disyaratkan kerja atau pembuatan

1.1.4 pembiayaan hutang di bank konvensional
Pada asasnya, pembiayaan hutang yang ditawarkan di bank konvensional hampir sama dengan produk yang ditawarkan di bank yang menawarkan perbankan islam dari segi bentuknya. Apa yang berbeza ialah pembiayaan di bank konvensional melibatkan urusniaga secara riba. Ini kerana bank konvensional mengenakan kadar faedah di atas pinjaman untuk pembiayaan yang dibuat.

Selain itu pembiayaan di bank konvensional juga mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira sesuatu projek itu sama ada ia melibatkan perkara yang diharuskan Syarak atau tidak. Apa yang penting ialah projek tersebut menguntungkan. Contohnya pembiayaan untuk projek kilang arak dan sebagainya




















BAB 2

Gambaran Umum Pembiayaan Dalam Sistem Bank

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Perkhidmatan ini disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang ingin membeli atau membina rumah kediaman, rumah kedai, lot tanah perumahan dan juga pengubahsuaian serta baik pulih rumah kediaman. Ia terbuka kepada pemohon warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tetapi tidak melebihi umur 65 tahun di akhir tempoh tamat pembayaran pembiayaan. Skim ini agak istimewa kerana ia mebolehkan pelanggan membuat bayaran balik pembiayaan dalam tempoh yang agak lama iaitu sehingga 30 tahun. Tujuannya untuk memberi kemudahan kepada pembeli yang tidak mampu membuat bayaran tunai.[26]

Pada asasnya produk ini berasaskan konsep perbankan bayc bi thaman ajil (BBA).
Konsep BBA ini seara umumnya sama dengan murabahah, kecuali BBA untuk pembiayaan bagi tempoh yang lebih panjang, biasanya melebihi 12 bulan. BBA membolehkan pembelian sesuatu barangan dengan bayaran ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang ditetapkan dengan bayaran secara beransur-ansur[27]
Pembiayaan ini melibatkan prosedur berikut:[28]
1) bank akan membeli asset yang dikehendaki oleh pelanggan
2) bank kemudiannya menjual asset tersebut kepada pelanggan pada harga yang meliputi kos asal aset( harga belian yang telah dibayar oleh bank) dan tambahan untung bagi bank
3) pelanggan bersetuju membeli aset tersebut dan membuat pembayaran secara ansuran selama tempoh masa yang ditetapkan

Contohnya seorang pelanggan Bank Rakyat bernama Encik Ahmad ingin
membeli sebuah rumah kediaman dengan menggunakan produk BBA, Bank Rakyat akan membeli rumah tersebut( katakan pada harga RM100,000) kemudian pihak bank akan menjualkan kembali rumah tersebut kepada Encik Ahmad dengan harga RM180,000. harga ini berdasarkan harga asal rumah (RM100,000) dan juga margin keuntungan sebanyak RM80,000. Encik Ahmad akan membayar balik jumlah RM180,000 ini dalam
tempoh 15 tahun (180 bulan) sebanyak RM1000 sebulan. Justeru itu, dalam tempoh 180 bulan tersebut Encik Ahmad dikehendaki membayar harga RM100,000 sebulan tanpa mengambil kira keadaan ekonomi dalam tempoh 15 tahun tersebut sama ada perkembangan ekonomi sesebuah negara berkembang atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun jika dalam tempoh 10 tahun(120 bulan), Encik Ahmad sudah membayar RM120,000 dan beliau sudah bersedia untuk membayar sepenuhnya keseluruhan baki yang tinggal, persoalannya adakah Encik Ahmad dikehendaki membayar sebanyak RM60,000? Dalam masalah ini, prinsip kewangan Islam membenarkan pihak yang memberikan pembiayaan untuk memberi rebate kepada pelanggan untuk mengurangkan jumlah yang harus dibayar balik.

Berdasarkan contoh di atas, Bank Rakyat akan memberi rebate kepada Encik Ahmad secara ibra’. Berdasarkan kaedah ibra’ (rebate) Encik Ahmad diberi pelepasan hutang dan beliau tidak perlu membayar apa-apa lagi. Kaedah ini berbeza dengan Bank Islam Malaysia Berhad yang memberi rebate secara muqassah. Dalam kaedah muqassah sekiranya Bank Islam menganggap bahawa margin keuntungan yang munasabah selepas 10 tahun ialah RM50,000, muqassah yang diberi kepada Encik Ahmad ialah sebanyak RM30,000, dikira seperti berikut:[29]


Harga belian rumah 100,000
Margin keuntungan + 50,000
= 150,000

Jumlah yang telah dibayar balik 120,000
Jumlah yang perlu dibayar balik = 30,000

Baki jumlah mengikut perjanjian asal 60,000
Baki jumlah mengikut perkiraan baru 30,000
Muqassah = 30,000

2.2 skim pembiayaan kenderaan kakitangan kerajaan (car hire purchase financing)
Produk ini disediakan untuk kakitangan kerajaan termasuk kakitangan kerajaan negeri, anak syarikat kerajaan dan badan berkanun yang telah berkhidmat selama 12 bulan.

Skim ini berdasarkan konsep al-ijarah thumma al-bayc (AITAB). Konsep ini merujuk kepada 2 kontrak yang ditandatangani secara berasingan dan berturutan iaitu:[30]
1) kontrak al-ijarah (sewa)
2) kontrak al-bayc (beli)

Dalam konsep AITAB, bank akan membelikan kenderaan yang ingin disewa oleh pelanggan. Bank kemudian menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan pada kadar dan tempoh yang dipersetujui oleh kedua pihak. Seterusnya jika pelanggan bersetuju membeli kenderaan tersebut maka prinsip atau konsep yang digunakan ialah AITAB yang melibatkan 2 kontrak berasingan iaitu sewa dan jual beli. Pelanggan diberi pilihan untuk membeli kenderaan yang disewa pada nilai nominal. Pada teorinya, harga belian adalah sama dengan jumlah bayaran sewa yang diterima oeleh bank dalam tempoh sewaan.[31] Pada harga sewaan yang terahir, pelanggan akan melakukan akad jual beli kereta tersebut pada harga sewa yang terakhir. Pelaksanaan AITAB dapat diterangkan dalam contoh berikut:[32]

Contoh 1 : andaikan sewa bulanan = RM800
tempoh sewa = 48 bulan
jumlah sewa RM800 x 48 bulan = RM38,400
pada akhir tempoh sewaan, aset itu dibeli oleh penyewa pada harga RM800 iaitu nilai sewa bulan tersebut.

Contoh 2 : andaikan selepas 3 tahun, penyewa ingin menamatkan kontrak sewa dan mahu membeli kenderaan tersebut.
Harga belian kenderaan tersebut ialah perbezaan di antara jumlah sewa untuk 4 tahun dan jumlah sewa yang telah dibayar selama 3 tahun (RM800 x 36 bulan )
RM38,400 – RM28,800 = RM9,600
Selain itu, pihak bank juga harus memastikan bahawa penyata bulanan mestilah sampai ke tangan penyewa. Penyata tersebut mengandungi butiran-butiran penting seperti jumlah sewaan yang telah dibayar dan sebagainya. Sekiranya penyewa gagal membayar sewa lebih daripada 3 bulan dan penyewa telah menerima penyata bulanan serta surat amaran daripada pihak bank, bank akan mengenakan denda terhadap penyewa sebanyak 1% daripada bayaran tertunggak. Denda ini dipanggil tacwid. Denda yang dikenakan kepada penyewa yang lambat membayar ini telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat.[33]

Sementara itu, Bank Islam telah menawarkan produk yang berbeza dalam pembiayaan kenderaan. Skim pembiayaan kenderaan di Bank Islam dbibuat berdasarkan konsep BBA ( al-bayc bi thamn ajil)
2.3 Pandangan Syarak terhadap produk pembiayaan Bank Rakyat
Asasnya setiap bank yang menjalankan urusniaga inginkan keuntungan. Namun keuntungan dan usaha yang telah dilakukan ini hendaklah berdasarkan kepada prinsip-prinsip Syarak seperti bebas daripada unsur riba, penipuan, penindasan dan sebagainya.

Daripada pengamatan yang telah dilakukan, dapatlah dirumuskan bahawa pembiayaan perumahan mahu pun kenderaaan yang ditawarkan di Bank Rakyat bebas daripada riba dan unsur-unsur lain yang boleh merosakkan akad dan kontrak pembiayaan. Walau pun harga yang ditawarkan untuk pembiayaan perumahan manzili khasnya agak tinggi namun ianya dibuat berasaskan kontrak jual-beli dan bukannya kontrak pinjaman. Ia tidak mengandungi unsur-unsur riba kerana dilaksanakan di atas prinsip jual beli dan ia bukanlah barangan ribawi yang disyaratkan berlaku penyerahan yang sama nilai.

Selain itu, Islam juga pada asasnya tidak menetapkan sebarang had keungungan yang boleh diambil. Terdapat dalam sebuah hadis bagaimana seorang sahabat mengadu kepada nabi tentang kenaikan harga barangan di pasar Madinah. Sahabat tersebut meminta kepada nabi sebagai ketua negara menentukan harga di pasar. Nabi menolak cadangan itu dan mengatakan bahawa Allah S.W.T yang akan menentukan harga di pasar Madinah.

Dalam contoh yang lain pula, nabi telah memerintahkan sahabatnya yang bernama cUrwah supaya membeli seekor kambing dan memberikannya wang sebanyak 1 dinar. cUrwah telah pergi ke kampung badwi dan membeli 2 ekor kambing dengan wang 1 dinar tersebut kerana harga jualan kambing di kawasan kampung agak murah. cUrwah kemudiannya membawa kedua-dua ekor kambing tersebut ke Madinah dan menjual seekor daripadanya dengan harga 1 dinar. Beliau telah mengambil untung sebanyak 100%. Perbuatan ini diketahui oleh nabi dan baginda tidak melarang perbuatan itu.

Ini menunujukkan kepada kita bahawa walaupun harga jualan rumah yang ditawarkan di Bank Rakyat agak tinggi namun pada asasnya ia tidaklah menyalahi syarak

Maybank
2.4 Pembiayaan Perumahan Rumahku (housing loan)
Pembiayaan ini bertujuan untuk memberi kemudahan pembiayaan perumahan kepada pelanggan untuk membina atau membaiki serta mengubah-suai rumah mereka. Selain rumah, skim ini juga boleh digunakan untuk pembiayaan rumah kedai, pangsapuri dan kondominium. Melalui skim ini, pihak bank akan membiayai rumah atau kediaman yang ingin dimiliki oleh pelanggan sehingga 90%. Pelanggan dikehendaki membayar balik pinjaman perumahan ini dengan kadar faedah bagi tahun pertama sebanyak 2.5% tidak termasuk BLR ( kadar asas pinjaman).[34]

Bank juga menyediakan pinjaman perumahan secara berkumpulan (groups savers package). Melalui skim ini, pelanggan yang ingin meminjam mestilah terdiri daripada 3 orang atau lebih dengan harga diskaun sebanyak 0.25% daripada kadar faedah. Sementara nilai minimum pinjaman bagi pakej ini ialah RM150,000.[35] Contohnya Encik Mahmood hendak membuat pinjaman perumahan di bawah skim rumahku. Beliau akan mengemukakan permohonan kepada Maybank dan akan melalui beberapa prosedur tertentu. Setelah permohonannya diluluskan, pihak bank akan meluluskan pinjaman sebanyak 90% daripada harga rumah. Sementara kadar faedah pula ialah sebanyak 2.5% setahun bagi tahun pertama tidak termasuk BLR. Pihak bank juga berhak untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah pinjaman itu dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

2.5) Skim Pembiayaan Kenderaan (hire purchase)
Skim ini tidak jauh bezanya dengan skim yang ditawarkan oleh Bank Rakyat melalui perbankan Islam. Melalui skim ini, bank akan membiayai sesebuah kenderaan yang ingin dimiliki oleh pelanggan dengan pembiayaan maksimum 85%. Walau bagaimanapun untuk kereta nasional seperti Proton Waja atau Perodua Kancil, pihak bank akan memberikan pinjaman sehingga 100% dengan syarat-syarat tertentu. Tempoh yang ditetapkan pula sehingga 7 tahun dengan kadar faedah tertentu.[36] Sekiranya pelanggan ingin memiliki kenderaan baru, kadar faedah yang dikenakan adalah asebanyak 4.95% sehingga 5.5% bagi tahun pertama, sementara untuk kereta terpakai pula sebanyak 5.75% hingga 6.25%.[37]

2.6) Pandangan Syarak terhadap pembiayaan di Maybank
Berdasarkan contoh dan gambaran yang telah diberikan, dapatlah kita rumuskan bahawa pembiayaan di Maybank mempunyai unsur-unsur riba. Ini kerana pelanggan yang membuat Pembiayaan Perumahan Rumahku contohnya dikehendaki membayar kadar faedah sebanyak 2.5% tidak termasuk BLR. Kadar ini adalah kadar untuk tahun pertama sahaja. Dalam keadaan tertentu, pihak bank berhak untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah. Faedah ini merupakan bayaran lebihan yang dibayar di atas pinjaman. Jelasnya ia berkonsepkan riba. Begitu juga pembiayaan kenderaan(hire purchase) yang menetapkan kadar faedah di atas pinjaman.














BAB 3

Beberapa Persoalan Semasa

3.1) penetapan kadar untung, alasan dan sebab

3.1.1) faktor keuntungan
Secara umumnya, setiap penniaga inginkan keuntungan. Begitu juga dengan bank sama ada bank berorientasikan perbankan Islam mahupun konvensional

Objektif perbankan Islam adalah untuk mencari keuntungan dalam rangka pembangunan umat berteraskan keadilan Islam. Untuk mencapai objektif ini, Bank Rakyat khasnya harus patuh kepada hukum tabii seperti meminimumkan kos, melakukan promosi, melatih pekerja dan sebagainya untuk mencari keuntungan. Walau bagaimanapun setiap usaha untuk medapatkan keuntungan mestilah mematuhi hukum Syarak dan bebas daripada sebarang unsur yang merosakkan kontrak.

Contohnya pembiayaan perumahan yang dibuat berdasarkan konsep BBA, bank akan membeli rumah kediaman yang ingin dimiliki oleh pelanggan dengan harga katakan RM100,000 dan setersunya bank akan menjual kembali rumah tersebut dengan haga RM180,000. Lebihan RM80,000 tersebut ialah margin keuntungan yang bakal diperolehi oleh bank.

3.1.2 Mencapai kadar keuntungan tahunan
Pihak bank juga akan menentukan tahap dan kadar keuntungan tahunan yang ingin diperolehi oleh mereka. Selepas kadar keuntungan dan tempoh pembiayaan ditentukan, harga jualan yang melibatkan modal dan margin akan dapat ditentukan. Contohnya dalam kontrak BBA, jika pembiayaan perumahan RM100,000, kadar keuntungan ialah 5 % setahun untuk tempoh 180 bulan dan selepas diambil kira faktor-faktor lain seoperti factor annuiti barulah pihak bank akan dapat menentukan harga jualan kepada pelanggan.[38]

Pada asasnya, amalan penentuan margin keuntungan khasnya BBA dipengaruhi oleh kadar faedah pasaran. Ini kerana perbankan Islam menggunakan Kadar Faedah Antara Bank (KLIBOR: Kuala Lumpur Interbank Offer Rate) sebagai penunjuk aras polisi penetapan harga jualan BBA.[39] Bank Islam khasnya menggunakan KLIBOR kerana belum ada Interbank Offer Rate Islam yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Oleh itu , Bank Islam terpaksa menggunakan KLIBOR sebagai penunjuk aras supaya kadar keuntungan adalah kompetitif dalam suasana dwi-sistem.

Selain itu, pembiayaan hutang di Bank Rakyat juga ditentukan berdasarkan kepada Kadar Asas Pinjaman (BLR).[40] Kadar ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia dan ianya berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi Malaysia.

3.2 kos pengurusan bagi sesuatu produk serta perbandingannya dengan zakat
Di antara golongan yang layak menerima zakat ialah para pemungut zakat (camilin calaiha). Golongan ini terdiri daripada amil yang dilantik oleh kerajaan seperti imam, kerani, jurutulis, penjaga stor dan sebagainya yang dilantik dalam menguruskan zakat

Para pemungut zakat dibayar upah daripada hasil zakat tanpa mengira kedudukan kewangan mereka. Ia merupakan gaji yang dibayar kerana kerja mereka yang berkaitan dengan zakat. Setiap daripada mereka akan menerima gaji yang akan ditentukan berdasarkan jenis pekerjaan dan tahap tanggungjawab mereka, sama seperti yang diamalkan dalam jabatan-jabatan kerajaan.[41]
Menurut satu mazhab, para pemungut zakat harus dibayar upah bagi khidmat mereka tetapi jumlah keseluruhannya tidak melebihi 5 % daripada hasil zakat. Sementara menurut pendapat ulama lain, jumlah bayaran zakat boleh dinaikkan sehinggan ¾ daripada hasil zakat. Sementara pendapat yang lain pula tidak menyatakan sebarang had maksimum sebagai bayaran kepada pemungut zakat.

Walau bagaimanapun kerajaan haruslah mengawasi sepenuhnya bayaran kepada petugas supaya zakat tidak hilang tujuan sebenarnya iaitu untuk membantu fakir miskin. Dengan kata lain, Dalam keadaan apa pun, perbelanjaan mengurus tidak dibenarkan melebihi hasilnya supaya zakat akan sentiasa produktif dan tidak hilang segala hikmat dan kelebihannya.

Sementara kos pengurusan bagi sesuatu produk atau instrumen kewangan Islam pula, kita tidak mempunyai nilaian yang tepat disebabkan kos yang berbeza mengikut setipa instrumen tersebut. Selain itu, belanja perkhidmatan dan surat-menyurat juga dikira sebagai kos pengurusan yang mesti dibayar oleh pelanggan. Contohnya dalam skim pembiayaan perumahan manzili, segala perbelanjaan yang terhasil daripadanya akan ditanggung oleh pelanggan. Kos ini berbeza mengikut produk yang berbeza. Yang pasti, belanja pengurusan sesuatu produk haruslah tidak melebihi hasil dan keuntungan yang diperolehi. Kalau tidak, pastinya ia akan menyebabkan kerugian dan pelanggan akan hilang kepercayaan terhadap bank serta produk-produk yang ditawarkan.









PENUTUP

Kesimpulannya, seperti yang telah ditegaskan pada peringkat awal penulisan ini, para ulama dan sarjana Islam mestilah meneroka kembali khazanah warisan Islam dan mengubahsuaikannya dengan keadaan semasa asalkan masih berlegar dalam lingkungan Syarak. Ini kerana fiqh muamalat itu sendiri sebrnarnya terdiri daripada nas-nas qatciy dan zanniy yang memberi ruang yang luas kepada para ulama untuk berijtihad. Saranan ini dibuat kerana 2 faktor:

1) faktor pertama ialah sambutan masyarakat terhadap produk-produk yang ditawarkan oleh bank-bank Islam mahupun bank konvensional yang menawarkan skim perbankan Islam amat menggalakkan. Ini dapat dilihat berdasarkan nilai deposit di Bank Islam selepas 10 tahun amat menggalakkan. Sementara di Bank Rakyat pula, semenjak tahunn 1993-2003 (tempoh perubahan kearah perbankan Islam) deposit dan pelaburan serta pembiayaan yang dibuat nyata menguntungkan. Ini berbeza dengan prestasi Bank Rakyat di awal penubuhannya sehinggalah awal 90an. Yang paling mengagumkan penulis ialah bagaimana Bank Rakyat menghadapi zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 dengan begitu cemerlang. Dalam keadaan bank-bank lain terpaksa mengecilkan operasinya serta membuang sesetengah pekerjanya, Bank Rakyat tetap teguh menjalankan operasinya.

2) faktor kedua ialah keraguan masyarakat dan sesetengah cendekiawan terhadap produk yang ditawarkan di bank yang mengamalkan perbankan Islam. Berdasarkan contoh pembiayaan yang diberikan, jelas kepada kita bahawa bank yang beroperasi berdasarkan sistem Islam sebenarnya masih terikat dengan Bank Negara Malaysia. Setiap pembiayaan yang diberi kepada pelanggan akan diikat dengan BLR sebanyak beberapa peratus. Peratusan ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia dan ianya berubah mengikut keadaan ekonomi Malaysia. Tindakan ini dilakukan untuk menjaga rizab serta nisbah kecairan dan mengawal nilai mata wang ringgit Malaysia. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya produk-produk yang ditawarkan melalui skim perbankan Islam sedang melalui prosses pembersihan dan menuju ke arah yang lebih baik. Paling kurang, kita sudah pun mempunyai pilihan untuk melabur dan menyimpan di bank yang menawarkan produk perbankan Islam. Apa yang penting, para ulama mestilah mengerah segala usaha dan tenaga mereka untuk menyediakan suatu alternatif perbankan Islam kepada seluruh ahli masyarakat samada Islam mahu pun bukan Islam

Sementara itu, masalah yang dihadapi pula ialah saingan yang amat kuat daripada perbankan konvensional ditambah dengan jumlah deposit dan pembiayaan yang masih kecil daripada msyarakat bukan Islam. Bank konevensional dalam keadaan tertentu dapat menaikkan dan menurunkan kadar faedah untuk menarik para pelanggan menyimpan atau menggunakan skim pembiayaan yang mereka tawarkan. Berbanding dengan Bank Rakyat mahupun Bank Islam, berdasarkan konsep BBA, harga jualan tidak boleh diubah yang menyebabkan pelanggan dalam keadaan tertentu (khasnya bukan Muslim) lebih gemar menggunakan pembiayaan daripada perbankan konvensional. Selain itu, pelanggan bukan Islam juga masih belum yakin terhadap produk pembiayaan Islam kalau dilihat daripada jumlah serta nilai deposit dan pembiayaan di kalangan pelanggan bukan Islam

Penulis tertarik dengan cadangan serta saranan daripada M.A Mannan dalam bukunya supaya dikenakan kadar faedah semasa kita berurusan dengan golongan bukan Islam. Beliau membawa beberapa hujah serta dalil. Di antaranya sebagai mucamalah bi al-mithli. Walau pun saranan beliau agak janggal dan boleh menimbulkan pertikaian di kalangan ulama, namun mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang, ianya agak praktikal.









RUJUKAN

Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1999

Afzalul Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, Jilid 4, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994, terjemahan Osman Ahmad, Mazni Othman

Ali Ahmad Marca, Buhuth Fi Fiqh al-Mucamalat Dirasat al-Muqaranah, Universiti al-Azhar, 1998

Al-kasaniy, cala al-Din Abu Bakar Bin Mascud, Badaci al-Sanaci Fi Tartib al-Sharaci, jilid 5, Beiruy, al-Maktabat al-cIlmiyyah,t.t.

Al-Sarakhsiy, al-Mabsut, jilid 13, Beirut, Dar al-Macrifah, 1986

cAtiyyah Sayyid al-Fayyad, Buhuth Fi Fiqh al-Mucamalat Dirasat al-Muqaranah, Universiti al-Azhar, 1998

Muhammad Salah Muhammad Sawi, Mushkilat al-Istithmar Fi al-Bunuk al-Islamiyyah, Dar al-Tauzic Wa al-Nasyr, 1990

Muhammad Sayyid Tantawi, Mucamalat al-Bunuk Wa Ahkamuha al-Syarciyyah, Kaherah, Dar al-Nahdah al-Masri, 1998

Muhammad Syafii Antonio, Bank Syariah Dari Teori Ke Praktik, Jakarta, Gema Insani, 2001

Nor Mohamed Yakcop, Teori, Amalan Dan Prospek Sistem Kewangan Islam Di Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1996

Radiah Abdul Kader, Ekonomi Islam, Kuala Lumpur, Univision Press Sdn Bhd, 2001

Ustaz Wan Hanafiah, Pegawai Syariah di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

Laman web rasmi maybank. http://www.maybank2u.com.my

House financing http://www.mayfin.com.my/mayfin-docs/html-dir/consumer.html/

Groups savers package http://www.mayfin.com.my/mayfin-docs/html-dir/hire.html/

Hire purchase rates http://www.mayfin.com.my/mayfin-docs/html-dir/purchase.html#rates/


[1] Ali Ahmad Marca, Buhuth Fi Fiqh al-Mucamalat Dirasat al-Muqaranah, Universiti al-Azhar, 1998. HLM. 159-160


[2] Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1999. hlm.379
[3] ibid
[4] Afzalul Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, Jilid 4, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994, terjemahan Osman Ahmad, Mazni Othman. Hlm.303

[5] Muhammad Salah Muhammad Sawi, Mushkilat al-Istithmar Fi al-Bunuk al-Islamiyyah, Dar al-Tauzic Wa al-Nasyr, 1990. hlm.140

[6] Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1999.hlm.381

[7] Afzalul Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, Jilid 4, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994, terjemahan Osman Ahmad, Mazni Othman. Hlm.303
[8] Radiah Abdul Kader, Ekonomi Islam, Kuala Lumpur, Univision Press Sdn Bhd, 2001.hlm.153

[9] Muhammad Salah Muhammad Sawi, Mushkilat al-Istithmar Fi al-Bunuk al-Islamiyyah, Dar al-Tauzic Wa al-Nasyr, 1990.hlm.154

[10] Radiah Abdul Kader, Ekonomi Islam.hlm.154
[11] cAtiyyah Sayyid al-Fayyad, Buhuth Fi Fiqh al-Mucamalat Dirasat al-Muqaranah, Universiti al-Azhar, 1998.hlm.171

[12] Al-Sarakhsiy, al-Mabsut, jilid 13, Beirut, Dar al-Macrifah, 1986.hlm.83

[13] Al-kasaniy, cala al-Din Abu Bakar Bin Mascud, Badaci al-Sanaci Fi Tartib al-Sharaci, jilid 5, Beiruy, al-Maktabat al-cIlmiyyah,t.t..hlm220

[14] Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia.hlm.410

[15] cAtiyyah Sayyid al-Fayyad, Buhuth Fi Fiqh al-Mucamalat Dirasat al-Muqaranah.hlm.180

[16] Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia.hlm.412

[17] Radiah Abdul Kader, Ekonomi Islam.hlm.157
[18] Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Hlm.417

[19] Ibid.hlm.425

[20] Muhammad Sayyid Tantawi, Mucamalat al-Bunuk Wa Ahkamuha al-Syarciyyah, Kaherah, Dar al-Nahdah al-Masri, 1998.hlm.58

[21] Ibid. Muhammad Sayyid Tantawi, Mucamalat al-Bunuk Wa Ahkamuha al-Syarciyyah, Kaherah, Dar al-Nahdah al-Masri, 1998. hlm.59

[22] Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Hlm.433

[23] Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Hlm 442

[24] Muhammad Syafii Antonio, Bank Syariah Dari Teori Ke Praktik, Jakarta, Gema Insani, 2001.hlm.113

[25] Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Hlm 430

[26] Ustaz Wan Hanafiah, Pegawai Syariah di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Temubual pada 12 Julai 2003

[27] Nor Mohamed Yakcop, Teori, Amalan Dan Prospek Sistem Kewangan Islam Di Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1996.hlm.80

[28] Radiah Abdul Kader, Ekonomi Islam.hlm.154
[29] Nor Mohamed Yakcop, Teori, Amalan Dan Prospek Sistem Kewangan Islam Di Malaysia.hlm. 81
[30] Nor Mohamed Yakcop, Teori, Amalan Dan Prospek Sistem Kewangan Islam Di Malaysia.hlm. 80-83

[31] Radiah Abdul Kader, Ekonomi Islam.hlm.155
[32] Radiah Abdul Kader, Ekonomi Islam.hlm.156

[33] Ustaz Wan Hanafiah, Pegawai Syariah di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Temubual pada 12 Julai 2003


[34] http://www.maybank2u.com.my

[35] http://www.mayfin.com.my/mayfin-docs/html-dir/consumer.html/

[36] http://www.mayfin.com.my/mayfin-docs/html-dir/hire.html/

[37] http://www.mayfin.com.my/mayfin-docs/html-dir/purchase.html#rates/

[38] Radiah Abdul Kader, Ekonomi Islam. Hlm.176

[39] Ibid.hlm.193

[40] Ustaz Wan Hanafiah, Pegawai Syariah di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Temubual pada 12 Julai 2003

[41] Afzalul Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, Jilid 4,