Ahad, 20 Disember 2009

Jumaat, 18 Disember 2009

Keajaiban nombor


15873 x 7 = 111 111

15873 x 14 = 222 222

15873 x 21 = 333 333

15873 x 28 = 444 444

15873 x 35 = 555 555

15873 x 42 = 666 666

15873 x 49 = 777 777

15873 x 56 = 888 888

15873 x 63 = 999 999

petikan majalah.....sambutan hari asyura


.....berkenaan dengan perayaan atau cara menyambut hari asyura, umat islam boleh dibahagikan kepada 3 bahagian/kumpulan

1) kumpulan pertama
mereka ini menjadikan hari asyura sebagai hari kesedihan dengan sebab terbunuhnya saidina Husayn ra(cucu baginda SAW) di karbala. justeru mereka akan menampar pipi, mencarikkan baju/pakaian dan berdoa dengan doa jahiliyyah. kesemua perbuatan ini merupakan perbuatan yang bidaah kerana bersalahan dengan hadith nabi Muhammad SAW yang bermaksud(bukanlah dari golongan kami mereka yang menampar pipi, mengoyakkan baju dan berdoa dengan doa jahiliyyah). selain itu, mereka juga mengharamkan perkahwinan pada bulan muharram.

2) kumpulan kedua
mereka yang melampau dalam bersukaria dengan menjadikan hari ini sebagai hari untuk makan dengan mengadakan jamuan, mandi(berkelah), bercelak mata dan sebagainya. banyak hadith disebut kononnya sesiapa yang mandi pada hari ini, dia tidak akan ditimpa penyakit pada tahun itu kecuali penyakit yang membawa mati. hadith ini merupakan hadith palsu.

3) kumpulan ketiga
mereka menjadikan hari ini sebagai hari untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berbuat ibadat sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dengan berpuasa pada hari ke 9 dan 10 (hari asyura) Muharram. mereka juga bersedekah dan berbuat kebajikan mengharapkan keredaan Allah SWT. ada athar dari abdullah amru al-as bahawa sesiapa yang berpuasa pada hari asyura seolah2 dia telah berpuasa selama setahun dan sesiapa yang bersedekah pada hari berkenaan seolah2 dia telah berpuasa setahun.

*artikel ini(sebahagiannya sahaja) diterjemah secara bebas dari majalah al-Tasawuf al-Islamiy, muharram 1422H/april2001M. artikel asal ditulis oleh syeikh abdul syukur isa, iamam masjid al-ahmadiy di tanta, republik arab mesir dalam ruangan dari mimbar dengan tajuk asal asyura...di antara jahiliyyah dan Islam

Ahad, 13 Disember 2009

munyat musalli.....tentang hari jumaaat



kelebihan hari jumaat: penghulu segala hari
1) hari yang sangat mulia di sisi Allah SWT, hari ini merupakan hari nabi Adam AS dijadikan, hari di mana berlakunya kiamat.
cerita ini diambil daripada hadis riwayat abu hurairah ra

2) sebaik-baik hari yang matahari terbit ialah hari jumaat. Allah SWT memerdekakan 600ribu orang pada hari jumaat daripada api neraka. hadis ini diriwayatkan oleh Anas ra tapi ramai ulama kata hadis ni daif

3) sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malam jumaat, ditulis baginya pahala syahid dan terpelihara daripada fitnah kubur. syaratnya kena orang muslim.

4) sunat memperbanyakkan selawat pada hari atau malam jumaat.

5) banyak membaca surah al-kahfi (hadis riwayat abu said al-khudriy ra. Allah SWT memberi cahaya sehingga hari seterusnya. hadis ni sahih sebagaimana aku dengar daripada us basit sg durian.

6) sunat mandi, niatkan sunat kerana jumaat.

7) berpagi-pagi(datang awal) ke masjid, mendengar khutbah imam dengan penuh beradab.

setengah daripada bidaah pada hari jumaat:
1) melewatkan solat jumaat kerana menunggu orang ramai datang solat. kerajaan wajib memberikan peringatan, nasihat dan ancaman kepada orang ramai supaya pergi/hadir solat jumaat yang merupakan syiar Islam.

Sabtu, 12 Disember 2009

munyat musalli.....perkara sunat selepas solat

1) menyapu dengan tangan di atas kepala sambil membaca doa.
bila aku mengikuti perbincangan tentang amalan ni, bila aku mendengar penerangan daripada us dr abdul basit sg durian, ianya diriwayatkan oleh tabarani, mengikut para muhaqiq, hadis ini daif jiddan. maknanya kalau ditinggalkan tak mengapa, namun kalau ada orang yang melakukannya janganlah diingkar sehingga bermasam muka

2) membaca bacaan tertentu selepas solat subuh dan maghrib seperti istighfar, ayat kursiy, alfatihah, muawwizatain dan sebagainya. perkara ini khasnya membabitkan soal zikir ini warid daripada nabi SAW atau tidak, ianya menimbulkan perbahasan yang panjang yang tak mampu saya sebutkan disini.

munyat musalli.....perkara makruh dalam solat

perkara makruh dalam solat amat banyak, di antaranya:
1) berpaling ke kanan atau ke kiri dengan muka atau melihat ke langit(tengok cicak). perbuatan tersebut merupakan permainan syaitan. ulama menafsirkannya dengan 2 makna, betul2 berpaling dengan muka. 1 lagi ialah berpaling hati..iaitu tak khusyuk

2) menutup mulutnya dengan kain kecuali kerana menguap. ada hadis...apabila kamu menguap maka memegangkan dengan tangannya atas mulutnya(menutup mulut dengan tangan). sesungguhnya syaitan masuk pada mulut(hadis riwayat muslim..)

3) menyingkap rambut atau kain(memainkan rambut atau kain) kerana ada hadis yang menegahnya.

4) meludah semasa solat, samada di depan atau kanan. kalau ingin meludah, ludahlah di sebelah kiri atau di bawah kaki(pada zaman dahulu lantai masjid terdiri daripada pasir, batu kerikil dan sebagainya. so sesuailah kalau meludah di belah kiri atau bawah kaki kemudian menguis pasir atau batu kerikil untuk menanam ludahan tersebut). pada zaman sekarang tidak boleh meludah-ludah di dalam masjid(hukumnya haram) samada di dalam solat atau di luar solat kerana ada hadis menyebut bahawa meludah di dalam masjid itu suatu kesilapan.

5) bercekak pinggang. ada hadis daripada abu hurairah r.a bahawa nabi melarang solat sambil bercekak pinggang kerana ia merupakan perbuatan orang yang takabbur dan syaitan. kata aisyah r.a bahawa makruh di sini kerana ianya merupakan perbuatan yahudi.

6) merendahkan kepala daripada belakang pada masa rukuk.

7) solat dalam keadaan ingin membuang air besar atau kecil atau ingin kentut. dengan kata lain dalam keadaan menahan diri daripada membuang air besar/kecil atau angin. selesaikanlah urusan buang air dahulu kemudian solatlah jika waktu solat masih ada

8) solat di hadapan makanan atau minuman yang menyelerakan. ulama menyebut ada 3 syarat..pertama nampak makanan yang terhidang macam nampak ayam goreng atau daging bakar. syarat kedua orang yang nak solat memang lama mengidamkan ayam goreng atau daging bakar, kalau solat hati dok terfikir sapa la yang dapat ayam goreng ni. syarat ketiga orang yang solat memang akan dapat makanan tu, contohnya makanan yang memang dihidangkan untuknya

9) solat di tempat mandi(kalau dalam tandas hukumnya haram), pada jurang bukit, di tengah jalan khasnya tempat orang ramai,. tempat buang najis, tempat menyembah berhala, tempat unta berhimpun, kandang unta, tempat ibadat yahudi atau nasrani, kuil

Isnin, 7 Disember 2009

munyat musalli.....sujud sahwi

1) sunat ab ad apabila ditinggalkan, sama ada dengan sengaja atau lupa sunat untuk kita melakukan sujud sahwi. suant ab ad tersebut ialah:

a) tasyahud awal(tahiyyat awal)
b) qunut subuh
c) qunut solat witir pada separuh kedua bulan ramadan
d) selawat ke atas nabi pada qunut subuh dan witir

juga sunat sujud sahwi jika:
2) melakukan sesuatu perkara yang membatalkan solat jika dilakukan dengan sengaja, sebaliknya tidak membatalkan solat jika dilakukan secara lupa seperti memanjangkan rukun yang pendek(iktidal dan duduk di antara 2 sujud). contoh lain ialah berkata dengan sedikit atau makan dengan sedikit atau menambahkan bilangan rakaat solat dalam keadaan terlupa

3) memindahkan rukun qauli yang tidak membatalkan solat seperti membaca al-fatihah ketika rukuk

4) syak meninggalkan sunat ab ad tertentu seperti apakah sudah baca qunut atau tidak..maka sunat sujud sahwi

solat......seputar munyat musalli 2

7) takbir...kesempurnaan takbir dapat dicapai(diperoleh)dalam 3 perkara
- kita bertakbir sebagai takbir yang sahih lagi jazam (pasti...tak perlu was-was)
- mengangkat tangan berbetulan(bersamaan) dengan 2 telinga
- hadir hati, takbir dengan membesarkan Allah

8) qiam, kesempurnaan qiam dalam 3 perkara
- mata melihat tempat sujud
- hati sentiasa ingatkan Allah
- jangan berpaling ke kanan dan kiri

9) qiraat(bacaan). kesempurnaan qiraah ada 3 perkara
- membaca dengan bacaan yang betul, tartil(betul dan baik, kadar bacaan yang sederhana, tidak terlalu laju sehingga tidak jelas bacaannya) dan tanpa lahan (salah baca)
- membaca dengan tafakkur(memikirkan) dan tadabbur(memerhatikan) terhadap makna bacaan
- beramal dengan apa yang dibaca

10) rukuk...kesempurnaannya pada 3 perkara
- meratakan belakang serta leher. jangan merendahkan dan meninggikan kepala
- menghantarkan(meletakkan) dua tapak tangan di atas dua lutut. menjarangkan(merenggangkan) antara anak2 jari
- rukuk dengan tamakninah, membaca tasbih dengan takzim dan ketetapan (tidak banyak bergerak)

11) sujud, kesempurnaannya dalam 3 perkara
- meletakkan 2 tapak tangan bersamaan dengan 2 bahu
- merenggangkan dua lenganmu daripada 2 lambungmu. jangan hampirkan kedua-duanya ke bumi
- sujud dengan tamakninah dan mengucap tasbih serta takzim

12) duduk di antara 2 sujud...kesempurnaannya dalam 3 perkara
- duduk di atas tapak kaki kiri dan dirikan tapak kaki kanan semasa duduk tahiyyat awal. keluarkan kaki kiri di bahwa betis yang kanan pada tahiyyat akhir
- tasyahhud(membaca tahiyyat) dengan takzim, berselawat kepada nabi dengan sempurna, keluarganya dan sahabatnya
- mendoakan diri sendiri dan segala mukminin

13) salam...kesempurnaan salam dalam 3 perkara
- salam dengan sempurna
- sertakan salam dengan niat yang sebenar
- memberi salam kepada orang yang ada di sebelah kanan, yang terdiri daripada malaikat, mukminin, jin dan manusia. begitulah juga salam ke kiri

14) ikhlas..kesempurnaan ikhlas pada 3 perkara
- menuntut keredaan Allah, bukan keredaan manusia
- melihat taufik itu daripada Allah
- memelihara keikhlasan, kalau boleh masa solat x ingat apa pun kecuali Allah

Sabtu, 5 Disember 2009

solat...seputar munyat musalli


sesiapa yang hendak solat, hendaklah mengetahui dan mengerjakan 12 perkara, 6 perkara yang mesti dilakukan sebelum solat, 6 perkara lagi ketika melakukan solat:

1) ilmu
- mengetahui fardu dan sunat solat
- mengetahui fardu dan sunat wuduk
- mengetahui tipu daya syaitan supaya dapat menjahuhi segala tipu daya tersebut

2) wuduk
- sucikan hati daripada khianat, hasad, bughdun (marah)
- sucikan badan daripada dosa
- sempurnakan basuhan pada anggota wuduk tanpa berlebihan

3) pakaian
- pakaian yang halal (daripada sumber yang halal)
- suci daripada najis yang tidak dimaafkan pada tubuh , kain , tempat
- pakaian yang muafakat dengan sunnah. tutup aurat. jangan pakaian yang takabbur, ujub (bangga diri dengan pakaian) megah dan sebagainya. jangan ada niat meniru kaum kafir

4) memelihara waktu solat
- melihat (memerhatikan) matahari, bulan, bintang untuk mendapatkan waktu solat. mungkin suatu hari kita akan kembali ke zaman yang tiada lagi jam. skang ni guna jam dulu
- mendengar azan
- hati memikirkan janjiNYA bagi waktu.

5) mengadap kiblat
- dada kita mengadap kiblat
- hati kita mengadap Allah
- khusyuk, tawaduk dan tazallul (menghina diri kepada Allah)

6) niat
- mengetahui jenis solat yang kita nak lakukan
- mengetahui bahawa kita berdiri di hadapan Allah, Allah melihat kita, maka hendaklah kita berdiri dengan perasaan haibat dan tenang.
- mengetahui bahawa Allah mengetahui segala-galanya tentang kita termasuklah perkara batin yang berlegar di hati dan minda kita. justeru itu selesaikanlah perkara keduniaan yang boleh menyebabkan kita bimbang atau tak khusyuk, contohnya makanan yang dihidangkan ketika nak solat, selesaikanlah dahulu urusan makan


7) takbiratul ihram
8) berdiri qiam
9) membaca al-Quran
10) rukuk
11) sujud 2 kali
12) tasyahhud akhir

santai di LR7 (sepu....amin sunduq)


saiful azmi ismail, guchilian n x-rahmaniah era pertengahan 90an dulu. kalau dulu-dulu senyap jer, jarang muncul, jarang dengar nama dier, macam pelangi yang muncul hanya seketika. x pun jadi merah lembayung senja yang muncul sebelum mentari melabuhkan layarnya. skang dah jadi antara first eleven kat LR ni. yang pasti, sebut jer hal kutip duit, yang ada kaitan dengan tugasan amin sunduq ni nampak muka dia jer. seorang yg bagi aku telah teruji, khasnya yang melibatkan harta, cukup amanah n seorang yang dpercayai. macam dewa durjana, pahlawan harapan william gates dalam komik dewata raya dulu (korang ingat lagi ke). dah lebih 5 tahun kat sini, tambah2 lak isteri dia stay kat sini gak, alamatnya lama lagi kot. dalam bab bola ni, masuk golput gak. tak pun jenis atas pagar. baru jer kerja tapi dah naik 41..he he. juga tgh sambung study..good luck..rabbuna maak.

Jumaat, 4 Disember 2009

santai di LR7 (siapa azam)


mohd azam...adik kepada cikgu @techer aku kat syp dulu, cikgu fuziah abdullah. berasal dari machang, kg Peksss n skang dah jadi orang Guchil. di antara orang yang byk susah n letih kerana aku..semoga sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. tok bomoh kat LR. kalau korang ada sakit perut ker, cacing ker, sembelit ker, nampak hantu ker, lapar perut ker(yer kot) sebelum ke hospital tu kira buleh la panggil cikgu azam ni minta tolong ikhtiarkan..siapa azam? ni di antara dialog yang glamer bila sebut pasal dier. di antara tiang2 seri yang tak tergoncang kat LR. dah berkurun kat sini. juga tgh sambung study....semoga berjaya...pasal bola tu,,,tak pernah dengar komen serius daripadanya. kira golput (golongan putih) la dier ni. tak nampak sangat barcelona ker, liverpool ker, blues ker, yang pastinya red warriors jer...

bersama haji faradiza....sek machang la ni....sek mee celup batu 30 kot

santai di LR6 (cikgu di)


assalamualaikum....saya roshidi hasan, pelajar malaysia dalam bidang muzik dan KIA di universiti of moscow, russia ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada ayah ibu saya yang berada di sering, KB, kepada mertua, kekawan n sahabat handai dengan ucapan makan lemang tu ingatlah kami kat sini...he he...dialog ni lah aku guna masa amik gambar dia. masa tu dah nak dekat majlis berbuka puasa kat LR. kebetulannya dia sorang jer masuk gambo, senyum memanjang lak tu, masa tu aku ingat pasal nak tuju lagu atau nak ucap selamat rayer je. he he. dah lama kat LR, on de way nak balik ke KB or Pasir Mas. masa aku datang LR dulu, dier la di antara yang memula aku tegur, n memula tegur aku, agak peramah n mempunyai gaya suka yang paling menarik. kalau ada anugerah lagu suka, agaknya lagu suka cikgu sidi la akan dapat anugerah juara lagu suka..he he..skang tgh sambung study lagi..selamat belajar n rabbuna maak

santai di LR5 (haji pa)


yang ni namanya faradiza. asal machang, bukit baka, pernah bertugas di raub, pahang n di antara yg paling sibuk @ jarang ada kat LR. dia la menteri tenaga, menteri air, menteri asrama, menteri sukan, menteri alam sekitar n menteri apa2 saja. kalau dia takder, haru-biru satu kampung. serba boleh dan agak versatile. kira macam oleguer pressas gak laa kalau kat barcelona tu. tak pun cam phil neville kalau kat everton. boleh letak pertahanan tengah, tepi, midfield, semua dia mantain. baru jer dapat baby yang ke-6. skang dalam proses nak kembali ke kampung halaman gak. juga dok sambung study skang ni, semoga berjaya. really aku tak dapat nak bayangkan camana LR tanpa dier ni, kot2 kan jadi cam MU tanpa c ronaldo ker tak tau laaa


bersama cahaya mata(boleh panggil produk ker..he he)terbaru(ke 6). gambar ni aku amik masa gi tgk anak dia

musalli.....orang yang mula2 solat.....

orang yang mula2 solat subuh-nabi Adam a.s
orang yang mula2 solat zohor- nabi Ibrahim a.s
orang yang mula2 solat asar- nabi Yunus a.s
orang yang mula2 solat maghrib - nabi Isa a.s
orang yang mula2 solat isyak - nabi Musa a.s

betul ker tidak benda ni?tak tahu. apa yang aku tulis ni dipetik daripada kita munyat musalli yang masyhur tu. betul ker tidak riwayat tu aku tak tahu, mengikut ustaz dr abdul basit sg durian, benda ni kebiasaannya diambil daripada kitab2 sufi dan tarekat. sehingga kita tak dapat tashih benda tu, biarlah dulu. apa yang penting, kena solat

Khamis, 3 Disember 2009

santai di LR4 (c zul chelsea...puaka sulung)


yang ni pulak ahmad zulkifli draman. salah seorang maskot n orla kat sini. LR ni dah sinonim sgt dengat dier. cam gerard sinonim dgn reds, lampard dengan blues, puyol dgn barcelona. cikgu matematik n peminat chelsea n real madrid. asal pasir puteh n dalam proses nak kembali ke pasir puteh. dah lebih 15 tahun gak kat sini. kalu ada sapa2 nak wat sejarah pasal sek ni, dier ni salah seorang yang wajib kena temuramah n diskus. apa tak nya, zaman balak sebesar 4 5 peluk, jalan merah berlubang n berselut dier dah bertugas di sini. skang dah zaman jalan tar lagi laaa. biasanya aku smbg dengan dier pasal real madrid or chelsea. aku dan dier pernah bercita-cita nak wat loan dengan bank rakyat, nak beli kelab Inggeris, nak manage sama2. tak pun nak beli player cam carlos tevez masa kat Man U(milik pihak ketiga) n then bagi sewa kat mana2 kelab yang berminat(pergghhh..angan2 jer....heh he). apa pun...kalau suatu hari nanti cikgu zul ni tinggalakn LR, hilangla maskot n buku sejarah hidup pasal LR ni. tgh smbg blajar..maybe thn depan grad. selamat berjaya

santai di LR3 (matzin BP @ puaka tengah)


assalamualaikum
ni seorang lagi orla kat sek aku. namanya mohd zin junoh @bp. berasal dari pasir puteh n skang ni menetap kat laloh, kuala krai. isterinya orang sini. dah lebih 15 tahun kat sini, kira maskot LR la dier ni. masa memula aku datang sini, aku tgk dier ni la yang paling rileks. jauh dengan aku n tak kesah2 jer. tapi aku perhatikan biasanya orang yang jenis tak kesah2 ni banyak benda yang hebat. cam iceberg la, nampak kat permukaan besar tapi kat bawah lagiiiii besarrr. sampaikan kapal titanic pun leh tbelah jer langgar iceberg. dier ni cikgu pakar BM, dah berabad dok ngajar BM n seorang yg buleh aku gelar politikus tulen era lepas merdeka, tak pun era malayan union. still dengan prinsip zaman laungan hidup melayu or era gunung semanggol. memula aku bimbang gak dengan dier ni, yer la kot2 ada pertembungan cara tak nampak sebab aku tgk dier ni rileks jer. lama2 aku nampak cara dier berpk, menganalisa isu, info yg dier ada agak update n latest punyer, n paling penting jenis tak makan gu. really dengan dier la byk aku bersms or sembang isu semasa. seorang penyokong liverpool era kenny dalglish, craig johnston n ian rush lagi. skang tgh smbg blaja.....good luck

Isnin, 23 November 2009

kuala krai.....23112009


jalan ditutup.....kena guna jalan taman krai


gambar kat jambatan keretapi menghala ke kuala krai...rasanya paras pinggang..tak pun dada




paras air kat tepin jalan ke syp


kat tepi tasik krai



pintu gerbang dari kubang lebur...kat depan tu hospital


anak gajah kat dalam zoo....kuar makan


jalan utama krai-KB...aku amik gambar ni menghalah ke arah KB..kat depan tu ada jambatan keretapi


pintu pagar hospital kuala krai...jalan dari belah rumah mayat


restoran kat dalam tasik...tinggal bumbung jer


kubang lebur...x buleh lalu gak



jalan menghala ke sksyp dan skkk ditenggelami air

Sabtu, 31 Oktober 2009

santai di LR 2 ( hardcore MU.....puaka bongsu)


Setiausaha KPBskLR
Yang ni lak SU, ni posing hari raya bersama isterinya. Tuan Adira Tuan Ghazali, berasal dari tanah tok janggut n penykg tegar Manchester united. Dia ni skg MU jer n sokogannya tahap majnun khinzir. Kalau ronaldo hijrah ke Madrid ker, skgannya x ilang, kira skg parti la bukannya skg batang tubuh. Dier ni di antara cikgu yg plg lama kat sini. Kira kalu GB nak wat mascot untuk sklr ni, dier ni la salah seorangnya. kalau GB aku tu macam presiden America, nak pahat bukit wat muka presiden amerika yg berjasa tu, aku rasa muka dier ni akan terpahat kat bukit blkg sek aku. Masa memula aku dtg sini, dier ni jer aku tgk plg rileks, maklumla dah jadi orla. tapi bila dok lama, boleh ngam pulak.

Jumaat, 30 Oktober 2009

santai di LR (JJJ6008 / CCC6008)


Presiden Kelab Penyokong Bolasepak skLR
Dengan namaNYA Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ari ni aku nak sembang ngan engkorang semua pasal soccer fan kat sek aku. Kami secara bawah tanahnya dah tubuhkan Kelab Penyokong Bolasepak skLR. Kira macam gerakan klu klux klan kat America gak la kelab ni. X pun plg koman macam gerakan revolusi abbasiah peringkat pra lagi, stay kat bawah tanah.
Okla…yang ni aku perkenalkan zairullah yusuf. Dier ni la presiden kami, merangkap perancang utama, macam asman sudin yg jadi penggerak kumpulan Hijaz tu, xpun macam JS Kevin yang sinonim dgn XPDC n Wings tu. Kalau xde asman ni x iduplaa Hijaz. Byk lagu2 hit Hijaz tu si Asman yang cipta. Kami pun sama la, kalu hp aku masuk sms masa kelantan main bola tu, xder orang lain dah, tuan presiden hantar laporan la tu. Berasal dari Kubang Kerian, dkt istana n pernah bertugas di selatan. Kira ada tulah gak la dier ni skit2, korang jgn main2 tau. Ni pykong hardcore Liverpool. Skang on de way smbg blaja. Moga2 berjaya.

Sabtu, 3 Oktober 2009

panduan ringkas tentang perceraian......ila'


ILA’
6.1 Pengertian Ila’
Dari segi bahasa ia bermaksud sumpah. Dari segi istilah pula, ia bermaksud suami yang mempunyai hak talak bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya tanpa menyebut tempoh tertentu atau dalam tempoh yang melebihi 4 bulan.

Contoh cerai secara Ila' iaitu seorang suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya selama 4 bulan. Setelah berlakunya sumpah itu, mahkamah hendaklah memerintahkan suaminya menyetubuhi isterinya dalam tempoh empat bulan. Selepas empat bulan, jika mahkamah mendapati suaminya tidak mematuhi arahan tersebut, mahkamah akan menasihati si suami agar menceraikan isterinya. Selepas itu, jika dia masih enggan, maka mahkamah berhak menjatuhkan talak kepada isterinya

6.2 Hukum Ila’
Apabila suami bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya tanpa menyebut tempoh tertentu atau selama lebih daripada 4 bulan, dia telah melakukan Ila’ kepada isterinya. Hal ini menimbulkan pelbagai hukum kepada suami, iaitu hakim memberi tempoh selama 4 bulan dikira pada hari dia melakukan sumpah tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada 2 perkara di bawah. Tempoh itu diberikan sebagai satu peluang kepada suami menarik balik sumpahnya semula serta memberi kaffarah sumpah, atau suami mengambil keputusan menceraikan isterinya itu jika dia tidak mahu menarik balik sumpahnya semula dan tidak mahu membayar kaffarah.

Apabila berlalu tempoh 4 bulan sedangkan suami tetap dengan sumpahnya maka dia telah memudaratkan isterinya. Oleh itu, hakim memerintahkan suami berdasarkan permohonan isteri dengan satu daripada dua perkara berikut:
1) menarik balik sumpahnya dan menggauli isterinya semula serta menunaikan kaffarah sumpahnya jika dia bersumpah dengan nama Allah atau sifat-sifatNYA. Jika dalam sumpah suami, dia bersumpah untuk melakukan sesuatu seperti bersedekah, dia hendaklah melaksanakan sumpahnya itu.
2) Menceraikan isterinya jika suami enggan menarik balik sumpahnya semula

Jika suami tetap enggan dan menolak kedua-dua perkara tersebut hakim hendaklah menjatuhkannya dengan satu talak. Ini kerana sudah menjadi tugas hakim mengelakkan berlakunya kemudaratan kepada orang lain. Dalam hal ini, tiada cara lain untuk mengelakkan kemudaratan tersebut melainkan hakim menjatuhkan talak bagi pihak suami. Keadaan ini samalah seperti melunaskan hutang dan menunaikan hak-hak yang lain. Dalam hal di atas, hakim menjatuhkan talak bagi pihak suami yang enggan dan berkeras melakukan salah satu daripada 2 perkara di atas dengan syarat suami tiada keuzuran yang menghalangnya daripada persetubuhan. Jika terdapat keuzuran yang menghalang persetubuhan seperti sakit atau seumpamanya, suami diminta menarik balik sumpah Ila’nya semula dengan berkata, apabila aku mampu melakukan persetubuhan aku menarik sumpahku semula

panduan ringkas tentang perceraian......Lian


LIcAN
5.1 Pengertian Lican
Lican dari segi bahasa bermaksud buang dan menjauhkan. Ia dinamakan lican kerana suami isteri menjauhkan diri antara satu sama lain. Lican juga bermaksud laknat.

Dari segi Syarak, lican bermaksud perkataan-perkataan tertentu yang dijadikan hujah oleh suami orang yang terpaksa menuduh isterinya kerana mencemari rumahtangga dan menyebabkan aib kepada suami. Sementara mengikut definisi lain, lican ialah sumpah suami yang disandarkan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tiduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab. Selain itu, isteri juga hendaklah bersumpah disertakan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya

5.2 Sebab Berlaku Li'an
Suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya. Mengikut syarak, tuduhan zina terhadap mana-mana perempuan atau lelaki beriman merupakan satu kesalahan besar. Jika yang menuduh gagal mengemukakan 4 orang saksi dengan syarat-syaratnya, dia telah melakukan jenayah Qazaf( tuduhan zina) dan jika sabit kesalahan, boleh dirotan 80 kali sebatan.

Walau bagaimanapun dalam kes suami menuduh isterinya berzina, ada kelonggaran diberikan. Suami hendaklah bersumpah lican untuk membenarkan tuduhannya. Isteri juga dikehendaki bersumpah lican bagi menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku bersalah



5.3 Proses Berlaku Lican
Suami menuduh isteri berzina atau menafikan keturunan anaknya tanpa membawa 4 orang saksi. Lican dilakukan dengan suami berkata di hadapan hakim dan khalayak ramai. Sunat bagi khalayak ini terdiri daripada ketua-ketua masyarakat dan orang soleh dan ia dilakukan di masjid. Suami hendaklah berkata, aku bersaksi dengan Allah bahawa sesungguhnya aku daripada kalangan orang yang benar tentang tuduhan zina yang aku lemparkan kepada isteriku yang bernama si *** dan anak ini (jika isteri mempunyai anak zina, atau pun sedang mengandung) ialah anak zina dan bukan daripada zuriatku. Sumai dikehendaki mengulanginya sebanyak 4 kali. Jika isterinya ada bersama-sama suami hendaklah menunjukkan tangannya ke arah isteri tersebut. Kemudian pada kali kelima, setelah hakim memberikan peringatan kepadanya bahaya dan risiko berdusta suami hendaklah berkata, Laknat Allah akan menimpaku jika aku terdiri daripada orang-orang yang dusta

Isteri menolak tuduhan suami dan melakukan lican dengan berkata, aku bersaksi dengan nama Allah bahawa si**** itu orang yang berdusta tentang tuduhan zinanya terhadap aku. Lafaz ini diulangi sebanyak 4 kali dan pada kali yang kelima isteri berkata, kemurkaan Allah akan menimpaku jika dia di kalangan orang yang benar

5.4 Kesan Lican Terhadap Suami Isteri
Suami tidak dikenakan hukuman Qazaf (menuduh orang lain berzina)
Isteri yang dituduh akan dikenakan hukuman hudud kecuali dia juga melakukan lican
Hubungan perkahwinan terputus. Suami isteri itu diharamkan bersatu semula selama-lamanya
Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah li'an
Anak zina dinafikan nasabnya kepada suami jika suami menyebut penafiannya ketika melakukan lican. Anak zina itu dinasab kepada ibunya

5.5 Hikmah Disyariatkan Lican
Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah
Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai
Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina

panduan ringkas tentang perceraian......khuluk

KHULUK
4.1 Pengertian Khuluk
Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran) kepada suami. Cara ini juga dipanggil tebus talak. Cerai secara khuluk (tebus talak) berlaku di mana seorang isteri yang sudah tidak berminat dengan suaminya lagi walaupun suaminya itu seorang yang baik, maka dia boleh dengan izin mahkamah dan persetujuan suami membayar sejumlah harta kepada suaminya untuk mendapatkan cerai. Kadar jumlah ditentukan oleh pihak mahkamah

Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru. Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajarnya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.

Perpisahan antara suami dengan isteri melalui tebus talak samada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Khuluk merupakan perceraian yang disertakan dengan bayaran tertentu oleh pihak isteri di mana suami enggan melafazkan cerai, tetapi hanya bersetuju sekiranya dia dibayar. Maka suami hendaklah menceraikan isterinya setelah si isteri membayar dengan jumlah atau harta yang telah ditentukan.

4.2 Hukum Khuluk
Hukum melakukan khuluk ialah harus. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada waktu suci atau waktu iddah. Hukum khuluk berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud:

‘Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan ALLAH S.W.T . Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan ALLAH maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.’

4.3 Penjelasan Mengenai Khuluk (Tebus Talak)
1) Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan bersama antara suami dan isteri yang ingin bercerai
2) Contoh lafaz khuluk ialah kata suami kepada isterinya: ‘Saya ceraikan kamu dengan bayaran sebanyak RM 10 000.’ Jawab isterinya: ‘Saya menerimanya’.
3) Apabila suami melafazkan demikian dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajib beriddah.
4) Bayaran khuluk boleh juga dengan barang-barang yang bernilai seperti rumah, tanah, kereta dan sebagainya.
5) Apabila berlaku khuluk, suami isteri tidak boleh rujuk kembali kecuali akad nikah semula.

4.4 Tujuan Khuluk
1) Memelihara hak-hak wanita.
2) Menolak bahaya kemudaratan yang bakal menimpanya.
3) Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.

panduan ringkas tentang perceraian......fasakh



FASAKH
3.1 Pengertian Fasakh
membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan tidak memenuhi syarat syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai . Hukumnya harus bila ada sebab

Fasakh boleh berlaku apabila salah satu pasangan memohon membatalkan perkahwinan kepada mahkamah dengan sebab terdapat kecacatan di pihak yang satu lagi yang tidak diketahuinya sebelum bernikah seperti gila, AIDS, sopak, mati pucuk dan seumpamanya. Jika mahkamah berpuashati, maka mahkamah akan memfasakhkan perkahwinannya.

Aib yang dibolehkan fasakh perkahwinan terbahagi kepada 2:
1) aib yang menghalang persetubuhan seperti zakar terputus, mati pucuk, faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging.
2) aib yang tidak menghalang persetubuhan yang merupakan penyakit yang menjijikkan atau berbahaya yang tidak mungkin diterima kecuali sanggup menghadapi mudaratnya seperti kusta, sopak, gila dan sebagainya.

3.2 Jenis Aib Suami Isteri
1) aib yang dihidapi oleh suami atau isteri seperti kusta, sopak dan gila
seseorang yang mendapati pasangannya gila, kusta, sopak dan sebagainya boleh memfasakh perkahwinannya. Hal ini berdasarkan hadith daripada Ibn Umar, Nabi SAW mengahwini seorang wanita keturunan Ghifar. Apabila dia dibawa masuk menemui Nabi SAW, Baginda terlihat sopak di rusuknya lalu Baginda bersabda, pakailah baju dan baliklah kepada keluargamu. Baginda juga bersabda kepada keluarga perempuan itu, kamu telah menyembunyikan aibnya.

2) aib yang khusus kepada isteri seperti faraj tersumbat oleh tulang atau daging
suami yang mendapati faraj isterinya tertutup oleh tulang atau daging boleh memfasakhkan perkahwinannya. Ini kerana penyakit tersebut menghalang persetubuhan yang merupakan tujuan perkahwinan

3) aib yang khusus kepada suami seperti zakar terputus atau mati pucuk
isteri yang mendapati zakar suaminya telah terputus atau mati pucuk berhak memfasakhkan perkahwinannya. Hal ini disepakati oleh ulama kerana aib tersebut menghalang maksud perkahwinan. Walau bagaimanapun mati pucuk yang berlaku selepas persetubuhan menggugurkan hak isteri untuk memfasakhkan perkahwinan kerana tujuan perkahwinan iaitu mas kahwin dan persetubuhna telah sempurna sebelum berlaku aib tersebut.

3.3 Aib Yang Boleh Dirawat
Faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging yang boleh dirawat melalui pembedahan dengan persetujuan isteri maka suami tidak lagi berhak memilih untuk memfasakh perkahwinan. Begitu juga penyakit seperti gila, sopak, kusta dan sebagainya yang boleh dirawat melalui kaedah perubatan moden. Ini kerana sebab yang membolehkan fasakh telah gugur

3.4 Hak Wali Memfasakh Perkahwinan
Wali bagi perempuan berhak memfasakh perkahwinan jika mendapati aib pada suami wujud sebelum akad nikah, samada perempuan itu bersetuju atau pun tidak. Walau bagaimanapun wali tidak berhak memfasakh perkahwinan bagi aib yang berlaku selepas persetubuhan. Wali juga tidak boleh memfasakh perkahwinan bagi aib mati pucuk atau zakar terpotong semasa akad nikah

3.5 Fasakh Dilakukan Dengan Segera
Pilihan untuk memfasakh perkahwinan dengan aib yang dinyatakan hendaklah dilakukan dengan segera. Ini kerana fasakh disebabkan aib, suami isteri hendaklah segera menyatakan ketidakredaannya dengan membawa perkara itu ke mahkamah dengan menuntut fasakh. Jika seorang daripada pasangannya itu mengetahui aib pasangannya tetapi mendiamkannya, maka gugurlah haknya untuk menuntut fasakh kecualilah dia tidak mengetahui haknya itu. Dalam kes tidak mengetahui haknya itu, hak untuk menuntut fasakh tidak gugur.

3.6 Permohonan Fasakh Perlulah Dikemukakan Kepada Hakim
Suami atau isteri tidak boleh memfasakh perkahwinannya disebabkan aib tersebut bersendirian. Mereka mestilah membawa perkara itu ke mahkamah untuk menuntut fasaskh

3.7 Mati Pucuk
Jika suami mati pucuk, hakim hendaklah memberi tempoh selama setahun Qamariyyah. Ini kerana mati pucuk berkemungkinan boleh sembuh dengan perubahan musim. Jika aib itu hilang dalam tempoh tersebut, maka perkahwinan diteruskan. Jika tidak sembuh, hakim hendaklah memfasakh perkahwinan itu.

Semua jenis aib boleh disabitkan dengan pengakuan dan laporan doktor. Namun dalam masalah mati pucuk, ianya perlu disabitkan dengan pengakuan suami di hadapan hakim, atau dengan sumpah isteri apabila suami enggan bersumpah atau menafikan dirinya mati pucuk ketika diminta oleh hakim berbuat demikian