Khamis, 23 April 2009

pertandingan cerita kanak-kanak

Pada zaman dahulu ada seorang nabi yang kisahnya cukup masyhur kerana membuat bahtera besar. Nabi ini juga terkenal kerana tempoh dakwahnya yang lama sehingga 950 tahun. Baginda tidak pernah mengenal penat lelah walupun dakwahnya tidak mendapat reaksi positif daripada kaumnya. Kawan kawan, tahukah anda siapakah nabi yang saya maksudkan. Baginda ialah nabi nuh A.S. hari ini saya akan bercerita kepada hadirin sekelian tentang dakwah nabi nuh as

nabi nuh merupakan nabi yang ke 4 selepas nabi adam, idris dan syith. Beliau diutuskan oleh allah kepada kaumnya yang menyembah berhala ciptaan mereka sendiri. Mereka membuat berhala kemudiannya memuja dan menjadikan berhala ciptaan mereka sebagai tuhan. Selain itu, mereka juga hidup bergelumang dengan maksiat dan perbuatan kufur kepada allah. Lalu allah utuskan nabi nuh untuk menyeru kaumnya menyembah allah dan meninggalkan perbuatan syirik. nabi nuh mula berdakwah menyeru kaumnya meninggalkan kekukuran kepada keimanan, daripada syirik kepada tauhid, daripada maksiat kepada taat, daripada kehidupan yang bertunjangkan materialism semata-mata kepada kehidupan duniawi dan ukhrawi. Namun kaumnya tetap ingkar dan berdegil. Mereka tidak mahu menyahut seruan dan dakwah nabi nuh bahkan lebih daripada itu, mereka menuduh nabi nuh seorang yang gila, majnun, hilang akal, tukang sihir dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengejek dan mencela serta memaki hamun terhadap baginda. Namun baginda tetap tabahkan nabi, tetap bertahan dan terus berdakwah menyeru kepada tauhid.

Kawan-kawan, nak tahu apa yang terjadi kepada dakwah nabi nuh?kaumnya tetap berdegil dan enggan menerima dakwah nabi nuh as. Semakin lantang seruan nabi nuh sampaikan, semakin kuat tentangan yang nabi nuh as hadapi. Ajaran nabi nuh ditentang habis-habisan. Bahkan lebih daripada itu, mereka mencabar kebenaran risalah yang dibaw a nabi nuh dan meminta bukti kenabian. Walaupun berhadapan dengan rintangan dan cabaran yang kuat, nabi nuh as tetap bersabar dan meneruskan dakwahnya seperti biasa. Baginda menyerahkan kejayaan dakwahnya kepada allah dengan bertawakkal kepadaNYA

Allaj mewahyukan kepada nabi nuh agar membina bahtera. Tanpa banyak soal, nabi nuh membina bahtera di atas puncak bukit. Melihatkan keadaan nabi nuh yang membina bahtera di atas puncak bukit, kaumnya mengejek, memperli dan mentertawakannya. Namun baginda tetap bersabar, enggan melayan karenah mereka dan menruskan usaha membuat bahtera kerana itu adalah perintah allah yang tidak doleh sama sekali diingkari. Apabila kapal yang dibina nabi nuh siap, allah memerintahkan kepada baginda supaya mengumpulkan semua jenis haiwan dan tumbuihan secara berpasang-pasangan. Nabi nuh dan sebahagian kecil kaumnya yang beriman kepada allah menaiki kapal tersebut.

Lalu allah memerintahkan kepada langit supaya menurunkan hujan. Allah juga memerintahkan kepada bumi supaya mengeluarkan air daripada perut bumi. Air hujan yang lebat turun mencurah-curah ke bumi ditambah pula dengan bumi yang mengeluarkan air yang membuak-buak. Dalam keadaan sedemikian, nabi nuh masih sempat menyeru kepada kaumnya termasuklah anaknya supaya berimankepada allah dan menaiki kapal bersama-samanya. Kaumnya enggan termasuklah anak lelaki baginda sendiri. Mereka dengan angkuhnya berkata kami akan mendaki puncak bukit yang lebih tinggi, nanti kami akan selamat. Namun hadirin sekelian, banjir yang menimpa kaum nabi nuh bukanlah banjir sebarangan yang berpunca daripada perubahan monsoon dan boleh diramal pasang surutnya. Banjir ini merupakan bala dan ujian daripada allah kepada kaum nabi nuh as. Banjir ini telah menenggelamkan sama sekali kaum nabi nuh yang kufur kepada allah. Demikian lah janji allah sentiasa benar Setelah belayar sekelian lama, akhirnya bahtera nabi nuh yang memuatkan orang-orang yang beriman kepada allah, segala jenis haiwan dan tumbuhan berpasangan ini berlabuh di puncak gunging al-judiy.

Tiada ulasan: