Isnin, 22 Jun 2009

Mekanisme pasaran saham konvensional: aspek yang selari dan bercanggah dengan syariat.

Mekanisme pasaran saham konvensional: aspek yang selari dan bercanggah dengan syariat

Pendahuluan

Kesedaran masyarakat terhadap ekonomi dan pasaran modal Islam cukup tinggi pada masa sekarang. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah dana di pasaran modal Islam. Selain itu, bilangan kaunter halal semakin meningkat. Sehingga kertas kerja ini ditulis, sebanyak lebih 650 buah syarikat yang sekuritinya termasuk dalam senarai kaunter halal yang mewakili 80% daripada keseluruhan syarikat berdaftar di BSKL. Walau bagaimanapun dari segi jumlah dana, dana yang terkumpul dalam senarai non-halal masih lagi mengatasi dana halal

BAB II

Gambaran Umum Mekanisme Jual-beli Saham Di BSKL

2.1 Sejarah Ringkas Bursa Saham Kuala Lumpur
Aktiviti broker dan syer telah pun bermula di Tanah Melayu semenjak akhir abad ke-19. Umumnya, pihak broker ini telah pun lama bertapak dan memulakan operasi mereka sambil menyediakan kemudahan-kemudahan perdagangan syer syarikat untuk urusan perniagaan di rantau ini. Pasaran Saham Malaysia yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1937 di bawah nama Persatuan Broker Saham Malaysia. Walau bagaimanapun perdagangan saham dan syer awam tidak dijalankan sehingga bulan Mei 1960. Pada masa ini hanya ada 4 buah syarikat broker saham dan mereka berkumpul beramai-ramai setiap hari di Rumah Penjelasan Bank Negara untuk meletak tanda-tanda harga.

Pada bulan Oktober 1962, dewan perdagangan telah dipindahkan dari bangunan Bank Negara ke Mercantile bank dan dikendalikan oleh 5 firma broker saham Kuala Lumpur di samping bursa utamanya di Singapura. Seterusnya, pada April 1963, Malayan Stock Exchange Limited telah ditubuhkan di Singapura. Kemudian nama ini ditukar kepada The Stock Exchange of Malaysia and Singapore pada tahun 1965 akibat daripada pemisahan Singapura dan Malaysia.

Pada tahun 1973, bursa saham ini berpecah kepada Bursa Saham Kuala Lumpur dan Bursa Saham Singapura. Ini berlaku disebabkan dasar kerajaan Malaysia yang ingin mempunyai bursanya sendiri. Namun pemecahan ini hanyalah pada zahirnya sahaja. Saham syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Singapura masih disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Pada tahun 1984, BSKL mula menerima perubahan dengan menubuhkan SCANS (securities clearing automate network services sdn. Bhd.) dan penggunaan komputer dalam sistem penjelasan diperkenalkan. Ini diikuti pula dengan pemasangan Sistem Laporan Harga Saham Sebenar (MASA) untuk broker pada tahun 1987. Keupayaan ini kemudiannya dipertingkatkan kepada MASA 2 pada tahun 1990

BSKL maju ke hadapan lagi dalam era teknologi apabila sistem dagangan separa automatik yang baru membabitkan penggunaan komputer dalam dagangan dan sistem SCORE (system in computerized order and execution) mula diperkenalkan pada bulan Mei 1989. Ini bermakna sistem tradisional iaitu dengan cara melaungkan harga saham di bilik urusniaga saham tidak lagi digunakan. Turut diperkenalkan kemudiannya ialah Sistem Penjelasan Dan Penghantaran Tetap (fixed delivery and settlement) yang bertujuan menjadikan pasaran lebih cekap.

Sehingga kini, BSKL mempunyai lebih kurang 700 buah syarikat yang saham mereka tersenarai di papan utama dan 300 buah syarikat yang saham mereka tersenarai di papan kedua. Mengikut laporan Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti tahun 2002 berdasarkan laporan pertama yang dibuat pada 26 April 2002, sebanyak 652 kaunter disenaraikan sebagai kaunter halal yang merupakan 79% daripada keseluruhan syarikat yang sekuritinya tersenarai di BSKL. Semenatara untuk laporan kedua bertarikh 25 Oktober 2002 pula, sebanyak 682 buah syarikat disenaraikan sebagai halal yang mewakili 80% daripada keseluruhan syarikat di BSKL. Jumlah ini menggambarkan bahawa kesedaran pelabur untuk melabur dalam pelaburan yang halal agak membanggakan. Namun harus diingat bahawa angka 80% tersebut dikira dari segi kaunter halal, bukannya dikira dari segi jumlah dana.

Sementara itu, syarikat broker yang berdaftar sebagai ahli BSKL pula sebanyak 39 buah syarikat dengan 6 daripadanya merupakan syarikat brokerer bertaraf universal.

2.2 Syarat Penyenaraian Papan Utama Dan Papan Kedua
Sesebuah syarikat yang hendak mengapungkan sahamnya di BSKL akan membuat permohonan kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti. Seterusnya pihak suruhanjaya akan menilai dan melihat prestasi dan laporan yang dikemukakan kepadanya. Walau bagaimanapun sebelum layak untuk dinilai oleh suruhanjaya tersebut, ada beberapa syarat penting yang menjadi asas samada syarikat itu layak atau tidak untuk diapungkan di BSKL.

Untuk penyenaraian di papan utama BSKL, sesebuah syarikat mestilah mempunyai modal minimum yang diterbitkan dan modal berbayar sebanyak RM 60 juta yang terdiri daripada saham biasa yang bernilai tara sekurang-kurangnya 10 sen seunit. Sementara bagi papan kedua, sesebuah syarikat hendaklah mempunyai modal minimum yang diterbitkan dan modal berbayar sebanyak RM 40 juta yang terdiri daripada saham biasa yang bernilai tara sebanyak 10 sen seunit.

Selain itu, syarikat tersebut juga hendaklah mempunyai rekod keuntungan selepas cukai tidak kurang RM 30juta untuk tempoh 3 hingga 5 tahun kewangan dan sekurang-kurangnya RM 8juta keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan terkini. Sementara bagi papan kedua, syarikat hendaklah mempunyai rekod keuntungan yang bersamaan dengan keuntungan selepas cukai yang tidak kurang daripada RM 12juta untuk tempoh 3 hingga 5 tahun kewagan dan sekurang-kurangnya RM 4 juta keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan terkini

Syarat-syarat penyenaraian ini boleh dipinda oleh Suruhanjaya Sekuriti pada bila-bila masa bergantung kepada keadaan. Kalau dilihat kepada syarat-syarat penyenaraian pada 10 tahun lepas nyata BSKL mengalami perubahan yang pesat. Ini kerana pada dekad yang lepas syarat modal minimum untuk papan utama hanyalah sebanyak RM 20 juta sementara papan kedua di antara RM 5 hingga RM 20 juta. Perubahan syarat penyenaraiann ini secara tidak langsung menggambarkan keadaan pasaran modal Malaysia yang semakin pesat berkembang

2.3 Bagaimana Saham Diurusniagakan
Seseorang yang ingin membeli atau menjual saham akan memesan kepada broker yang dia menjadi pelanggannya, dengan menetapkan harga paling tinggi atau rendah masing-masing(bergantung kepada jenis pesanan, ini kerana pesanan mempunyai pelbagai bentuk). Seterusnya broker berkenaan akan cuba mengaturkan pembelian atau penjualan tersebut dengan harga yang ditetapkan oleh pembeli atau penjual.

Sebaik sahaja pembelian dibuat, pembeli tidak terus mendapat sijil saham. Dia terpaksa menunggu beberapa hari kemudian. Pembayaran nilai hanya dibuat apabila firma menerima skripnya. Setelah skrip diterima pembeli mendaftarkan dirinya sebagai pemegang saham berkenaan dan berhak ke atas semua faedah termasuk dividen, bonus dan segala kemudahan sebagai pemilik.

Kebanyakan yang berlaku pembeli tidak mendaftarkan namanya sebagai pemilik baru kerana ingin menjualnya semula dalam masa yang singkat. Dalam hal ini pembeli tidak dikira sebgai pemilik dan tidak mendapat faedah sebagai pemilik.

Jika pembeli menjual semula sahamnya sebelum menerima skrip dan sebelum didaftar miliknya, dia juga tidak menerima faedah sebagai pemilik. Dia hanya menerima pulangan untung modal (capital appreciation) sahaja iaitu perbezaan di antara harga belian dan jualan. Dalam keadaan tersebut pembeli tidak perlu membayar nilai saham yang dibelinya dan juga tidak menerima nilai jualan saham. Dia hanya menerima nilai perbezaan harga jualan dengan belian. Keadaan ini dinamakan dagangan kontra.

Kontra berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris bermaksud perbezaan di antara harga jualan dan belian. Kalau harga jualan lebih tinggi daripada harga belian, maknanya penjual akan mendapat keuntungan. Sebaliknya kalau harga jualan lebih rendah daripada harga belian, maknanya penjual akan mendapat kerugian. Ini bermakna pelabur tidak membuat sebarang pembayaran seperti biasa. Sebaliknya dia hanya akan membayar perbezaan harga jualan

Peraturan saham juga membenarkan seseorang itu menjual saham walaupun tidak mempunyai skrip, tetapi dia dikehendaki membeli semula untuk menutup kedudukannya jika berlaku demikian. Proses ini dinamakan short selling dan berlaku jika seseorang pelabur menjangka bahawa harga akan turun pada masa hadapan.

Daripada penjelasan di atas, dapat dilihat 4 keadaan urusniaga saham:
1) seseorang pelabur itu membeli saham, menerima skrip, membuat bayaran dan mendaftar sebagai pemilik. Pelabur itu mungkin menjualnya semula pada masa hadapan
2) membeli saham, menerima skrip, membuat pembayaran dan menjualnya semula dalam masa yang singkat tanpa mendaftarkannya sebagai pemilik
3) membeli saham dan menjualnya semula tanpa membuat sebarang bayaran, tanpa pendaftaran dan tidak menerima skrip
4) menjual saham terlebih dahulu walaupun tidak menerima skrip dan membelinya semula kemudian(short selling)

2.4 Jenis Pesanan
2.4.1 Pesanan pasaran (Market Order)
Pelanggan akan meminta supaya sekuriti tertentu dibeli atau dijual mengikut harga yang disebut(harga pasaran) ketika pesanan sampai di bilik urusniaga. Pesanan ini akan berkuatkuasa sebaik sahaja ia sampai di lantai niaga BSKL. Jelasnya pelanggan atau pembeli tidak perlu menunggu lama untuk dipadankan pesanannya dengan harga yang ditawarkan.

2.4.2 Pesanan Had Limit(Limit order)
Pembeli akan menetapkan haga maksimum bagi pesanan membeli dan harga minimum bagi pesanan menjual. Katakan harga bagi pesanan yang dicatatkan di papan tanda bagi saham Promet ialah 66b dan 67s. b bermakna ada pembeli yang hendak membeli dengan harga 66 sen seunit. Jika pelanggan hendak membeli saham ini dengan harga 66 sen seunit berkemungkinan tidak dapat. Ini kerana permintaan saham Promet dengan harga 66 sen seunit agak banyak di pasaran. Sekiranya dia ingin juga memiliki saham ini, dia boleh meninggalkan pesanan degan menetapkan harga yang paling tinggi dia sanggup bayar. Misalnya membeli 5 lot saham ini dengan harga kurang daripada 70 sen(haga maksimum yang dia sanggup bayar). Begitulah sebaliknya jika pelanggan ingin menjual. Misalnya jual dengan harga tidak kurang daripada 62 sen seunit. Jika broker tersebut tidak mampu untuk menguatkuasakan pesanan ini dalam had yang ditentukan, dia akan memberitahu pelanggannya. Pelanggan tersebut mungkin akan membuat arahan baru atau membatalkannya.

2.4.3 Pesanan Sekat Rugi (Stop Order/Stop Loss Order)
Katakan seorang pelabur telah memiliki satu lot saham yang telah dibelinya lebih dahulu, contohnya dengan harga RM2.50 seunit. Harga pasaran semasa ialahRM3.50. Jika pelabur tersebut menjualnya pada masa sekarang, dia akan mendapat keuntungan sebanyak RM1.00 bagi unit saham dimilikinya. Walau bagaimanapun katakan dia mengagak bahawa harga semasa saham itu akan terus meningkat naik, oleh itu dia tidak bersedia untuk menjual sahamnya. Pada masa yang sama dia bimbang harga semasa saham itu akan turun, pastinya akan mendatangkan kerugian. Dalam keadaan ini beliau boleh melakukan pesanan sekat rugi. Caranya ialah dia boleh meninggalkan pesanan kepada brokernya kalau harga saham seunit turun sehingga RM3.30, broker tersebut hendaklah menjualkan saham tersebut. Dengan cara ini dia masih lagi mendapat untung sebanyakRM.70 sen. Oleh itu, dia dapat melindungi keuntungan modalnya. Sebaliknya jika keputusan yang dibuatnya salah di mana harga saham turun selepas dia membeli, dia boleh menyekat kerugian modalnya supaya tidak terlalu banyak dengan memberikan pesanan ini. Contohnya jual jika harga turun sehinggan ke paras RM2.30. Dengan cara ini, kerugiannya tidaklah terlalu besar. Sesetengah pengkaji pasaran saham menamakan pesanan jenis ini sebagai special order.

2.4.4 Pesanan Bertempah (time order)
Pesanan ini merupakan pesanan yang mempunyai had masa untuk dikuatkuasakan. contohnya had seminggu, 14 hari dan sebagainya.

2.4.5 Pesanan Terbuka (Open Order)
Kebiasaannya sesuatu pesanan itu akan ditamatkan apabila pasaran ditutup dalam sesuatu hari. Jika ada pesanan yang tidak dapat dilakukan(dikuatkuasakan), pesanan itu akan terbatal dengan sendirinya. Walau bagaimanapun melalui pesanan terbuka, pesanan ini akan terus cuba untuk dikuatkuasakan oleh broker sehingga ianya dibatalkan oleh pelanggan tersebut. Bezanya pesanan jenis ini merupakan keistimewaan yang diberikan oleh firma broker kepada pelanggan tetap yang dipercayai

2.5 Jualan Jangka Turun (short selling)
Jualan jangka turun merupakan situasi pelabur menjual sesuatu yang tidak dimiliknya. Kebiasaannya seseorang pelabur akan mengambil kedudukan short apabila dia menjangka harga bagi sesuatu saham itu akan turun. Jelasnya dia cuba mendapatkan keuntugan daripada kejatuhan harga.

Gambarannya begini. Seorang pelabur yang tidak memiliki sebarang saham menjual saham tersebut atau memberi arahan menjual kepada broker sahamnya kerana menjangkakan harga saham tersebut akan jatuh. Apabila harga saham tersebut benar-benar jatuh, dia memberikan pula arahan kepada broker tadi untuk membeli saham tersebut. Disebabkan harga beliannya lebih rendah daripada harga jualannya, tentulah dia mendapat keuntungan dan keuntungan ini disuruhnya kontra. Justeru itu, dia tidak akan mengeluarkan duit dan hanya menerima perbezaan harga jualan dan belian. Sebaliknya jika jangkaannya salah, katakan haga saham tersebut tidak turun bahkan semakin naik dia akan mengalami kerugian. Kerugiannya ialah perbezaan di antara harga jualan yang lebih rendah berbandig harga belian

2.6 Pandangan Syarak Terhadap Mekanisme Saham Di BSKL
Konsep pokok yang perlu kita tahu adalah apabila seseorang memegang saham di dalam sesebuah syarikat, dia sebenarnya memegang pecahan kepada pemilikan harta di dalam syarikat. Saham ini melambangkan pecahan nilai harta syarikat tersebut. Ini bererti kalaulah seseorang itu mempunyai saham sebanyak 5% di dalam sesebuah syarikat, dia sebenarnya telah pun memiliki 5% daripada pecahan harta syarikat tersebut.

Urusniaga pasaran saham biasanya melibatkan pemilikan individu ke atas syarikat. Sementara urusan jual beli saham di pasaran, proses tersebut dilakukan oleh broker sebagai orang tengah. Mereka bertindak mewakili pembeli dan penjual dan seterusnya mewujudkan proses tawar menawar. Setiap urusan jual beli mestilah memenuhi segala rukun dan syaratnya. Di antara rukun-rukunnya ialah sighah, aqidan dan al-maqud alayh. Ketiga-tiganya wujud di dalam proses jual beli saham. Walaupun rukunnya sempurna tetapi belum pasti jual beli itu berkesan selagi belum dilakukan penyerahan (alqabd) iaitu penyerahan wang tunai kepada penjual dan penerimaan barang yang dibeli oleh pembeli. Amalan yang berlaku dalam pasaransaham menunjukkan bahawa apabila seseorang itu membeli saham bermakna mereka setuju dengan proses penawaran dan permintaan yang menentukan harga di pasaran. Kesannya pembeli akan membayar harga dan penjual iaitu syarikat atau pelabur lain yang menjual lot saham itu akan menyerahkan sijil atau skrip dan selepas itu skrip itu didaftarkan. Dengan itu berlakulah pindah milik. Apabila pindah milik itu berlaku maknanya pembeli tersebut memiliki saham secara milik sempurna dan dia boleh menikmati segala faedah dan manfaat daripada pemilikannya seperti dividen dan bonus

2.6.1 Bentuk Pertama
Daripada 4 bentuk atau keadaan urusniaga yang penulis telah sebutkan dalam 2.3 dapatlah dikatakan bahawa bentuk pertama dikategorikan sebagai pelaburan. Ini kerana seseorang pelabur telah membeli saham, melakukan pembayaran untuk lot saham yang dbelinya, menerima skrip yang mengesahkan berlakunya al-qabd dan mendaftarkan namanya di firma broker sebagai pemilik sah bagi sesuatu lot saham itu. Pelabur ini boleh memegang saham itu untuk jangka masa yang dikehendakinya, setahun katakan dan boleh menjualnya semula untuk mendapatkan kecairan wang tunainya atau untuk tujuan keuntungan. Jelasnya beliau telah memenuhi kesemua syarat didalam teori kontrak, akad dan milik yang digariskan oleh Islam.

2.6.2 Bentuk Kedua
Sementara dalam bentuk yang kedua, seseorang pelabur membeli saham, menerima skrip, membuat pembayaran dan menjualnya semula tanpa mendaftarkan dirinya sebagai pemilik. Biasanya amalan ini berlaku kerana setelah berlaku proses pembelian, penerimaan skrip dan pembayaran tiba-tiba harga saham yang dibelinya itu telah naik sebelum sempat dia mendaftarkannya. Jadi untuk mendapatkan keuntungan segera, beliau akan menjualkan semula saham tersebut.

Transaksi ini pada asasnya telah memenuhi segala rukun dan syarat kontrak maka ianya sah dari segi syarak . Walau bagaimanapun ianya tidak sempurna kerana tidak didaftarkan sebagai pemilik yang sah terhadap sesuatu lot saham itu di firma broker. Kalaulah ditakdirkan pelabur tersebut meninggal dunia sebelum sempat mendaftarkanya maka akan timbul kerumitan kepada warisnya untuk menuntut saham tersebut sebagai harta pusaka. Ini kerana warisnya tidak mempunyai bukti atau sebarang dokumen yang mengesahkan bahawa bapanya telah memiliki saham tersebut. Keadaan ini samalah seperti seseorang yang telah berkahwin dengan di selatan Thailand dan tidak mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia. Jika beliau meninggal dunia maka isteri yang dikahwininya di selatan Thailand akan menghadapi kerumitan untuk menuntut bahagian harta pusakanya. Begitu juga anaknya akan menghadapi masalah menuntut harta pusaka bapanya selain daripada berdepan dengan masalah anak yang tidak sah taraf dari segi perundangan.

Kesimpulannya, bentuk yang kedua ini sah tetapi mempunyai risiko yang cukup tinggi. Ia boleh mendatangkan mudarat kepada pewaris. Walaupun akad tersebut sah, tetapi pelabur seharusnya perlu juga memikirkan hak warisnya sesuai dengan prinsip dan kaedah umum Islam, tidak mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain.

2.6.3 Bentuk Ketiga
Seseorang pelabur membeli saham dan menjualnya semula tanpa membuat sebarang bayaran, tidak mendaftarkan sahamnya atau menerima skrip. Misalnya Encik Ahmad membeli saham Syarikat Fatha Publications pada jam 9.34 pagi dengan harga RM2.50 seunit. kemudian pada jam 10 pagi beliau menelefon syarikat broler sahamnya untuk melihat perkembangan saham tersebut dan mendapati harga saham tersebut telah meningkat kepada RM2.75 sen seunit. Seterusnya Encik Ahmad akan mengeluarkan arahan baru kepada brokernya supaya menjual saham tersebut pada waktu itu. Ini bermakna beliau hanya berurusniaga selama 26 minit sebelum sempat melakukan pembayaran dan penerimaan skrip apatah lagi untuk melakukan pendaftaran. Dengan kata lain, Encik Ahmad hanya ingin mendapatkan keuntungan segera (capital appreciation/ keuntungan atas modal) dan tidak berminat terhadap dividen dan bonus.

Transaksi ini tidak sah dari segi syarak kerana Encik Ahmad tidak memenuhi syarat-syarat akad yang memastikan adanya kesan akad iaitu al-Qabd (serah terima) barang yang dijual beli . Ini bererti beliau menjual miliknya yang masih belum sempurna dan tidak memenuhi syarat dalam teori milik iaitu menjual sesuatu yang dimiliki sepenuhnya (al-milk al-tam)

2.6.4 Bentuk Keempat ( Jualan Jangka Turun/short selling)
Dalam bentuk ini, para pelabur (spekulator) akan menjual saham yang tidak dimilikinya dan seterusnya membeli semula saham tersebut. Para fuqaha dengan tegas memberikan hukum bahawa amalan short selling ini bertentangan dengan prinsip dan asas kontrak dalam Islam. Islam menetapkan bahawa barangan yang dikontrakkan mesti ada pada masa kontrak dibuat dan mestilah milik sempurna penjual. Semua ini tidak berlaku dalam short selling. Tegasnya bentuk short selling ini diharamkan oleh ulama.

kesimpulannya, bentuk yang pertama daripada transaksi ini merupakan suatu bentuk pelaburan yang halal. Sementara 3 bentuk yang lain merupakan bentuk spekulasi. Secara mudahnya para spekulator hanya berminat dengan untung segera(capital appreciation). Oleh sebab itu, mereka akan memasuki pasaran apabila menjangkakan akan mendapat keuntungan daripada sesuatu saham dan keluar daripada pasaran sebaik sahaja mendapat keuntungan. Perbuatan para spekulator ini memang berisiko tinggi. Dalam teori perniagaan, semakin tinggi sesuatu risiko itu semakin tinggi pulangannya jika untung. Namun kita harus ingat bahawa sekiranya rugi, kerugian yang ditanggung agak besar. Jika amalan spekulasi ini dibiarkan bermaharajalela, pasaran saham boleh terjejas dan seterusnya dianggap pasaran spekulasi. Hal ini akan menyebabkan pelabur-pelabur kecil yang baru berjinak-jinak dan bergantung maklumat sepenuhnya kepada akhbar dan majalah akan menanggung kerugian yang besar. Contoh yang paling ketara terhadap amalan spekulasi ini ialah keruntuhan Barings. Kalaulah sebuah syarikat British yang telah wujud lebih 100 tahun boleh menjadi bankrup, apatah lagi pelabur-pelabur baru yang masih hingusan.

BAB III

Beberapa Permasalahan Semasa

3.1 Cadangan Mewajibkan Pelabur Mempunyai Akaun Di Bank
3.1.1 Gambaran Masalah
Secara umumnya, kita tahu bahawa hanya bentuk pertama sahaja daripada urusniaga saham di BSKL (juga bentuk kedua secara asasnya) dikira halal. Sementara bentuk ketiga dan keempat tidak diiktiraf Syarak kerana tidak mematuhi rukun-rukun dan syarat-syarat akad, milik dan sebagainya. Secara umumnya para spekulator menjual seauatu yang tidak dimiliki dan tidak berlakunya al-qabd (proses serah terima). Justeru itu, untuk menghalang pelabur daripada menjual sesuatu yang mereka tidak miliki inilah timbul pelbagai cadangan daripada pelbagai pihak

3.1.2 Cadangan Penyelesaian
Penulis pernah terbaca cadangan supaya setiap pelabur yang ingin membeli saham diwajibkan mempunyai sejumlah wang tertentu. Katakan seorang pelabur ingin membeli satu lot saham yang bernilai RM 1000, dia diwajibkan mmepunyai sejumlah wang minimum sebanyak RM 1000. Untuk menjamin bahawa dia benar-benar mempunyai wang sebanyak RM 1000 inilah timbul syor supaya dia mempunyai amaun berkenaan yang disimpan di dalam akaun bank tertetntu. Oleh itu, dia hanya dibenarkan membeli saham setakat kemampuan kecairannya sahaja. Selain itu, dia juga boleh mendapat manfaat perbankan yang lain seperti kemudahan ATM, perkhidmatan perbankan internet (e-saham) dan sebagainya. Kemudian bank tersebut akan mengeluarkan surat yang mengesahkan bahawa seseorang pelabur memiliki kecairannya setakat jumlah tertentu dan surat pengesahan itu dibawa ke firma broker untuk membeli saham.

3.1.3 Komentar Penulis
Memang tujuan cadangan ini baik, iaitu mengelakkan para pelabur membeli sesuatu dalam keadaan mereka tidak mampu. Masalahnya apabila sahaja melibatkan bank, tujuan utama setiap bank ditubuhkan ialah mendapatkan keuntungan. Pastinya setiap perkhidmatan yang dilakukan oleh bank akan dikenakan caj ditambah lagi dengan caj sedia ada seperti duti setem, caj remisier, bayaran penjelasan dan sebagainya. Ini akan menyebabkan berlaku peningkatan dalam kos perkhidmatan sekaligus mengurangkan keuntungan yang bakal diperolehi oleh para pelabur. Lama kelamaan para pelabur kecil semakin menjauhkan diri dan tidak berminat terhadap pasaran saham.

3.2 Firma Broker Sebagai Fuduli Dan Helah Fiqh

3.2.1 Gambaran Masalah
Kita tahu bahawa amalan short selling hukumnya haram kerana pelabur menjual sesuatu yang tidak dimilikinya. Dalam amalan ini, firma broker akan meminjamkan kepada spekulator skrip saham yang belum diambil oleh pemiliknya untuk dijual di pasaran dengan syarat ia akan dibeli kembali

3.2.2 Persoalan
Timbul persoalan bagaimana kalau firma broker memberi pinjam kepada spekulator skrip saham tersebut dengan kadar sewaan atau peratus tertentu daripada keuntungan yang diperolehi. Seterusnya hasil sewa atau peratus untung tersebut sebahagiannya diberi kepada pemilik asal skrip tersebut supaya dia reda. Ini kerana asas reda menjadi titik penting dalam muamalat. Bolehkah perbuatan ini disamakan dengan fuduli? Bolehkah perbuatan firma yang memberi sebahagian hasil sewa tersebut kepada pemilik asal skrip untuk mendapatklan keredaannya sebagai helah fiqh?

3.2.3 Komentar Penulis
Secara peribadi, penulis tidak bersetuju dengan perbuatan firma broker yang memberikan skrip saham kepada pihak ketiga (spekulator) untuk diniagakan. Ini kerana firma broker dianggap sebagai pemegang amanah yang seharusnya bersikap jujur dan bukannya cuba untuk mencari keuntungan tambahan di atas skrip saham milik pelanggannya. Sekiranya benar seseorang spekulator mendapat untung, firma broker akan memperoleh untung melalui kadar sewaan skrip tersebut. Sebaliknya jika spekulator tersebut tersilap jangkaan dan rugi, firma tersebut masih mendapat kadar sewa sekiranya sewa dikenakan atau tidak menanggung sebarang kerugian (tiada risiko rugi) jika pembahagian dibuat berdasarkan syer tertentu daripada keuntungan. Keadaan ini pada zahirnya dilihat sama dengan kedudukan bank konvensional yang memberikan pinjaman kepada peminjam, bank tiada risiko rugi.

Apakah perbuatan firma tersebut boleh dianggap sebagai fuduli? Zahirnya perbuatan tersebut seolah-olah firma broker menjadi fuduli, namun masalahnya tindakan itu memberikan mudarat kepada spekulator kerana firma broker tiada risiko untung rugi

Penulis ingian tegaskan bahawa soalan apakah tindaakan firma broker itu fuduli atau tidak, itu adalah masalah kedua. Begitu juga dengan perbuatan cuba mendapatkan keredaan pemilik asal sesuatu skrip dengan memberikan sedikit habuan kepadanya untuk mendapat redanya bukanlah masalah utama. Soalnya apabila sesuatu tindakan itu boleh memberikan kemudaratan kepada seseorang, apakah tindakan itu selaras dengan syariat?

3.3 Spekulator Dalam Short Selling Sebagai Wakil Atas Wakil

3.3.1 Gambaran Masalah
Dalam amalan shortie, sesebuah firma broker akan meminjamkan kepada spekulator skrip saham untuk dijual dan seterusnya mendapat keuntugan daripada amalan tersebut. Skrip saham tersebut merupakan milik si pelabur asal yang belum mengambilnya di pejabat broker tersebut.

3.3.2 Persoalan Yang Timbul
Dalam amalan ini, apakah boleh kita katakan perbuatan firma brker yang memberi pinjam skrip milik pelabur itu kepada spekulator sebagai perbuatan seorang wakil yang melantik wakil yang lain untuk membuat sesuatu transaksi yang baru? Ini kerana perbuatan tersebut kelihatan sama dengan penyimpan yang menyimpan wang di Bank Islam, kemudian Bank Islam akan membiayai projek-projek tertentu berdasarkan produk-produk seperti BBA dan sebaigainya kepada pelabur. Apakah keadaan spekulator dalam shortie sama seperti pelabur yang membuat sesuatu projek dengan pembiayaan daripada Bank Islam tersebut? Apakah perbuatan firma broker sama seperti yang telah dilakukan oleh Bank Islam? Apakah bentuk muamalat ini boleh disamakan wakil atas wakil?

3.3.3 Komentar Penulis
Apabila penulis cuba membandingkan 2 situasi di atas, penulis merasakan bahawa ianya cukup berbeza. Dalam kes menyimpan wang di Bank Islam, penyimpan sebenarnya sudah memberi izin kepada bank untuk melaburkan wang tersebut selagi mana sesuatu pelaburan itu halal. Sementara Bank Islam pula akan menjamin setiap simpanan itu. Ini berbeza dengan keadaan pelabur yang belum mengambil skirpnya di firma broker. Ini kerana pelabur tidak pernah memberi keizinan kepada broker untuk meminjamkan skripnya kepada rang lain.. Situasi ini kebih kepada kedudukan firma broker sebagai pemegang amanah. Tegasnya, perbuatan firma broker tersebut tidak boleh disamakan dengan tindakan Bank Islam yang melaburkan dana simpanan milik para penyimpannya. Transaksi di atas juga tidak boleh disamakan sebagai wakil atas wakil. Ini kerana seseorang wakil yang dilantik untuk mengurus hal-hal tertentu boleh melantik orang lain sebagai wakil untuk urusan yan sama sekiranya diberi keizinan oleh pemberi wakil. Dalam situasi di atas, firma broker tidak boleh memberi pinjam skrip tersebut tanpa keizinan pemilik asal

Selasa, 16 Jun 2009

aku dan fc barcelona

dengan namaNYA Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
aku memula kenal ngan pasukan ni masa tahun 1986. masa tu ayah selalu jer beli paper (langgan BH). masa tu aku darjah 3. selalu tgk gambar pemain bola, colorful kat blakang. maklumla masa tu demam world cup mexico. so aku kenal ngan gary lineker. dia pakai baju ada tulis NEC, jersi warna biru. lama2 aku dapat tahu dia main 4 everton. mula la aku minat everton. bukannya apa, just kenallineker je. pastu lepas world cup dia ke barcelona, sejak saat itu, sampai sekarang aku minat barcelona.

gambar ni masa frank rijkaard n ronaldinho lagi. aku ingatkan team ni leh jadi dream team part 2, rupanya tak sempat. tak tau la kalau2 pep guardiola leh bina empayar semula

Ahad, 14 Jun 2009

serangan pemikiran 9 (wa islamah)

PEMBENTUKAN PARASIT2 PEROSAK DI DUNIA ISLAM
inilah serangan terakhir ke atas dunia islam setelah umat islam lemah,ekonominya lemah dan pelbagai lapangan lain lemah akhirnya musuh islam akan membuatkan sesuatu yang menyebabkan akidah kita terpesong.oleh itu mereka menyokong sebarang bentuk jamaah atau puak2 yang menyeleweng daripada islam.di sudan lahirlah ikhwan jumhuriyyin yang diasaskan oleh mahmud muhammad taha. beliau mendakwa muhammad saw bukanlah nabi terakhir dan beliau dilantik menjadi nabi pada abad 20.setelah dibahaskan secara terperinci pihak berkuasa islam di sudan melalui ulama mereka menghukumkan bahawa mahmud telah murtad dan keluar daripada islam
di india mereka menghadapi masalah berdepan dengan umat2 islam di sana.umat islam di india bangkit berjihad di bawah pimpinan syah waliullah al dahlawi dan anaknya muhammad irfan.mereka berjaya memberikan pukulan yang hebat kepada inggeris.akhirnya inggeris menyekat seruan jihad ini dengan menubuhkan jamaah qadiani yang diasaskan oleh mirza ghulam ahmad yang dilahirkan di qadyan,india.antara seruannya ialah nabi muhamad bukanlah nabi terakhir(idea ini dicedok oleh mahmud di sudan) dan mendakwa dia dilantik menjadi nabi baru.sementara jihad tak wajib dan haji hendaklah ke qadyan bukannya ke makkah.inilah jamaah yang pernah merencatkan seruan jihad di india walaupun tak secara keseluruhannya.
kalau qadyani muncul di india dibawah bantuan inggeris,maka di iran pula lahir ajaran bahai yang di asaskan oleh mirza ali muhhammad assyirazi dibawah telunjuk freemason yahudi.mirza ali menggabungkan islam ,yahudi dan kristian,3 agama ini menjadi satu ajaran baru yang dikenali sebagai bahai atau bahiyyah.bahai mengiktiraf semua agama benar dan banyak lagi dakwaan yang karut dan menyeleweng.ulama islam menegaskan bahawa bahai bukanlah ajaran islam yang terseleweng tapi agama dan ajaran tersendiri yang terpisah daripada islam.

PENUTUP(WA ISLAMAH....ADUHAI ISLAM)

sahabat,inilah dia bentuk2 serangan pemikiran islam yang melanda umat islam pada hari ini.sememangnya tugas ini merupakan tugas kami penuntut agama secara khusus dan tugas para ulama islam untuk menerangkan kepada kita serangan ini agar kita terpelihara dan terselamat daripada bahayanya.di antara malapetaka yang berat apabila islam tercabut daripada jiwa kita ialah runtuhnya akhlak masyarakat dan institusi kekeluargaan.mungkin anda tertanya2 kenapa tamadun barat sekarang masih berdiri megah sedangkan mereka tak mempunyai akhlak lagi....
soalan ini pernah ditujukan kepada senior di sini yang pakar dalam bidang idealogi dan pernah menghasilkan kitab ttg bahaya sekularisme.beliau menjawab tamadun barat sekarang hanyalah tinggal kerangkanya sahaja kerana tidak berasaskan kepada tauhid.namun tamadun ini akan kekal selagi mana tidak bangkit sebuah tamadun islam atau ALLAH sendiri yang menghancurkan tamadun itu dengan gempa bumi dan sebagainya.
tamadun barat walaupun tinggal kerangka tapi mereka masih mempunyai asas2 ketamadunan yang membolehkan mereka terus menguasai dunia.walaupun masyarakat barat runtuh akhlak mereka,namun mereka cukup serius dan rajin dalam menjalankan kajian ilmiah.professor2 dan penuntut2 mereka di univ eropah dan amerika sentiasa menghasilkan penemuan baru dalam pelbagai disiplin ilmu.inilah asas terpenting ke arah pengekalan tamadun mereka.begitu juga dalam masalah kecil yang lain yang mana kesannya cukup besar seperti penjagaan kebersihan ,menepati masa,suka berderma,amanah dan sebagainya.semuanya ini di panggil taalim anbiyaa(pengajaran nabi2).inilah asas2 yang masih tinggal di barat untuk membolehkan mereka mengekalkan tamadun mereka
harus diingat tamadun barat hanyalah tamadun yang bersifat kebendaan yang berasaskan maddah(benda) tanpa akhlak2 yang baik dan utuh.berbanding dengan tamadun islam lampau yang merupakan tamadun akhlak dan kebendaan dan diasaskan kepada dasar tauhid.
kita akui kita masih jauh khasnya dalam bidang pengajian dan pengkajian ilmiah.kekadang saya terasa benar kata2 seorang inggeris semasa zaman penjajahan british dahulu(tak ingat namanya)melayu merupakan peribumi yang malas,tapi apabila melakukan kerja yang menimbulkan minat mereka, mereka sanggup meredah hutan belantara,sungai dan sebagainya.
tak mungkin kita mengambil acuan barat sepenuhnya untuk membina tamadun kita.yang baik dan tak bercanggah dengan islam seperti jaga masa,rajin menuntut ilmu(sebenarnya itu seruan islam) dan sebagainya kita terima pakai.sementara yang bercanggah dengan islam seperti seks bebas dan sebagainya kita tolak
memang ada segolongan umat islam yang ingin maju dengan mencedok acuan barat.saya tak ingat idea ini di panggil apa namun ianya terdapat di msia dan kami pernah mempelajarinya secara umum.
sekiranya anda bukan seorang penuntut agama secara khusus usahlah merasa kekurangan diri anda.setiap orang ada lebihnya.kelebihan2 ini umpama air yang datang dari celah2 kayu,tanah dan akar2 yang berselirak berhimpun dan menjadi anak2 sungai yang kecil seterusnya membentuk sungai yang besar.aliran ini apabila dihimpunkan dan disekat di empangan akan menjadi aliran dan membentuk tenaga yang kuat yang mampu memusingkan turbin dan seterusnya menghasilkan eletrik.kami penuntut azhar univ hanyalah sekelompok kecil daripada tompokan air2 itu.apalah yang ada pada kami melainkan t/jawab untuk membina dan menegakkan islam walaupun kami sedar pejuang islam tak pernah mendapat kemewahan dunia dan sering mendapat cabaran,seksaan dan mati di hujung senapang.itu adalah kewajipan kami bermula dengan diri kami,keluarga kami dan masyarakat kami.kami mengharapkan sokongan anda yang belajar sains komputer,ekonomi,undang2 sivil,teknologi lain dan segala jenis disiplin ilmu yang lain.usahlah anda malu menggabungkan diri anda ke dalam barisan islam hanya kerana anda tak biasa dengan ahli2 agama dan kekok dengan kami.kami manusia biasa takder lebihnya berbanding anda. yang kami takut sekiranya kami melakukan dosa pastinya akan digandakan kerana kami buat dalam keadaan kami mengetahuinya berbanding anda yang kalau melakukan dosa tak ada gandaan.
kalau anda seorang ahli ekonomi,kami inginkan sumbangan dan fikrah anda.apa yang kami ada hanyalah asas2 tentang halal dan haram dalam ekonomi.kamilah yang harus menunjukkan yang mana baik(halal) dan yang mana buruk(haram) terhadap sesuatu transaksi perniagaan mahupun sistem ekonomi.andalah yang akan membentuk dan kami yang akan mengawasinya.cukup malang sekiranya anda tak bersama kami hanya kerana alasan malu kepada kami manusia biasa yang berdosa.....
kalau anda seorang pakar sosiologi kami inginkan fikrah anda dalam penyusunan sesebuah masyarakat.kamilah yang akan mengawasi anda dan fikrah anda dalam bab halal dan haram untuk membentuk masyarakat yang maju dan baik namun andalah yang harus membentangkan idea dan penyelesaian kepada masalah masyarakat.kami boleh sebut kembalilah kepada islam tapi persoalan seterusnya bagaimana??? kita akan jawabnya bersama soalan2 itu.
kalau anda seorang pakar komputer usahlah anda merasakan kekurangan diri hanya kerana anda tak pernah tahu sebelum ini apa itu serangan pemikiran dan istilah2 agama yang lain.ttg agama itu adalah tugas kami untuk mengajar dan menerangkan kepada anak bangsa kami.apa yang ada dalam dada dan kepala anda gunakanlah untuk kebaikan islam dan kearah pembentukan tamadun islam kedua....
kalau anda penuntut jurusan agama di univ tempatan usahlah merasa kekurangan hanya kerana anda tak pernah menjejakkan kaki ke menara azhar.usah merasa segan hanya kerana anda tak pernah merasai adat kasar dan budaya lasak arab mesir khasnya.itu adalah tugas kami untuk menceritakan kepada anda mana yang baik yang boleh ambil dan mana yang buruk yang sepatutnya ditinggalkan.
kalaulah anda seorang pelajar azhar univ seperti saya usahlah kita merasa megah dan bangga diri hanya kerana pernah berada di pusat pengajian yang pernah melahirkan serban2 merah putih yang menjadi pendokong islam di merata dunia dan pernah melahirkan ulama2 yang agung.ingatlah serban2 merah ini pernah melahirkan pengkhianat2 agama yang menjadi boneka barat.
apa yang penting ialah gabungan yang harus ada di antara ahli2 agama dan mereka yang tak mendapat pengajian agama secara khusus dalam suatu barisan.fikrah dan pemikiran anda itulah yang harus digabungkan
setelah anda selesai membaca artikel yang di adaptasikan daripada kitab karangan seorang doktor falsafah azhar yang pernah dibuang negera ini (di samping penambahan daripada kitab2 lain)dan setelah anda memahaminya,doakanlah kepada yang menyediakan artikel ini agar usahanya diberkati ALLAH,agar dia sentiasa mendapat keampunan dan kerahmatanNYA.juga untuk ahli keluarganya,sahabatnya2,gurunya2,mereka yang pernah dianiayainya,mereka yang pernah menganiayanya,dan juga untuk semua pengarang kitab2 asal yang menjadi rujukan khasnya doktor saaduddin sayyid saleh yang mengarang kitab strategi musuh menentang islam melalui serangan pemikiran yang menjadi sumber utama artikel ini.
YA ALLAH YA TUHANKU,AMPUNKANLAH DOSA2 KU,DOSA2 KEDUA IBU BAPAKU,DOSA2 GURUKU,DOSA2 SAHABATKU,DOSA2 MEREKA YANG PERNAH MENGANIAYAKU,DOSA MEREKA YANG PERNAH AKU ANIAYA DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MATI
YA ALLAH YA TUHANKU,BERIKANLAH PERTOLONGAN DAN NASRAH MU KEPADA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA YANG TERSEKSA DAN TERANIAYA KHASNYA DI TANAHAIRKU MALAYSIA,DI CHECHEN,KASHMIR,SUDAN,ALGERIA,MESIR DAN DI SELURUH DUNIA.TEMPATKANLAH KAMI BERSAMA NABIMU DAN ORANG2 YANG SALIH.

takbirrrrrrrrrrr
takbiiiiiirrrrrrrr
takbiiiiiiirrrrrrrrrrrr

disediakan oleh
alwalid ilias awang mat taib
4.35 a.m 3 FEB 2001
Kaherah
republik arab mesir

serangan pemikiran terhadap umat islam 8

MENGHAPUSKAN HARAKAH ISLAMIAH(GERAKAN2 ISLAM)
semenjak kejatuhan kerajaan uthmaniah pada tahun 1924 dan penghapusan institusi khalifah pada tahun itu umat islam terkapai2 seolah2 anak ayam kematian ibunya.satu demi satu negara islam melancarkan penentangan terhadap inggeris dan peranchis sehinggakan mereka terpaksa membelanjakan berjuta2 dollar untuk menyekat dan menghadapi penentangan daripada umat islam.
gerakan islam pada zaman moden ini dimulakan oleh muhammad bin abdul wahhab di tanah saudi.gerakannya dikenali dengan gerakan wahabi.seterusnya muncullah pemimpin islam yang lain seperti jamaluddin afghani,syah dahlawi dan anaknya irfan dan hassan al banna di mesir.
gerakan dakwah ikhwan muslimin yang diasaskan oleh hassan al banna 70 tahun dahulu merupakan gerakan dakwah yang terpenting dan banyak mempengaruhi gerakan islam sedunia.
beliau menyeru ke arah menghidupkan islam sebagai addin dan sebagai satu cara hidup serta menghalau penjajah khasnya british pada masa itu yang memerintah dan menjajah mesir.hassan berasal dari damanhur berhampiran dengan iskandariah dan menutut di darul ulum universiti kaherah.beliau seorang guru dan pakar membaiki jam tangan.ikhwan ditubuhkan dan bergerak cergas di wilayah ismailiyah berhampiran dengan terusan suez.bermula dengan 7 atau 6 orang sahabatnya mereka mula bergerak dengan strategi yang terancang berdasarkan keimanan yang mendalam,pembentukan yang halus dan gerak kerja yang terancang.citanya2 yang pertama ialah mengusir inggeris dari mesir.ikhwan pada peringkat awal penubuhannya terus berkembang dan dalam masa yang singkat mempunyai 200 cawangan di seluruh mesir dan ahlinya pernah mencapai angka sejuta orang dalam masa yang singkat.ikhwan mempunyai gerak kerja yang terancang bukan sahaja dalam dakwah tetapi dalam pelabagai bidang lain seperti ekonomi, penerbitan dan lain2.boleh dikatakan ikhwan merupakan sebuah jamaah yang syumul dan menyeluruh.mereka juga membentuk satu pasukan tentera bawah tanah untuk menentang british.dalam perang arab-israel 1948 tentera dan ahli2 ikhwanlah yang berperang di barisan hadapan dan mereka menubhkan kem2 untuk melatih pemuda mesir dengan duit sendiri tanpa membebankan kerajaan.
harakah dan gerakan ini cukup membimbangkan british.inggeris sedar apabila sesuatu gerakan berpaksikan islam dan iman muncul pastinya akan menggugat kepentingan mereka.pernah ada seorang pemimpin mereka mengatakan(menyerang ikhwan muslimin seolah2 memasukui hutan tebal yang penuh dengan binatang buas).di dada akhbar amerika, berita ttg hassan dan ikhwan sering menjadi tumpuan,mereka mengatakan inilah lelaki yang paling hebat pada masa ini.mereka cukup bimbang apabila berdepan dengan gerakan dakwah yang teratur dan teguh
ikhwan kembali dengan seruannya dan berjaya menimbulkan perasaan cinta kepada islam di hati2 ahlinya dan penduduk mesir.mereka juga berjaya menimbulkan kegerunan dan kebimbangan kepada british.aliran ini terus tersebar ke seluruh dunia islam dan banyak mempengaruhi gerakan2 islam yang lan di seluruh dunia.
seorang penulis wanita zionis rose carine berkata;jika eropah dan barat tak dapat mengesan bahaya ikhwan ini pastinya eropah sekali lagi akan berdepan dengan empayar islam yang terbentang luas dari utara afrika hingga ke palestin dan dari turki hingga ke lautan hindi
ben jourin pernah menegaskan bahawa mereka tak takut pada kuasa sosialis,komunis,perkauman mahupun sistem beraja di kawasan arab tapi yang paling mereka takuti ialah islam.(saya takut akan lahir muhammad baru di kawasan itu)

BAGAIMANA MUSUH ISLAM DAN BARAT BERDEPAN DENGAN IKHWAN
mereka menimbulkan perasaan ragu2 ttg penubuhan ikhwan dan ikhwan itu sendiri.mereka juga melaga2kan ikhwan dengan pihak pemerintah.kononnya ikhwan akan membentuk negara islam dan pada masa itu tak akan ada lagi raja2 di dunia ini termasuklah raja faruk raja mesir pada ketika itu.dalam tahun 1935 inggeris mengesyorkan kepada annuhas pm mesri supaya membubarkan ikhwan tapi nuhas menolaknya.sekali lagi pada tahun 1941 inggeris meminta husain sirri bubarkan ikhwan tapi husain menolaknya.1942 sekali lagi pada masa pemerintahan annuhas inggeris mendesak pengharaman ikhwan. pada mulannya annuhas bersetuju namun menarik balik pengharaman itu selepas hassan menggugurkan dirinya untuk pencalonan parlimen mesir.
akhirnya pada 12 feb 1949 hasan albanna dibunuh.beliau dihantar ke hospital qasr aini namun kerajaan mengarahkan kakitangan hospital jangan merawatnya.semasa pengebumiannya pihak lelaki tak dibenarkan menziarahinya kecuali ayahnya dan para wanita.mereka inilah yang menguruskan pengebumian hassan.konspirasi ini dijalankan dengan campurtangan inggeris,raja farouk dan ibrahim alhadi(yang memerintah polis rahsia membunuh hasan).selepas itu ikhwan dipimpin oleh hasan hudaibi dan sekarang ikhwan diharamkan terus sehinggakan kami yang berada di sini nak beli buku yang ada gambar hasan mahupun sayid qutb terasa takut.
ikhwan mempunyai tenteranya sendiri.oleh itu mereka agak rapat dengan tentera kerajaan yang melancarkan revolusi menggulingkan institusi beraja dalam tahun 1953(hingga sekarang mesir jadi negara tentera dan undang2 darurat dulu tak ditarik balik lagi).kemudian sekali lagi presiden tentera pertama muhamad nagib berdepan dengan revolusi yang dilakukan oleh orang bawahannya yang dipimpin oleh gamal abdel nasir.gamal pada asalnya agak rapat dengan ahli ikhwan.dia pernah bersumpah dengan quran di depan seorang ahli ikhwan sekiranya dia memerintah gamal akan memerintah dengan berdasarkan quran hadis.tujuannya supaya ikhwan menyokongnya untuk merampas kuasa.ikhwan membantunya dan bagaikan melepas anjing yang tersepit gamal abdel nasir meleraikan perjanjiannya dengan ALLAH(sumpahnya dengan quran)dan mula melakukan kekejaman terhadap satu demi satu pemimpin ikhwan.
gamal sedar beliau semakin hilang pengaruh kerana melakukan rampasan kuasa daripada muhamad nagib.oleh itu beliau ingin mengembalikan pengaruhnya di mata rakyat dan dia juga ingin menghapuskan ikhwan kerana gamal sedar pengaruh ikhwan cukup hebat dann boleh menggugat pengaruhnya dan pengaruh kerajaannya.inilah serampang 2 mata gamal,meningkatkan pengaruhnya dan membebaskan diri dari ikhwan dan janji lamanya.
gamal(sebenarnya orang mesir sebut gamal abdel nasir dengan nama gelaran abdel nasir bukannya gamal)melakukan konspirasi dengan mereka cerita kononnya ada ahli ikhwan cuba untuk membunuhnya.hasilnya kerajaan pimpinannya menangkap dan membunuh 6 orang pemimpin tertinggi ikhwan(pada masa itu hasan al banna dah lama meninggal).antaranya muhamad faraghli,ibrahim tayyib,handawi,yusuf talaat,muhamad abdel latif dan abdul kadir audah(pengarang kitab perundangan islam tersohor)
dalam tahun 1965 sekali lagi serangan kedua dilakukan ke atas ikhwan,kali ini yang menjadi mangsa ialah sayyid qutb pengarang tafsir fi zilal quran dan ramai lagi.serangan ini dilakukan dengan konspirasi soviet union.
selepas kematian gamal abdel nasir mesir dipimpin oleh anwar sadat.sadat pada asalnya membenarkan ikhwan bergerak cergas setelah mesir menghadapi serangan idealogi komunis.sekali lagi ikhwan tersebar meluas dan berjaya menimbulkan perasaan cinta dan membangkitkan kesedaran yang tinggi kepada islam.jemaah islam ikhwan dan lain2 mula mengepung idealogi komunis ini dan komunis tersisih daripada masyarakat mesir.namun ikhwan menuntut lebih jauh daripada yang sadat harapkan kepada mereka untuk sekat komunisme iaitu dengan menuntut sadat melaksanakan syariah islam.peristiwa ini membuatkan sadat kembali memusuhi ikhwan(sadat seorang yang berbaik2 dengan amerika dan beliaulah yang menandatangani perjanjian camp david dan mengiktiraf israel) dan mula menggantung mati pemimpin ikhwan .antaranya salih sariyyah dan ramai lagi ahli ikhwan ditangkap dan diseksa.ini mengakibatkan beliau ditembak mati oleh anggota jamaah jihad islami yang bernama khalid islambouli.semasa perbicaraan di mahkamah khalid menjelaskan bahwa beliau bukanlah membunuh sadat tapi membunuh firaun mesir.iran mengabadikan nama khalid islambouli ke atas sebatang jalan di teheran atau isfahan(tak berapa ingat).hingga sekarang hubungan mesir dengan iran tak la baik sangat.
di suria pihak berkuasa suria menyerang perkampunga ikhwan di hamah dengan jet pejuang,kereta kebal seolah2 berperang dengan israel.sementara di turki said nursi dan pengikutnya berdepan dengan pemerintah,begitu juga di india,inggeris menentang habisan2 ahmad irfan dan pengikutnya.inilah yang berlaku kepada jamaah islam di seluruh dunia.bukanlah mudah untuk berjuang untuk agama ALLAH.nabi kita menegaskan bahawa kamu seolah2 menggenggam bara api apabila berpaut dengan islam di akhir zaman ini.namun kambing yang telah mati tak akan merasa lagi kesakitannya walaupun dilapah kulitnya(kata2 asma ibu abdullah zubir ketika mana abdullah merasakan beliau akan tewas berdepan dengan tentera yazid)
kekerasan kerajaan inilah yang membuatkan munculnya gerakan islam yang agak ekstrim dan keras.ini kerana pemimpin dan ahli2 mereka pernah menghadapi azab sengsara yang teruk semasa di bawah sadat dan abdel nasir.ada yang di pukul kakinya hingga hancur dari bawah hingga ke atas.ada yang dicabut kukunya satu persatu dan dicubit isi dagingnya menggunakan pengepit skru(orang kelatan sebut pelayar,saya tak tahu bahasa surat apa nama sebennarnya).jangan salahkan kepada jamaah islam ini sekiranya mereka menjadi ekstrim namun mereka inilah(kerajaan) yang membuatkan munculnya gerakan yang lebih ekstrim.untuk mengetahui lebih lanjut ttg penyeksaan di masa abdel nasir boleh baca kitab ayyam fi hayati karangan zainab ghazali.selain itu idea komunis kembali berkembang di mesir pada masa itu.sementara kristian,zionis dan fikrah2 lain selain islam mendapat laluan mudah untuk mengasaskan akhbar majalah dan sebagainya berbanding dengan islam.inilah nasib islam.
saya secara peribadinya masih memerhatikan demokrasi di msia.apakah melalui jalan demokrasi ini islam dapat memerintah sekiranya menang.kalau di lihat dari segi sejarah demorasi tidak pernah mengiktiraf kemenangan islam.contoh yang paling jelas berlaku ke atas algeria.sebaik sahaja barisan pembebasan islam(fis) menang di algeria tentera dengan sokongan peranchis mula merampas kuasa.tak izinkan fis memerintah,abbas madani dan pemimpin2 yang lain di tangkap.begitu juga di sudan.barat menghurkan bantuan kewangan dan senjata kepada eritrea dan ethiopia(kalau tak silap 2 buah negara ni) dan juga pemberontak di selatan sudan untuk menentang kerajaan umar albashir yang pro islam .demokrasi hanyalah laungan mereka apabila mereka kuat.tak mustahil apa yang berlaku di algeria akan berulang di msia.
begitu juga di turki,refah diharamkan.mengikut cerita daripada pelajar2 turki di sini ada2 jamaah yang besar di turki.pertamanya refah dan keduanya nursi.jamaah nursi banyak membina sekolah2 dan menekankan soal tarbiah sementara refah lebih dikenali sebagai parti politik.sebaik refah berkuasa erbarkan menghulurkan tangan kepada nursi(nama nursi di ambil daripada pejuang islam turki badiuzzaman said nursi) untuk bekerjasama namun khabarnya nursi enggan.mereka nak tarbiyah genersi2 muda.refah kurang tarbiah...program tak cukup...dan sebagainya,sebaik sahaja refah diharamkan bukan sahaja refah yang terkesan bahkan nursi sendiri tepaksa menutup sekolah dan pusat tarbiah mereka .mereka menghadapi undang2 dan peraturan yang lebih ketat berbanding sebelum ini.inilah sebabnya kenapa sesetengah ulama cukup bimbang dalam masalah fenomena berbilang jamaah(taaddud jamaah).
sementara itu ulama lain menjelaskan sepatutnya turki sudah boleh melancarkan perang jihad.demokrasi dah tertutup,tak perlu lagi menubuhkan parti baru atau melakukan kerja diplomasi.kalau dilakukan hanyalah akan terjadi seperti refah juga.sebab itulah ulama islam selalu menekankan kepada kita setiap program usrah dan tarbiah pada akirnya hendaklah diterangkan bab jihad.apabila seseorang ahli usrah telah mencapai akhir tahap usrahnya sebelum dilantik menjadi naqib dia haruslah dididik ttg jihad,serangan pemikiran dan sebagainya.kita bimnbang kalau2 tak sampai ke tahap ini atau dalam erti kata lain tak cukup tarbiah akan menyebabkan terbantutnya usaha menegakkan kalimah islam.ingatlah berjuang atau tidak kita tetap mati.jangan sangka hidup bersenang lenang tak mati.msia mempunyai perangkaan mati kemalangan jalanraya sahaja sebanyak 20 000 setahun(kalau tak silap).lebih baik mati syahid daripada mati hidup hina.

serangan pemikiran terhadap umat islam 7

PEMBATASAN KELAHIRAN(TAMDID EL NASL@TANZIM ELNASL)
eropah dikejutkan dengan pertambahan penduduk yang meledak di negara2 islam.mengikut kajian setiap 313 orang dewasa eropah terdapat hanya seorang remaja lelaki yang berusia di bawah 15 tahun.sementara di dunia islam setiap 138 orang lelaki dewasa terdapat seorang remaja lelaki berusia bawah 15 tahun.ini bererti islam memiliki lebih kurang 75% tenaga kemanusiaan yang berkembang biak berbanding barat yang hanya memiliki 25%.sementara umat islam memiliki tahap kesuburan yang 2 setengah kali ganda lebih tinggi berbanding barat.
seorang ahli fikir jerman powell smith pernah mencetuskan kebimbangannya terhadap meledaknya penduduk di negara2 umat islam.katanya dunia islam memiliki dua sumber yang terpenting iaitu pertambahan manusia yang tinggi dan sumber bumi yang melimpah.kalau kita lihat secara umum hasil2 minyak,emas,uranium,bijih timah dan galian2 lain kita akan dapati kebanyakannya terdapat di negara2 umat islam.inilah kurniaan besar dariNYA keada umat islam.dan inilah yang mencetuskan kebimbangan barat.tenaga manusia yang ramai ini akan mewujudkan suatu kuasa agung yang mampu mengancam kuasa2 barat.seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan kuasa antara timur dan barat dan tidak mustahil akan memindahkan pusat tamadun dunia ke timur.
saya teringat pernah pemimpin china ditanya apakah yang akan beliau lakukan sekiranya china diserang,jawabnya kami hanya akan menyuruh rakyat kami supaya menyerah diri.ini kerana rakyat china yang ramai apabila menyerah diri pastinya akan menyusahkan penjajah menguruskan tawanan yang ramai ini.(setiap 6 orang penduduk dunia ada seorang berbangsa cina,ramainya rakyat cina)
kebimbangan ini telah menyebabkan timbulnya idea pembatasan kelahiran(tamdid el nasl) yang kemudiaannya ditukar nama kepada perancang keluarga(tanzim usrah atau tanzim el nasl)
sebenarnya idea ini kalau difikirkan dalam2 tak logik.apakah anda akan percaya kepada seruan seseorang yang meminta supaya disekat atau dirancang kelahiran dalam keadaan dia sendiri yang berusaha sedaya upaya menambahkan kelahiran penduduknya.inilah yang berlaku kepada barat dan eropah.mereka menghadapi masalah kekurangan penduduk khasnya selepas perang dunia pertama dan kedua yang mengorbankan jutaan nyawa khasnya lelaki eropah yang terlibat dalam peperangan.ini membuatkan wanita2 eropah terpaksa keluar bekerja untuk menanggung sara hidup mereka yang menyebabkan mereka tertindas dan timbulnya idealogi pembebasan wanita di eropah.mereka sedaya upaya menambahkan bilangan penduduk mereka dan dalam masa yang sama disebabkan ketakutan dan kebimbangan mereka terhadap umat2 islam mereka merancang idea pembatasan kelahiran ke dunia2 islam.mereka sanggup menyalurkan berjuta2 dollar amerika ke negara2 arab khasnya untuk membantu menjayakan idea ini.amerika pernah menghantar jumlah sehingga lebih kurang 40 juta dollar kepada mesir untuk merealisasikan idea ini.mereka juga menghantar pakar2 dan doktor2 perubatan untuk membataskan kelahiran di negara2 umat islam.walaubagaimanapun idea ini yang pada asalnya dinamakan tamdid el nasl yang bermaksud membataskan keturunan menimbulkan tentangan oleh umat islam.jadi mereka menukar nama kepada nama yang lebih lunak .jadilah idea ini disadur dengan nama baru tanzim usrah atau perancang keluarga.negara2 islam dan arab tertipu dengan idea ini.pemimpin islam sering di sogokkan bahawa ekonomi mereka lemah,makanan tak cukup dan akan menyebabkan timbulnya masalah2 sosial yang buruk kepada masyarakat islam.inilah seruan mereka hasil ketakutan terhadp gergasi yang sedang tidur ini.

TANZIM USRAH DI NEGARA ARAB
di mesir seruan ini mula dilaungkan oleh boneka barat,salamah musa yang melaungkan supaya umat islam hendaklah mengadakan perancang keluarga.peliknya dia sendiri ada anak lapan.amerika dan barat juga menghulurkan bantuan kepakaran mereka.
akhbar al kaherah pernah menyiarkan bahawa amerika pernah menghulurkan bantuna kewangan kepada mesir sejumlah lebih kurang 40 juta dollar dan bantuan kepakaran untuk menjayakan seruan ini di mesir.mereka tak akan menghulurkan bantuan yang sebegini banyak kecuali ada sebabnya yang tersembunyi.ini telah dijelaskan oleh miles coballand seorang agen perisikan amerika bahawa bantuan ini di beri semata2 untuk menjayakan rancangan mereka bukanlah untuk membantu mesir dan islam.
sebenarnya masalah tak cukup makanan takkan timbul kerana negara2 umat islam mempunyai tanah2 pertanian yang subur.mesir menurut kajian hanya menggunakan tanah untuk pertanian tak sampai 25%.padang pasir dari kaherah hingga ke suez dan port said masih tak diterokai.begitu juga kaherah ke iskandariah dipenuhi dengan gurun2 yang kontang yang boleh dimajukan.apatah lagi kawasan2 di selatan mesir dan sinai.kalau diikutkan kajian tanah di semenanjung sinai kalau ditanam gandum akan memenuhi keperluan penduduk mesir seramai 65 juta orang ini.inilah kenikmatan ALLAH kepada penduduk dan negara2 islam.tanah di mesir pula bermutu dan subur(lembah dan dataran nil) ditambah pula dengan sungai nil yang membelah di tengah2 mesir.seorang ahli sejarah purba(herodotus) mengatakan mesir adalah hadiah sungai nil.ini kerana nil merupakan nadi bagi rakyat mesir.tanahnya hanya memerlukan air untuk di siram tak perlukan baja.
begitu juga di suria yang mempunyai tanah pertanian seluas 12 juta ekar tanah yang mampu menampung 50 juta orang sedangkan penduduk suria tak la sampai 50 juta.begitu juga iraq yang terkenal dengan sungai tigris dan euphrates(furat dan dajlah) yang mempunyai tanah pertanian seluas 20 juta ekar dan mampu menampung penduduk seramai 80 juta orang.sementara sudan selaku negara terbesar afrika dengan 2 aliran sungai nil(di khartoum ada tempat pertemuan sungai nil biru dan nil putih yang bercantum sebelum memasuki mesir)mempunyai tanah pertanian seluas 70 juta ekar tanah.cuba bandingkan kenyataan ini dengan negara barat dari segi keluasan tanah,kesuburan dan sebagainya.
mesri masih mempunyai banyak tanah2 terbiar yang tak diusahakan.sementara ramai rakyatnya yang menganggur.oleh itu kerajaan mengeksport tenaga kerja ini ke negara2 arab lain.tenaga kerja ini akan mendapat pendedahan kerja dan pengalaman yang berguna.apabila mereka pulang sepatutnya pengalaman mereka inilah yang akan menjadi senjata mereka.
di barat jumlah penduduk jerman dalam tahun 1880 hanyalah 45 juta orang .pada masa itu jerman dilanda masalah kesempitan hidup dan kemiskinan.tapi yang peliknya apabila bilangan rakyatnya meningkat kepada 68 juta orang dalam masa 34 tahun kemiskinan itu hilang.rakyatnya hidup senang.
begitu juga england hanya mempunyai jumlah penduduk seramai 12 juta orang dalam tahun 1779 dan meningkat kepada 38 juta pada tahun 1890.serentak dengan kadar pertambahan tersebut mereka mula menjadi kuasa besar ekonomi dunia.
peranchis sekarang masih melaungkan kepada pertambahan penduduk dalam keadaan umat islam masih mencari formula untuk meyakinkan rakyatnya ttg faedah perancang keluarga

ISLAM DAN IDEA TANZIM USRAH
islam menggalakkan umatnya yang mampu berkahwin agar berkeluarga dan beranak pinak.ada dalam hadis nabi kita pernah menyatakan bahawa baginda bangga dengan bilangan umatnya yang ramai.dalam muktamar islam dalam tahun 1965 kalau tak silap ulama telah berbincang mengenai idea ini,ulama memutuskan bahawa islam gemar menambah dan menggalakkan bertambahnya bilangan ahli keluarga.namun sekiranya si isteri menghadapi masalah melahirkan anak misalnya maka dibolehkan untuk merancang keluarga atas sebab 2 kesihatan.ulama juga menegaskan undang 2 yang digubal bertujuan memaksa orang ramai supaya menyekat kelahiran adalan undang2 yang bertentangan dari segi syarak.dan yang lebih penting ulama menegaskan bahawa menggugurkan janin(anak dalam kandungan) adalah satu kesalahan yang boleh dianggap membunuh.inilah pendirian islam dalam masalah ini.
dalam zaman nabi kita,ada juga sahabat yang merancang keluarga dengan cara memancutkan mani di luar faraj isteri.apabila sampai ke pengetahuan nabi kita,baginda tak larang sahabat berbuat demikian cuma nabi menegaskan bahawa kamu tak akan mampu menyekat apa yang telah ditakdirkan.dalam hadis yang lain pula nabi menyebut bahawa baginda bangga dengan umatnya yang ramai.daripada hadis2 dan dalil ini kita dapat berbuat kesimpulan sekiranya di sana ada hajat peribadi untuk merancang keluarga atas sebab2 kesihatan(isteri sakit dan sebagainya) maka dibolehkan merancang keluarga.
dari sudut ekonomi,sebenarnya bumi berhajat kepada pertambahan penduduk.di china hampir 50% tanahnya belum diusahakan.di brazil mereka hanya mengusahakan tanah seluas 25% begitu juga di negara2 arab tadi.sebenarnya manusia hanya mengusahakan dan menerokai tanah di planet bumi hanyalah seluas 10%.sementara 70% lagi tak belum diterokai dan diusahakan dan 20% lagi kawasan padang rumput yang berpotensi dimajukan.sekiranya idea ini dilaksanakan,pastinya akan membawa kerugian kepada penduduk dunia.dunia akan kekurangan manusia untuk meneroka tanah dan galian di bumi ini.wilfre nikeman,seorang saintis mengatakan kita hanya meneroka protin yang ada di permukaan laut sebanyak 8 % sahaja.terdapat banyak lagi protein di perut laut yang masih belum diterokai dan digunakan sepenuhnya.ditambah pula pada zaman sekarang dengan teknologi menghasilkan makanan yang semakin maju.gandum tidak lagi menjadi makanan yang kita perlu menunggu lama untuk menuainya.begitu juga padi yang boleh ditanm 2 kali setahun.sebenarnya kalau di kaji secara mendalam dunia memang berhajat kepada pertambahan penduduk ini untuk menguruskan hasilnya.
dari sudut kesihatan,segala pil perancang ,kapsul ,ubatan2 dan kaedah pemandulan terhadap lelaki akan memudaratkan lelaki dan wanita sekaligus.mengikut kajian yang dijalankan di britain,kaedah pemandulan ini akan menyebabkan lelaki menjadi lemah dan mendatangkan penyakit runsing.begitu juga dengan perempuan akan menyebabkan mereka menjadi mudah runsing,terkena serangan jiwa,mudah hilang ingatan dan sebagainya
idea ini meninggalkan kesan yang buruk kepada dunia barat khasnya.ianya akan meruntuhkan sistem kekeluargaan mereka kerana pemuda2 di negara mereka tidak lagi menganggap perkahwinan sebagai suatu keperluan sosial.kaedah ini juga menyebabkan tersebarnya perzinaan kerana mereka tidak memerlukan kepada perkahwinan.
barat pada hari ini mula menyeru ke arah pertambahan penduduk secara besaran.di peranchis bekas perdana menterinya jiscare bisten menyeru kepada rakyat peranchis supaya menambahkan kelahiran dan menetapkan pendapatan bulanan 800 dollar lebih untuk setiap anak.di russia majlis tertinggi soviet mengeluarkan satu undang2 memberi hadiah medal kepada ibu2 yang melahirkan anak seramai mungkin.
khurshef pernah berkata(jika ditambah 100 juta penduduk kepada 200 juta penduduk jumlah ini masih belum mencukupi)
inilah perancangan barat ke atas negara2 islam.mereka menyeru ke arah idea perancang keluarga dalam keadaan sebaliknya mereka sendiri menyeru ke arah pertambahan kelahiran dan rakyatnya di eropah.bukanlah atas dasar ekonomi mahupun kesihatan dasar ini dilaungkan tapi sebenarnya ia merupakan salah satu perancangan musuh dan barat ke atas dunia islam.yang sedihnya apabila idea ini mula disebarkan secara besaran2 di mesir akhir2 ini.kempen menggalakkan perancang keluarga sudah mula disiarkan dalam tv2 mesir.dan yang lebih menyedihkan apabila serban2 merah ini bersetuju dengan idea itu.....

serangan pemikiran terhadap umat islam 6

SERANGAN TERHADAP INSTUSI KEKELUARGAAN ISLAM
ada dalam hadis nabi orang2 kafir akan cuba menghapuskan islam satu demi satu bermula dengan penghapusan undang2 syariah dan hudud sehinggalah yang terakhirnya sembahyang.mereka juga cuba menghapuskan institusi keluarga dalam islam sebagai benteng terakhir umat islam setelah tercabutnya undang2 islam yang lain
islam cukup mengambil berat ttg perkahwinan bermula dengan pemilihan isteri atau suami hinggalah kepada penjagaan anak dan pembahagian harta pesaka apabila meninggal dunia.islam mengharamkan zina kerana zina akan mewujudkan penyakit masyarakat yang teruk dan merosakkan nasab keturunan selain daripada menanggung azab di akhirat.
nabi kita memudahkan jalan2 untuk berkawin dan memayahkan jalan2 untuk berzina.wanita dan lelaki diwajibkan menutup aurat dan mereka sentiasa hendaklah memelihara kehormatan diri mereka,islam juga menggalakkan agar direndahkan mas kahwin dan mahar untuk memudahkan perkahwinan.bagi pemuda2 islam pula yang tak terlibat dengan pengajian dan sebagainya yang merasa sukar untuk menjaga dirinya digalakkan berkahwin.inilah prinsip asas islam dalam membentuk institusi kekeluargaan
selain itu islam mengajarkan kepada umatnya adab2 untuk memelihara kehormatan diri mereka.tidak halal kepada lelaki yang melihat perempuan yang bukan mahram mereka khasnya apabila pandangan yang disertai dengan nafsu syahwat.begitu juga dengan wanita.seruan ini terdapat dalam quran
islam juga mewajibkan menutup aurat kepada lelaki dan perempuan.cuma dalam masalah purdah ada sedikit perbahasan tentangnya antara kewajipan berpurdah dan tidak
islam juga mengharamkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan yang berlaku tanpa sempadan dan adabnya2.ada ulama mengarang suatu kitab menerangkan batas2 percampuran yang dibenarkan dan batas2 percampuran yang tak dibenarkan.ada dalam hadis(TIDAK ADA SEORANG YANG BERDUAAN DENGAN WANITA KECUALI SYAITAN ADALAH ORANG YANG KETIGA).percampuran yang bebas akan menghilangkan perasaan malu yang menjadi benteng pemelihara dirinya.percampuran bebas juga akan menghilangkan sifat2 kelelakian dan sifat kewanitaan.akan lahirlah suatu golongan lelaki yang lembut sehingga mirip kepada pondan dan sebaliknya.percampuran juga akan menyebabkan penyakit kedinginan seks yang sukar diubati.apabila semua ini berlaku akan membawa kepada runtuhnya institusi keluarga sesebuah masyarakat.
betrand rossou pernah mengatakan bahawa percampuran bebas dan hubungan intim laki dan perempuan tanpa diikat dengan persetiaan yang suci akan membawa kepada rosaknya akhlak dan sistem nilai dalam masyarakat.ahli fikir barat ini baru sahaja sampai kepada hikmah kenapa diharamkan pergaulan bebas oleh islam sejak 1400 tahun lepas.
walaubagaimanapun harus diingat larangan percampuran yang bebas ini tidaklah bererti larangan wanita daripada mendapat pendidikan dan kerjaya.wanita juga digalakkan mendapat pendidikan yang sewajarnya terutamanya ilmu2 yang sesuai dengan kejiwaan mereka.sementara ilmu yang tak berhajat sangat kepada wanita tak lah dituntut sangat untuk mempelajarinya seperti ilmu ketenteraan kecuali dalam keadaan kita memerlukan tentera2 wanita(hari ini sudah ada negara2 yang melantik wanita dalam jawatan penting angkatan bersenjata)
begitu juga dalam soal kerjaya.islam tidak menghalang wanita daripada bekerja dan mencari nafkah asalkan tidak menggadaikan maruah diri mereka dan syariat islam itu sendiri.wanita islam diizinkan bekerja dengan satu syarat asas,iaitu dalam suasana yang mengizinkan dia menjaga kehormatan dirinya.kalau kerja2 yang membawa kepada tergadainya maruah dirinya seperti pelacuran itu diharamkan.
seorang doktor pakar dalam bidang sains yang pernah memenangi hadiah nobel pernah berkata(kelenjar2 seks mempunyai tugas2 selain dari mendorong manusia ke arah seks iaitu menambahkan kekuatan psikologi,mental dan spiritual.dalam sejarah tak pernah ada seorang yang di kasi kemaluannya(kasi maknanya kalau lelaki dipotong kemaluannya) yang berjaya menjadi tokoh pemikir atau ahli falsafah agung mahupun seorang penjenayah yang kejam dan terkenal.ini kerana kedua2 testis mahupun telor2 wanita mempunyai status dan tugas yang besar dalam kehidupan manusia selain daripada seks.ia akan melahirkan sel2 jantan dan betina,dan dalam masa yang sama memancarkan bahan2 yang mempengaruhi sifat2 kelelakian dan keperempuanan yang cemerlang samada dari segi bentuk tubuh,sikap mahupun perasaan.sementara testis juga melahirkan perasan berani, liar dan kuat.sementara itu wanita yang megalami putus haid, kelanjar2 tadi akan mematikan bahan2 tertentu.jangka hayat telor yang pendek menjadikan perempuan tua lebih lemah dari kaum lelaki yang masih mempunyai testis yang masih aktif walaupun seorang lelaki tua.kejahilan ttg ini telah membuatkan mereka yang membela kaum wanita berkeyakinan bahawa kedua jenis laki dan perempuan ini harus mendapat pendidikan dan tanggungjawab yang sama sedangkan kaum wanita mempunyai perbezaan yang ketara dengan kaum lelaki.setiap sel badannnya mempunyai tabiatnya yang tersendiri.peranan mereka dalam kemajuan tamadun lebih tinggi daripada kaum lelaki.oleh itu sewajarnya ke atas wanita berdampingan dengan tugas yang ditetapkan untuk mereka)ini adalah kata2 casis cariyal.
islam juga mengharuskan talak dan poligami.setiap pasangan yang sudah tidak sehaluan dan tidak ada lagi persefahaman sesama mereka setelah dicuba pelbagai cara untuk memulihkan r/tangga mereka dibenarkan berpisah.dalam islam ada kedahnya yang sendiri untuk menjatuhkan talak.tak dibenarkan seeorang suami menceraikan isterinya yang sedang dalam haid.sementara talak juga disebut sebagai perkara yang dibolehkan tetapi paling dibenci oleh ALLAH.
dalam bab poligami islam mengharuskan lelaki berkahwin lebih daripada satu dengan syarat kemampuan dari sudut material,fizikal dan kemampuan seks dan sebagainya.islam juga mensyaratkan prinsip keadilan antara isteri2.keadilan disini bukanlah bermaksud keadilan dari segi hati dan kasih sayang kerana soal hati bukanlah suatu perkara yang boleh dibahagikan sama rata.keadilan yang dituntut ialah pergaulan yang baik dan persamaan antara isteri2 dari segi material.dalam quran disebut bahawa kamu tak akan dapat berlaku adil di antara isteri2 kamu walaupun kamu cuba sedaya upaya kamu(adil di sini dalam masalah hati).
memang ada dan muncul golongan yang mempertikaikan poligami khasnya dan juga talak.barat dan kristian khasnya pernah mengharamkan talak atas alasan ianya memudaratkan.nabi isa tak pernah datang kecuali atas dasar kasih sayang.oleh kerana talak merupakan unsur2 perpecahan maka ianya diharamkan di eropah.namun pengharaman talak memberi pukulan yng teruk kepada masyarakat eropah.
begitu juga dalam soal poligami khasnya dalam keadaan sekarang wanita lebih ramai daripada lelaki.

TAKTIK MUSUH MENGHAPUSKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM
islam bangkit dalam suasana dan asas yang berlainan daripada barat.kita bangkit atas dasar menjaga kehormatan dan kemuliaan penganutnya.sementara barat bangkit setelah melalui sejarah hitam yang panjang,pertumpahan darah dan pertentangan dengan gereja.dalam keadaan inilah mereka menginjakkan agama dengan kaki mereka.
ditambah pula dengan lahirnya teori freud yang menyeru supaya manusia harus memenuhi nafsunya dengan apa cara sekalipun.manusia baginya berasal daripada satu tenaga iaitu tenaga seks.kemudian muncul pula teori karut darwin(teori evolusi darwin banyak sekali dijulang oleh media massa barat dan yahudi.itulah sebabnya kalau kita baca karangan ulama islam khasnya ulama azhar banyak sekali menyebut dan menolak nama dan idealoginya).selepas itu muncul pula teori durkhaim ttg ilmu sosiologi.durkhaim mendakwa perkahwinan bukanlah suatu fitrah.then lahir pula karl marx yang menuntut supaya wanita bekerja.kemudian berlaku pula perang dunia pertama yang mengorbankan ramai lelaki barat khasnya di peranchis,jerman dan lain2.sementara pemuda 2 yang masih hidup tak bersedia untuk berkahwin dan sering memenuhi keinginan seks mereka dengan jalan yang yang tak betul.bermula dengan tekanan demi tekanan yang dikenakan ke atas kaum wanita,mereka mula keluar rumah mencari pekerjaan dan mengambil upah walaupun kekadang kerja tersebut tak sesuai dengan tenaga mereka.kemudian berlaku pula masalah kejiwaan terhadap wanita eropah.mereka seolah2 golongan yang tak wujud bahkan ada ahlli falsafah yang membincangkan apakah wanita itu rohnya roh manusia atau roh binatang.perbincangan2 ini cukup untuk menghina wanita2 eropah.di zaman gelap eropah wanita tak ada nilai langsung.mereka sering dijadikan barang pesaka yang boleh diwarisi,tak boleh memiliki sesuatu kerana mereka dianggap harta dan mereka sering jadi bahan cagaran ataupun pertaruhan.
bermula dengan tekanan kehidupan,seterusnya tekanan mental dan kejiwaan hinggalah kepada kehilangan kasih sayang inilah menyebabnya timbunya idea pembebasan wanita yang bermula di eropah.tiba2 idea ini hendak dipindahkan ke negara2 islam.sedarlah wahai wanita2 islam,kamu dan kita berdepan dengan suatu idealogi yang tak harus wujud dalam masyarakat dan negara kita.idealogi yang hanya sesuai dibarat dan eropah yang sesuai dengan liku2 sejarah mereka.wanita islam sepanjang sejarahnya tak pernah melalui keadaan seperti itu.
musuh2 islam juga cuba menghapuskan bentuk2 perkahwinan dan pembentukan keluarga dalam masyarakat islam dengan melebarkan bentuk hubungan jenis tanpa kahwin dan sebagainya.dipaparkan dalam tv,filem2 dan sebagainya bentuk hubungan antara wanita dan lelaki tanpa diiringi ikatan perkahwinan dan t/jawab rumahtangga.sementera idealogi kebebasan seks freud dan diiringi dengan pembebasan wanita mula disebarkan ke dunia2 islam.golongan yahudi juga cuba melewatkan umur perkahwinan dalam masyarakat islam khasnya kepada golongan pemuda.pemuda2 akan menganggap bahawa perkahwinan tak perlu,bukanlah suatu keperluan dan perkahwinan merupakan suatu bebanan yang teramat berat.
sebenarnya penangguhan umur kahwin ini begitu membimbangkan ulama(kecuali mereka yang dapat kawal dirinya lain cerita).penangguhan ini akan meyebabkan jiwa akan memberontak manakala kemampuan mengawal nafsu akan lemah.seterusnya mereka akan mencari jalan untuk melepaskan nafsu mereka ditambah dengan dorongan daripada filem2 barat yang seolah2 menyeru kearah perzinaan.inilah yang menyebabkan berkembangnya pelacuran dan hubungan seks sejenis
saya terkejut apabila membaca akhbar mesir yang memuatkan berita ttg perkahwinan madonna.madonna pernah berkata yang dia tak perlukan lelaki dalam hidupnya terutama selepas kegagalan perkahwinan pertamanya dengan sean penn.lagipun dia juga boleh mendapatkan seks dengan sesiapa sahaja.sememangnya manusia tak akan mampu mengawal fitrahnya...:)
musuh2 islam juga mendorong wanita islam menanggalkan tudung mereka dan berhias.mereka mendirikan butik2 pakaian yang bertaraf antarabangsa dan merekacipta fesyen terbaru untuk disarungkan oleh wanita islam.fesyen tersebut tak salah walaupun fesyen yang seksi sebab pakaian yang seksi boleh dipakai ketika bersama suami.tapi masalahnya kalau2 fesyen tersebut menjadi pakaian rasmi dalam2 majlis2 dan pertunjukan2 antarabangsa yang bercampur gaul secara bebas dambi mendedahkan aurat itu yang salah
mereka juga menyeru ke arah percampuran bebas lelaki dan perempuan.kononnya dengan percampuran ini dapat membentuk akhlak,kehalusan budi,kesopanan ketika bermuamalah dan sebagainya.kesannya masyarakat islam akan hilang maruahnya,akan rosaklah jiwa dan akan runtuhlah rumahtangganya.harus di ingat islam membenarken percampuran tetapi dengan bentuk2 dan syarat2 tertentu.semasa dalam muktamar wartawan di mesir ada seorang penulis terkenal bernama helen stanbury berkata(cegahlah percampuran antara lelaki dan perempuan.kami di amerika banyak menerima hasil yang teruk daripada kesan percampuran ini.masyarakat amerika sekarang menjadi masyarakat yang lucah dan bebas.mangsa2 percampuran inilah yang memenuhipenjara2, kaki lima ,bar bar dan rumah2 urut)
mereka juga menghancurkan kepimpinan dalam islam.mereka mendorong supaya wanita menuntut hak dan persamaan dengan kaum lelaki dalam segenap aspek hinggakan perkara yang bertentangan dengan nas quran dan hadis(nama pembebasan wanita,kononnya membebaskan wanita daripada belenggu yang mengikat mereka selama ini).mereka mendorong wanita keluar bekerja sehingga tergadainya maruah dan kehormatan diri mereka.wanita berkerjaya tak salah tapi kalau kerjaya yang merosakkan wanita itu sendiri itu yang salah.pernah dalam satu temubual dengan 2 atau 3 orang tokoh wanita yang berjaya di peranchis(berjaya dalam kerjaya)mereka di tanya apakah impian mereka,jawab para wanita tersebut kami ingin kembali ke rumah dan memelihara anak2 kami serta mendidiknya dan melihat mereka membesar.inilah jawapan yang mengejutkan hadirin seolah2 kerjaya mereka yang cemerlang tak memberikan kepuasan kepada mereka
musuh2 islam juga mendorong kerajaan islam supaya menggubal undang2 kekeluargaan baru yang bertentangan dengan quran dan sunnah.antaranya seruan ke arah pengharaman talak dan poligami.di mesir kes cerai hanyalah 3 peratus dan kes poligami hanya 1.6%(perangkaan tahun 1988)
ianya cukup kecil berbanding dengan barat dengan kadar cerai di eropah walaupun asalnya kristian mengharamkan talak.sementara kadar perempuan simpanan di eropah adalah 40 %.sementara nisbah poligami di negara2 umat islam semakin menurun khasnya mesir kerana tekanan hidup(harus diingat rakyat mesir 65 juta,nisbah cerai 3 %)
sebenarnya apa yang dituntut oleh barat bukanlah pengharaman talak mahupun poligami.apa yang mereka inginkan ialah islam terhapus dari jiwa2 manusia islam.yang peliknya mereka menuntut supaya digubal undang2 talak dan poligami dalam keadaan masyarakat eropah menuntunya.seorang profesor di jerman mengatakan bahawa masalah wanita jerman hanya akan selesai dengan pengharusan poigami
di itali parlimen itali yang pada asalnya mengharamkan talak tunduk kepada desakan majoriti yang mahu talak diharuskan
di amerika nisbah talak telah sampai ke angka 50%

KEKELUARGAAN ISLAM DI MESIR
sejak kedatangan inggeris,mereka cuba campurtangan dalam undang2 kekeluargaan islam.syeikh azhar yang lalu syeikh hasanain al nawawi telah menentang segala cabaran inggeris ini hinggalah membawa kepada pemecatan beliau.namun beliau tetap berjuang dan mengingatkan umat islam ttg bahayanya campurtangan british dan undang2 ini.
kemudian muncullah talibarut2 dan boneka penjajah.muncul marcos fahmi dengan kitabnya wanita di timur yang menyeru supaya(dia ni kristian)hijab dihapuskan,percampuran bebas,pengharaman poligami dan pengharusan perkawinan antara wanita islam dengan lelaki bukan islam
selepas marcos fahmi muncul pula kelab dan kitab pembebasan wanita karangan qassim amin.buku ini cukup melampau dengan mempersendakan hukum hakam islam khasnya yang berkaitan wanita.cubaan ini ditentang oleh ulama2 islam dan mereka berjaya menenggelamkan idea pembebasan wanita di mesir namun british yang memerintah mesir waktu itu tetap menghalang sebarang suara2 ulama2 ini
tahun 1923 muncul huda syaarawi dan siza nibrawi,2 orang tokoh pembebasan wanita di mesir.mereka dijemput untuk hadir ke muktamar wanita di eropah dan apabila pulang ke kaherah mereka membuang hijab2 mereka dan menginjakkan dengan kakinnya.inilah kali pertama dalam sejarah wanita mesir membuang tudungnya di tengah2 kaherah dan mendedahkan tubuhnya
tahun 1943 kementerian masyarakat mesir menyebarkan idea ini sekali lagi(idea haram talak dan poligami).ianya disokong oleh syeikh mustafa al maraghi.namun perdana menteri mesir pada waktu itu menolaknya dan syeih mustafa menarik balik fatwanya
dalam zaman gamal abdel nasir mereka sekali lagi mendesak presiden gamal mengharamkan talak dan poligami namun sekali lagi presiden mesir ini menolaknya,seruan ini mula perlahan sementara waktu
apabila anwar sadat menjadi presiden seruan ini mula mendapat nafas baru apabila isteri anwar sadat,jihan telah mengetuai idea ini.kali ini seruan ini ditentang dengan cukup hebat oleh para ulama islam.syeikh muhammad ghazali sendiri telah menyampaikan ceramah perdananya di depan anak2 muda.sebaik sahaja selesai ceramah,anak2 muda ini keluar ke jalan2raya dan berdemonstasi di seluruh kaherah.sementara syeikh azhar pada masa itu syeikh abdul halim mahmud turut mengingatkan umat islam betapa bahayanya idea ini sehingga beliau diberi kata dua samada dilucutkan jawatannya atau melaksanakan idea ini.semoga ALLAH memberikan ganjaran kepada ulama2 ini yang telah menghabiskan sepenuh tenaga dan usaha mereka menghapuskan idea jahat ini.
di barat idea pembebasan wanita sebenarnya banyak menerima kritikan yang hebat dan menemui kegagalannya.dalam muktamar jenayah anjuran PBB di geneva dalam tahun 1978 telah dibuat pelbagai pengesyoran.ianya menunjukkan bahawa gerakan pembebasan ini hanyalah akan menambahkan jenayah di kalangan wanita.kaum wanita mula terlibat dalam jenayah berat seperti pecah rumah ,peras ugut, samun dan sebagainya.idea ini sendiri mendapat tentangan di bumi kelahirannya.hingga sekarang masih terdapat pemikir2 yang mempersoalkan logiknya idea ini,tiba2 idealogi ini hendak dipindahkan ke negara2 umat islam
wahai wanita2 islam,inilah cabaran dan tentangan buat anda dan kami.apakah kita hendak menerima pakai idea yang diragui kesahihannya di barat dalam keadaan kita tak melalui sejarah dan realiti yang berbeza dengan realiti mereka?

serangan pemikiran terhadap umat islam 5

serangan pemikiran terhadap umat islam 4

MENGHANCURKAN KHILAFAH ISLAMIAH
pihak barat sedar selagi mana kerajaan islam uthmaniah berdiri teguh selagi itulah mereka hanya bermimpi di siang hari.khalifah2 uthmaniah telah menjadi pelindung kepada umat islam pada masa itu.walaupun kita akui ada juga khalifah yang sukakan kemewahan dan sebagainya namun apabila berdepan dengan barat dan musuh islam mereka akan mempertahankan agama mereka bersungguh2.inilah sikap khalifah2 uthmaniah yang cukup menggerunkan barat.
kerajaan uthmaniah bangkit ketika umat islam dalam keadaan retak.pada masa itu kerajaan islam abasiah sudah mulai lemah.dan baratsudah merancang untuk kembali melanggar negara2 islam melalui ketenteraan setelah gagal dalam siri2 perang salib.namun mereka gerun melihat kekuatan uthman ertoghrul yang bangkit di anatolia(kalau tak silap) dan seterusnya menguasai dan memegang tampuk dunia islam pada masa itu.itulah sebabnya mereka cuba sedaya upaya untuk meleburkan kerajaan dan empayar uthmaniah.
mereka sedar untuk melanggar dan menggempur kerajaan uthamniah hanya akan membawa kepada perpaduan umat islam untuk menghadapi barat.jadi mereka menggunakan strategi halus dan berusaha memecahbelahkan kekuatan kerajaan islam
barat menimbulkan soal perkauman arab dan turki.hasilnya mesir memisahkan diri daripada kerajaan uthmaniah dan basyir alsyihabi pemerintah lubnan mengishtiharkan bahawa lubnan(lebanon)keluar daripada kerajaan uthmaniah.racun2 inilah yang menjadikan turki sebagai orang sakit eropah
yahudi juga merancang konspirasi jahat untuk menghancurkan khalifah dari dalam.mereka cuba mempengaruhi sultan sulaiman alqanuni dengan mengatur rancangan sulit untuk mempengaruhi khalifah.antaranya mempengaruhi sultan supaya membenarkan yahudi tinggal dan berhijrah ke palestin.sultan membenarkannya dan penghijrahan yahudi ini berterusan hinggalah zaman sultan yang terakhir iaitu sultan abdul hamid.namun sultan abdul hamid cuba menyelamatkan islam dan kerajaan uthmaniah daripada kehancuran.beliau menolak permintaan yahudi untuk berhijrah ke palestin dan menghalau utusan mereka yang datang menemui sultan.ini menyebabkan yahudi mencari jalan lain dan cuba menjatuhkan khalifah.strategi ini mengambil masa puluhan tahun.mereka menubuhkan satu kumpulan yang diberi nama yahudi donmag dan mereka (yahudi ini)mengisytiharkan diri mereka sebagai islam.tujannya ialah untuk memukul khalifah dari dalam.dari kalangan yahudi donmag inilah tertubuhnya parti pemuda turki(young turki atau turki muda).ianya diketuai oleh mustafa kamal.setelah lama strategi ini berjalan mereka akhirnya berjaya menguasai tampuk pemerintahan turki dengan menjadikan sultan abdul hamid sebagai boneka mereka.sekali lagi mereka meminta keizinan sultan untuk membenarkan yahudi berhijrah ke palestin.namun sultan tetap berkeras tak membenarkan mereka tinggal di palestin.dalam surat yang diutuskan oleh khalifah kepada syeikhnya(pada waktu itu khalifah sultan abdul hamid dipenjarakan) beliau menulis bahawa beliau tetap tak benarkan yahudi berhijrah ke palestin.yahudi menawarkan kepada sultan 150juta pound sterling (nilai yang tertalu besar pada masa itu era 1900-1920 an) namun sultan menolaknya dengan kata yang mahhur kalaulah kamu kumpulkan wang emas di dunia ini sekalipun beta tak akan tunduk kepada tekanan kamu.beta tak akan menghitamkan sejarah nenek moyang beta yang telah berkhidmat kepada islam hampir 5oo tahun.
setelah mustafa kamal berjaya menghancurkanm khilafah(kerajaan islam) dia telah menukar perlembagaan kepada sekular,menghapuskan tulisan arab dan segala yang bersangkutan dengan islam
apabila hilangnya kerajaan islam yang agung itu bermulalah islam kembali dagang sebagaimana yang ada dalam hadis nabi.umat islam di eropah timur mula diseksa hanya kerana mereka islam.dan yang paling penting israel berjaya ditubuhkan.berjayalah strategi dan perancangan merka selama ini untuk menghancurkan kerajaan islam danmenubhkan negara haram israel.
----------------------------------------------------------------------
CAMPUR TANGAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DI NEGARA ISLAM
sejak penjajahan barat didunia islam,barat telah menghadapi pelbagai tentangan terhadap mereka yang mengakibatkan mereka terpaksa membelanjakan wang cukup banyak untuk menghadapi pejuang islam.akhirnya british dan peranchis mengambil keputusan keluar daripada negara islam.di mesir mereka terpaksa berhadapan dengan pejuang islam.di libya mereka berdepan dengan penentangan daripada umar mukhtar dan muhammad al sanusi.di algeria mereka berdepan dengan abdul qadir.di maghribi mereka ditentang olah muhammad al khamis.di tunisia pula mereka ditentang oleh pejuang alzaitoun(al zaitoun merupakan institusi pendidikan seperti al azhar di mesir yang banyak melahirkan pejuang islam menghalau penjajah peranchis di algeria).akhirnya dalam tahun 1947 mereka mengambil keputusan meninggalkan negara islam.namun mereka sebenarnya hanyalah meniggalkan islam dari segi zahirnya namun mereka tetap campurtangan dalam pemerintahan di negara islam.untuk mencapai tujuan tersebut mereka melantik pemimpin tempatan yang condong kepada barat untuk menjayaan rancangan mereka.tokoh2 tersebuh hendaklah seseorang yang menyanjung tinggi tamadun barat dan mempunyai fahaman yang memusuhi islam walaupun tidak murtad.hasilnya revolusi ketenteraan mula tercetus di negara2 islam.di suria husni al zaim bangkit melakukan revolusi.syah di iran menentang muhammad musaddig.kamli syam un di lubnan dan nuri assaid di iraq
di suria pada masa itu diperintah oleh syukri al qutili.amerika dan barat telah merancang untuk mengguling alqutili dengan memilih panglima angkatan tenteranya sendiri iaitu husni azzaim.barat telah membantu merancang revolusi tersebut dan akhirnya alqutili di jatuhkan.pada asalnya husni agak baik dengan amerika namun apabila amerika ingin campurtangan dalam segenap segi pentadbiran di suria termasuk menentukan duta2 dan perwakilan suria ke luar negeri.ini menyebabkan husni menukar cara dan polisi pentadbirannya.akhirnya amerika merancang konspirasi baru dan membantu sami al hanawi dan adib ckehkly mengadakan revolusi baru dan membunuh presiden husni.
masyarakat arab suria sedar bahawa husni adalah budak suruhan amerika.jadi amerika dan barat menukar corak strategi mereka supaya tak kelihatan sangat campurtangan mereka dalam pentadbiran suria.walaupun pada zahirnya suria pada masa sekarang agak keras permusuhannya dengan israel namun para ulama islam masih meragui kepimpinan suria pada masa kini.
----------------------------------------------------------------------
CAMPURTANGAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN
tidak memadai dengan pentadbiran dan politik di negara islam musuh islam cuba menghapuskan islam dari akar umbinya.mereka cuba campurtangan dalam bidang pendidikan
objektifnya ada 2 yang paling penting pertamanya menghapuskan subjek quran dan hadis daripada program pendidikan.kedua ialah menjahilkan anak2 muda islam ttg pentingnya pembelajaran bahasa arab,sejarah dan tamadun serta warisan islam lampau
caranya ialah menjadikan matapelajaran agama islam sebagai matapelajaran yang tak penting dan tak dimasukkan dalam keseluruhan markah peperiksaan.dalam erti kata lain lulus atau tak lulus subjek pengajian islam itu tak penting kerana ianya tak akan menjejaskan markah keseluruhan
mereka juga semasa zaman penjajahan cuba menjadikan bahasa inggeris atau peranchis sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pengajian bermula pendidikan rendah hinggalah pendidikan tinggi
selain itu ,tumpuan hendaklah diberikan kepada perasaan cintakan tanahair daripada semangat keagamaan dan mengambil berat ttg kegiatan seni lukis,program sukan keusahawanan dan sebagainya.
teori2 palsu seperti teori evolusi darwin dan teori seks freud mula diajarkan dan diberi penekanan yang khusus sedangkan teori darwin kalau dinilai balik oleh saintis dan masyarakat barat terlalu kabur dan tak layak dipanggil teori
sejarah islam pula diajar dalam bentuk yang kabur dan menekankan soal perpecahan umat islam serta kepimpinan barat dan sebagainya.saya teringat kalau dibaca kembali buku sejarah msia saya merasakan seolah2 hugh low atau frank swettenham seorang yang baik yang memajukan negara kita sedangkan tok janggut dol said datuk maharajelela semuanya adalah penderhaka dan pelampau.
di mesir pihak penjajah berdepan dengan sistem pendidikan al azhar.al azhar mempunyai sistem pendidikan yang bermula dari tahap kanak2 hinggalah ke tahap doktor falsafah(pada masa sekarang,zaman dulu takder peringkat phd dan sebagainya).mereka sedar bukan mudah untuk menghilangkan kepercayaan dan kethigahan masyarakat tempatan terhadap azhar
mereka menubuhkan sekolah dan univ moden yang dilengkapi dengan alat pengajian yang serba canggih.sementara itu lulusan keluaran azhar susah nak dapat kerja dan kalau dapat kerja sekalipun mereka dibayar dengan gaji yang sedikit berbanding dengan mereka yang berkelulusan inggeris dan barat,mudah dapat kerja dan dibayar dengan upah yang mahal.di antara orang yang bertanggungjawab untuk meruntuhkan sistem pendidikan islam di mesir ialah lord cromer dan dunlop(penasihat kementerian pendidikan di mesir pada waktu itu.dunlop seorang bekas padri berkelulusan kuliah al lahut ,institusi kristian terulung pada masa itu).sementara itu bagi subjek bahasa arab,kanak2 dididik seolah 2 bahasa arab terpisah daripada ilmu2 islam.dalam buku2 teks peringkat sekolah dihapuskan ayat 2 quran dan hadis yang terdapat dalam buku kefahaman mereka (comprehension).dalam subjek sejarah pula mereka diajar ttg napoleon,wilson ,frizer,dan lain2 pemimpin kristian.pengajaran ttg zamana rennaissance di ambil berat.sedangakan pengajian ttg amru al as yang membawa islam ke mesir dan sejarah nabi serta pejuang2 islam tidak di ambil berat.apatah lagi sejarah peperangan salib tak diajar secara khas(perang salib membawa kesan yang besar kepada eropah).selain itu method pengajian juga telah salah.kalau dalam bab urusan 2 kecil dibesar2kan sebaliknya masalah2 besar diketepikan.kalau bab peperangan ali dan muawiyyah(perang siffin) atau perang jamal antara ali dan aeisyah di ambil berat sedangkan kalau bab pembukaan islam tak perlu diberi perhatian.sebaliknya pula kalau gerakan pemisahan islam di ajar secara khusus seperti gerakan al qaramitah, revolusi negro dan sebagainya.selain itu mereka juga memburukkan kerajaan uthmaniah,abbasiah dan umayyah.tujuannya ialah untuk menjahilkan generasi muda ttg islam.mereka ingin menghapuskan keperibadian dan keagungan silam islam seolah islam tak pernah mencipta sejarah.supaya apabila ditanya orang apakah agama awak maka dia akan menjawabnya dengan rendah diri islam.inilah yang pernah di utarakan oleh orientalis amerika leofold fass yang memeluk islam dan menukar namanya kepada muhamad asad:satunya2 kesan yang mampu meresapkan pendidikan sejarah kedalam pemikiran generasi muda ialah menimbulkan rasa kekurangan dalam diri mereka dengan sejarah lampau mereka...
sementara itu dalam bidang pengajian ilmu2 biologi kimia dan sebagainya mereka telah menggubal sistem pengajian yang menjadikan kita rasa seolah2 sains terpisah dari pada agama.seolah2 sains itu musuh kepada agama.begitu juga dengan hasil pengkajian dan method pengkajian sesuatu perkara,kita akan merasakan semuanya dari barat sedangkan barat mencedok dan mengubahsuainya dari ulama silam islam.kalau kita lihat ttg sistem ujikaji dan eksperimen dalam bidang sains serta kaedah2 lain semua ini adalah hasil kajian ulama islam pada zaman silam.
dalam bidang sosiologi dan ilmu kemanusiaan teori2 karut yahudi dan barat diajar secara mendalam seolah2 teori2 tersebut merupaka sesuatu yang benar dan pasti.teori2 darwin,freud,dorkaim,angest kent semuanya dibei penekanan secara khusus
sebagai contohnya teori evolusi darwin yang mendakwa bahawa manusia berasal dari beruk yang lama2 berubah dan boleh berfikir.beliau menafikan ayat quran bahawa manusia berasal dari adam dan adam dari tanah.yahudi sedunia memainkan peranan penting dalam mendokong dan menyebarkan teori ini dan mengangkat darwin dengan anugerah dan pengiktirafan yang pelbagai,...realitinya ramai saintis barat pada masa sekarang yang mengatakan bahawa apa yang dikemukakan oleh darwin jauh dari method ilmiah dan pendapatnya tidak boleh dinamakan teori.
teori darwin telah ditolak oleh ramai ulama islam termasuklah qardawi dalam sebuah kitabnya yang saya tak ingat tajuknya.
dalam bidang ekonomi mereka memfokuskan kepada teori adam smith seorang pemikir ekonomi eropah yang melahirkan kapitalis dan juga komunisme karl marx.sehingga anak2 muda islam yang belajar ekonomi tak menyedari adanya sistem ekonomi dalam islam.seolah2 islam hanyalah peraturan ibadat dan akhlak semata2.
dalam bidang undang2 pelajar lebih mempelajari undang2 peranchis dan inggeris yang diasaskan daripada undang2 purba rom dan greek tua.sebaliknya undang2 islam dilenyapkan daripada skema pendidikan
dalam bidang falsafah ,mereka memburukkan falsafah islam seolah2 falsafah tak wujud dalam islam.falsafah islam hanyalah dicedok daripada peradaban yunani dan greek dahulu
inilah yang berlaku di mesir dan strategi inilah juga yang telah dilaksanakan di tunisia untuk mencabar al zaitoun dan meruntuhkan al qurawiyyin di maghrib(al qurawiyyin merupakan institusi pengajian islam di maghrib sebagaimana azhar di mesir dan al zeitoun di tunis)
inilah yang dihadapi oleh al azhar pada masa kini dan umat islam di merata dunia.apabila quran dan hadis tak lagi menjadi asas pengajian untuk anak2 islam,akan lahirlah suatu generasi yang menjadi acuan barat,tak mungkin untuk kita mencabar ketamadunan barat hanyalah dengan semangat kebangsaan ataupun kemajuan teknologi zahiriah semata2
ingatlah semasa sebuah kereta rakyat mesir yang ingin memasuki sebuah kawasan jajahan yahudi semasa dia melintasi kawalan keselamatan ketenteraan yahudi dia telah ditahan dan disoal oleh serang anggota tentera:ramai lagikah angkatan tentera mesir dari kalangan ikhwan muslimin?inilah soalan yang menjadi kebiasaan tentera israel terhadap rakyat mesir.mereka tak takut kepada senapang dan senjata tentera mesir namun mereka lebih takut kepada yang memegang dan mengendalikan senapang dan senjata itu.mereka sedar selagi mana islam dan iman menjadi asas kepada umat islam mereka tak akan mampu berhadapan dengan kita........inilah sebab kenapa mereka berusaha menjauhkan quran dan hadis serta warisan islam daripada anak2 muda islam.......
ulama menggariskan 2 kaedah penting untuk menghadapi serangan pendidikan ini pertama kaedah pengajian harus digubal semula dan kedua nya sistem pendidikan islam khasnya tak boleh bercampur lelaki dan perempuan.
----------------------------------------------------------------------