Sabtu, 26 Jun 2010

kuliah maghrib....solat, rupa zahir dan batin

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Solatlah kamu seperti barang yang kamu lihat akandaku solat.(maksud hadis)

hendaklah kita bersolat sebagaimana solat rasulullah SAW. tunduk dan rukuk nabi, sujud dan duduk nabi,semuanya hendaklah kita ikut kerana itulah yang dipesan baginda di dalam hadisnya seperti di atas. di dalam bab buat amal ibadat, kita tidak boleh mencipta atau mereka-reka sendiri cara atau teknik ibadat kepada Allah SWT. kita hanya beribadat dengan cara yang diajar oleh Allah melalui utusannya, Nabi Muhammad SAW. ada suatu kaedah dalam bab ibadat, asal suatu ibadat tu haram kecuali ada dalil yang mengharuskannya. maknanya asal suatu jenis ibadat tu haram, tak boleh kita buat, tak boleh kita memandai2 nak buat, kecuali ada ayat quran, hadis yang menyuruh kita buat dan kita hendaklah buat sebagaimana yang diajar melalui nabi

seoalnya siapakah di antara kita yang sempat melihat cara rasulullah SAW sembahyang? hanya sahabat yang sempat melihat dan memerhatikan cara dan kelakuan solat rasulullah SAW. seterusnya sahabat akan mengajarkan cara solat kepada generasi kedua yang dipanggil tabiin. golongan tabiin yang menjadi generasi kedua ini akan mengajarkan solat kepada generasi seterusnya yang dipanggil atba tabiin. seterusnya golongan atba tabiin akan mengajarkan solat kepada generasi seterusnya hinggalah sampai kepada kita pada masa sekarang. justeru itu, kita hendaklah mengikut segala amal ibadat nabi daripada jalan yang telah diambil oleh ulama terdahulu dan ulama sekarang. yang dimaksudkan ulama terdahulu ialah ulama sebelum imam nawawi dan imam rafii. sementara yang dimaksudkan dengan ulama sekarang ialah ulama selepas mereka. so tugas kita ialah belajar, bagaimana cara rasullah SAW solat, tunduk dan bangun, rukuk dan iktidal, sujud dan sebagainya. kalau kita tidak mengambil peluang yang ada untuk belajar, memperbetulkan amal ibadat kita selama ni kita akan tergolong dalam golongan yang akan rugi. gunalah peluang yang ada, umur kita yang masih bersisa, sementara mata dan telinga kita masih elok, masa kosong yang kita masih ada, gunakanlah peluang ini untuk terus belajar dan meningkatkan pengetahuan kita khasnya tentang solat, ibadat badaniyyah yang terbesar.

seterusnya pengarang kita membuat suatu analogi yang menarik pasal solat. pengarang mengatakan bahawa solat ada rupa zahir dan rupa batin. kedua2 rupa ini hendaklah kita tunaikan dengan baik. rupa zahir bagi solat ialah seperti
1)berdiri
2)takbir
3)membeca al-fatihah
4)rukuk
5)iktidal
6)2 sujud
7)duduk di antara 2 sujud
8)tasyahhud
9)tahiyat
10)salam
dan sebagainya yang kita nampak.

sementara rupa batin bagi solat ialah seperti
1)khusyuk
2)hadir hati
3)sempurna ikhlas
4)menghinakan diri terhadap Allah(tazallul)
5)memahami dan menghayati makna bacaan
6) tasbih dan sebagainya

* artikel ni ditulis secara lepas bebas. sebahagian daripada isi kuliah maghrib

Jumaat, 25 Jun 2010

tazkirah jumaat.....Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat

Hadith :
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”

(Muslim)

Huraian
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


* disalinsiar dari laman web JAKIM ....http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

Sabtu, 19 Jun 2010

bicara hati buat sahabat


masa aku berada jauh di tebing timur sungai nil dulu, aku sentiasa mengambil berat dan memerhati perkembangan kekawan khasnya kekawan sek menengah. maklumlah tempoh perubahan dari sek menengah ke tahap universiti ni aku kira tempoh yang agak getir. tempoh atau period masa yang boleh menentukan hala tuju dalam hidup kita. ada kekawan2 yang masuk n join universiti tempatan, ada yang ke nil, ada yang ke petra dan syam, ada yang lepak n singgah kejap di maahad tahfiz, di nilam puri dan negeri jelapang padi sebelum terbang dan kembali bersamaku di muara nil. rata2 kami bertebaran di muka bumi tuhan mencari ilmu dan pengalaman, bekal terbaik kami sebelum dipanggil pulang. kekadang sampai jer surat dan berita dari teman yang menjadi penghubung kami. kekadang ada kekawan di nil terserempak n sempat chatting di medium internet(mirc, ym, msn mesennger yang glamor masa tu)dengan mereka yang berada di sekitar titiwangsa dan lembah pantai. sekurang2nya dapatlah melepas rindu dan bertanya khabar. ada yang dah berkahwin(sekarang anak sulung mereka dah hampir 10 atau 12 tahun), ada yang dah berkerja(pada masa tu, akhir 90an), ada yang melompat dari satu institusi pengajian ke satu pusat pengajian yang lain. jenis lompat ni biasanya akan melakukan lompatan terakhir di mesir. ada yang meninggal akibat kemalangan(al-fatihah untuk arwah mahadi hamat peria). macam2.

bila kami habis blaja dan berkerjaya, masing2 dengan haluan sendiri, masing2 dengan family sendiri. aku bangga bila melihat nama rakan2ku di jabatan2 kerajaan, institusi pengajian dan mempunyai kerjaya serta minat tersendiri. ada yang minat menulis dan berceramah. ada yang minat berniaga dan membuka kedai sendiri. ada yang minat pasal automotif dan permotoran. tak kisah. buatlah apa sahaja asalkan yang halal dan tidak bersalahan denga Syarak.

cuma yang aku rasa berat hati dan sedih bila aku dengar berita ada insan yang dipenjarakan kerana jenayah meragut. kalau benarlah cerita ni, ianya suatu yang mendukacitakan. budak ni aku kenal n gambarnya ada dalam gambar simpanan aku. walaupun maybe seorang dalam sejuta daripada kami pelajar sek agama yang terlibat dengan kes ni, namun ia harus dijadikan iktibar dan teladan. memula aku dengar rasa sedih jer. bila aku balik dulu pun, aku tanya di mana dia berada, semua tak tau. at last aku dapat tahu dia dipenjarakan kerana meragut.

aku juga rasa kekok bila melihat gambar rakanku2 di website n laman2 sosial. mereka yang dahulunya bertudung labuh, berpakaian menutup aurat kini berseluar jeans dan t-shirt ketat. rambut usahlah ditanya. sememangya insan2 ini dikurniakan Allah dengan kelebihan tersendiri. aku akur dia agak istimewa n bertuah. anugerah Allah padanya cukup unik. aku ingatkan aku boleh berbangga dengan mereka yang dulunya menjadi ikon dan terbaik dalam pelbagai bidang. bangga kerana walaupun mereka berada di sekolah agama di pedalaman, namun mampu memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. khabarnya masih cemerlang masa blaja di peringkat CGPA n PNGK(betul ker PNGK, kami kat kaherah tak pakai sistem ni). apa dah jadi? apa yang berlaku sebenarnya? apa yang berlaku setelah hampir 10 tahun kita berpencaran bertebaran di timur dan barat?

ingatkah lagi firman Allah SWT dalam surah al-nur(dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram. dan memelihara kehormatan mereka....)

ingatkah lagi kita semua terhadap firman Allah SWT (...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak2 mereka, atau anak3 tiri mereka, atau saudara2 mereka, atau anak bagi saudara2 mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara2 mereka yang perempaun, atau perempuan2 islam...)
ingatkah lagi kita tentang semua tu?

kalaulah kekecewaan menjadi sebab untuk kita melanggar perintah tuhan, kalaulah kehampaan yang bertimpa menjadi dorongan untuk kita mengangkat kepala dengan Allah, ingatlah semuanya tu tidak sama sekali menjejaskan mahupun mengurangkan sedikit pun daripada kekuasaan Allah SWT. sudah betapa ramai manusia yang disebut dalam sejarah sebagai penakluk agung, emperor, conqueror, pembelah dunia, penakluk agung semuanya tu hilang ditelan sejarah. bumi tetap berputar pada paksinya dan matahari tetap memancarkan surianya. pemergian dan kehilangan mereka tidak pernah diratapi dan ditangisi, tiba masanya kan hilang ditelan zaman. apatah lagi kita yang bukannya segagah generasi temujin, hulagu, tamerlane etc. apalah sangat kita yang belum lagi menghasilkan sesuatu yang akan dikenang orang sepanjang zaman. kembalilah sebagaimana asalmu...sebagaimana kamu yang pernah aku kenali. kembalilah pada tuhan, dengan memohon keampunan dan kerahmatanNYA untukmu dan kita semua.

kalaulah ada sahabat2 di sekelilingnya yang mempunyai kekuatan, kekuatan jiwa, ilmu, semangat mahu pun iman perhatikanlah dan buatlah sesuatu. jangan biarkan insan2 yang pernah hadir dalam hidup kita semakin jauh daripada apa yang dipelajarinya dahulu. sahabat sejati ialah sahabat yang akan menegur sahabatnya ke arah kebaikan.

secara peribadi, aku bukanlah orang yang layak menegur para sahabatku. dari jauh aku hanya mampu memerhatikan, hanya mampu berdoa semoga kita semua pada hari ini lebih baik daripada kita suatu masa dahulu. semoga kita pada masa akan datang lebih baik daripada kita pada masa kini. masa yang masih tersisa ada baiknya aku gunakan untuk meneroka diriku sendiri, bermuhasabah tentang umurku selama ini ke mana aku habiskan. tentang amal ibadatku apakah semakin meningkat atau berkurang, apakah semakin tepat dan sahih sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah atau tidak, tentang secebis ilmu yang dipelajari ke mana aku habiskan, dengan pelbagai dosa yang telah aku lakukan, dengan pusingan hidupku di antara amal soleh dan maksiat, tentang anak isteriku yang pastinya menjadi tanggungjawabku. itulah yang lebih utama bagiku. aku hanya mampu berdoa, buat diriku dan tanggunganku, serta untuk semua yang pernah hadir dalam hidupku, semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik, ke arah yang diredaiNYA.....

Jumaat, 18 Jun 2010

kuliah maghrib.....orang yang berjaya & solat mencegah munkar

Sesunguhnya berjayalah orang2 yang beriman(1)
iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya(2)

(1/2:23)
pengarang(syekih daud fatani) membawa ayat al-Quran dari surah al-mukminun yang menegaskan bahawa orang yang beriman yang khusyuk di dalam solat akan mendapat keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak. mereka mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya yang diterangkan dalam ayat2 berikutnya.

bagaimana nak jadi orang yang berjaya? ada beberapa ayat di pangkal surah ni. satu daripada ciri2 atau syarat nak jadi orang yang berjaya ialah orang yang solat. apakah orang yang solat kesemua mereka akan berjaya? mereka yang solat dengan khusyuk, dengan sepenuh hormat dan tetap segala hati dan anggota merekalah yang akan berjaya.

pengarang kitab juga membawakan ayat2 dari surah al-maarij yang menegaskan bahawa manusia diciptakan dengan tabiat resah gelisah(lagi bakhil kedekut). apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. dan apabila manusia tersebut beroleh lombong emas, dapat nikmat dengan cara tak disangka, dia akan jadi bakhil kedekut. kecualilah orang yang tetap mengerjakan solat. orang yang menunaikan solat secara tetap tidak mudah berasa keluh kesah apabila ditimpa bala bencana. sebaliknya apabila beroleh nikmat kesenangan akan sentiasa bersyukur dan menafkahkan rezeki pemberian Allah pada jalan kebajikan. ada dalam suatu hadis riwayat muslim bahawa di antara tanda2 kiamat itu ialah ilmu tercabut dengan cara ulama dimatikan,kebakhilan berleluasa dan terjadi banyak pembunuhan. semua manusia sayangkan harta benda, namun janganlah perasaan sayang pada harta itu menjadikan kita bakhil, apatah lagi kalau sampai tak mahu membayar zakat.

pada zaman sahabat dahulu, ada harta yang batin seperti emas dan perak. orang lain tidak tahu berapa banyak simpanan emas dan perak yang kita ada. ada juga yang dipanggil harta zahir seperti lembu dan kambing. kalau harta zahir biasanya pihak kerajaan akan menghantar pegawainya untuk memeriksa lembu dan kambing kita, seterusnya membantu penternak mengeluarkan zakat. sebaliknya tentang harta batin, kitalah yang akan mengira harta batin dan mengeluarkan zakat kita. oleh itu, belajarlah tentang zakat supaya kita tahu tentang zakat.

selain itu, ada ayat lain yang menerangkan kepada kita apabila kita ditimpa musibah, bolehlah kita mengucapkan InnaliLLahi wa inna ilaihi rajiun. biasanya lafaz ni kita ucapkan masa menerima berita kematian jer. namun kita boleh juga mengucapkan apabila ditimpa musibah, sesuatu yang kita tidak suka seperti kemalangan, kehilangan duit dan sebagainya


bacalah serta ikutilah(wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang dengan tekun, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah lebih besar(faedahnya dan kesannya), dan ingatlah Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(45:29)

kenapa orang yang menunaikan solat tapi solatnya tidak mencegah pelakunya daripada perbuatan keji dan munkar? sesetengah ulama apabila ditanya benda ni menjawab solat yang mencegah perbuatan yang munkar ialah solat yang berkesan. solat yang berkesan ialah solat yang ditunaikan cukup dan sempurna rukunnya, syaratnya, serta memelihara solat dan dengan penuh khusyuk. itulah solat yang sempurna, yang akan menjadi benteng menahan diri pelakunya daripada mengerjakan maksiat.

* sebahagian daripada kuliah maghribku tentang kitab musalli

tazkirah jumaat

Solat Jumaat
Hadith :
Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: “ sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya”.

Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Solat Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat islam dan menggantikan solat zohor bagi muslimin
2. Orang yang sengaja meninggalkannya perlulah bertaubat kepada Allah agar rahmat dan hidayahNya berterusan kepada diri dan keluarga
3. Syarat wajib jumaat ialah Islam, merdeka, baligh, berakal, sihat(tiada uzur) dan tinggal menetap(bermukim) ditempatnya.

2) Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat
Hadith :
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”

(Muslim)

Huraian
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


* hadith disalinsiar dalam laman web JAKIM...http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

Selasa, 15 Jun 2010

Adab orang alim

Adab orang alim
Orang alim zaman sekarang ni susah nak cari n tak ramai. Dengar jer perkataan alim, rasa tinggi sangat. Apa pun aku nak tukar perkataan ni kepada perkataan ustaz. walaupun aku tidak alim, tapi rasanya ada benda yang boleh ditiru dan amik iktibar daripada benda ni. benda ni diambil daripada hidayatul salikin karangan abdul samad palembani, disyarah oleh dr abdul basit sg durian. aku dengar audio dia. ada gak aku dengar masa berada di sana. rumah aku dengan sg durian 5 minit naik motor je

1)Ihtimal
Menanggung suatu dan menerima suatu yang didatangkan oleh murid daripada pernyataan dan perkerjaan yang menyusahkan akandia.
Maksudnya sabar dengan anak murid. Kadang2 ada anak murid yang call kita tengah malam kerana nak bertanyakan sesuatu soalan. Ada juga yang jenis datang ke rumah waktu 2 pagi kerana ada masalah. So golongan ustaz kenalah sabar

2)luzum al-hilm
tiada lekas marah, bersifat lemah lembut

3)duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
Maksudnya duduklah dengan sopan, jangan duduk di kedai kopi contohnya sambil menyenggeng atau menyilang kaki sampai terselak kain menghisap rokok berkepul-kepul. Ditambah pula dok sembang sambil masuk kelab bual(kelab mengumpat) di kedai kopi. Kemudiannya perbualan pula berkisar pasal janda ni, anak dara tu, perbuatan berkenaan tak cantik sangat. Kalau takder orang, cubalah zikir dalam hati misalnya. Yang penting kena duduk dengan beradab sopan. Tundukkan kepala dan jangan sesekali melilau mata liar pandangan.

4)meninggalkan takabbur atas sekalian hamba Allah melainkan atas orang yang zalim kerana megahkan daripada zalimnya
meninggalkan takabur dengan semoa orang. Hormatilah semua orang walau siapa pun dia. kalaulah datang seorang orang miskin bersama kapcai buruknya memberi salam, jawablah dengan baik walaupun dia seorang miskin. Namun kalaulah ditakdirkan berjumpa dengan orang zalim, bolehlah ex sikit. Bagitau terus terang kepada orang zalim berkenaan bahawa perbuatannya tak betul. Pada masa tu kalau ustaz ni merendahkan diri, maybe orang zalim berkenaan awal2 lagi tak pandang n tak dengar

5)memilih tawaduk iaitu merendahkan diri di tempat ramai
sentiasa merendah diri. Bila menghadiri sesuatu majlis, sentiasa merendah diri. Jangan sampai bila tak dijemput jadi imam jer, dah melenting nak marah

6)meninggalkan bergurau senda dan bermain2
apatah lagi kalau gurauan tu melibatkan benda2 lucah dan gurauan yang tak sepatutnya. Begitu juga berada pada tempat yang tak sepatutnya. Contohnya ustaz sambil berserban besar duduk kat depan sekali masa orang dok berlaga ayam

7) kasih sayang dengan orang yang belajar kepadanya dan berperangai dengan lemah lembut daripada pekerjaan dan perkataan.
Menyayangi semua anak muridnya dan bercakap dengan elok terhadap mereka. Ada tikanya guru akan memerahi mereka, namun marah bertempat

8) menanti dan memeriksa dengan perlahan atas pernyatan orang yang dungu atau orang yang bebal
jangan mudah marah atau cepat melenting bila berhadapan dengan orang yang dungu dan bebal. Dungu dan bebal secara mudahnya bermaksud bodoh. Kalaulah datang anak murid yang dungu, bebal janganlah guru lekas marah atau cepat melenting

9) membaikkan dan membatalkan akan orang yang bebal dan orang yang jahil dengan menunjuki akan jalan kebajikan dan jalan yang benar dan meninggalkan memarah dan menggertak akan orang yang baharu belajar
bila anak murid melakukan perbuatan yang salah, guru hendaklah menegur dan memimpin mereka ke arah jalan yang benar. Contohnya anak murid yang tidak pandai solat, tegurlah dan ajarlah mereka mudahan2 mereka akan pandai. Janganlah lekas marah kerana kejahilan mereka, sebaliknya pimpinlah mereka.

Sabtu, 12 Jun 2010

musalli...solat wusta

ALLAH SWT berfirman maksudnya: jagalah olehmu akan solat2 dan solat wusta.
apakah yang dimaksudkan dengan solat wusta? dan kenapakah Allah ada mention solat wusta secara khusus?

pengertian solat wusta:
ada banyak pendapat ulama di sini tentang maksud solat wusta. ada sebahagian ulama mengatakan bawaha wusta(tengah) ialah solat subuh kerana subuh merupakan pertengahan di antara malam dan siang.

walau bagaimanapun Imam nawawi di dalam majmuknya mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan solat wusta ialah solat asar. beliau membawa dalil bahawa suatu ketika rasulullah SAW berperang bersama2 sahabatnya sehingga terluput solat asar(masa tu belum turun solat shiddatul khauf/solat ketika perang) lalu rasulullah bersabda yang bermaksud mereka telah menyibukkan kita daripada solat wusta, moga2 Allah SWT menyalakan api di dalam rumah2 dan kubur2 mereka
. pada masa itu waktu asar. so solat wusta maksudnya ialah solat asar

kenapakah solat wusta disebut secara khusus?
solat asar mempunyai kelebihannya sendiri sehingga orang musyrikin yang berperang dengan nabi mengetahui tentangnya. dalam suatu peperangan, rasulullah SAW bersama para sahabt mendirikan solat zohor. pada masa itu, orang musyrikun nampak apa yang nabi dan sahabat lakukan. lalu ada sesetengah musyrikun berkata dan memberikan idea supaya mereka menyerang rasulullah SAW ketika baginda dan para sahabat tentang solat, peluang untuk menang tu cerah. ada pula yang menyampuk mengatakan bahawa selepas ini ada satu lagi waktu solat, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat cukup sayang dan menghargai solat ini lebih daripada bapa2 dan anak2 mereka. walau bagaimanapun jibril telah turun membawa wahyu baru, iaitulah tentang solat ketika perang. hasrat musyrikun itu gagal. peristiwa ini menunjukkan bahawa orang musyrikin mengetahui tentang solat asar, menunjukkan betapa besarnya solat asar.

selain itu, ada dalam satu hadis yang bermaksud sesiapa yang tertinggal solat asat samalah seperti dia kehilangan seluruh ahli keluarganya dan harta.. apakah perasaan kita agaknya apabila seluruh ahli keluarga kita mati dan semua harta benda kita terbakar musnah atau hilang?

mengikut apa yang aku pernah dengar dari ceramah ustaz harun din, waktu asar ni waktu yang paling chalenging. orang baru balik kerja, waktunya yang panas dan kita pun mula berasa letih dan inginkan rehat. so waktu inilah yang mmg mencabar. itulah sebabnya solat asar ni mempunyai kelebihan sehingga disebut secara khusus.


solawat merupakan jamak daripada solat, iaitu sembahyang. syeikh daud fattani di dalam kitabnya yang lain bughyatul tullab membahagikan solat kepada 4 macam(4 bahagian):

1) fardu ain
seperti solat orang yang hadir, musafir dan sebagainya. secara mudahnya solat dalam keadaan biasa. begitu juga solat kali kedua bagi orang yang solat pertamanya tidak sah. contohnya si A solat, lalu terkentut di dalam solatnya maka wajiblah ke atas si A mengulangi solatnya kerana solat pertama batal.

2) fardu kifayah
solat jenazah dan solat berjemaah

3) solat sunat
seperti solat sunat duha, tahajud, witir dan sebagainya

4) solat makruh
seperti solat dalam keadaan kita terlalu lapar, terlalu dahaga, rasa nak buang air besar atau kecil dan sebagainya.
wallahu aklam

* sebahagian isu kuliah maghrib yang aku sampaikan di sebuah surau. artikel ini ditulis secara lepas bebas, berdasarkan apa yang ingat jer

Jumaat, 11 Jun 2010

tazkirah jumaat..hadith berkenaan solat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi

* disalin terus daripada laman web JAKIM...http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

Rabu, 9 Jun 2010

nuqaba para nabi

nama 12 orang naqib nabi Musa as sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab bilangan fasal 13 ayat 4-15. naqib ini ditugaskan untuk meninjau dan menyelidik negeri kan'an

1)syammia bin zakur
2)safat bin hori
3)kaleb bin yufana
4)yijal bin yusuf
5)yosea(yushak) bin nun
6)falti bin rafu
7)gajal bin sadi
8)gadi bin sosi
9)amial bin gamali
10)setur bin mikhail
11)nakhbin bin wafsi
12)guil bin makhi

12 orang hawariy yang dilantik oleh Isa a.s. nama mereka dituliskan dalam injil matius fasal 10 ayat2-4
1) simon, disebut juga petrus
2) andreas saudara dari simon
3) yaaqub anak zabdi
4) yahya saudara yaaqub
5) philipus
6) bortolomius
7) thomas
8) matius pemungut cukai
9) yaaqub anak alpius
10) tadius
11) simon orang kanaani
12) yudas iskarioty

12 orang naqib yang dilantik oleh Nabi Muhammad SAW ketika perjanjian aqabah. di dalam perjanjian tersebut, terdapat 73 orang arab madinah termasuk 2 orang perempuan. nama mereka dicatat di dalam Ibn Hisham

1) abu umamah as'ad bin zarrah
dialah yang memelihara guru yang pertama diutuskan oleh nabi Muhammad SAW ke madinah untuk mengajar. rumahnya menjadi tempat orang solat berjemaah sebelum hijrah rasulullah SAW. dia meninggal sebelum peperangan badar.
2) saad bin ar-rabi
3) abdullah bin rawahah
4) rafi' bin malik bin al-ajlan
5) al-barra' bin ma'rur
6) abdullah bin amr bin haraam
7) ubadah bin samit
8) saad bin ubbada
9) al-munzir bin amr bin hunais
(kesemua 9 orang ini dari khazraj)

10) usaid bin hudhair
11) saad bin khaithamah
12) rifaah bin abdul munzir
( ketiga ini dari aus)

Nabi Musa dan kaumnya......(25,26:5)

Nabi Musa(merayu kepada Allah) katanya:”wahai tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku(harun), oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasiq itu”.
(25:5)


pada masa itulah nabi Musa mengadu kepada Allah tentang hal kaumnya yang pengecut dan lemah imannya. Lalu nabi Musa menegaskan bahawa segala perintah tuhan akan beliau laksanakan, walaupun hanya berdua bersama saudaranya Harun. Kalau saja perintah tuhan datang menyuruh menyerbu masuk ke kota berkenaan, baginda sanggup melaksanakannya walau pun hanya berdua bersama saudaranya Harun as. Pastinya orang2 yang berani dan beroleh nikmat keteguhan iman seperti Yushak bin Nun dan Kaleb bin Yafuna akan menuruti jejak langkah mereka berdua. Inilah peribadi seorang rasul yang memikul tanggungjawab yang besar. Mana yang bersedia mati untuk tuhan, ikutilah aku. Siapa2 yang ragu, fasiq, boleh saja tinggal diam bahkan boleh kembali ke mesir menjadi hamba abdi.

Allah SWT berfirman:” sesungguhnya negeri itu adalah diharamkan kepada mereka memasukinya-selama 40 tahun, mereka akan merayau2 dengan bingungnya(di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir(Sinai), maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasiq itu”.
(26:5)


Musa as hendak pergi berperang sendiri, bersama saudaranya Harun as dan mereka yang teguh imannya namun tidak dikabulkan tuhan. Kalaulah Allah mengizinkan berlakunya peperangan itu, yang kalau dengan izinNYA tetap akan mendapat kemenangan, bagaimanalah dengan orang2 yang telah rosak budinya ini, yang telah remuk jiwanya kesan penindasan perhambaan turun-temurun selama hampir 400 tahun semasa berada di mesir. Apalah ertinya masuk melenggang-kangkung ke negeri yang telah dijanjikan itu. Apalah sangat yang boleh diharapkan dari mereka lagi? Penyerbuan belum boleh dilakukan. Mereka harus diasingkan dahulu ke belantara. Hendak dibawa pulang ke mesir tidak mungkin lagi. Biarlah mereka mengembara merayau-rayau 40 tahun di tengah padang pasir. Biarlah mereka bertukar generasi, biarkan generasi pengecut itu mati dahulu, nanti lahirlah generasi yang kuat jiwanya, yang tidak mengenal erti perhambaan lagi.

Kita dapat mengambil banyak pengajaran daripada kisah nabi Musa as bersama kaumnya. Khasnya tentang jiwa dan keadaan suatu kaum yang terlalu lama menjadi hamba. Inilah juga yang terjadi di Amerika ketika berlakunya peperangan perhambaan di antara utara dan selatan hampir 200 tahun yang lalu. Apabila pihak utara menang, semua hamba dibebaskan dan diberi kemerdekaan. Ramailah orang2 berkulit hitam dimerdekakan dengan dekri presiden. Namun apa yang berlaku selepas itu? Setelah dibebaskan, mereka kembali ke rumah2 tuan besar mereka yang berkulit putih, memohon supaya kembali diambil dijadikan hamba. Kenapa berlakunya demikian? Jiwa mereka belum bersedia dimerdekakan. Kalau merdeka, bagaimana dengan jaminan hidup, bagaimana dengan pekerjaan cari makan mereka. Nyata jiwa mereka masih belum dimerdekakan. 100 tahun kemudian barulah timbul gerakan berkulit hitam amerika yang meminta persamaan hak dengan kulit putih, setelah berkali-kali bertukar generasi. Kalau kita lihat gerakan kemerdekaan di negara2 yang terjajah, kepimpinan gerakan berkenaan bukan lagi di tangan orang tua. Ianya dipimpin dan dimulai oleh generasi baru yang masih muda, yang tengah bergelora jiwa dan semangatnya. Orang2 tua sdah pun berputus asa, apatah lagi mereka telah menyaksikan beberapa perjuangan dan pejuang yang terdahulu dari mereka mengalami kegagalan. Justeru itulah, negara2 yang telah mencapai kemerdekaan seharusnya memberikan perhatian mereka kepada generasi muda yang tidak terikat lagi dengan zaman dan suasana yang lama. Generasi inilah yang akan mencorak suatu visi baru untuk kaum mereka.

Dalam riwayat bani Israel seterusnya, setelah nabi Musa as wafat, Yushak bin Nun meneruskan kepimpinan baginda. Sementara nabi Harun as lebih dahulu pulang menemui Allah SWT.

* tafsir rahman & tafsir al-azhar

Nabi Musa dan kaumnya......(23,24:5)

Berkata 2 lelaki di antara orang2 yang takut(menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat(taufik) oleh Allah kepada keduanya,” seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang2 yang akan menang, dan kepada Allah jualah hendaklah kamu semua berserah(setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang2 yang beriman”.
(23:5)

2 orang lelaki ini juga takut, tetapi mereka bukannya takut kepada musuh yang bertubuh besar dan berbadan sasa itu. Apa yang mereka takutkan ialah siksa Allah SWT yang bakal menimpa mereka kerana mengingkari perintah tuhan supaya pergi berperang. Di dalam ayat ini, tuhan telah menerangkan bahawa mereka diberi nikmat olehNYA, iaitu nikat keteguhan iman. Ke2 orang itu disebut di dalam kitab tafsir sebagai Yushak bin Nun dan Kaleb bin Yefuna. Mereka berdua berkeyakinan asal sahaja mereka bernai menyerbu masuk melalui pintu kotanya, pasti kemenangan akan dapat dicapai. Mungkin ada yang mati di dalam pertempuran, namun oleh kerana hebat dan sengitnya penyerbuan itu, musuh akan kelam-kabut dan kucar-kacir seterusnya kemenangan kan dapat diraih. Begitulah tingginya semangat juang mereka berdua. Namuan apalah daya mereka berdua. Propaganda yang melemahkan semangat juang mereka lebih dahulu telah dilontarkan oleh 10 orang naqib. Nyata semangat juang mereka sudah lemah.

Mereka(menolak dengan) berkata,”wahai Musa! Sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya, oleh itu pergilah engkau bersama tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu.”
(24:5)


kaum bani Israel hanya mahu menerima buah yang telah masak. Mereka tidak mahu pergi berperang. Mereka hanya duduk menunggu. Sempat lagi mereka berkata kepada nabi Musa as supaya pergi berperang dengan tuhanmu, kalau engkau bersama tuhanmu itu mendapat kemenangan, barulah kami akan masuk ke sana. Alangkah murkanya nabi musa as mendengar kata2 itu. Sudahlah ingkar kepada perintah tuhan, berani pula mengeluarkan kenyataan seperti itu terhadap Allah SWT.

Alangkah murkanya nabi Musa as mendengar kata2 itu. Sudahlah ingkar kepada perintah tuhan, berani pula mengeluarkan kenyataan seperti itu terhadap Allah SWT.

nabi musa dam kaumnya....(21/22:5)

(Nabi Musa berkata lagi)” wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci (palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu(memasukinya), dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang2 yang rugi( di dunia dan akhirat)”.
(21:5)

tersebutlah dalam Kitab Kejadian fasal 12/7, sebagai janji Allah kepada Ibrahim,” bahawa tanah ini akan aku anugerahkan kepada anak cucumu!” iaitu setelah Ibrahim berpindah dari negeri Babil, tuhan menjanjikan untuknya tanah2 di kan’an(disebut juga Palestin/ tanah yang dijanjikan), di sebelah barat sungai Jordan. Kawasan itu telah dijanjikan tuhan untuk anak cucu nabi Ibrahim. Anak nabi Ibrahim ada 2, Ismail dan Ishaq. Ismail berada di Hijaz dan dari situ berkembang biaklah bangsa arab. Sementara bani Israel hanya 400 tahun setelah zaman nabi Ibrahim di bawah kepimpinan nabi Musa as dapat menyeberangi lautan dari mesir, dibawa untuk menduduki tanah yang dijanjikan itu, yang disebut penuh dengan susu dan madu. Namun untuk menduduki tanah itu, mereka mestilah berjuang, jangan lari, jangan mundur.

Menurut catatan dari Perjanjian Lama, Nabi Musa(setelah diperintah oleh Allah SWT) mengirimkan 12 orang naqib untuk menyelidik keadaan negeri yang akan mereka masuk. Mereka akan membuat tinjauan dari segi kekuatannya, penduduknya, benteng pertahanannya dan sebagainya. Kesemua naqib berkenaan telah menjalankan perintah nabi Musa as dengan sebaiknya. Menurut riwayat, mereka membuat tinjauan dan penyelidikan sehingga 40 hari. Sebelum pulang mereka dapat memotong setandan buah anggur yang sangat lebar dan besar2 buahnya lalu membawa tandan buah itu pulang. Apabila pulang, 10 daripada naqib berkenaan lemah semangat, kecut perut apabila mereka melihat keadaan musuh yang kelihatan kuat, gagah perkasa. Apabila bertemu dengan nabi Musa as mereka berkata,” kami telah sampai ke negeri yang tuan suruhkan kami ke sana, bahawasanya ia melimpah air susu dan madu, dan inilah tanda buahnya. Tetapi bangsa yang tinggal di sana cukup gagah perkasa, sementara negeri mereka mempunyai kota dan benteng yang besar". Lalu nabi Musa as memerintahkan mereka supaya menyerbu masuk ke negeri itu, namun setelah mereka melihat kaum yang besar dan gagah, mereka jadi takut.

Mereka menjawab:” wahai Musa! Bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya, kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk( ke negeri itu)”.
(22:5)

inilah jawapan kaum bani Israel kepada nabi mereka, Musa as. Jawapan yang menunjukkan semangat pengecut dan takut sebelum berhadapan dengan musuh. Jiwa mereka telah kalah sebelum bertempur. Mereka kalah apabila melihat kaum yang menduduki negeri berkenaan mempunyai saiz fizikal yang besar dan kelihatan gagah perkasa. Berita tentang kekuatan, saiz fizikal musuh inilah yang dibawa dan disebarkan oleh 10 orang naqib yang telah dikirim oleh nabi Musa as ke dalam benteng musuh. Berita ini menyebabkan ada di antara mereka yang patah semangat, ada yang menangis minta supaya dikembalikan mereka ke mesir. Kalau diteruskan peperangan, mereka akan mati(pada hemat fikiran mereka), anak isteri mereka akan dijadikan hamba tawanan, justeru itu, lebih baik mereka kembali ke mesir menjadi hamba abdi dan mati sebagai hamba abdi, atau mati di padang pasir akibat kelaparan daripada menyerbu masuk ke negeri musuh. Sememangnya sifat pengecut mereka ini mengecewakan nabi Musa as.

sifat pengecut mereka ini timbul kesan daripada perhambaan yang sudah berakar umbi dalam jiwa mereka. sifat mereka ini sememangnya menimbulkan kemarahan nabi Musa as. namun dalam kalangan 12 orang naqib tersebut, ada 2 orang daripada mereka yang berani. 2 orang ini mempunyai rasa takut kepada Allah SWT melebihi rasa takut kepada musuh. apabila seluruh ketakutan telah berpusat hanya kepada Allah, mereka tidak merasa takut kepada apa2 lagi.

* disalinsiar daripada hamka, tafsir al-azhar. really bab2 ini memerlukan aku membacanya secara perlahan dan detail. kebanyakan maklumat hamka bawakan daripada kitab2 mereka seperti perjanjian lama.

nikmat Allah SWT buat Bani Israel......(20:5)

Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika nabi Musa berkata kepada kaumnya,” wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah(yang diberikan) kepada kamu ketika ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang nabi, dan ia menjadikan kamu bebas merdeka(setelah kamu diperhamba oleh firaun dan orangnya2), dan ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat2(yang ada pada masa itu)
Ayat 20 surat al-maidah (20:5)

Sememangnya tidak ada bangsa lain seperti Bani Israil, Allah SWT mengutuskan nabi dan rasul dari kalangan mereka, bilangan yang cukup banyak sampaikan berpuluh orang sebagaimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran. Bermula dengan Yaaqub, Yusuf, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyasa’, Ilyas, Zulkifli, Ayub, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa. Begitu juga dengan nabi2 yang lain seperti Daniel, Armiya, Habakuk, Yasy’iya, Yushak, Hezekil dan lain2. semuanya dari kaum Bani Israel. Sememangnya inilah kurniaan Allah SWT yang luar biasa kepada Bani Israel sebagai bimbingan rohani buat mereka. Berbeza dengan bangsa arab sebelum Ismail, hanya ada 3 rasul iaitu Hud, Saleh dan Syuaib, kemudian Ismail dan akhir sekali Muhammad SAW.

Di dalam Tafsir al-Azhar digunakan lafaz dan telah dijadikan kamu raja-raja (dalam Tafsir Pimpinan Rahman diterjemah terus sebagai dan ia menjadikan kamu bebas merdeka). Bagi menerangkan maksud frasa ini, Hamka membawakan satu hadis yang bermaksud :

Adalah Bani Israel itu apabila seseorang di antara mereka telah mempunyai khadam, seekor kenderaan dan seorang isteri, telah disebut raja (hadis marfu’ dari nabi SAW yang dirawaikan oleh Ibn Abi Hatim daripada Abu Said al-Khudriy )

Oleh sebab itu, yang dimaksudkan raja di sini ialah setiap putera dari Bani Israel itu mempunyai khadam, tandanya dia telah mampu. Bukanlah raja di sini membawa maksud kerajaan(daulat tuanku) seperti Thalut dan Daud as yang sememangnya raja di kalangan Bani Israel itu. Sebelum ini, Bani Israel telah dijadikan hamba oleh firaun dan orang2nya. Rohani dan jasmani mereka ditindas. Apabila mereka telah membebaskan diri dari mesir dan firaun, mereka (Bani Israel) telah menjadi raja ke atas diri mereka sendiri, harta benda dan mempunyai khadam dan sebagainya.

dan ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat2(yang ada pada masa itu)

nikmat yang tidak diberikan kepada umat2 sebelum mereka ialah
1) hanya mereka yang melalui lautan qalzum dengan cara terbelahnya lautan.
2) Dengan tongkat nabi Musa as, dapat mengeluarkan air untuk minuman mereka sampai 12 mata air.
3) Mereka jugalah yang diberikan makanan khusus manna dan salwa.

Semua ini disebut supaya mereka mengingat kembali nikmat2 Allah SAW kepada mereka. Motifnya bukanlah dikenang untuk bangga diri, tetapi dikenang supaya bersyukur dan menambah rasa khusyuk kepada tuhan. Justeru itu, tidaklah patut mereka derhaka kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat yang pelbagai kepada mereka

* tafsir pimpinan rahman
* tafsir al-azhar, hamka

Ahad, 6 Jun 2010

santai......suatu malam di dataran peladang



malam tu aku ke selera gu kita. biasalaa...kalau rasa rindu nak degar berita kawan2 lama masa blaja kat sk rendah, aku ke situ. jumpa kasfullah. sahabatku masa sama2 menyepak bola dan bermain kejar polis dan pencuri masa dulu. lepas jer makan aku menghala ke kedai waffle yang terletak bersebelahan dengan kios tiket bas ekspres. aku perasa ada seorang perempuan dok perhatikan aku. rasa macam kenal. terus aku menghampirinya. rupanya seorang hamba Allah yang pernah sekelas denganku tingkatan 4 dulu. berseluar jeans, berjaket hitam dan bertudung. penampilannya agak berbeza dengan dia yang kukenali suatu waktu dahulu.

aku menegurnya dan sempat kami berbual. yang pastinya tentang kawan2 lama yang satu persatu kami bongkar. ada yang berkahwin masa aku dok cairo lagi, hingga sekarang masih belum dikurniakan cahaya mata. really kalau kawan2 gini aku tak tergamak nak bercakap pasal family especialy pasal anak2 depan dia. kalau diorang mulakan bolehla aku teruskan. kalau diorang tak sentuh bab baby aku senyap jer la. ada yang dah beranak 3, 2 n macam2. ada yang dah bercerai. ada yang suami meninggal kerana denggi berdarah dan khabarnya kembali mendirikan rumahtangga. ada yang lost contact. ada yang buka kedai makan. macam2. kebanyakkan daripada batch aku ni jadi cikgu. ada juga yang jadi akauntan dan sebagainya. tak kisah la. apa pun, bawalah iman dan ilmu ke mana sahaja bumi tuhan yang kita pergi. soal cari makan, carilah dan berusahalah. namun harus diingat kita dilahirkan bukan setakat cari makan dan beranak pinak. selagi hayat dikandung badan, bawalah ilmu untuk diamalkan dan disebarkan.

sempat aku tanya dia, dah kawin ker belum. dia jawab belum. aku tanya si anu, si anu tu dah kawin ker belum, dia jawab belum. aku senyap jer. kekadang orang yang masa sekolah dulu asyik coupling sana sini, orang kata saham naik, glamer dengan kecantikannya, tapi sudahnya susah nak dapat jodoh(tak semestinya). ada juga jenis orang yang masa sekolah atau universiti dulu, tak glamer pun, pendiam, buat ntahapapapaapantah jer kalau cakap pasal kawin, tiba2 bila jer abis blaja, dapat kad undangan kawin. kawin plak dengan sahabat sekeliling kita yang kita sendiri tak tau bila pula depa dok rancang nak kawin. tak tau la kot2 ada hubungan bawah tanah. apa pun begitula. jodoh ni di tanganNYA. kadang2 kita tak sangka nak kawin dengan orang yang pernah suatu ketika dulu menjadi teman sepermainan kita masa kecik2. kadang2 kita tak sangka orang yang dulunya kita tak pandang, kita hina or menyampah tapi rupanya2 itulah jodoh kita.

aku tak lama kat dataran peladang. dalam sekitar 20 minit jer. berbual dengan dia setelah hampir 8 tahun tak berjumpa. kekadang bila jumpa kekawan lama, rasa teringat semula kenangan n nostalgia khasnya masa aku sek menengah dulu. teringat satu persatu wajah2 yang pernah hadir dan menjadi sejarah hidupku. terlintas wajah2 yang pernah letih n susah kerana aku, demi menjadikan aku dan rakanku2 seorang insan berguna. pengalaman yang berlalu tak leh nak ulang balik. semuanya akan berlalu gitu jer. baik atau buruk semuanya akan pergi. yang kekal melekat dalam hati ialah kenangan. kalau kenangan tu buruk n menyakitkan, samalah2 kita bermaafan. semoga kita tak perlu naik court Allah SWT di akhirat nanti. kalaulah kenangan tu baik n manis, kita berdoalah pada Allah semoga kita dapat berjumpa lagi di bawah naungan arasy Allah kelak, dalam suasana yang penuh kerahmata dariNYA. orang yang mencipta sejarah akan hilang, tapi sejarahnya akan kekal ditulis orang. kalaulah sejarah yang ditulis hanyalah sejarah kezaliman, keburukan serta kehodohan kita, alangkah malangnya. sebaliknya kalaulah sejarah ditulis tentang kebaikan, keadilan dan kebenaran yang kita bawa, alangkah manisnya. pastinya terpahat dalam lipatan sejarah, menjadi sebutan penduduk di bumi dan di langit.

lepas 20 minit, aku mohon diri. dia pula menanti bas ekspres nak ke KL jam 11 malam. sempat aku pesan kat dia, kalau jumpa kawan2 lama, khabarkan keadaan saya, sampaikan salam saya untuk semua. nak jumpa dan buat reunion macam dulu takder peluang dah rasanya. semua dah ada komitmen masing. walau sehebat mana kita, walau seluas mana kerajaan dan kekuasaan yang kita ada. walau seramai mana serta segagah mana tentera dan persenjataan yang menjadi milik kita, kita tetap tak mampu nak pusing balik masa yang lepas dari diri kita. yang penting biarlah kita berpisah dalam kasih sayang Allah SWT.

aku terkenangkan kawan2ku dari afrika sebaik sahaja keputusan peperiksaan tahun 4 dulu keluar. sempat aku jumpa kekawanku dari djibouti, senegal, ghana, ivory coast, nigeria. kami bersalaman2, berpelukan dan ada yang menangis. aku tanya mereka...bila kita akan bertemu kembali??..di antara mereka ada yang terdiam tak mampu berkata apa2 lagi. ada yang menjawab JANNAH(syurga). jawapan yang membuatkan mata aku rasa berair.

* foto diambil dari http://ubaiismail.wordpress.com/

Sabtu, 5 Jun 2010

orang yang meninggalkan solat..

dalam masalah orang yang meninggalkan solat, ada 2 keadaan
1)orang yang sengaja tinggalkan solat dan ingkar hukum kewajipan solat
orang sebegini dihukumkan kafir menurut ijmak. dikira terkeluar dari agama Islam. namun ada pengecualian iaitu orang yang baru memeluk Islam dan tempoh masanya yang baru memeluk Islam tidak memungkinkannya untuk bergaul dengan masyarakat muslim serta tidak sempat belajar daripadanya. walau bagaimanapun orang yang baru memeluk Islam hendaklah belajar supaya dia tahu kewajipan solat serta kepentingannya

2)orang yang tak solat kerana alasan2 lain seperti malas namun tetap akur kepada kewajipan solat. dalam masalah ini ulama berberza pendapat:

pendapat pertama: orang sebegini dihukumkan kafir. pendapat ini merupakan pendapat sebahagian besar daripada ulama salaf. ia juga diriwayatkan dari ali bin abu talib. mereka hendaklah diminta bertaubat dan kembali mendirikan solat. jika mereka enggan, mereka hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh

pendapat kedua: imam Malik dan Syafie rahimahumullah dan selainnya berpendapat bahawa mereka tidak dihukumkan sebagai kafir tetapi fasiq dan kerajaan atau pemerintah hendaklah meminta mereka bertaubat. jika mereka enggan bertaubat hendaklah dibunuh.

pendapat pertama dan kedua sepakat bahawa orang yang tidak solat dalam keadaan patuh kepada hukum kewajiban solat mestilah dihukum bunuh setelah diminta bertaubat. yang menjadi perbezaan ialah golongan pertama mengatakan mereka dibunuh kerana mereka telah kafir. sementara golonga kedua mengatakan bahawa mereka hendaklah dibunuh sebagai hukuman hudud

pendapat ketiga: pendapat ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah ra dan sebahagian besar ahli Kufah. mereka berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dalam keadaan tidak ingkar kepada kewajipannya tidak dihukumkan kafir dan tidak boleh dijatuhkan hukuman bunuh. namun mereka bolehlah dijatuhkan hukum takzir(hukum yag ditentukan oleh kerajaan) dan mereka hendaklah dipenjarakan sehingga mereka menunaikan solat

* sebahagian isi kuliah maghrib yang hamba sampaikan semalam. sebahagian besar isi dikutip daripada risalah hukm taarik al-solat tulisan muhammad saad

pengertian nusub/ansab

diharamkan kepada kamu(memakan) bangkai(binatang yang tidak disembelih), dan darah(yang keluar mengalir), dan daging babi(termasuk semuanya), dan binatang2 yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang semapt kamu sembelih(sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala,
tafsir pimpinan al-rahman, ayat 3 surah al-maidah (3:5)

dan yang disembelih atas nama berhala, petikan ayat ni di dalam tafsir al-azhar diterjemahkan sebagai:
dan yang disembelih di atas nusub


nisab, nusub atau ansab ialah barang atau sesuatu yang ditegakkan dan dijadikan sesuatu tanda. orang arab menamai berhala dengan nama nusub atau ansab kerana berhala biasanya ditegakkan atau dipancang tinggi untuk dipuja. justeru itu, sebarang benda samada batu besar yang ditinggikan, pohon kayu besar agam atau tugu peringatan, semuanya termasuk dalam golongan nusub dan ansab, tergolong dalam golongan berhala. inilah sebabnya rasulullah SAW melarang kita meninggikan kuburan orang mati, dikhuatiri akan timbul perbuatan mengagungkan atau memujanya

menurut sejarah, menjadi kebiasaan orang arab menyembelih binatang, lalu darahnya ditumpahkan di sekeliling berhala. kadang2 berhala itu dimandikan atau dilumurkan dengan darah. justeru itu, perbuatan menghormati kubur dengan cara melampau seperti membina atau meninggikannya samalah dengan nusub.

ayat ini menjelaskan bahawa mana2 binatang yang disembelih kerana nusub(berhala), iaitu untuk menghormati berhala2 kesemuanya haram dimakan walaupun haiwan sembelihan itu pada asalnya halal seperti lembu, kambing dan sebagainya

Ibn juraij berkata bahawa terdapat 360 berhala di sekeliling kaabah. nama berhala tersebut pelbagai. katanya lagi masyarakat arab menyembelih binatang di sana dan memercikkan darah binatang sembelihan mereka ke atas nusub tersebut. kemudian daging haiwan sembelihan itu mereka koyakkan lalu diletakkan di hadapan berhala itu.

* tafsir al-azhar semasa menafsirkan surah al-maidah ayat 3