Rabu, 9 Jun 2010

nabi musa dam kaumnya....(21/22:5)

(Nabi Musa berkata lagi)” wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci (palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu(memasukinya), dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang2 yang rugi( di dunia dan akhirat)”.
(21:5)

tersebutlah dalam Kitab Kejadian fasal 12/7, sebagai janji Allah kepada Ibrahim,” bahawa tanah ini akan aku anugerahkan kepada anak cucumu!” iaitu setelah Ibrahim berpindah dari negeri Babil, tuhan menjanjikan untuknya tanah2 di kan’an(disebut juga Palestin/ tanah yang dijanjikan), di sebelah barat sungai Jordan. Kawasan itu telah dijanjikan tuhan untuk anak cucu nabi Ibrahim. Anak nabi Ibrahim ada 2, Ismail dan Ishaq. Ismail berada di Hijaz dan dari situ berkembang biaklah bangsa arab. Sementara bani Israel hanya 400 tahun setelah zaman nabi Ibrahim di bawah kepimpinan nabi Musa as dapat menyeberangi lautan dari mesir, dibawa untuk menduduki tanah yang dijanjikan itu, yang disebut penuh dengan susu dan madu. Namun untuk menduduki tanah itu, mereka mestilah berjuang, jangan lari, jangan mundur.

Menurut catatan dari Perjanjian Lama, Nabi Musa(setelah diperintah oleh Allah SWT) mengirimkan 12 orang naqib untuk menyelidik keadaan negeri yang akan mereka masuk. Mereka akan membuat tinjauan dari segi kekuatannya, penduduknya, benteng pertahanannya dan sebagainya. Kesemua naqib berkenaan telah menjalankan perintah nabi Musa as dengan sebaiknya. Menurut riwayat, mereka membuat tinjauan dan penyelidikan sehingga 40 hari. Sebelum pulang mereka dapat memotong setandan buah anggur yang sangat lebar dan besar2 buahnya lalu membawa tandan buah itu pulang. Apabila pulang, 10 daripada naqib berkenaan lemah semangat, kecut perut apabila mereka melihat keadaan musuh yang kelihatan kuat, gagah perkasa. Apabila bertemu dengan nabi Musa as mereka berkata,” kami telah sampai ke negeri yang tuan suruhkan kami ke sana, bahawasanya ia melimpah air susu dan madu, dan inilah tanda buahnya. Tetapi bangsa yang tinggal di sana cukup gagah perkasa, sementara negeri mereka mempunyai kota dan benteng yang besar". Lalu nabi Musa as memerintahkan mereka supaya menyerbu masuk ke negeri itu, namun setelah mereka melihat kaum yang besar dan gagah, mereka jadi takut.

Mereka menjawab:” wahai Musa! Bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya, kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk( ke negeri itu)”.
(22:5)

inilah jawapan kaum bani Israel kepada nabi mereka, Musa as. Jawapan yang menunjukkan semangat pengecut dan takut sebelum berhadapan dengan musuh. Jiwa mereka telah kalah sebelum bertempur. Mereka kalah apabila melihat kaum yang menduduki negeri berkenaan mempunyai saiz fizikal yang besar dan kelihatan gagah perkasa. Berita tentang kekuatan, saiz fizikal musuh inilah yang dibawa dan disebarkan oleh 10 orang naqib yang telah dikirim oleh nabi Musa as ke dalam benteng musuh. Berita ini menyebabkan ada di antara mereka yang patah semangat, ada yang menangis minta supaya dikembalikan mereka ke mesir. Kalau diteruskan peperangan, mereka akan mati(pada hemat fikiran mereka), anak isteri mereka akan dijadikan hamba tawanan, justeru itu, lebih baik mereka kembali ke mesir menjadi hamba abdi dan mati sebagai hamba abdi, atau mati di padang pasir akibat kelaparan daripada menyerbu masuk ke negeri musuh. Sememangnya sifat pengecut mereka ini mengecewakan nabi Musa as.

sifat pengecut mereka ini timbul kesan daripada perhambaan yang sudah berakar umbi dalam jiwa mereka. sifat mereka ini sememangnya menimbulkan kemarahan nabi Musa as. namun dalam kalangan 12 orang naqib tersebut, ada 2 orang daripada mereka yang berani. 2 orang ini mempunyai rasa takut kepada Allah SWT melebihi rasa takut kepada musuh. apabila seluruh ketakutan telah berpusat hanya kepada Allah, mereka tidak merasa takut kepada apa2 lagi.

* disalinsiar daripada hamka, tafsir al-azhar. really bab2 ini memerlukan aku membacanya secara perlahan dan detail. kebanyakan maklumat hamka bawakan daripada kitab2 mereka seperti perjanjian lama.

Tiada ulasan: