Rabu, 9 Jun 2010

nikmat Allah SWT buat Bani Israel......(20:5)

Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika nabi Musa berkata kepada kaumnya,” wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah(yang diberikan) kepada kamu ketika ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang nabi, dan ia menjadikan kamu bebas merdeka(setelah kamu diperhamba oleh firaun dan orangnya2), dan ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat2(yang ada pada masa itu)
Ayat 20 surat al-maidah (20:5)

Sememangnya tidak ada bangsa lain seperti Bani Israil, Allah SWT mengutuskan nabi dan rasul dari kalangan mereka, bilangan yang cukup banyak sampaikan berpuluh orang sebagaimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran. Bermula dengan Yaaqub, Yusuf, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyasa’, Ilyas, Zulkifli, Ayub, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa. Begitu juga dengan nabi2 yang lain seperti Daniel, Armiya, Habakuk, Yasy’iya, Yushak, Hezekil dan lain2. semuanya dari kaum Bani Israel. Sememangnya inilah kurniaan Allah SWT yang luar biasa kepada Bani Israel sebagai bimbingan rohani buat mereka. Berbeza dengan bangsa arab sebelum Ismail, hanya ada 3 rasul iaitu Hud, Saleh dan Syuaib, kemudian Ismail dan akhir sekali Muhammad SAW.

Di dalam Tafsir al-Azhar digunakan lafaz dan telah dijadikan kamu raja-raja (dalam Tafsir Pimpinan Rahman diterjemah terus sebagai dan ia menjadikan kamu bebas merdeka). Bagi menerangkan maksud frasa ini, Hamka membawakan satu hadis yang bermaksud :

Adalah Bani Israel itu apabila seseorang di antara mereka telah mempunyai khadam, seekor kenderaan dan seorang isteri, telah disebut raja (hadis marfu’ dari nabi SAW yang dirawaikan oleh Ibn Abi Hatim daripada Abu Said al-Khudriy )

Oleh sebab itu, yang dimaksudkan raja di sini ialah setiap putera dari Bani Israel itu mempunyai khadam, tandanya dia telah mampu. Bukanlah raja di sini membawa maksud kerajaan(daulat tuanku) seperti Thalut dan Daud as yang sememangnya raja di kalangan Bani Israel itu. Sebelum ini, Bani Israel telah dijadikan hamba oleh firaun dan orang2nya. Rohani dan jasmani mereka ditindas. Apabila mereka telah membebaskan diri dari mesir dan firaun, mereka (Bani Israel) telah menjadi raja ke atas diri mereka sendiri, harta benda dan mempunyai khadam dan sebagainya.

dan ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat2(yang ada pada masa itu)

nikmat yang tidak diberikan kepada umat2 sebelum mereka ialah
1) hanya mereka yang melalui lautan qalzum dengan cara terbelahnya lautan.
2) Dengan tongkat nabi Musa as, dapat mengeluarkan air untuk minuman mereka sampai 12 mata air.
3) Mereka jugalah yang diberikan makanan khusus manna dan salwa.

Semua ini disebut supaya mereka mengingat kembali nikmat2 Allah SAW kepada mereka. Motifnya bukanlah dikenang untuk bangga diri, tetapi dikenang supaya bersyukur dan menambah rasa khusyuk kepada tuhan. Justeru itu, tidaklah patut mereka derhaka kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat yang pelbagai kepada mereka

* tafsir pimpinan rahman
* tafsir al-azhar, hamka

Tiada ulasan: