Ahad, 4 Julai 2010

kehidupan dunia (32:6)

dan tidak(dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan ( yang sia2) dan hiburan ( yang melalaikan), dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang2 yang bertakwa. oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?
ayat 32 surah al-an am

dunia hanyalah permainan, main-main yang x sudah. apakah yang dimaksudkan dengan permainan? permainan di sini bermaksud perbuatan yang tidak tentu maksudnya dan tidak jelas tujuannya samada untuk mencari manfaat atau menolak mudarat. contohnya perbuataan kanak2 yang sedang bermain guli, polis pencuri, berkejar ke sana sini, merasa senang dan gembira, setelah itu semuanya berasa bosan, esoknya bertukar dengan permainan baru. apabila kanak2 berkenaan meningkat dewasa, semakin berkuranganlah permainannya. dia akan merasa malu dengan umurnya dan dengan permainannya kalau dia masih bermain2.

dunia ialah lalai, terpesona dengan kerja yang tidak penting sehingga mengabaikan yang lebih penting. contohnya seorang guru yang seharusnya masuk ke sekolah pada jam 745 pagi, namun dia singgah di kedai kopi berbual2 pada benda yang tak penting dan akhirnya punch card pada jam 10 pagi. kalaulah guru berkenaan tidak berhati2 menilai kembali hidupnya akan habislah umurnya itu kerana main2 dan lalai. sedangkan umur yang hilang tidak akan kembali lagi.

dunia ini diumpamakan dengan permainan kerana pada mulanya dia menyeronokkan, lama kelamaan akan membosankan. dalam contoh kanak2 tadi, pagi ini bermain kerja mengejar polis dan pencuri. selepas sejam dua, pastinya akan berasa bosan lalu mereka akan menukar permainan kepada lompat tali. selepas sejam mereka akan kembali bosan lalu bermain guli. begitulah silih berganti di antara permainan, keseronokan dan kebosanan. begitulah hidup kita di dunia, silih berganti di antara keseronokan dan keasyikan, lalu berganti dengan kemurungan dan kebosanan, hingga habislah nyawa kita. umpama mengejar bola yang sentiasa bergerak, semakin dikejar semakin laju bola itu menjauhkan diri, akhirnya kita yang letih, umur tiada dan masa pun tiba.

pernah suatu ketika kita meminati sebuah lagu dengan melodinya yang indah dan senikatanya yang puitis. kita merasa cukup senang mendengar alunan melodi ini. kita putarkan pita rakaman lagu tersebut berulang kali, menikmati lagu berkenaan sambil menikmati waktu petang yang damai. namun lama kelamaan kita akan mula berasa bosan. lalu kita akan mencari lagu lain, pastinya lagu lama tadi sudah mula kurang auranya dan timbul lagu baru. kita meminati dan memuja pula lagu baru bersama penyanyinya. begitulah silih berganti hidup kita ditemani dengan lagu dan hiburan sedangkan masa dan umur yang kita ada semakin kurang. begitulah hidup dunia.

kenikmatan dunia ini, betapa besarnya nikmat sekalipun, hujungnya membosankan. hamka dalam tafsirnya menyebut bahawa tidak ada kelazatan di dunia ini yang melebihi kelazatan persetubuhan, lalu kita selalu melakukannya bersama isteri kita, semakin kerap kita lakukan semakin letihlah tubuh badan kita. begitulah kiasannya kepada kenikmatan dunia.


* tafsir pimpinan rahman
* tafsir al-azhar hamka
* tafsir ibn kathir

Tiada ulasan: