Jumaat, 23 Julai 2010

kuliah maghrib....seputar solat

sabda nabi Muhammad SAW: bermula sembahyang itu nur.
hadis ni ada dalam muslim bernombor 223. hadis asalnya panjang. nur sering dikaitkan dengan petunjuk dan hidayah sementara zulumat atau kegelapan dikaitkan dengan kesesatan.

suruh olehmu akan ahli kamu dengan mendirikan solat dan sabar ia atasnya, tiada kami pinta akan kamu rezeki, kami yang memberi rezeki akan kamu( surah taha ayat 132)

ayat di atas menyuruh kita supaya sentiasa menyeru(menyuruh) ahli keluarga kita, anak bini kita sentiasa bersolat. apa yang berlaku sekarang kekadang ayahnya berserban panjang berjubah, ibunya bertudung litup tetapi anak perempuannya berpakaian dengan kain tak cukup atau pakai baju adik. so kewarakan dan kesalihan hanya terhenti setakat ayah dan ibunya. mereka tidak pernah(atau segan ker apa entahla) untuk menyuruh anak cucu mereka mendirikan solat. pernah berlaku kes di sebuah kampung, masa ayah dan ibu dok berterawih bersama imam, anak perempuan mereka yang kononnya datang berterawih di tangkap khalwat di belakang masjid. fenomena ini harus ditangani bersama

* ringkasan kuliah maghrib(musalli)

Tiada ulasan: