Jumaat, 9 Julai 2010

monolog hati


dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

.... masa memula balik dari kaherah dulu, ada seorang imam datang jumpa aku. dia minta aku ganti tempat dia mengajar/berceramah agama atas masjid di kampung aku. memulanya aku sanggup. aku memikirkan tangungjawabku untuk berada di situ.

aku ingat masa aku nak ke cairo dulu, ramai gak orang2 tua yang datang bagi duit padaku, dengan 1001 pesanan supaya aku blajar betul2 dan balik mengajar mereka. dalam kepala aku dah nampak kitab tafsir ayat ahkam karangan muhammad ali al-sais yang akan aku syarahkan di atas masjid. namun balik jer ke rumah ayah n mak aku banyak pesan. banyak peringatan buat aku. banyak tazkirah ke telinga aku. bila mengenangkan semula kes-kes yang terjadi sebelum ni kat masjid kampung aku, hati aku rasa tawar. ayah jer nampak kecewa kerana impiannya untuk melihat aku kat mimbar masjid tak kesampaian.

namun aku simpan keinginan. kalaulah semuanya ok, kalaulah takder orang lain yang akan berada di depan orang ramai di masjid, hingga tahap fardu kifayah menjadi fardu ain bagiku, aku akan naik juga. cuma pada masa tu(tahun 2002)aku nampak orang2 tua ramai lagi yang berada di depan. biarlah dulu. lagi pun ilmu ni kena kita dulu yang amalkan. aku sendiri banyak tunggang langgangnya. biarlah aku siapkan diriku dulu. biarlah aku blaja lagi. sekali sekala untuk tazkirah tu aku naik juga. cuma sekali sekala. tidak berkala macam sekarang.

kemudiannya, dalam bulan september tahun lepas aku minta tauliah dari Majlis Agama Islam Kelantan. temuduga dengan panel ustaz di Balai Islam. tak semua benda aku boleh jawab namun lulus juga. temuduga tu pun lebih kepada nak melihat bakal ustaz di masjid. orang kata nak bersua muka. kannya apa, kot2 apa yang diajar di atas masjid ilmu sesat ker apa2 ker panjang citer lak. akhirnya aku dapat tauliah.

dalam 2 bulan lepas aku berpeluang membuka kitab musalli di surau kampung mertuaku. kitab ni nipis jer tapi kalau tak biasa, tak tau, kira lintang pukang gak la. aku sendiri pun rasa nak lemas juga. cuma aku ingatkan diri sendiri, lama mana aku nak bersendiri begini. selama mana aku nak berterusan begini. memang aku masih jahil, tak pandai, namun kalaulah nak tunggu pandai dulu, perfect segalanya rasanya sampai bila pun aku takkan berada di depan orang. ilmu ni tak bertepi. kalau tau sepatah ajar je sepatah. tahu 2 patah ajar jer 2 patah. kalau tak tau cakap jer tak tau. kalau nak tunggu tahu serba serbi alamatnya sampai bila pun surau kat kampung mertuaku tu akan sepi. tambahan lak surau tu jenis takder orang sangat. orang tempatan tak ramai datang bersolat jamaah. tok imam yang bagi kuliah sebelum ni pun dah tak datang. dalam 7 malam, ada 1 malam jer yang ada kuliah maghrib. makmum ada la dalam 10 orang. so bila mereka minta aku memberi kuliah maghrib kat situ. aku sanggup.

moga2 apa yang curahkan dapat memberi manfaat pada semua. manfaat buat diriku ialah aku kena rujuk kitab. kembali membelek dan buka kitab2 lamaku sebelum aku melangkah ke surau tu. bila aku belek kitab, orang yang mula2 sekali kena atas batang hidungku ialah diriku sendiri. banyak yang aku bermuhasabah bila aku berada di surau. sekurang2nya ada gak peringatan buat diriku. secara peribadi, aku anggap diri ini masih belajar. bila aku mengajar, aku sebenarnya belajar. belajar untuk mencurahkan apa yang ada dalam kitab, dalam kepala dan ingatanku. belajar untuk mengingati semula dan berusaha mengamalkannya kerana aku akan bersendiri di dalam kubur. sekurangnya itulah amal dan sumbanganku untuk masyarakat sekeliling. bila jer aku balik dari surau, aku curahkan kat blog ni. sebelum ni pun, apa yang aku baca aku curahkan kat blog ni. mudahan2 lepas ni aku rasa ringan nak menulis. taklah terlalu buntu sampai nak wat tesis belum ni pun rasa susah sangat. blank jer takder idea. kemudian kalau ada yang nak wat rujukan, kalau ada yang nak amik manfaat tu pun, silakanlah. semoga apa yang aku buat ni diterima di sisiNYA. semoga segala usahaku, mataku yang membaca, mulutku yang berucap dan bersyarah, jari jemariku yang menaip dan menulis, semuanya akan menjadi saksi dan pembantuku di hadapan Allah kelak.

Tiada ulasan: