Jumaat, 23 Julai 2010

tazkirah jumaat...larangan mendedahkan keaiban orang lain

bab menutup keaiban orang2 islam dan larangan mendedahkannya tanpa ada sesuatu yang memaksa

daripada abu hurairah RA, daripada Nabi Muhammad SAW sabdanya: tiada menutup seorang hamba akan keaiban seorang hamba di dunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat.

(riwayat Muslim)

pengajaran hadis
1) islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain
2) sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, tidak mendedahkan keburukan mereka maka Allah SWT akan menutup keaibanya di hari kiamat kelak

* hadis disalin daripada kitab riyad al-salihin jilid 2 terbitan bahagian hal ehwal islam jabatan perdana menteri

Tiada ulasan: