Sabtu, 25 September 2010

tentang buku teks BA tahun 2 & 3 2010 (3)

Dalam buku teks bahasa arab samada tahun 2 atau tahun 3, terdapat kemahiran-kemahiran bahasa yang diajar. Kemahiran tersebut ialah:

1) Kemahiran mendengar
2) Kemahiran bertutur
3) Kemahiran bercakap
4) Kemahiran menulis

Kemahiran Mendengar (maharat al-istima’)
Kemahiran mendengar diajar pada masa pertama bagi setiap unit buku teks bahasa arab tahun 2 dan 3. Kemahiran ini boleh dikatakan kemahiran yang terpenting. Melalui kemahiran ini, pelajar akan dapat mendengar dan memahami laras dan bahasa arab dalam pelbagai situasi. Kesemua perkataan di dalam kemahiran mendengar bagi tahun 2 dan 3 terdiri daripada kata nama.

Apa yang berbeza di antara tahun 2 dan 3 ialah dari segi jumlah perkataan. Sebagai contoh, buku teks bahasa arab tahun 2 unit 1 yang bertajuk anggota tubuh badan saya, terdapat 7 perkataan. Sementara bagi unit 4 yang bertajuk alatan sekolah ada 4 perkataan sahaja. Secara keseluruhannya bilangan perkataan yang terdapat di dalam kemahiran mendengar bagi tahun 2 tidak seimbang. Kadang-kadang 7 perkataan, kadang-kadang 4 atau 5 perkataan sahaja. Hal ini berbeza dengan buku teks bahasa arab tahun 3 bagi unit 1(kemahiran mendengar), bilangan perkataannya agak seimbang dengan 6 perkataan sahaja bagi setiap tajuk kecuali unit 3 yang mengandungi 10 perkataan dan unit 10 yang mengandungi 8 perkataan. Justeru itu, penulis dapati cara penyusunan kemahiran mendengar bagi tahun 3 lebih terancang dan sistematik daripada tahun 2.

Kemahiran Bercakap (maharat al-kalam)
Kemahiran bercakap diajar pada masa kedua pengajaran bahasa arab bagi setiap unit tahun 2 dan tahun 3. Kemahiran ini diajar selepas kemahiran mendengar. Melalui kemahiran ini, pelajar dapat bertutur dan menyampaikan maklumat dengan sebutan yang tepat, gaya dan laras bahasa yang baik, beradab dan dengan tatabahasa yang betul. Di dalam unit ini, kebiasaannya terdapat gabungan kata kerja dan kata nama untuk membentuk ayat mudah. Contohnya ayat saya membersih dahi dan saya menyapu muka.

Perbezaan besar di antara buku teks tahun 2 dan tahun 3 di dalam bahagian ini ialah dari segi jumlah perkataan terutamanya kata kerja, bentuk kata kerja dan jenis ayat. Perbezaan ini bolehlah dilihat di dalam jadual di bawah:

Bentuk Kata Kerja
Tahun 2
- Kata kerja yang digunakan terdiri daripada kata kerja yang thulathiy.

- kata kerja yang digunakan tidak banyak mengandungi tanda syaddah, huruf illah, secara mudahnya silibus di tahun 2 lebih senang berbanding di tahun 3


Tahun 3
- Terdapat kepelbagaian kata kerja seperti kata kerja:
1) Thulathiy:

2) Rubaiy:

3) Khumasiy:


- kata kerja yang digunakan juga mengandungi huruf illah dan tanda syaddah, secara mudahnya lebih sukar berbanding di tahun 2

Jenis Ayat
tahun 2
Ayat yang digunakan lebih mudah dan ringkas, mengandungi 2 perkataan seperti gabungan partikel dan kata nama

tahun 3
Ayat yang digunakan lebih kompleks berbanding tahun 2 dan mengandungi gabungan kata nama, kata kerja dan partikel.


Kemahiran Membaca (maharat al-Qiraat)
Kemahiran ini diajar pada masa ketiga sesi pengajaran bahasa arab sekolah rendah tahun 2 dan 3 bagi semua unit. Melalui kemahiran ini, murid-murid akan dapat membaca huruf, perkataan dan ayat pendek dengan betul. Pelajar akan membaca perkataan dan ayat pendek yang terdiri daripada gabungan kata nama, kata kerja dan partikel. Setiap ayat hanya mengandungi satu kata kerja, satu partikel dan satu atau dua kata nama. Penulis tidak dapati perbezaan yang besar di antara tahun 2 dan tahun 3 dalam kemahiran ini. Perbezaan hanyalah dari segi panjang pendek ayat yang dibaca. Untuk tahun 3, ayatnya lebih panjang berbanding tahun 2. Kebiasaannya ayat di tahun 2 merupakan gabungan satu kata kerja, satu partikel dan satu kata nama. Sementara di tahun 3, ia merupakan gabungan satu kata kerja, satu partikel dan satu atau dua kata nama.

Kemahiran Menulis (maharat al-kitabah)
Sepanjang semakan penulis terhadap isi kandungan buku teks bahasa arab bagi tahun 2 dan 3, penulis tidak dapati kemahiran menulis. Pada asalnya penulis menyangka bahawa kemahiran ini tidak diajar atau tidak disentuh langsung di dalam silibus bahasa arab tahun 2 dan 3. Walau bagaimanapun setelah semakan dibuat terhadap Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 2 2010 dan buku latihan murid bagi bahasa arab tahun 2 dan 3 yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, penulis dapati kemahiran ini menjadi objektif umum bagi pengajaran bahasa arab dan ianya tidak disebut secara langsung di dalam 8 bahagian bagi setiap tajuk yang diajar. Hal ini berbeza dengan buku teks di tahap 2 seperti di tahun 5, kemahiran menulis dimasukkan secara khusus dalam objektif pelajaran.

Contohnya pengajaran bahasa arab tahun 2 bagi unit 1 yang bertajuk anggota tubuh badan saya. Di dalam unit ini, al-nizam al-soutiy diajar pada masa kelima pengajaran bahasa arab. Di antara objektif pengajaran ialah para pelajar dapat menyebut, membunyikan serta membezakan huruf ta’ dengan to’. Setelah berlaku proses pengajaran, para pelajar dikehendaki menyambung titik untuk membentuk huruf ta’ dan huruf to’ seterusnya menulis huruf tersebut di dalam buku aktiviti yang dibekalkan.

Begitu juga untuk tahun 3 bagi unit pertama di bawah tajuk tubuh badan saya. Di dalam unit ini, al-nizam al-soutiy dan tatabahasa diajar pada masa kelima dan keenam waktu pengajaran bahasa arab. Bagi al-nizam al-soutiy, di antara objektif pengajaran ialah pelajar dapat menyebut perkataan yang mengandungi alif lam syamsiyyah dan alif lam qamariyyah dengan betul. Di akhir pengajaran, pelajar dikehendaki mengkategorikan perkataan yang mengandungi alif lam syamsiyyah dan alif lam qamariyyah dengan cara menulisnya di dalam kolum yang telah disediakan dengan menggunakan buku aktiviti bahasa arab. Justeru itu, sangkaan awal penulis bahawa kemahiran menulis tidak menjadi asas utama dalam objektif pengajaran bahasa arab bagi tahun 2 dan 3 adalah salah. Kemahiran menulis menjadi objektif umum pengajaran bahasa melalui latihan menyambung titik, menulis huruf dan sebagainya pada akhir setiap sesi pengajaran.

RUJUKAN
Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaluddin Yahya (2008). Al-Lughat al-Arabiyyah Li al-Saff al-Thaniy, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaluddin Yahya (2008). Al-Lughat al-Arabiyyah Li al-Saff al-Thaniy Buku Panduan Guru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Muhammad Hashim, Iqbal Zahin Muhammad (2009). Al-Lughat al-Arabiyyah Li al-Saff al-Thalith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Muhammad Hashim, Iqbal Zahin Muhammad (2009). Al-Lughat al-Arabiyyah Li al-Saff al-Thalith Buku Panduan Guru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mohd Sukki Othman, Zawadi Che Seman, Zawawi Ismail (2010). Bahasa Arab Komunikasi. Selangor: Open University Malaysia

http://spikel.bpi.edu.my (laman web rasmi Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan. 6 Julai 2010)

Temubual bersama Guru Bahasa Arab j-QAF Sekolah Kebangsaan Lata Rek, 3 Julai 2010

* artikel ini merupakan assingment untuk seorang ustazah yang sambung blaja, sajer taruk sini sebagai khazanah, maybe ada manfaat untuk orang lain. ada banyak format yang bila taruk sini tak menjadi

tentang buku teks BA tahun 2 & 3 2010 (2)

Secara keseluruhannya, kosa kata yang digunakan bagi tahun 2 dan 3 sesi 2010 adalah mudah, mesra pelajar dan cukup sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Selain itu silibus bahasa arab tahun 2 dan 3 juga mempunyai kesinambungan dan pemeringkatan pelajaran secara beransur-ansur. Berikut ialah jadual analisis perbandingan di antara buku teks bahasa arab tahun 2 dan tahun 3

pertama:
Tahun 2
Kosa kata yang digunapakai merupakan perkataan yang wujud dan berada di sekeliling pelajar seperti anggota tubuh badan manusia, alat tulis dan peralatan sekolah, pakaian, makanan dan minuman, warna, kakitangan sekolah, binatang dan sebagainya. Sebagai contoh, untuk tajuk ke 10 bagi tahun 3, tajuk yang diajar ialah kasihanilah binatang. Tajuk ini mengandungi 6 nama binatang iaitu kucing, arnab, ikan, ayam dan burung. Kesemua binatang ini merupakan binatang yang sudah pun dikenali oleh pelajar. Begitu juga dengan tajuk peralatan sekolah. Perkataan yang diajar ialah pen, kapur tulis, pemadam papan hitam dan pengorek pensil. Peralatan ini merupakan benda yang wujud di sekeliling pelajar, memudahkan lagi proses p&p guru di dalam kelas.

Tahun 3
Sama seperti di tahun 2, keseluruhan kosa kata yang digunakan merupakan benda-benda yang berada di sekeliling pelajar dengan sedikit tambahan terhadap kosa kata yang telah dipelajari. Sebagai contoh bagi tajuk peralatan sekolah, perkataan yang dipelajari ialah gam, fail, pensil warna, dakwat, gunting dan berus. Kesemua perkataan ini merupakan benda-benda yang wujud di sekeliling pelajar. Oleh itu, perkataan dan kosa kata yang digunapakai dalam p & p bahasa arab bagi tahun 3 cukup sesuai dengan pelajar dengan sedikit penambahan perkataan jika dibandingkan dengan buku teks di tahun 2

kedua:
tahun 2

Selain itu, kosa kata yang digunapakai semasa tahun 2 mempunyai kesinambungan dengan tahun 3. Sebagai contoh, unit 1 dalam buku teks bahasa arab tahun 2 mengandungi tajuk anggota tubuh badan saya. Terdapat 7 perkataan kata nama iaitu hidung, mata, telinga, mulut, bahu, rambut dan jari. Tajuk yang sama dengan tambahan perkataan yang berbeza akan diajar di tahun 3. Hal ini juga dapat dilihat di dalam tajuk alatan sekolah. Semasa pelajar berada di tahun 2, perkataan yang diajar ialah pen, kapur tulis, pemadam papan hitam dan pengorek pensil. Seterusnya apa pelajar berkenaan berada di tahun 3, tambahan perkataan untuk tajuk yang sama akan diajar. Kesinambungan ini menjadikan kosa kata yang digunapakai cukup sesuai dengan silibus bahasa arab sekolah rendah

tahun 3
Kosa kata yang digunapakai merupakan kesinambungan daripada unit yang sama semasa pelajar berada di tahun 2 dengan sedikit penambahan. Sebagai contoh semasa pelajar berada di tahun 2, mereka akan diajar tentang perkataan mata, telinga, dagu dan sebagainya untuk tajuk anggota tubuh badan saya. Apabila mereka berada di tahun 3, tajuk yang sama diajar pada bulan pertama pengajaran bahasa arab. Apa yang berbeza ialah tambahan perkataan lain iaitu lidah, dagu, tengkuk, dahi, gigi dan pipi. Ini akan menambahkan lagi khazanah perbendaharaan kata pelajar. Begitu juga untuk tajuk peralatan sekolah. Perkataan yang ditambah ialah fail, pensil warna, gam, dakwat, gunting dan berus

ketiga
tahun 2

Kosa kata yang banyak diajar terdiri daripada kata nama, diikuti oleh partikel dan kata kerja. Ini menunjukkan bahawa silibus bahasa arab dirancang dengan cukup teliti untuk kemudahan pelajar. Dalam bahasa arab, apabila kata kerja digunakan dalam sesuatu ayat akan berlaku perubahan pada baris dan ejaan. Perkara ini boleh merumitkan pelajar. Walau bagaimanapun tumpuan kosa kata di tahun 2 agak berkisar kepada kata nama dan ianya memudahkan pelajar. Selain itu, ayat pendek yang digunakan juga hanyalah mengandungi gabungan kata nama dan partikel. Sementara gabungan ayat kata nama, kata kerja dan partikel walau pun ada, namun tidaklah terlalu menyusahkan.

tahun 3
Berbeza dengan tahun 2, pelajar di tahun 3 mula didedahkan dengan ayat pendek yang mempunyai kata kerja, partikel dan kadang-kadang terdapat 2 kata nama. Namun secara keseluruhannya, pemeringkatan ini tidak membebankan para pelajar.


Kesimpulannya, kosa kata yang digunakan dalam kedua-dua buku tersebut sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Apa yang berbeza ialah terdapat sedikit penambahan kosa kata dan pemeringkatan isi pembelajaran dalam buku teks tahun 3 jika dibandingkan dengan buku teks tahun 2.

* artikel ini merupakan assingment seorang ustazah yang sambung blajar, aku tolong buat dan masukkannya di sini sebagai khazanah penulisanku. asalnya ada kotak2, tapi entah naper masuk jer sini kotak2(box) tu hilang.

tentang buku teks BA tahun 2 & 3 2010

Silibus buku teks bahasa arab tahun 2 dan 3 2010.
Buku teks bahasa arab tahun 2 dan 3 mengandungi 10 tajuk atau unit. Tajuk-tajuk berkenaan ialah:

Tahun 2 Tahun 3
Unit1 Anggota tubuh badan Tubuh badan
Unit 2 Di dalam kelas Alat tulis
Unit 3 Hari dalam seminggu Pakaian
Unit 4 Alat tulis Di dalam kelas
Unit 5 Di perpustakaan Kakitangan sekolah
Unit 6 Warna Makanan dan minuman
Unit 7 Pakaian Buah-buahan
Unit 8 Keluarga saya Waktu makan
Unit 9 Makanan dan minuman Rumah saya
Unit 10 Rumah saya Binatang

Setiap unit (bagi tahun 2 dan 3) mengandungi 8 bahagian. Setiap bahagian mewakili satu kemahiran yang akan diajar dalam satu masa pengajaran. Subjek bahasa arab di sekolah rendah pula mempunyai 2 masa seminggu, 8 masa sebulan. Justeru itu, 8 bahagian ini mewakili 8 masa pengajaran bahasa arab dalam sebulan. Kemahiran/bahagian berkenaan ialah:


Bahagian 1 Kemahiran mendengar
Kemahiran ini merujuk kepada kemampuan pelajar untuk mendengar dan memahami bahasa arab dalam pelbagai situasi dan berinteraksi dengannya

Bahagian2 Kemahiran bertutur
Kemampuan pelajar untuk bertutur dan menyampaikan maklumat dengan sebutan yang tepat, gaya dan laras bahasa yang baik, beradab dan dengan tatabahasa yang betul

Bahagian 3 Kemahiran membaca
Kemampuan pelajar untuk membaca huruf, kalimat dan ayat-ayat pendek yang mempunyai baris dengan betul

Bahagian 4 Nyanyian
Senikata untuk lagu merupakan perkataan yang dipelajari. Sementara melodinya pula terdiri daripada lagu-lagu tempatan dan sebagainya

Bahagian 5 Al-nizam al-soutiy
Kemampuan pelajar untuk menyebut huruf dan perkataan yang hampir sama bunyinya, membaca ayat dan ibarat dengan betul, seterusnya dapat membezakan bunyi dengan tepat

Bahagian 6 Tatabahasa / bilangan
Pelajar akan didedahkan dengan perbezaan ringkas perkataan maskulin dan feminin, kata ganti nama, kata soal, kata kerja dan sebagainya secara mudah.
Sementara untuk bilangan, pelajar akan didedahkan dengan bilangan dalam bahasa arab dari nombor 21-40 untuk tahun 2. Bagi pelajar tahun 3 pula, nombor yang akan diajar ialah dari nombor 41-60

Bahagian 7 Permainan bahasa

Bahagian 8 Ulangkaji



KEKUATAN SILIBUS BAHASA ARAB TAHUN 2 & 3

Kosa Kata Yang Digunapakai Mewakili Benda Maujud Di Sekeliling Pelajar
Kosa kata yang diajar dalam proses P&P merupakan benda maujud di persekitaran pelajar. Keseluruhan kosa kata merupakan perkataan terhadap benda maujud di sekeliling murid seperti anggota tubuh badan manusia, perabot di rumah, peralatan alat tulis dan haiwan. Hal ini memudahkan pemahaman pelajar kerana zat benda tersebut sudah pun tergambar di dalam minda pelajar. Guru hanya perlu memberi penerangan di dalam bahasa arab.

Mudah Dan Praktikal
Selain itu, kosa kata yang digunapakai juga merupakan perkataan yang mudah dan senang diingati kerana ia merupakan kata nama yang mempunyai 2 atau 3 sebutan(suku kata). Untuk sukatan tahun 2, kata kerja yang diajar pula merupakan kata kerja yang thulathiy, tidak mempunyai tanda syaddah, huruf mad atau illah. Secara keseluruhannya kosa kata yang digunapakai dalam sukatan bahasa arab tahun 2 dan 3 adalah mudah, senang dan praktikal.

Sukatan Bahasa Arab Tahun 2 Dan 3 Mempunyai Kesinambungan
Sukatan bahasa arab tahun 2 dan tahun 3 juga mempunyai kesinambungan. Sebagai contoh untuk tahun 2 bagi unit 1, pelajar akan belajar anggota tubuh badan manusia melibatkan perkataan hidung, mulut, bahu, rambut, mata, telinga dan jari. Apabila pelajar berkenaan berada di tahun 3 mereka akan belajar tajuk yang sama dengan penambahan kosa kata seperti dahi, pipi, lidah, gigi, tengkuk dan dagu.

KEKURANGAN
Walaupun silibus bahasa arab yang digunakan baik secara keseluruhannya namun ini bukanlah bererti ia tidak boleh lagi menerima penambahbaikan. Penambahbaikan atau pemurniaan ini sebenarnya tidaklah sampai ke tahap meruntuhkan anggapan dan rasa pandang tinggi serta hormat penulis terhadap modul dan silibus yang digunakan, namun ia sekadar perencah dan penambah rasa ke arah yang lebih baik.

Silibus Sukar Untuk Tajuk Tertentu
Secara keseluruhannya silibus yang digunakan mudah. Namun demikian masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki. Sebagai contoh, guru menghadapi masalah semasa mengajar pelajar tahun 2 untuk tajuk kelima (di perpustakaan). Di dalam tajuk ini, perkataan yang diajar ialah bahan bacaan iaitu majalah, akhbar, kamus dan buku cerita. Guru mendapati murid-murid buta huruf khasnya di kawasan pedalaman, yang jarang melihat bahan bacaan tersebut menghadapi kesukaran untuk membezakannya. Seringkali apabila murid diperkenalkan dengan majalah mempunyai gambar kereta akan menganggap bahawa majalah yang mempunyai gambar wanita sebagai akhbar. Begitu juga murid-murid apabila diperkenalkan dengan akhbar bersaiz kecil seperti Kosmo, Metro dan Sinar Harian akan menganggap bahawa akhbar bersaiz besar seperti Utusan Malaysia bukan akhbar. Begitu juga apabila murid-murid diperkenalkan dengan buku cerita yang bersaiz nipis, seringkali menganggap bahawa kamus bersaiz poket itu buku cerita. Walau pun hal ini merupakan hal yang remeh-temeh dan ianya memang dapat diatasi melalui latih tubi dan pelbagai teknik pengajaran yang lain, namun guru terpaksa menggunakan banyak masa untuk menerangkan hakikat zat tersebut sebelum menerangkan perkataannya di dalam bahasa arab. Alangkah eloknya kalau diperkenalkan perkataan lain yang terdapat di perpustakaan seperti rak buku, kaunter peminjaman, kad peminjam dan sebagainya.

Masalah Tatabahasa
Silibus bahasa arab 2010 juga mengandungi pengajaran tatabahasa yang ringkas seperti perbezaan di antara perkataan feminin maskulin dan sebagainya. Penulis akur bahawa pengajaran tatabahasa merupakan unsur yang penting dan tidak dapat dipisahkan dalam pengajian bahasa, namun kebanyakan pelajar sebenarnya baru sahaja mengetahui huruf-huruf hija’iyyah. Dalam keadaan mereka masih keliru di antara huruf-huruf hija’iyyah, tiba-tiba mereka diperkenalkan dengan perbezaan di antara perkataan feminin dan maskulin. Perkara ini akan membuatkan jurang perbezaan di antara pelajar pintar cerdas dengan pelajar lemah semakin melebar. Guru pula tidak mempunyai banyak masa untuk kembali mengulangkaji pelajaran dari peringkat asas. Selain itu, di dalam soalan Penilaian Kendiri Sekolah Rendah Bahasa Arab(PKSR)untuk tahun 3 pada bulan Mac dan Mei baru-baru ini, penulis dapati terdapat 6 hingga 10 soalan daripada 40 soalan yang melibatkan tatabahasa. Berdasarkan pencapaian berkenaan, ramai pelajar hanya dapat menjawab 1 atau 2 daripada 6-10 soalan berkenaan dan ia pastinya menjejaskan pemarkahan pelajar. Juseru itu, lebih elok rasanya pendekatan memasukkan unsur-unsur tatabahasa dikesampingkan, disebut dan diajar secara sepintas lalu berbanding pada masa sekarang, ianya ditulis sebagai objektif pengajaran.

Kesesuaian Sukatan Sekarang Dengan Waktu Mengajar Bahasa Arab
Berdasarkan temubual yang penulis jalankan terhadap guru bahasa arab, silibus bahasa arab sekarang sebenarnya dirancang dan ditulis untuk masa waktu mengajar bahasa arab 5 kali seminggu (pada masa sekarang waktu mengajar bahasa arab 2 kali seminggu). Walau bagaimanapun di atas sebab-sebab tertentu, waktu pengajaran bahasa arab 5 kali seminggu tidak dapat dilaksanakan. Justeru itu, buku ini walaupun mudah dan praktikal namun lebih baik kalau ianya dapat dimurnikan sekali lagi sesuai dengan waktu mengajar bahasa arab pada masa sekarang 2 kali seminggu


* artikel ini merupakan assignment seorang ustazah yang sambung blaja. aku tolong buat dan masukkan di sini sebagai bank penulisan aku, sebagai kenangan, maybe ada faedah bagi orang2 tertentu

Jumaat, 24 September 2010

santai bersama 2 buah buku





2 buah buku yang menarik untuk dibaca. aku baru jer menghabiskan pembacaannya seminggu lalu. banyak cerita2 pendek yang dimuatkan dalam buku tu. kekadang dok baca buku pasal fiqh, tafsir, hadis, nak juga rasa baca sesuatu yang lain yang dapat membuka minda dan sebagai santapan jiwa. dalam buku karisma tu aku tertarik pasal Ernest Shackleton, tokoh explorer yang memimpin pasal anak2 buahnya keluar daripada krisis.( boleh baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Ernest_Shackleton). selain tu, pasal cerita the count of monte cristo (http://en.wikipedia.org/wiki/The_Count_of_Monte_Cristo). semuanya memberikan motivasi kepada kita

Khamis, 23 September 2010

tazkirah SKLR

TAZKIRAH PANITIA AGAMA ISLAM SKLR 2010
PUASA ENAM SYAWAL

1) DALIL PUASA SUNAT ENAM SYAWAL.
Dalilnya ialah hadis Rasulullah SAW (Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun-Muslim). Para ulama telah menegaskan bahawa suatu amalan akan diganjari degan 10 kebajikan. 30 hari kita berpuasa dalam bulan ramadan menyamai pahala berpuasa selama 300 hari. Kemudian ditambah dengan 6 hari syawal menyamai 60 hari. Jadi kesemuanya berjumlah 360 hari, hampir setahun.

2) HUKUM PUASA 6 SYAWAL
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al- Syafie, Imam Ahmad, Daud dan ulama yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal). Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.”

3) BILAKAH DIMULAKAN?
Puasa sunat enam Syawal paling awal boleh dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri. Kita diharamkan berpuasa pada aidilfitri dan aidiladha berdasarkan hadis (Nabi SAW melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha-Bukhari)

4) BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Persoalan yang menjadi perbicangan di kalangan para ulama ialah:

4.1) Berturut-Turut Atau Rambang?
Puasa 6 Syawal boleh dilakukan secara rambang atau berturut-turut asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walau bagaimanapun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah SWT: (Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa- Surah Ali Imran 133)

4.2) Masalah Qada’ & Puasa 6
Wujud perbincangan di kalangan para ilmuan, adakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini membuahkan dua pendapat.

Pendapat Pertama: Boleh Melakukannya
Ini berdasarkan dalil bahawa Aisyah ra pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata ( Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW. -Bukhari & Muslim) (Penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya
Ini berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadhan terlebih dahulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

3) Menggabungkan Qadha & Puasa 6
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyatul masjid).

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati dengan yakin adalah lebih utama.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhaiNya.

*artikel ini diubahsuai dari pamplet ramadan dr abdul basit abdul rahman sg durian

RUJUKAN
bughyat al-tullab
kitab al-fiqh ala al-mazahib al-arbaah
abuanasmadani.com (pamplet ramadan)
http://www.ikim.gov.my (laman web rasmi IKIM)
http://al-fikrah.net/
http://hafizfirdaus.com/ http://www.zaharuddin.net/

Ahad, 12 September 2010

suatu masa dahulu...bersama teman indonesia(amirzan)

detik yang paling berdebar semama peperiksaan di azhar univ ialah peperiksaan dan saat2 keluarnya keputusan peperiksaan. biasanya peperiksaan diadakan 2 kali setahun iaiatu bulan disember untuk sem 1 dan bulan mei untuk sem 2. secara keseluruhannya peperiksaan untuk peringkat sarjana muda di al-azhar lebih kepada ingatan dan kefahaman. tak perlu lagi nak cari atau buat research pasal benda2 baru macam orang buat tesis peringkat master. bentuk exam pulak, ada yang jenis bertulis, lisan dan ada juga yang diambil daripada assingment (bahath). biasanya subjek yang kena masuk ujian lisan untuk kuliah syariah ialah al-Quran(ni paling susah), usul figh, fiqh perbandingan dan fiqh mazhab. ujian lisan ni biasanya diadakan 2 minggu sebelum ujian bertulis. masa ujian lisan diadakan, pihak univ mengasingkan pelajar arab dan bukan arab. bukan arab pula dibahagikan kepada bilik2 tertentu mengikut abjad nama. dalam bilik ujian, ada seorang atau 2 orang pensyarah dan kita masuk tidak mengikut giliran, sapa nak masuk dulu dipersilakan secara beregu(2 orang). so kena cari kawan yang nak masuk dengan kita. kadang2 markah kita 2 orang ni akan dibahagikan secara purata. sapa nak masuk last pun dipersilakan.

biasanya aku tak suka masuk last atau tengah2. aku suka masuk awal sebab bagi aku masa tu pensyarah tak boring lagi. tengah fresh. kalau dah boring, letih semangat n mood pun dah takder. pastu lak bila jer masuk 2 orang n keluar, kami akan berkerumun dan tanya 2 orang tu apa yang ditanya dan camana pensyarah tu, susah ker tak. so bila je aku nak masuk, aku main masuk jer, tak kisah saper jadi partner aku, yang penting aku masuk awal. kebanyakan kami dari msia suka masuk lewat, so bila jer aku masuk awal aku tak pedulikan sape jer jadi partner aku. bila kerapkali aku masuk awal, aku perasan ada seorang indonesian suka gak masuk awal dan dia seringkali jadi partner aku. ingat lagi namanya amirzan, berasal dari acheh indonesia. katanya kalau kita dah hafal, faham dan ingat usah dibuang masa, masuk aje. tak perlu lagi ditunggu2 nanti kalau ditunggu lama2, kita rasa bosan dan semakin gemuruh. kadang2 ada gak aku terlekat semasa menjawab soalan pensyarah. biasala pensyarah ni, kadang sajer disoalnya benda yang berbelit2 dan agak susah, so jawapan aku tak cukup kuat, gagal mengaitkan peristiwa yang baru berlaku sekarang dengan apa yang terdapat dalam buku, biasanya amirzan lah yang akan tolong tambah. gitula sebaliknya kalau dia terlekat (jarang sangat) aku la yang akan cuba tambah. alhamduliLlah setiap tahun kami lulus peperiksaan dan setiap tahun kami akanjadi partner masa ujian lisan. dia pun kekadang2 bila jer nak ujian lisan sajer cari aku untuk masuk awal.

bila aku berada di bandar baru bangi, sekali lagi kami dipertemukan. aku wat tajuk pasal bursa malaysia. dia khabarnya wat tajuk pasal undang2 syariah di acheh dan aku tak tau sejauh mana perjalanan tesis/disertasinya. bila tsunami melanda acheh 2004 dia kehilangan ayah dan ahli keluarganya. dia pulang dan aku tak mendengar lagi beritanya sehingga kini entah hidup entah kan mati.

bila akhir2 ni aku baca pasal masalah msia-indo rasa tak seronok. mcm2 maklumat tentang demonstran tu. ada yang kata semua tu kristian, ada yang kata nasionalis fanatik, ada yang kata demonstran upahan, tak tau lah yang mana satu. cuma bila aku terkenangkan pelajar2 indonesia di azhar, aku rasa pelik kalau mereka yang jadi demonstran. maybe kenyataan bahawa demonstran tu sebenarnya diupah betul, maybe mereka(demosntran) hanyalah segelintir daripada keseluruhan saudara kita dari indonesia yang seagama, seumpun dan sebangsa.

apa yang pasti, janganlah sampai arab sama arab bergaduh, yang menangnya ialah yahudi israel. jangan jadi melayu sama melayu berjuang, yang menangnya ialah inggeris. jangan jadi tok bahaman tu penderhaka, mat kilau pemberontak, tok janggut penjenayah, yang heronya ialah british dan gerald templer. jangan jadi camtu....

suatu masa dahulu...bersama teman indonesia

sekitar tahun 1996/97 dulu, masa tu ekonomi negara berdepan dengan krisis. katanya krisis tu disebabkan george soros, tapi tak tau la yang sebenarnya. kami pelajar2 di azhar univ agak terasa.. kalau sebelum ni USD1 sama dengan RM2.50 pada masa tu dah jatuh sehingga USD1 bersamaan dengan RM4 atau RM5 sebelum diikat kepada RM3.80. pelajar2 indonesia lagi laa. khabarnya ada yang dah balik ke negeri kerana masalah kewangan.

masa tu masyarakat arab khasnya di mesir banyak membantu kita pelajar2 msia, indonesia, filipina, thailand dan asia tenggara. sumber2 zakat, derma, bantuan dan sebagainya banyak disalurkan kepada kita. pernah aku dijemput ke sebuah masjid yang menjadi pusat untuk sebuah NGO untuk menerima sumbangan berupa beras, serbuk teh, gula dan ada jugak dapat duit. ada la dalam 2 3 kali juga dapat sumbangan begitu. yang jadi masalahnya bila pelajar kita dapat duit, dalam perjalanan pulang je ker rumah, tak sampai lagi, dah singgah ke kedai ayam baba, x pun kedai ayam golek kat stesen bas abbasiah, atau mnakan kabab di maidan al-jaisyh. kedai2 camtu n makanan yang dijual kat situ mmg menyelerakan, tapi arab pun tak semua boleh makan kat situ. at last arab tak berapa nak bagi derma kat malaysian kerana kami dianggap kaya dan mampu meneruskan pengajian tanpa bantuan mereka (walaupun x semuanya begitu). tempias ni kena gak kepada saudara2 kita dari indonesia.

ada suatu ketika semasa aku menungu bas di sebuah hentian, aku sembang dengan saudara2 kita dari indonesia. masa tu kesatuan eropah baru memperkenalkan mata ang euro yang melibatkan beberapa buah negara kecuali british. aku berbual dengan pelajar tersebut. aku cakap kalaulah eropah yang mempunyai pelbagai bangsa dan negara dengan ragam kebudayaan boleh bersatu mewujudkan satu matawang, boleh mewujudkan sebuah kesatuan yang membenarkan rakyat di mana2 negara EU berkerja danm bergerak bebas di negara EU yang lain, sepatutnya kita yang seagama serumpun, sebangsa walaupun dengan etnik berbeza, satu bahasa dan budaya sepatutnya lebih mendahului mereka dari semua segi. dari segi bahasa contohnya kita hampir sama sedangkan rakyat di negara EU mempunyai bahasa yang pelbagai dan masing2 ingin menegakkan bahasa mereka. kalau kita ke france dan kita bercakap dalam english, rasanya susah mereka nak layan kita. maybe kita tanya dalam english tapi dijawabnya dalam france. sedangkan kita takla mengalami masalah tu. kalau ada pun masih dalam ruang lingkup yang tidak terlalu jauh. pelajar indonesia berkenaan mengangguk tanda setuju. ditambahnya lagi, dari segi kemediaan(di mesir), bila saja disebut urdun (jordan) atau suria (syria) dan negara2 arab yang lain, media akan menyebutnya sebagai urdun al-syaqiq(al-syaqiq maknanya adik beradik seibu sebapa). begitulah apabila mereka melaporkan perihal negara lain di benua arab. sedangkan kita di nusantara apabila kita membaca laporan media berkenaan msia-indo kita tidak merasakan lafaz2 kemesraan yang digunakan. berkenaan dengan matawang, apa yang diperlukan ialah pengorbanan dan masa yang panjang. malaysia katanya agak ke hadapan dari segi ekonomi namun indonesia boleh menyediakan tenaga kerja yang ramai dan sumber bumi dari segi kepualuan dan kelautan yang luas serta hasil semulajadi yang pelbagai. soalnya sanggupkah msia dan orang msia berkorban buat seketika? harus diingat negara2 di eropah semasa nak memperkenalkan matawang euro banyak halangan yang mereka tempuh. di antaranya negara2 kaya seperti jerman akan menanggung negara yang agak miskin(seolah2 begitu). kalau sebelum ni matawang jerman agak tinggi berbanding matawang negara miskin, so rakyat jerman apabila melancong ke negara berkenaan akan mendapat nilai yang lebih namun apabila euro diperkenalkan semuanya dah jadi sama, tak terlibat dengan currency....etc. begitu juga hutang2 negara miskin akan menerima kesan daripada pengunaan euro. namun kerajaan dan rakyat di negara kaya seperti jerman sanggup menangung risiko berkenaan. soalnya bagaimanakah orang2 malaysia? satu lagi....bagaimana dengan brunei?

perbualan kami semakin menarik. apa yang boleh aku katakan, aku terasa akrabnya hubungan persaudaraan dan persahabatan dengan saudara2 kita dari indonesia dengan pelbagai idea. bermula dengan penggunaan mata wang dan kekuatan ekonomi sehingga terbentuknya sebuah kesatuan atau khilafah di sebelah timur. namun apabila kami ingin panjangkan perbualan..bas dah tiba. aku menaiki bas berkenaan dan kami terpisah sejak hari itu

Ahad, 5 September 2010

takziah buat ustaz yusuf awang besar


(gambar dari harakahdaily.net)

(gambari dari bharian.com.my)
pagi jumaat, aku baca berita di utusan online bahawa seorang ustazah mati dibunuh di port dickson. hati aku tertanya-tanya siapa. maybe sejawat dengan aku, atau kenalan aku. tapi berita hari tu pendek jer. malamnya ketika kami alumni semuara mengadakan pertemuan ringkas, aku difahamkan ustazah yang meninggal tu isteri kepada ustaz soh kantin (panggilan kami buat saudara yusuf awang besar), dibunuh bersama anak lelakinya yang berusia 10 tahun dengan keadaan yang tragis. keesokannya aku cari gambar dalam internet, aku perasan ustazah berkenaan berserta anaknya. masih aku ingat anak kecil itu yang berlari di sekeliling ibu n ayahnya di hayyu sabie dulu, rupanya2 telah pergi buat selamanya menemani ibunya.tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan seorang ayah dan suami yang berada jauh beribu batu apabila mendapat berita buruk sebegitu.

(gambar diambil dari utusan.com.my)
masa aku terima emel kecemasan supaya pulang segera kerana ayah sakit, aku dah tak dapat buat apa-apa dah. rasa melayang jer, jalan dah tak jejak bumi. aku bagi duit meminta kawan2 membeli sedikit souvenir, meminta kawan2 menguruskan kitab2 dan urusan tiket balik. aku bawa balik baju yang berada di tubuhku dan 2 3 helai lagi di dalam bag. tu jer yang aku sempat bawa berserta alunan tasbih nabi yunus di bibir dan hatiku. inikan pula seorang ayah dan suami yang lama tidak melihat isteri dan anaknya, tetiba dikejutkan dengan berita kematian mereka dalam keadaan yang menyedihkan.

(gambar kenangan, diambil dari hmetro.com.my)
apa yang mampu aku berikan hanyalah ucapan takziah berserta doa semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan ketabahan hati buat ustaz, semoga roh ustazah norliza ishak bersama amirul ayman ditempatkan dalam kalangan mereka yang diredaiNYA.

(gambar dari bharian.com.my)
kekal hanyalah milikNYA (al-baqa' liLlah)