Sabtu, 25 September 2010

tentang buku teks BA tahun 2 & 3 2010 (2)

Secara keseluruhannya, kosa kata yang digunakan bagi tahun 2 dan 3 sesi 2010 adalah mudah, mesra pelajar dan cukup sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Selain itu silibus bahasa arab tahun 2 dan 3 juga mempunyai kesinambungan dan pemeringkatan pelajaran secara beransur-ansur. Berikut ialah jadual analisis perbandingan di antara buku teks bahasa arab tahun 2 dan tahun 3

pertama:
Tahun 2
Kosa kata yang digunapakai merupakan perkataan yang wujud dan berada di sekeliling pelajar seperti anggota tubuh badan manusia, alat tulis dan peralatan sekolah, pakaian, makanan dan minuman, warna, kakitangan sekolah, binatang dan sebagainya. Sebagai contoh, untuk tajuk ke 10 bagi tahun 3, tajuk yang diajar ialah kasihanilah binatang. Tajuk ini mengandungi 6 nama binatang iaitu kucing, arnab, ikan, ayam dan burung. Kesemua binatang ini merupakan binatang yang sudah pun dikenali oleh pelajar. Begitu juga dengan tajuk peralatan sekolah. Perkataan yang diajar ialah pen, kapur tulis, pemadam papan hitam dan pengorek pensil. Peralatan ini merupakan benda yang wujud di sekeliling pelajar, memudahkan lagi proses p&p guru di dalam kelas.

Tahun 3
Sama seperti di tahun 2, keseluruhan kosa kata yang digunakan merupakan benda-benda yang berada di sekeliling pelajar dengan sedikit tambahan terhadap kosa kata yang telah dipelajari. Sebagai contoh bagi tajuk peralatan sekolah, perkataan yang dipelajari ialah gam, fail, pensil warna, dakwat, gunting dan berus. Kesemua perkataan ini merupakan benda-benda yang wujud di sekeliling pelajar. Oleh itu, perkataan dan kosa kata yang digunapakai dalam p & p bahasa arab bagi tahun 3 cukup sesuai dengan pelajar dengan sedikit penambahan perkataan jika dibandingkan dengan buku teks di tahun 2

kedua:
tahun 2

Selain itu, kosa kata yang digunapakai semasa tahun 2 mempunyai kesinambungan dengan tahun 3. Sebagai contoh, unit 1 dalam buku teks bahasa arab tahun 2 mengandungi tajuk anggota tubuh badan saya. Terdapat 7 perkataan kata nama iaitu hidung, mata, telinga, mulut, bahu, rambut dan jari. Tajuk yang sama dengan tambahan perkataan yang berbeza akan diajar di tahun 3. Hal ini juga dapat dilihat di dalam tajuk alatan sekolah. Semasa pelajar berada di tahun 2, perkataan yang diajar ialah pen, kapur tulis, pemadam papan hitam dan pengorek pensil. Seterusnya apa pelajar berkenaan berada di tahun 3, tambahan perkataan untuk tajuk yang sama akan diajar. Kesinambungan ini menjadikan kosa kata yang digunapakai cukup sesuai dengan silibus bahasa arab sekolah rendah

tahun 3
Kosa kata yang digunapakai merupakan kesinambungan daripada unit yang sama semasa pelajar berada di tahun 2 dengan sedikit penambahan. Sebagai contoh semasa pelajar berada di tahun 2, mereka akan diajar tentang perkataan mata, telinga, dagu dan sebagainya untuk tajuk anggota tubuh badan saya. Apabila mereka berada di tahun 3, tajuk yang sama diajar pada bulan pertama pengajaran bahasa arab. Apa yang berbeza ialah tambahan perkataan lain iaitu lidah, dagu, tengkuk, dahi, gigi dan pipi. Ini akan menambahkan lagi khazanah perbendaharaan kata pelajar. Begitu juga untuk tajuk peralatan sekolah. Perkataan yang ditambah ialah fail, pensil warna, gam, dakwat, gunting dan berus

ketiga
tahun 2

Kosa kata yang banyak diajar terdiri daripada kata nama, diikuti oleh partikel dan kata kerja. Ini menunjukkan bahawa silibus bahasa arab dirancang dengan cukup teliti untuk kemudahan pelajar. Dalam bahasa arab, apabila kata kerja digunakan dalam sesuatu ayat akan berlaku perubahan pada baris dan ejaan. Perkara ini boleh merumitkan pelajar. Walau bagaimanapun tumpuan kosa kata di tahun 2 agak berkisar kepada kata nama dan ianya memudahkan pelajar. Selain itu, ayat pendek yang digunakan juga hanyalah mengandungi gabungan kata nama dan partikel. Sementara gabungan ayat kata nama, kata kerja dan partikel walau pun ada, namun tidaklah terlalu menyusahkan.

tahun 3
Berbeza dengan tahun 2, pelajar di tahun 3 mula didedahkan dengan ayat pendek yang mempunyai kata kerja, partikel dan kadang-kadang terdapat 2 kata nama. Namun secara keseluruhannya, pemeringkatan ini tidak membebankan para pelajar.


Kesimpulannya, kosa kata yang digunakan dalam kedua-dua buku tersebut sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Apa yang berbeza ialah terdapat sedikit penambahan kosa kata dan pemeringkatan isi pembelajaran dalam buku teks tahun 3 jika dibandingkan dengan buku teks tahun 2.

* artikel ini merupakan assingment seorang ustazah yang sambung blajar, aku tolong buat dan masukkannya di sini sebagai khazanah penulisanku. asalnya ada kotak2, tapi entah naper masuk jer sini kotak2(box) tu hilang.

Tiada ulasan: