Sabtu, 9 Oktober 2010

kuliah maghrib.....syarat sah solat (masuk waktu)

Syarat sah sembahyang
1)mengetahui masuk waktu dengan yakin atau dengan zan. Zan maknanya sangkaan yang lebih menyebelahi atau memberati kepada kebenaran. Oleh itu, jika seseorang solat dalam keadaan tidak masuk waktu, atau tidak yakin bahawa waktu telah masuk walaupun keyakinan pada tahap zan, maka solatnya tidak sah walaupun dia telah solat secara kebetulannya di dalam waktu. Contohnya seorang lelaki yang pergi menorah getah di bukit. Dia terlupa membawa jam tangan atau hp atau sebarang alat yang menunjukkan waktu. Kemudian dia solat zohor di bukit. Selesai solat dia terus pulang ke rumah dan setibanya di kawasan perkampungan dia singgah minum kopi di kedai kopi yang terletak paling hujung di tepi bukit yang menjadi laluan ke kebunnya. Bila jer sampai dia Tanya sekarang dah pukul berapa? Tokey kedai kopi jawab sekarang dah pukul 3 petang. Lalu si penoreh getah berkenaan dapat mengagak bahawa waktu dia bersolat tadi ialah jam 2.30 petang kerana secara kebiasaannya jarak berjalan kaki dari kawasan kebun getahnya ke kedai kopi berhampiran ialah 30 minit. Soalnya apakah solatnya tadi sah? Jawabnya tidak sah. Solat lelaki tadi tidak sah kerana dia bersolat dalam keadaan tidak yakin waktu zohor telah masuk walau pun waktu pada masa tu telah pun 230 petang. Tetapi kalau pada masa dia menoreh dia telah nampak bayang2 dan tanda2 lain meunjukkan bahawa waktu zohor telah masuk, lalu dia telah yakin walaupun keyakinannya pada tahap zan maka solatnya tadi sah.

* petikan daripada munyatul musalli

Tiada ulasan: