Sabtu, 27 November 2010

kuliah maghrib....rukun 1: niat

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ada sesetengah kitab mengatakan bahawa rukun solat ada 14 perkara dengan meletakkan tamakninah sebagai rukun yang ke 14, rukun yang tersendiri. namun bagi silibus pendidikan islam di sekolah rendah dan dalam kebanyakan kitab yang kita biasa pelajari, ulama menetapkan bahawa rukun solat ada 13 perkara sahaja.

rukun pertama ialah niat. niat ialah menyehaja ia akan suatu hal keadaannya disertakan dengan awal perbuatan(petikan dari musalli). maksudnya kita berazam/mengqasad/ melakukan solat di awal atau permulaan untuk solat iaitu takbiratul ihram. tempat niat ialah di dalam hati. apa yang disebut di mulut dengan usalli.....semua tu bukanlah merupakan niat tetapi lafaz niat.

niat solat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu qasad, taarud dan taayun. ketiga3 bahagian ini hendaklah dihadirkan di dalam hati semasa berniat solat.
1) qasad
hendaklah seseorang yang nak melakukan solat mengqasad di dalam hatinya hendak mengerjakan solat. atau dengan kata lain menyatakan tujuan untuk bersolat. dalam lafaz niat biasanya disebut usalli(sahaja aku) untuk membezakan orang yang solat dalam keadaan tak sedar atau tersolat (ada ker tersolat?). ringkasnya perkataan SAHAJA di dalam lafaz niat untuk menunjukkan kehendak hati nak bersolat

2) taarrud
menyebut di dalam hati samada fardu atau sunat.

3) taayyun
menentukan solat samada zohor, asar, maghrib, isyak atau subuh.

ketiga-tiga bahagian ini hendaklah dihadirkan/dilintaskan di dalam hati semasa takbiratul ihram

dalam bab niat ini, kita boleh bahagikan solat kepada 4 bahagian.
1) solat jumaat dan solat qasar
kita hendaklah berniat qasad, taarud, taaayyun dan ditambah satu lagi iaitu jika solat jumaat, hendaklah berniat samada imam atau makmum kerana jumaat tidak sah dilakukan seorang diri. begitu juga solat qasar, kita hendaklah berniat qasad, taarud dan taayyun serta ditambah niat qasar. contoh lafaz niat ialah sahaja aku solat fardu jumaat mengikut imam/ menjadi imam... sahaja aku solat merupakan bahagian qasad. fardu merupakan bahagian taarrud. jumaaat merupakan taayun. sementara kena tambah mengikut imam atau menjadi imam kerana di dalam solat jumaat kena tambah benda tu

2) solat fardu selain jumaat dan qasar
hendaklah berniat qasad, taarrud dan taayyun. contoh lafaz niat ialah sahaja aku sembahyang fardu zohor. sahaja aku sembahyang merupakan bahagian qasad. fardu merupakan bahagian taarud dan zohor merupakan bahagian taayyun

3) solat sunat yang mempunyai sebab dan waktu
contoh solat sunat yang mempunyai sebab ialah solat sunat gerhana matahari/bulan. sementara contoh solat sunat yang mempunyai waktu ialah solat sunat duha dan sebagainya. solat ini memerlukan kita berniat qasad dan taayyun sahaja. contoh lafaz niat ialah aku sembahyang gerhana matahari atau aku sembahyang duha. lafaz aku sembahyang merupakan qasad, lafaz gerhana matahari atau duha merupakan taayin

4) solat sunat mutlak
solat jenis ini memerlukan kita mengqasadkan solat sahaja. contoh lafaz niat ialah aku solat...

musannif (pengarang) mengatakan sunat untuk kita melafazkan niat dengan lidahnya. ini menjadi pertikaian di kalangan ulama. apakah dalil yang mengatakan sunat untuk kita menyebut usalli...dengan lidah? dari segi perbincangan ilmiah, mengikut dr abdul basit sungai durian mengatakan bahawa tidak terdapat dalil daripada quran, hadis dan sebagainya bahawa sunat untuk kita melafazkan niat dengan lidah. cuma sesetengah ulama mutaakhirin mengatakan sunat untuk kita lafazkan niat kerana ia membantu hati kita untuk berniat. perbicangan ini agak panjang dan aku tidak menyebutnya di hadapan orang kampung di surau secara terperinci, aku sebut terpulanglah kepada seseorang untuk berpegang dengan pendapat untuk melafazkan niat atau tidak perlu melafazkan niat di mulut. yang pastinya kena berniat dan tempat niat di dalam hati.begitulah juga dalam masalah menyebut bilangan rakaat, menyebut ada' atau qada' di dalam niat dan menyandarkan ibadat kita kepada Allah SWT seperti menyebut kerana Allah SWT.

ada juga pendapat2 lain dalam masalah niat. ada pendapat yang tidak bersetuju untuk melafazkan perkataan usalli(sahaja aku) kerana perbuatan solat merupakan ibadat yang dilakukan secara sedar, bukan secara tidak sengaja atau tersolat. oleh itu, tidak perlu menyebut usalli. begitu juga dengan bilangan rakaat tidak perlu disebutkan di dalam hati kerana bilangan rakaat telah ditentukan oleh Allah SWT dan tidak boleh diubah. begitu juga masalah menyandarkan niat kerana Allah Taala kerana sememangnya ibadat yang kita buat semestinya kerana Allah Taala.

* sebahagian daripada isi kuliah maghrib(munyat musalli) di surau.

Tiada ulasan: