Isnin, 31 Januari 2011

kaherah......apa seterusnya..???

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
rasanya dah hampir seminggu demonstrasi berterusan di kaherah. aku lak agak bz semingggu 2 ni, tak begitu sempat nak follow up berita dari sana. really bagi aku dan kami kekawan sekaherah dulu agak terkejut dengan apa yang berlaku. tak pernah lagi sepanjang aku dok sana berlaku benda2 cam gini. arab cukup takut nak berhimpun, tak silap aku tak boleh berhimpun 5 orang lebih di tempat awam tanpa permit(tak pasti, senior2 cakap gitu). kalau berhimpun juga, kerajaan boleh amik tindakan. kalau kita malaysian ni maybe polis tak begitu terliur nak suraikan atau nak wat apa2, tapi kalau orang tempatan berhimpun dalam keadaan mencurigakan biasanya ada la mabahith(gestapo) yang datang suraikan mereka.

pernah sekali masa aku dok marg, ada berlaku pergaduhan di antara 2 buah kedai runcit. masa tu jam dah 12 tghmalam, musim sejuk. tetiba jer polis datang hanya dgn sebuah trak. orang ramai yang berkumpul dan bergaduh semuanya lari. ada seorang polis muda yang tidak bersenjata terus mengejar orang awam dan menangkap seorang daripada mereka, kemudiannya menarik orang awam tersebut ke tempat lapang dan dipukulnya dengan cemeti. aku terpk kenapa seramai2 orang awam yang tinggal di marg tak berhimpun sama halang atau cegah polis daripada menyeksa orang awam seorang yang dipukul itu. rupanya mereka cukup takutkan polis. kalaulah seorang polis yang tengah menjalankan tugas ditendang dan sebagainya, pastinya esok akan datang polis dan askar memenuhi seluruh kampung elmarg. really kat elmarg dulu, kalau jam 12 malam ke atas, orang tempatan dah tak keluar rumah. masa tu kalau nampak tentera dan polis berkeliaran bersama senjata dah jadi perkara biasa (aku kekadang balik dari pusat bandar dengan metro, jam 12 baru sampai marg). tu sebab aku rasa pelik dengan keberanian masyarakat mesir berkumpul di jalanan membantah serta mendesak husni mubarak turun takhta. maybe suasana dah cukup berubah, maklumlah aku pun dah lama tinggalkan segalanya....

aku nak tengok apa yang akan berlaku seterusnya. kalaulah demonstrasi ni terhenti dan berhenti atau berjaya dihentikan oleh kerajaan atau tentera. pastinya lepas ni akan ada usaha pembersihan secara besar-besaran. kesemua aktivis dan demonstrator yang terlibat pastinya akan dicari, dijejak, ditahan dan sebagainya. tak mustahil usaha pemburuan akan melibatkan rumah ke rumah, bangunan ke bangunan, jalan ke jalan. semua ni tak mustahil bagi sebuah negara yang berorientasikan ketenteraan macam mesir. mesir cukup berpengalaman berdepan dengan usaha pencarian/penjejakan aktivis ikhwan muslimin dulu. sebaliknya kalau demonstrasi ini akan berterusan sehingga jatuhnya mubarak, harap2 apa yang berlaku janganlah ada pertumpahan darah walaupun ia agak sukar dielakkan. dan harapnya janganlah seperti menyalin baju sedangkan kurap di badan tetap tak hilang malah bertambah sakit. takder gunanya pemimpin yang ada sekarang diganti dengan seorang yang lebih teruk daripadanyaaa..

aku rasa sedikit bimbang dengan keadaan pelajar malaysia di sana. masa aku dok sana dulu pun,kami tak terpk nak beli makanan byk2 simpan dalam peti or apa2. sebab suasana rasanya ok jer. aku rasa lebih selamat dan lebih aman masa dok mesir dulu daripada masa aku dok kl. suasana selesa ini menjadikan kami tak pernah beringat2 dan tak pernah berwaspada. bila jadi camni, kalau aku masih kat sana, aku pun rasa tak tau nak wat apa. elektrik bila2 masa jer boleh dipotong oleh kerajaan. air pun sama tapi tak tau laa, rasanya takder sampai camtu sekali. kalau tenet n line telepon tu perkjara biasa bagi sebuah kerajaan yang berorientasikan ketenteraan.

apa yang mampu aku lakukan dari jauh hanyalah berdoa semoga semuanya selamat. kalau pelajar malaysia yang bertompok di nasr city atau abbasiah tu rasanya ok jer. tapi kalau pelajar mnsia yang terpencil di kampung/penempatan arab sebagaimana tempat kami di marg dulu tu mmg rasa bimbang. nak kuar rumah pun rasanya tak berani.

setakat ni, dah ada negara yang mengeluarkan amaran dan berusaha membawa keluar rakyatnya dari mesir. msia ni aku tgk tenang jer. mcm takder apa2. kalau tenang kerana perkara tu tak diperlukan aku tak kisah sangat. tapi kalau tenang buat tak indah, dalam keadaan ibu bapa di msia bimbangkan anak2 mereka rasanya tak manis sangat. sesuatu harus dilakukan, sekurang2nya pemantauan dan pengumuman yang diupdate dari masa ke semasa harus dilakukan.....

Sabtu, 29 Januari 2011

demonstrasi di kaherah.....akses internet dihalang

hari ni aku baca paper, kaherah dan mesir agak kelam kabut. angka kematian sudah mencecah 7 orang. ada suatu yang menarik perhatianku, iaitulah bagaimana sesebuah negara dapat menghalang akses internet. khabarnya hanya ada 4 syarikat yang membekalkan internet di mesir. ke4 syarikat tersebut diarahkan menutup perkhidmatan internet. khabarnya pakar2 teknologi komunikasi berkata perkara ni tak pernah terfikir, bagaimana sebuah negara boleh menutup akses internet. kalau di amerika , terdapat beratus ratus bahkan mungkin beribu2 pembekal komunikasi, so usaha nak halang internet tu susah. nampak dari gaya n cara berita tu dilaporkan menunjukkan kemampuan dan kehebatan mesir dalam menyekat dan menutup internet daripada rakyat.(walaupun benda ni boleh dilihat dari sisi negatif)

seingat aku, masa 5 tahun berada di kaherah dulu, ada 2 kes kejadian bekas tentera mesir ditangkap kerana menjual maklumat kepada israel. kalau tak silap kejadian pertama berlaku di iskandariah. khabarnya bekas tentera tu pegawai berpangkat tinggi, aku tak pasti kolonel atau kapten. dia ditangkap kerana menjual rahsia negara kepada israel melalui saluran emel dan teknik komunikasi lain. namun emel berkenaan berjaya dipintas oleh pihak keselamatan mesir. dalam kes kedua hampir sama, bekas pegawai tinggi tentera menjual maklumat dan rahsia negara kepada isral (juga) namun berkaya dipintas oleh pihak keselamatan. pasa masa tu aku dah rasa cukup kagum dengan usaha2 sebegini, walaupun kadang2 usaha2 sebegini boleh disalahgunakan tapi ini membuktikan bahawa pihak tentera mesir tidak boleh dipandang rendah kalau benda2 melbatkan keselamatan negara mereka. walhal kehidupan rakyat n negara mereka biasa jer, kalau naik bas mengelilingi kaherah, sampah tak usahlah cakap. kenderaan mercedes dan kereta keldai masih kedapatan di jalanraya. tapi dalam bab keselamatan, teknologi dan peralatan perang mereka sentiasa advanced. maybe kerana israel dok sebelah........

Rabu, 26 Januari 2011

demonstrasi di kaherah

dalam sehari 2 ni aku terkenangkan kaherah, tetiba buka jer tv pagi ni ada berita pasal demonstrasi di kaherah. aku sempat tgk gambar kat tv jer, tak tau ada apa. tapi tgk gambar tu rasa pelik dan terkejut. sepanjang aku dok kaherah hampir 5 tahun lebih, jarang ada atau berlaku demonstrasi. pernah ada demo pasal protes terhadap buku walimah aasyab al-bahr yang menghina Islam(kalau x silap) tapi demo tu kecik jer. tak sebagaimana kat dalam tv yang aku tgk pagi ni. demo yang agak merakyat dan meluas. bila aku buka internet pagi ni, kawasan medan tahrir (gambar) penuh dengan manusia. kat situlah tempat sesetengah kekawan aku dok sambung visa. khabarnya demo tu sebagai protes anti goverment. terhadap husni mubarak yang dah 30 tahun di puncak. tak tau la. apa pun semoga bumi kaherah kembali tenang. ingat, ada musuh besar di sebelah anda.

Isnin, 24 Januari 2011

monolog hati

kekadang kita berasa sedih, cukup sedih di atas kehilangan sesuatu atau seseorang. kesedihan yang membawa perubahan pada fizikal dan jiwa kita. kita impikan apa yang hilang tu kembali menjelma sebagaimana sebelum ini. pabila masa berlalu, tika itu semangat kita dah pun pulih, bila kita kenangkan kembali apa yang telah berlalu suatu waktu dahulu, kita hanya mampu ketawa, mengenangkan kembali kebodohan dan kesilapan kita. lantas kita tersedar bahawa sebesar-besar urusan yang bersandarkan keduniaan, ianya terlalu kecil dan tidak bernilai apa2 di sisiNYA.

kekadang bila kita dianugerahkan kemenangan, kebahagiaan, kenikmatan, kita merasa cukup sayang2 dengan kesemua tu sehingga kita terlupa bahawa kenikmatan itu hanyalah pinjaman/ujian Allah untuk kita. bila2 masa DIA boleh amik semuler apa yang dipinjamkan kepada kita. kenikmatan pinjaman itu hanya sementara, bagaikan angin pagi yang bertiup perlahan mendodoikan kita yang diliputi selimut tebal, dalam suatu musim sejuk, di kota kaherah, tiba masanya kan tetap berlalu meninggalkan kita.

Ahad, 23 Januari 2011

zikrayat.......izayyak ya masr..

apa khabar bumi kaherah? lama rasanya aku tidak mengikuti perkembangan berita dari kaherah. kekadang teringat gak jalan2 sempit menyusuri kedai di sekitar husin ke atabah dan seterusnya ke tahrir. kekadang terkenangkan laluan di sekitar azhar ke rumah syeikh mohamad hafiz ramadan, bertalaqqi di rumahnya. namun itu semua dah jadi kenangan.

seingat aku, tiba jer ke bumi al-azhar dulu, aku catat apa yang aku nak catat. penanda jalanan di lebuhraya, papan tanda, rumah2 dan kedai2 semuanya aku tulis. aku balik cari dalam kamus, tanya orang apa makna tulisan yang terdapat kat tempat2 tu. tiap2 hari aku baca paper walaupun semuanya aku tak faham. aku beli majalah, walaupun aku tak faham tapi aku tetap beli dan tengok gambar. kekadang terfikir gak orang nak ke london, us semuanya dah boleh berbahasa inggeris skit2, tapi kami nak ke kaherah, langsung tak faham apa arab cakap. aku ingatkan dia cakap bunyi macam orang mengaji quran, rupanya tak. orang mesir cakap dengan slanga dia yang aku tak faham apa pun masa memula tiba. aku beli radio dan dengar radio terutama berita sebab berita jer dia cakap fusha. yang lain dia cakap dialek dia punyer. masa memula memaang tak faham tapi lama2 dapat menangkap butiran perkataan dia. rupanya2 camtu cara arab mesir cakap. sehinggalah selepas 6 bulan aku dah faham paper dia. barulah ada zouq baca paper arab. baca paper al-kourah wa al-malaaib dah rasa macam baca paper berita harian atau utusan malaysia. walaupun paper tu paper bolasepak, tapi dari situlah aku bertatih perlahan2 sehingga skang. really minat aku dalam bolasepak menjadi pintu gerbangku untuk membaca majalah dan paper arab. masa aku kat sana, aku lebih seronok dengan al-akhbar elyoum dibandingkan dengan el-ahram, suratkhabar paling glamer di mesir. tapi masalahnya berita dia tutup awal sangat. kalau ada match bola jam 10 malam dah tak masuk paper. el-akhbar elyoum tu dia dah kuar kaluk silap aku jam 12 tengah malam atau 2 pagi. sementara pagi esoknya pula kuar akhbar el-ahram elmasaai. dah kira edisi lewat. kalau ahrm el-masaai tu aku suka baca tulisan marsa atallah. cara dia ulas isu, cara dia menyampaikan kritikan tu menarik dipenuhi dengan fakta dan maklumat yang cantik. pastu lak, keputusan bola yang main lewat malam dah kuar. inilah paper aku paling suka kat mesir dulu

kalau paper aqidati, sout al-azhar dan liwa' islam tu aku beli dan memang bawa balik. paper ni islamik dan agak ilmiah. banyak ulama dan pensyarah azhar menulis dalam tu. memang paper begini termasuklah majalah2 agama banyak gunanya pada aku bila balik malaysia. kalau bulan maulud aku tak perlu sangat nak buka kitab2 besar, cukuplah buat rujukan awal dari majalah sebegini khasnya majalah al-azhar. cuma aku rasa rugi sebab masa aku dok mesir dulu, masih banyak kitab2 yang aku tak beli bawa balik. time nak menulis or nak wat assignment, merata aku cari kawan pinjam nak wat rujukan.
tak kisahla, apa yang aku boleh cakap, kalau ada student2 dari azhar or mesir baca tulisan aku ni, kalau korang tak guna peluang yang masih ada untuk mencari dan meneroka ilmu kat sana dalam keadaan korang masih bergelar pelajar, masih disupport dari segi wang ringgit. bila korang balik msia, suasana tu dah takder lagi. kita akan sibuk dengan benda2 lain. bukanlah bermaksud sibuk dengan benda lain tu tak bagus, tapi nak bagitau masa yang berlalu tu idah tak boleh nak reverse balik lagi.....

Sabtu, 22 Januari 2011

perkara berkaitan sujud

sujud di atas 7 anggota
maksud hadis( aku diperintahkan untuk sujud di atas 7 anggota sujud: dahi-nabi menunjukkan ke arah dahinya dan ke2 belah tangan, ke2 belah lutut dan ke2 hujung kaki)-bukhari muslim
sujud yang sempurna mestilah dilakukan dengan 7 anggota. dalam mazhab syafie, dahi mesti ditekan di tempat sujud, diletakkan sebetulnya dan menekan dahi di tempat sujud telah termasuk di dalam syarat sah sujud

kedudukan hujung jari kaki
cara meletakkan hujung jari kaki ialah dengan melipat hujung jari kaki kita semasa sujud. minimum ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya. jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh batal kerana ia merupakan anggota wajib. bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan

meletak hidung di tempat sujud
dalam mazhab syafie, makruh hukumnya jika kita sujud dalam keadaan tidak merapatkan hidung di tempat sujud. justeru itu, seeloknya kita sujud dalam keadaan meletakkan atau merapatkan hidung di tempat sujud. ini berdasarkan hadis yg menyuruh kita bersujud di atas 7 anggota.

kedudukan muka ketika sujud
ada hadis nabi yang menyebut bahawa baginda meletakkan wajahnya di antara kedua-dua tangannya semasa sujud (abu daud)

merenggangkan tangan semasa sujud
ada hadis bukhari muslim bahawa Nabi Muhammad SAW merenggangkan kedua belah tangannya daripada sisinya/rusuknya/lambungnya sehingga kelihatan putih ketiak baginda

mengangkat siku
ada hadis riwayat muslim bahawa nabi memerintahkan meletakkan kedua telapak tangan dan mengangkat siku

merapatkan jari semasa sujud
ada hadis al-baihaqiy bahawa Nabi Muhammad SAW apabila rukuk, baginda membuka/merenggangkan jarinya dan apabila sujud baginda merapatkan jarinya

Isnin, 17 Januari 2011

pesan ulama...tentang sifat besar diri

hendaklah kita melihat diri kita dengan penuh kehinaan di sisi Allah SWT dan melihat orang lain sebagai penuh mulia daripada diri kita di sisi Allah SWT.

jika kita lihat seorang kanak-kanak yang kecil hendaklah kita berkata di dalam hari kita (maybe boleh diterjemah/ditafsirkan sebagai bisikan hati) bahawa kanak2 tersebut tidak melakukan maksiat kepada Allah kerana mereka masih kanak2 sedangkan aku sudah dewasa penuh dengan kemaksiatan kepada Allah

jika kita melihat orang yang tua daripada kita, hendaklah kita merenungkan diri kita bahawa orang tua ini terlebih dahulu berbuat ibadat kepada Allah. justeru itu, orang tua ini lebih mulia daripadaku

jika kita melihat orang yang alim maka hendaklah kita merenungkan diri kita bahawa orang alim tersebut diberi ilmu oleh Allah samada ilmu yang kita ketahui dan ilmu yang kita tidak ketahui. justeru itu, hendaklah kita mendidik hati kita, membisikkan di dalam hati kita bahawa orang alim itu terlebih mulia daripada kita di sisi Allah

jika kita melihat orang yang jahil hendaklah kita merenungkan di dalam diri kita bahawa orang ini berbuat maksiat kepada Allah dalam keadaan jahil dan aku berbuat maksiat kepada Allah dengan ilmu dan pengetahuanku. justeru itu, hendaklah kita merenungkan bahawa kita terlebih jahat dan lebih berbuat salah daripada si jahil tadi kerana kita melakukan maksiat dalam keadaan sedar. selain itu, kita juga tidak mengetahui bagaimana kesudahan hidup kita dan si jahil itu. mungkin si jahil itu sebelum matinya sempat bertaubat dan diampunkanNYA sedangkan aku mati dalam keadaan berbuat maksiat dan tidak sempat bertaubat

jika kita melihat mereka yang non-muslim maka bisikkanlah di dalam hati kita bahawa orang ini aku tidak tahu, semoga orang ini memeluk islam. beristiqamah dengan islam dan mendapat kebahagiaan dan diampun Allah segala dosanya

*dipetik daripada hidayat al-salikin karya abdul samad falembaniy. kitab ni dah ada cd daripada us abdul basit sg durian

Sabtu, 15 Januari 2011

rukun solat (7)....Sujud 2 kali pada setiap rakaat

Sujud 2 kali pada setiap rakaat
Sujud ialah bersentuhan dahi orang yang sembahyang dengan tempat sujudnya.

Dalil sujud
Firman Allah SWT: wahai orang2 yang beriman, rukuklah serta sujudlah (menunaikan sembahyang)…..( al-hajj ayat 77)

Daripada hadis nabi Muhammad SAW maksudnya. Sabda rasulullah SAW ketika mengajarkan cara2 bersolat kepada orang yang tidak betul melakukannya,”kemudian sujudlah sehingga tahap tetap dalam keadaan itu, kemudian bangunlah sehingga tetap keadaan dudukmu, kemudian sujudlah lagi sehingga keadaannya tetap.”

Syarat sujud
1)menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah.

2)Melakukan sujud dengan 7 anggota badan berdasarkan hadis yang bermaksud ( sabda Nabi Muhammad SAW,” aku diperintahkan sujud dengan 7 tulang anggota, dengan dahi (sambil baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan hujung kedua belah kaki.”- Bukhari & Muslim). Orang yang bersolat tidak wajib mendedahkan semua anggota tersebut kecuali dahi

3)Bahagian punggung hendaklah terangkat lebih tinggi seberapa yang boleh daripada kepala sebagai mengikuti perbuatan Rasulullah SAW

4)Tidak sujud di atas pakaian yang bergerak mengikut pergerakan orang yang solat

5)Tidak bertujuan lain selain daripada sujud.

6)Menekankan dahi di tempat sujud sehingga kalau diletakkan kapas atau seumpamanya yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meninggalkan kesan sujud yang jelas di atasnya

7)Tamakninah semasa sujud sekurangnya sekali tasbih.

Cara sujud yang sempurna ialah bertakbir ketika turun untuk sujud, letakkan 2 lutut diikuti oleh 2 tangan dan kemudiannya dahi dan hidung. Dua tangan terletak bertentangan 2 bahu dengan jari-jari dilepaskan rapat kea rah kiblat. Jarakkan perut daripada 2 paha, dan dua siku daripada lantai dan dua rusuk sambil bertasbih 3 kali.

Lutut atau tangan, yang mana turun dahulu masa hendak sujud?
ada khilaf yang panjang di sini, masa nak turun sujud, apakah turun lutut dahulu atau tangan dahulu. Ringkasnya ada yang berpendapat turun lutut dahulu, ada juga yang kata kena turun tangan dahulu.

Golongan yang mengatakan turun tangan dahulu berdalilkan hadis bahawa Rasulullah SAW meletakkan kedua-dua tangannya ke bumi sebelum lututnya (ibn khuzaimah & darqutni). Ada lagi hadis dari abu daud nabi SAW bersabda maksudnya, apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun sebagaimana turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua-dua tanganmu sebelum lututmu. Di antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini ialah Imam Malik, satu pandangan daripada Imam Ahmad dan lain2.

Sementara satu lagi golongan mengatakan bahawa kena turun lutut dahulu berdasarkan sebuah hadis riwayat syuraik yang bermaksud ( aku telah melihat Rasulullah SAW apabila sujud, meletakkan kedua-dua lututnya sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum lutut-riwayat abu daud dan lain2).hadis ni ada perbahasannya namun inilah yang menjadi pegangan Imam nawawi dan ulama selainnya.

Mengikut dr abdul basit sg durian, takper turun mana dahulu, lutut dahulu atau tangan dahulu kerana kedua-dua perbuatan tersebut ada hujahnya. Lagipun ia bukannya termasuk dalam perkara rukun sehingga tidak melakukan perbuatan tersebut memebawa kepada batalnya solat. Bagi orang tua, mereka yang dah berumur atau yang sakit lutut bolehlah turun tangan dahulu. Bagi orang muda yang lututnya kuat, bolehlah turun lutut dahulu. Kedua-dua perbuatan berkenaan ada hujahnya, sekalipun ada perbahasannya

Rabu, 12 Januari 2011

rukun solat(6)....Iktidal

Iktidal
iktidal ialah berdiri sekejap di antara rukuk dan sujud. cara melakukannya ialah apabila bangkit daripada rukuk, hendaklah berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan ke paras bahu atau telinga dengan keadaan jari yang terbuka sedikit seperti cara mengangkat takbratul ihram sambil membaca tasmik (samiallahu liman hamidah)

dalilnya hadis daripada aisyah ketika menceritakan cara solat rasulullah SAW katanya,"apabila mengangkat kepalanya daripada rukuk baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak."(muslim)

hadis lain pula maksudnya bahawa rasulullah SAW bersabda ketika mengajarkan cara2 bersolat kepada seorang lelaki yang tidak betul melakukannya,"kemudian bangunlah hingga engkau berdiri tegak."(bukhari & Muslim)

Syarat sah iktidal
1) tidak berniat lain selain daripada ibadat
2) tetap seketika sekadar masa sekali taasbih
3) tidak berdiri lama hingga melebihi kadar bacaan fatihah. ini kerana iktidal merupakan rukun yang pendek dan tidak harus dipanjangkan

* nas disalinsiar daripada manhajiy dengan sedikit tambahan

Selasa, 11 Januari 2011

rukuk solat (5)...rukuk

Rukuk
dalil rukuk:
1) firman Allah SWT yang bermaksud,
wahai orang2 yang beriman, rukuklah serta sujudlah(mengerjakan solat)......(surah al-hajj ayat 77)

2) sabda Rasulullah SAW kepada orang yang diajarnya bersolat, "kemudian rukuklah hingga engkau tetap dalam keadaan itu". (hadis riwayat bukhari dan muslim)

Syarat Rukuk
1) membongkokkan badan sekira-kira tapak tangan sampai pada lutut. Dalilnya hadis yang bermaksud: daripada abu humaid al-saidiy menceritakan cara solat rasulullah SAW, apabila rukuk kedua-dua belah tangan baginda mencapai kedua-dua belah lututnya. (bukhari)

2) tidak membongkokkan badan dengan tujuan yang lain selain daripada rukuk. jika membongkok kerana takut daripada sesuatu kemudian terus membongkok dengan tujuan menjadikannya rukuk, tunduk atau membongkok dengan niat yang sedemikian tidak dikira rukuk. justeru itu wajiblah kembali berdiri dan membongkok semula untuk tujuan rukuk.

3) tamakninah (tetap seketika). minimum tamakninah ialah membongkok dengan kadar tetap sekadar masa sekali tasbih. ini berdasarkan hadisyang bermaksud Nabi Muhammad SAW bersabda: "pencuri yang paling jahat ialah orang yang mencuri sesuatu daripada solatnya, lalu mereka bertanya, wahai rasululah! bagaimanakah dia mencuri sesuatu daripada solatnya? baginda menjawab, dia tidak rukuk dan sujud dengan sempuna." (bukhari)

ada hadis lain yang bermaksud daripada Huzaifah r.a dia melihat seorang lelaki yang rukuk dan sujudnya tidak sempurna. lalu dia berkata, " engkau tidak bersolat. jika engkau mati, pastilah engkau tidak mengikut fitrah Muhammad SAW...." (bukhari). hadis ini tidak bermaksud orang tersebut tidak islam tetapi menunjukkan bahawa orang yang tidak bersolat yang betul, jika dia mati dalam keadaan tersebut, pastilah dia tidak mengikut cara yang dibawa Rasululllah SAW.

Cara Rukuk
cara yang sempurna ialah menyamakan belakang dan tengkuk dalam keadaan rata, lurus dan tidak melengkung. dua betis ditegakkan dan kedua2 belah tangan dengan jari terbuka memegang dua lutut sambil bertasbih 3 kali. dalilnya hadis daripada huzaifah katanya, pada suatu malam aku bersolat bersama dengan nabi...dalam hadis tersebut menyatakan, kemudian baginda rukuk lalu membaca tasbih yang maksudny, maha sui tuhanku yng maha agung. kemudian baginda sujud lagi dan membaca tasbih yang maksunya, maha suci thanku yang maha tinggi (muslim dan lain2)

*disalinsiar daripada figh manhajiy. sebahagian isi kuliah maghrib bersama musalli