Jumaat, 18 Februari 2011

Rukun Solat (9)..duduk yang akhir

rukun ke 9 ialah duduk yang akhir, iaitu duduk untuk bertasyahhud. duduk untuk baca al-tahiyyat...kekadang bila kita tanya bebudak sekolah sebutkan 13 rukun solat. biasanya bebudak akan dapat sebut satu persat sehingga rukun ke 8 iaitu duduk di antara 2 sujud. masuk jer rukun ke 9, biasanya mereka akan sebut tasyahuud, salam dan tertib. mereka tertinggal untuk menyebut duduk yang akhir dan berselawat ke atas nabi sebagai rukun solat.

mengikut mazhab kita, duduk yang akhir dikira sebagai rukuk. sementara cara duduk yg sunat ialah dengan cara tawarruk. duduk tawarruk ialah dengan cara meletakkan punggung di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan (ala bersimpuh macam perempuan duduk), kaki kanan kita tegakkan dengan melipat jari kaki. dalilnya ada hadis nabi bahawa nabi menghadapankan kaki kirinya dan menegakkan yg satu lagi (kaki kanan) dan duduk di atas punggungnya (maksud hadis riwayat bukhari)

Tiada ulasan: