Ahad, 6 Mac 2011

Biodata Ringkas Imam Abu Hanifah (80-150H)

Nama asalnya ialah Abu Hanifah Nukman bin Thabit bin Zuta bin Mah al-Farisi al-Kufi. Imam Abu Hanifah lahir di Iraq pada tahun 80 Hijrah (699M) pada masa pemerintahan Bani Umayyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau merupakan golongan pengikut tabiin. Ada juga yang berpendapat bahawa Imam Abu Hanifah termasuk dalam kalangan tabiin. Di antara guru-gurunya ialah Hammad bin Abi Sulaiman yang merupakan murid kepada Ibrahim al-Nakhaii. Beliau turut belajar dari Atha bin Abi Rabah, Nafi Maula Ibn Umar, Qatadah dan juga al-Aswad bin Yazid. Beliau agak ketat dalam masalah penerimaan dan periwayatan hadis, serta meluaskan penggunaan qiyas dan istihsan. Di antara anak muridnya yang masyhur ialah Qadhi Abu Yusuf (w.182H), Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani (w.189H), Zufar bin Huzail (w.158H), Abdullah bin al-Mubarak dan Waki bin al-Jirah.

RUJUKAN
* Al-Zuhayliy, Wahbah, Usul Feqh al-Islamiy, Dar al-Fikr, Beirut, 1998, jil 1, hlm.44.,

*http://mohdfikri.com/blog/biografi-tokoh/tokoh-islam/imam-abu-hanifah-80h-%E2%80%93-150h.html

Tiada ulasan: