Isnin, 7 Mac 2011

Biodata Ringkas Imam Syafie (150-204H).

Imam Syafie (150-204H). Pengasas Mazhab Syafie
Nama penuhnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie. Dilahirkan di Gaza, Palestin dan bersambung keturunan dengan Rasulullah. Semasa beliau berumur 2 tahun, ibunya membawanya ke Mekah. Imam Syafie bergaul bersama kabilah Huzail yang terkenal dengan kefasihan bahasa arab. bersama kabilah Huzail, beliau belajar syair dan memanah. Di antara gurunya di mekah ialah Muslim bin Khalid al-Zanjiy. Seterusnya beliau mengembara ke Madinah dan berguru dengan Imam Malik. Seterusnya beliau berhijrah ke Yaman dan bertemu dengan faqih yaman, Umar bin Abu Salamah sahabat imam Awzaiy dan beliau sempat berguru dengannya. begitu juga imam Syafie sempat berguru dengan Yahya bin Hasan, sahabat kepada al-Laith seorang ulama agung Mesir. seterusnya Imam Syafie berhijra ke Baghdad dan Mesir. Di antara kitabnya yang terkenal ialah al-Risalah dalam ilmu usul feqh dan al-Umm dalam bidang feqh. Di antara anak muridnya ialah Yusuf al-Buwaitiy (meninggal 231H), Ismail al-Muzaniy (meninggal 264H), al-Rabi bin Sulaiman bin Abdul Jabbar al-Maradiy (meninggal 270H) dan Harmalah (w266H).

RUJUKAN
* Al-Zuhayliy, Wahbah, Usul Feqh al-Islamiy, Dar al-Fikr, Beirut, 1998, jil 1, hlm.48-49
* Abdul Fattah al-Barsyumiy, Rasyad Hasan Khalil, al-Samiy Fi Tarikh al-Tayric al-Islamiy, Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm.303-304.

Tiada ulasan: