Isnin, 21 Mac 2011

pengalamanku saat dilanda gempa bumi (hizzat)

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

rasa pilu dan sayu hati bila tengok mansgsa gempa bumi dan tsunami di jepun. sedih mengenangkan mereka yang bakal melalui hari2 tanpa kediaman dan tempat berlindung, hilang harta benda, diancam kebuluran dan kelaparan. kalau takat gempa bumi biasanya ada seorang dua yang terselamat. tapi kalau ditambah dengan tsunami yang menjelma, sukar nak pastikan ada yang selamat atau tak dalam runtuhan tu. dahla runtuh, disapu pula dengan ombak dan arus yang mengganas.

aku teringat masa aku menetap di asrama malaysia di abbasiah dulu, aku sempat merasai detik2 cemas dilanda gempa bumi. dalam bahasa arab, gempa bumi biasanya dipanggil zilzal (macam nama surah zalzalah). tapi aritu gegaran dia skit jer dalam skala yang kecil dan masa yang singkat. gempa kecil ni paper arab sebut hizzah. masa tu baru aku tau rupanya orang arab panggil hizzah untuk gempa skit2, aku ingatkan semuanya dipanggil zilzal. ni lebihnya bila kita bergaul dan berada dalam suasana arab. ada benda yang sukar nak describe dan nak expalain dengan kamus dan buku.

masa tu lebih kurang jam 1030 malam musim panas. aku dah nak tido. bilik aku kat tingkat 3 dan bangunan tu semuanya 10 tingkat. aku baru jer lelap mata nak tido, tetiba aku rasa katil tu bergoyang. macam ada orang yang goyangkan katil aku. masa tu tubuh aku dalam keadaan mengiring di sebelah kanan. memang goyangan katil tu menyebabkan tubuh aku tergoyang. aku memang dapat rasa tubuh aku tu bergoyang. aku ingatkan perasaan aku jer dan aku wat tak kisah. sekajap je rasa. maybe tak sampai 2 saat. rasa terpk gak aku kot2 hantu setan ker, ifrit ke (ha ha) nak ganggu aku sampai goyang katil aku. tapi aku still wat tak kisah. kemudian masa aku dok nak lelap mata tu sekali lagi aku rasa katil tu bergoyang. kali ni goyangan tu agak kuat. masa tu aku dah terlintas dalam hari aku....GEMPA BUMI....masa tu serta merta aku rasa takut, tak tau nak wat apa dan memang terasa katil dan bilik aku bergegar. mujur benda tu tak lama. sekejap jer. aku terus keluar bilik nak turun ke laman, aku tengok rupanya dah ramai kekawan2 aku dari tingkat yang lebih tinggi dah berada kat bawah. mereka yang berada di di tingkat yang lebih tinggi dapat merasa gegaran dengan lebih kuat. tu sebab mereka dah terus lari turun bila bergegar kali pertama lagi. gegaran tu tak lama. paper esok melaporkan bahawa gegaran kali pertama berlaku dalam masa 2 atau 3 saat jer. gegaran kali kedua berlaku sekitar 4 atau 5 saat jer. skalanya aku tak ingat, tapi takder kuat macam kat jepun tu.

mmg masa tu rasa takut. susah nak tido malam tu. terasa kalau DIA nak amik nyawa kita cukup mudah. walaupun kita berada dalam kawalan guard yang berlapis2, dalam kawalan security yang canggih dan moden, namun bila sampai masanya, tetap pergi. kekadang bila pk camni, terasa bahawa apa yang kita ada dan kita miliki dengan sepenuh ikhtiar dan kesungguhan kita selama ni hanyalah sementara. kita berusaha bermatian memiliki sesuatu yang bakal kita tinggalkan. terasa camtu. tapi bukanlah bermaksud tidak boleh memiliki atau mengumpul harta langsung, cuma jangan tinggalkan sesuatu yang lebih penting. kena ada masa untuk memiliki atau menyimpan sesuatu yang boleh dibuat bekal nak bawa ke sana.

Tiada ulasan: