Sabtu, 12 Mac 2011

Rukun Solat (11) ...selawat

rukun solat yang ke 11 ialah berselawat ke atas nabi SAQ selepas tasyahhud akhir berdasarkan firman Allah....(sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dankebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW, wahai 0rang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya-ahzab 56)

ayat ini menjadi dalil bahawa selawat merupakan benda yang kena buat di dalam solat. ulama juga telah sepakat bahawa selawat tidak menjadi wajib di luar solat, so perintah berselawat di dalam ayat ini wajib ketika kita bersolat.

dalil seterusnya bahawa selawat tu wajib di dalam solat ialah hadis ( daripada Ibn Mas'ud yang bertanya tentang cara berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW bagaimanakan cara kami berselawat ke atasmu dalam solat kami? baginda bersabda, ucapkanlah...) riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim. hadits ini menentukan bahawa tempat berselawat ke atas nabi SAW ialah dalam solat.

manakalah lafaz selawat rasanya aku tidak sebutkan di sini. lafaz selawat ini telah sabit dalam beberapa hadis.

selawat wajib kita lakukan semasa duduk yang akhir selepas membaca tasyahhud

syarat selawat ke atas nabi
1) mendengar bacaanya sendiri jika pendengarannya baik
2) berselawat samada dengan lafaz Muhammad, Rasul atau Nabi. tidak memadai jika disebut dengan lafaz Ahmad
3) berselawat dalam bahasa arab. jika tidak mampu menguaisaonya bolehlah diterjemahkan maksudnya ke dalam bahasa lain. namun kena belajar segera supaya dapat berselawat di dalam bahasa arab
4) mengikut turutan selawat. tidak boleh berselawat tanpa turutan.

* sebahagian daripada isi kuliah maghrib. artikel disalin siar daripada figh manhajiy

Tiada ulasan: