Sabtu, 12 Mac 2011

Rukun Solat (12) ...salam yang pertama

rukun solat yang ke 12 ialah salam (mengucapkan salam). yang wajib atau rukun ialah salam yang pertama iaitu mengucapkan ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAH sambil berpaling ke kanan sehingga menampakkan pipi. maknanya orang di belakang kita nampak pipi kita. hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud ihramnya takbir dan tahallulnya salam. sekurang2 lafaz salam ialah ASSALAMUALAIKUM dan sebaiknya sebagaimana di atas. namun setahu aku, dalam mazhab kita syafie tidak disunatkan menyebut salam dengan lafaz sehingga wabarakatuh.

harus diingat, salam termasuk di dalam rukun qawliy. maknanya yang wajib ketika salam ialah MENGUCAPKAN salam.ada suatu hadis daripada Saad ra katanya (aku melihat Rasulullah SAW mengucapkan salam ke kanan dan ke kirinya hingga kelihatan putih pipinya-riwayat muslim).so semasa mengucapkan salam berpalinglah ke kanan sehingga orang belakang nampak pipi kita.

dalam mazhab kita syafie, cara mengucapkan salam ialah apabila kita selesai daripada membaca tasyahhud bolehlah kita mengucapkan assalamualaikum, kemudiannya kita memalingkan muka ke sebelah kanan. seterusnya kita memalingkan kembali muka kita memandang ke depan dan mengucapkan assalamualaikum (salam kedua-hukumnya sunat)lalu memalingkan muka kita ke kiri.

* sebahagian isi kuliah maghrib.

Tiada ulasan: