Monday, May 16, 2011

teks cerita kanak-kanak

pada suatu petang ada seekor penghulu nyamuk terbang melihat kawasan taklukannya. penghulu nyamuk ini bertubuh gempal, wajahnya ceria dan sentiasa tersenyum sambil bersiul riang. tiba-tiba beliau ternampak seekor nyamuk kurus terbang dengan tidak tentu arah dan terbang di sebelahnya
Nyamuk kurus:
assalamualaikum si gemuk. lama aku tak jumpa kau ( sapa si nyamuk kurus). wahh!! semakin berisi kau ni. kau ada amalkan FAMOGA ker? tak pun aku agak kau ada ambil SPIRULINA kan? (tanya si nyamuk kurus)
Nyamuk gemuk:
waalaikumussalam. laaa kau rupanya si kurus. he he he. aku mana ada amal benda2 makanan kesihatan ni. kat tempat aku makanan cukup jer. lazat2 pulak tu. kenapa aku tengok engkau ni semakin kurus, tak bermaya, mata kau pun layu jer, sayap pun nampak berdebu jer.kau tak tukar minyak enjin primula keluaran petronas ker? jauh kau terbang ni. kau dari mana lagi ni?
nyamuk kurus:
he he. mana ada pakai minyak enjin. kita ni spesis nyamuk. he he. aku dari rumah. sajer tinjau2 kot2 ada tempat baru. aku bercadang nak berpindah la. tak boleh lagi tinggal kat kampung lama aku tu.
Nyamuk gemuk:
kenapa pulak. kan tempat kau tinggal tu elok. tayar2 buruk banyak, tempat air bertakung pun banyak. manusia pun tak peduli dengan kita. aku kira tempat kau tinggal tu paling sesuai untuk pembiakan anak cucu kita.
nyamuk kurus:
itu dulu. sekarang dah berubah. banyak masalah sekarang ni. tu pasal la aku dok tinjau2, cari tempat baru
nyamuk gemuk:
masalah apa. ceritalah padaku, mungkkin aku boleh tolong kau. kalau kau nak main futsall tapi tak cukup orang, aku boleh bawa anak2 buah aku. kau tau tak, anak2 buah aku baru jer menang pertandingan futsal liga futsall nyamuk2 seluruh jajahan kuala krai.
nyamuk kurus:
bukan pasal futsall la. kampung aku sekarang ni ada masalah. sejak ada program doktor muda kat sekolah dengan kerjasama pejabat kesihatan daerah, manusia dah mula berubah. kalau dulu mereka tak jaga kebersihan sekarang dah lain. mereka mula menjadikan amalah membersihkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sebagai aktiviti mingguan dan harian. kalu dulu pada waktu lewat senja mereka masih lagi melepak di atas tangga sambil mengumpat sana sini, sempat la anak buah aku gigit mereka. sekarang bila nak senja jer, mereka masuk ke dalam rumah tutup pintu. kalau dulu mereka tidur bergelimpangan jer, tak peduli pasal ubat nyamuk atau kelambu, sekarang mereka mula tidur di dalam kelambu dan menggunakan ubat nyamuk. anak2 buah aku yang dewasa ramai yang mati. yang kecil pun kena juga.
nyamuk gemuk:
kenapa dengan anak buah kau yang kecil pulak? kan mereka tu hidup dalam air. tak boleh terbang merayau mencari mangsa macam kita lagi
nyamuk kurus:
yer la, bila mereka mula menjaga kawasan persekitaran kediaman mereka, mereka akan cari tempat air bertakung lalu mereka curahkan sedangkan kat situlah tempat pembiakan anak2 buah aku selama ni. selain itu, bekas2 tadahan air mereka seperti tempayan dan tong ditutup rapat. kalau yang jenis terbuka pula seperti jambangan bunga, perangkap semut dan kolah mereka masukkan ubat pembunuh jentik-jentik. habis la anak buah mati
nyamuk gemuk:
kalau begitu tak sempat bertelur la anak buah kau?
nyamuk kurus:
anak2 buah aku tak dapat bertelur dengan baik. hari ni bertelur kat dalam air jernih yang bertakung dalam bekas2 macam bekas pasu bunga, bekas perangkap semut, tayar2 buruk, petang jer akan ada manusia yang bersihkan. mereka akan buang air dalam tayar dan tanam. mereka juga buangkan air dalam bekas2 takungan air. pendek kata, mereka ni jenis jaga kebersihan. susah la anak buah aku nak bertelur sekarang. kemudian, mereka ni menutup rapat bekas2 air, tempayan sampai takder satu pun lubang anak buah aku nak menyusup masuk untuk bertelur. kalau air yang terdedah pulak, mereka akan masukkan ubat pembunuh jentik2 kat dalam air. kalau air kat dalam jambangan bunga tu, setiap minggu mereka akan salin dan bersihkan. begitu juga saluran air hujan kat bumbung rumah, mereka akan bersihkan serta membuang sampah sarap macam daun yang terlekat kat situ. kalau dulu, banyak air bertakung kat dalam saluran air hujan tu, sekarang ni dah takder. kemudian aku perhatikan setiap minggu sekurang2nya mereka akan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran. mereka akan buang semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan di dalam tong sampah yang tertutup.
Nyamuk gemuk:
ooo begitu rupanya. ini masalah besar ni. aku ingat masa aku melawat kampung kau dulu baik jer. tempat kau tu paling sesuai untuk komuniti kita. kenapa sekarang cepat sangat berubah?
nyamuk kurus:
aah betul. kalau dulu manusia tak peduli pasal kita. mereka cakap kita ni kacang jer. sekali tiup jer boleh hilang masalah. sekarang tak lagi. aku ingat sejak ada program doktor muda kat sekolah, ditambah dengan kerjasama pejabat kesihatan pula, aktiviti kami tak sebebas dulu lagi. manusia sekarang dah pandai. mereka pasang skrin dan jaring kat tingkat rumah mereka. susah kami nak terbang masuk menggigit mereka. ada juga yang akan membuat semburan ke seluruh rumah bila jer masuk senja. ramai anak buah aku mati kerana semburan tu. tak dapat bernafas kau tau. susah la anak buah aku nak masuk. pada waktu malam pula, mereka akan tidur di dalam kelambu. kalau takder kelambu, mereka akan gunakan ubat nyamuk. lagi satu pada waktu petang mereka tak galakkan anak2 kecil mereka bermain di dalam semak atau tempat2 pembiakan nyamuk. mereka bimbang takut kena gigitan. memang mereka dah mula sedar bahaya kita dan mula berhati-hati
nyamuk gemuk:
oo begitu rupaynya. kesian kat kau. nampaknya kau kena cari tempat lain la. cari tempat yang jenis manusia tak pandai jaga kesihatan. paling kurang pun, kau cari kampung yang takder program doktor muda
nyamuk kurus:
nampak gaya begitulah. ha yang kau pula apasal aku tengok ceria jer. tubuh kau pun aku tengok berisi jer. segar bugar. senyuman pun lain macam. kalau dulu senyum takat bibir jer, sekarang senyum dah meleret sampai ke telinga.
nyamuk gemuk:
haha. kat tempat aku banyak air bertakung. tayar buruk banyak bersepah di sekeliling rumah. saluran hujan pun banyak yang tersumbat, tak dibersihkan. air dalam jambangan bunga, perangkap semut usah cerita. boleh dikatakan manusia kat kawasan aku tak pernah pernah ada program untuk gotong royong atau membersihkan kawasan persekitaran. progmram doktor muda pun takder kat sekolah kat kawasan aku tu. so apa lagi... beraya sakan la kami. setiap tempat air bertakung tu dan kami jadikan tempat pembiakan anak cucu cicit aku. ada anak cucu cicit aku yang dah besar dan mula membina keluarga baru. pendek kata sikap dan kealpaan manusia memang menjadi senjata ampuh untuk anak buah aku membiak dan menggigit manusia.
Nyamuk kurus:
habis, kat tempat kau pejabat kesihatan tak datang buat operasi ker?
Nyamuk gemuk:
mengikut makluman jabatan keselamatan dalam negeri nyamuk kampung aku, setiap minggu, setiap bulan ada jer kes denggi kat situ. pejabat kesihatan selalu datang ke kampung aku buat semburan kabus. kalau mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh jabatan perangkaan dan bancian persatuan nyamuk kampung aku, tiap kali semburan dilakukan, ramai juga anak buah aku yang mati. tapi biasa la, takkanlah pejabat kesihatan nak buat semburan tiap2 hari. mereka pun ada kerja lain juga. yang penting manusia penghuni kat situ tak peka dan sentiasa ambil mudah. mereka tak pernah ada inisiatif sendiri. 2 3 hari lepas semburan kabus tu kami mengganas semula la. kami bertelur semula dan membina negara semula. ha ha ha
Nyamuk kurus:
untung la kau kalau masyarakat kat situ jenis tak peduli. boleh la kau bermaharajalela. aku juga yang merana. aku ingat nak pencen la jadi nyamuk. aku nak minta kpli pula, nak jadi guru boleh juga jadi guru pembimbing doktor muda kat sekolah.

Nyamuk gemuk:
eh! jangan. jangannnn. kau tak perlu pencen jadi nyamuk. kau hanya perlu terbang tinjau cari kampung2 yang kotor. cari kampung yang mana penduduknya tak jaga kebersihan, tak jadikan gotong royong sebagai satu amalan. aku yakin kalau kau bina tamadun nyamuk di tempat macam ni, kau pun akan berjaya macam aku juga
Nyamuk kurus:
okla kalau gitu, aku pun nak terbang cari tempat strategik baru untuk anak buah aku. takperla. terima kasih atas nasihat kau. otak kau memang bernas. aku pergi dulu
haaaa. begitula cerita kisah di antara 2 ekor penghulu nyamuk. kawan2, dalam cerita tadi kita akan dapat banyak pengajaran.
pertama kita dapat tahu bahawa tempat pembiakan nyamuk ialah di tempat air bertakung seperti tayar, tin2 kosong, botol, jambangan bunga dan sebagainya. oleh , kita hendaklah selalu memeriksa tempat2 tersebut yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk. selain itu, nyamuk juga suka menggigit mangsa pada waktu senja dan awal pagi. oleh itu, elakkan bermain sehingga ke lewat senja. pastikan kita tidur di dalam kelambu atau gunakan ubat nyamuk. kemudiannyha, peruntukkan masa kita contohnya sejam seminggu untuk bergotong royong membersihkan kawasan kediaman kita. yang penting, sama2lah kita menjaga kebersihan dan ubah persepsi kita terhadap nyamuk aedes dan demam denggi. ingat, denggi boleh membawa maut

1 comment:

Anonymous said...

bolehlah, bolehlah. tapi boring cikit. berusaha lagi yer!!!!!!!!!!!