Ahad, 29 Mei 2011

viva barcelona.....barca 3 MU 1

barcelona menang kejuaraan eropah kali ke-4. thanks for goal pedro, messi n villa. memula aku tgk 10 minit pertama rasa bimbang gak. aku tak pernah tgk mascherano main centre back, aku ingatkan puyol dok kat situ rupanya tak. memula game, rasa bimbang dengan hantaran jauh MU yang maybe boleh memungkinkan mascherano but kesilapan khasnya silap masa nak potong bola macam puyol selalu buat. tapi lepas jer 10 minit barca mula menguasai permainan. lepas jer 20 minit nampak MU dah tak boleh chalegge barca lagi. mula nampak dominasi barca.

gol messi semalam cukup cantik. bola rendah yang curling tu dapat tewaskan van der sar. aku ingatkan van der sar buat salah, silap jangka atau luar posisi, tapi rupanya bola tu curling rendah jer, melepasi jangkauan van der sar. rasa sedih juga tengok van der sar melambai kepada peminat lepas match. lambaian terakhir dalam kariernya sebagai player berkahir dengan kekalahan.

gol villa juga cantik. dalam keadaan ramai yang mula mempertikaikan kemampuan villa bila gagal jaringkan gol2 penting namun sempat juga dia menjaringkan satu gol. gol yang membuktikan bahawa dia masih berbisa. cuma bagi aku, masa dia dok kat valencia dulu, dia jadi penyerang utama, dok kat tengah. bila main di barca, dia diletakkan ke tepi so maybe ini yang jadi punca rekod jaringannya rendah, tak macam masa dia dok kat valencia.

bagaimana selepas ni? aku pun tak tau. tapi barca kena memikirkan pasal zlatan ibrahimovic, keirison, caceres dan beberapa player yang diloan out. mereka ni akan kembali. maybe zlatan boleh berundur ke milan secara tetap. tentang keirison aku tak tau, tak biasa tgk gaya permainan dia. cuma aku nak tgk sejauhmana posisi puyol selpeas ni. dia dah pun mencecah umur 33. kalau cedera jer memanjang kat luar padang. kalau takder puyol memang terasa. aku agak bimbamg dengan bola lintang tinggi dan bola umpanan lawan. biasa dia jer yang agak pantas memintas bola lawan dan agak kuat semasa perebutan bola di udara. maybe barca memerlukan seorang seorang pemain pertahananan tengah kelas dunia, atau mengenengahkan seorang lagi produk la masia untuk posisi puyol. viva barca.

Tiada ulasan: