Jumaat, 10 Jun 2011

monolog hati: tazkirah untuk diri

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Panyayang

pagi ni aku sempat melepak kat tepi jalan kuala krai ke gua musang. aku lepak kat stesen petronas daskoh. fuhh...penuh dengan kereta yang dilekatkan bendera kelantan. ada yang masuk isi minyak. ada yang masuk berehat sambil minum. ada juga yang lalu sambil membunyikan hon. memang suasananya agak meriah. sayangnya aku tak bawa kamera. nak amik gambar pakai hp aku pun takleh, aku pakai hp yang ada lampu suluh jer(takat panggilan n sms jer). sempat lagi ada yang buka gerai jualan baju jersi kelantan kat tepi jalan masuk ke pam paetrol tu. tak tau la camana esok, harapnya bendera yang berkibar tinggi tetap berkibar dan dikibarkan bila pulang nanti. jangan lak bendera yang berkibar dan diselit di hud kereta dikeroyok n dibakar seperti 2 tahun lepas.

seingat aku, kali last aku tengok bola di stadium sultan muhammad ke 4 ialah masa zaman louis pablo pozutto (tahun 96/97) dulu. then bila aku ke mesir n balik tahun 2002, aku tak ke stadium lagi kecuali untuk dengar ceramah, ada pameran dan sebagainya. tengok bola cam dulu tu tak la. kalau zaman bonphob prabhut, prasert changmol, gary gomez, marko kraljevic n hashim mustapha dulu memang selalu aku gi. aku masih ingat detik2 kekalahan kelantan dengan kedah 1-0 di separuh akhir piala malaysia zaman karathu dulu. kalau tak silap kelantan kalah di alor star 3-2 n kalah di kota bharu 1-0 hasil jaringan lee kin hong. rasanya itulah rekod terbaik kelantan dalam piala malaysia sebelum zaman tan sri anuar musa ambil alih KAFA.tapi itu zaman dulu...zaman aku masih remaja. kini aku tak rasa ghairah sangat nak menonton bola di stadium. tambahan lak dalam keadaan bersesak, serabut n bersumbat lagi la aku tak nak.

kalau kat luar malaysia, aku meminati barcelona n everton, selain daripada brazil sebagai pasukan kebangsaan. khasnya barcelona, pasukan yang aku minat sejak 1986 masa aku darjah 3. masa tu sumber utama aku ialah berita harian. internet takder lagi masa tu. masa first barcelona pegang piala eropah(champions league) tahun 1992 (rasanya) aku tak tgk match tu. tapi masa final tahun 1994, aku rela naik teksi dari kuala krai ke machang semata2 nak tgk siaran langsung kat tv antara barcelona vs AC milan. kebetulannya tv rumah aku rosak. aku tgk dari awal n kesudahannya barca dibelasah 4-0. masa tu milan dibarisi dino baggio, zvonimir boban, marcel desailly n barca pula gandingan romario stoichkov, zubizaretta, nadal, koeman dan sebagainya. memang final tu milik milan. dari awal sampai ke akhir barca takleh nak masuk ke kubu n mengancam milan. barca yang ke final dengan reputasi gah akhirnya tersnungkut tersembam dengan penuh hiba. lama aku berdendam nak tgk barca kembali hancurkan milan n akhirnya tahun 2004 di bawah rijkaard barca tewaskan milan 1-0 di san siro hasil jaringan ludovic giuly n seri di nou camp. sempat juga aku tgk barca julang piala bersama ronaldinho dan 2 kali di era pep guardiola. really impian aku nak tgk barca hancurkan milan n pegang piala dah dimakbulkan Allah.

impian aku lagi nak tgk brazil menang piala dunia. masa 1996 brazil main cantik tapi tewas kepada platini n perancis. masa 1990 tewas kepada argentina n canigia. then masa 1994 sempat aku tgk brazil julang world cup tewaskan italy dengan penalti. masa 2002 juga sempat tgk jaringan ronaldo tewaskan jerman untuk penta brazil. impian aku nak tgk brazil mng dah tercapai.

cuma impian aku nak tengok everton kembali mencabar kejuaraan masih tak tercapai. rasanya jauh lagi perjalanan everton. tapi tak tau lah. kalau moyes masih kat goodison park, rasanya boleh buat langkah panjang tetapi perlahan kerana bajet tak cukup. bagi aku, dapat tempat ketujuh season lepas dah cukup mengujakan untuk pasukan kecil cam toffees

kalau kat msia lak, impian aku nak tgk kelantan julang malaysia cup dah tercapai. cuma nak tgk piala FA n liga super jer belum sampai. tak tau la camana, harap2 dapat. yang lebih manisnya, kalau impian julang mana2 piala tahun ni di bawah karathu. kenangan 1993, tugasan yang hampir tercapai tahun 1993 barangkali dapat disempurnakan.

bagi aku bola ni hiburan. bola bukannya perjuangan atau matlamat hidup. just hiburan. tak lebih daripada tu. dunia ni bila difikirkan tak lebih daripada hiburan, permainan dan sebagainya. bukan tak boleh nak main or berhibur tapi ada batasnya. secara peribadi, aku tak sanggup untuk melakukan perjalanan yang jauh semata2 nak tengok bola di stadium dalam keadaan aku jarang bermusafir kerana nak dengar ceramah yang mendekatkan diriku dengan Allah. tiap kali aku rasa nak berhibur tgk bola di stadium, aku selalu memikirkan sanggupkah aku kalau ada majlis ilmu dengan jarak yang begitu jauh, aku sanggup hadir? pertanyyan sebegini menjadi garis pemisah untuk aku kembali ke stadium. ditambah dengan suasana di stadium yang bersesak dan sebagainya macam nak tawaf, lagila aku tak bersedia. aku bimbang kalau2 aku ditanya oleh Allah di akhirat nanti, kenapa bukit jalil boleh hadir 2 kali setahun sedangkan masjid belakang rumah tak pernah nampak muka? kenapa boleh bangun tengok barcelona lawan MU jam 2 pagi lagi sedangkan match mula 245, tapi masjid kalau datang berjemaah pun asyik jadi masbuq jer, jumaat pun masa azan kedua jer? persoalan2 ini memang menjadi garis pemisah untuk aku kembali ke stadium sultan muhammad ke-4 bersama lilitan kepala tertulis GOMO KELATE GOMO.

Tiada ulasan: