Khamis, 21 Jun 2012

biodata ringkas hamka


2.1 Biodata Hamka
Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah dilahirkan di Minangkabau pada 17 Februari 1908. Berasal daripada keluarga ulama. Bersekolah rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Kemudian belajar di sekolah yang telah dibuka oleh ayahnya di Padang Panjang, Sumatera. Di antara gurunya ialah Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sultan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo.  Hamka sempat bergaul dan belajaar daripada tokoh besar Indonesia seperti Omar Said Chakrminoto, Haji Fakhrudin dan sebagainya. Beliau banyak bergiat dalam gerakan Muhammadiah. Beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar(1958), Doktor Honoris Causa dari Universiti Kebangsaan Malaysia(1974) serta gelaran Datuk Indono dan Pangeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.[1]
2.2 Hasil Karya Hamka
Antara karyanya ialah[2]:
1)      Tafsir al-Azhar
2)      Khatibul Ummah
3)      Laila Majnun
4)      Tasawuf Moden
5)      Tenggelamnya Kapal Van Der Wick
6)      Ringkasan Tarikh Umat  Islam
Beliau juga banyak menulis di dalam majalah seperti panji masyarakat(1959), kemahuan zaman(1929) dan sebagainya


[1] Mohd Sukki Othman, IlmuTafsir, Open University Malaysia, Selangor, 2011, hlm.76-79

[2] Ibid.

Tiada ulasan: