Khamis, 21 Jun 2012

Kelebihan Menggunakan Kedua-Dua Metodologi & penutup


2.6 Kelebihan Menggunakan Kedua-Dua Metodologi
Tafsir Hamka sering dikategorikan sebagai tafsir bil ra’yi bagi sesetengah cendekiawan. Ada juga yang menganggapnya sebagai tafsir bil ma’thur kerana Hamka menggunakan metod bil ma’thur dalam tafsirnya
Penulis lebih cenderung melihat Hamka sebagai seorang ahli tafsir yang menggabungkan kedua-dua kaedah. Ini kerana selain penekanan kepada keaslian sumber dan kesahihan riwayat, Hamka banyak memasukkan sejarah, sosiologi, psikologi untuk mengukuhkan lagi tafsirannya. Sememangnya cara tafsiran beliau cukup menarik dan sesuai dengan zaman sekarang. Beliau juga meniup semangat tajdid, perubahan ke arah ketamadunan yang lebih baik. Walaubagaimanapun tafsir bil ra’yi ini mempunya syarat-syaratnya yang harus dipatuhi supaya tidak tergelincir ke dalam tafsir bil ra’yi al-mazmum (yang tercela). Selain itu, jika seorang ahli tafsir terlalu terikat dengan teknik bil ma’thur pada zaman ini, ia akan kelihatan sempit kerana boleh dikatakan hampir kesemua riwayat melibatkan hadis dan athar telah disemak semual oleh para ulama. Sebaliknya jika ahli tafsir menggarapnya semula dengan fakta-fakta terkini sebagai tambahan, ianya akan lebih menarik minat pembaca dan membuatkannya keihatan hidup dan dapat berinteraksi dengan zaman semasa

 
PENUTUP

Dalam bab yang lepas, penulis telah menghuraikan tentAng Ibn Kathir dan Hamka, 2 orang tokoh tafsir meliputi metedologi penafsiran, interaksi dengan Israiliyat serta keisimewaan tafsir mereka. Ringkasnya tafsir Ibn Kathir mewakili cara metod tafsir bil ma’thur sementara tafsir Hamka dikategorikan sebagaai tafsir bil ra’yi bagi sesetengah cendekiawan.

Secara keseluruhannya, Ibn kathir dan Hamka telah meninggalkan legasi yang cukup besar kepada umat Islam. Kitab tafsir mereka seumpama pinu gerbang kepada ilmu tafsir, sesiapa yang ingin mempelajari ilmu tafsir pasti akan melalui gerbang ini

Tiada ulasan: