Khamis, 14 Februari 2013

pengertian talak dan dalil

BAB I

PENGERTIAN TALAK


1.1 TALAK DARI SEGI BAHASA

Perkataan talak telah pun dikenali sejak zaman jahiliah. Orang arab pada masa itu menggunakannya untuk menunjukkan perpisahan di antara suami isteri. Apabila Rasulullah SAW dibangkitkan dan Islam datang, perkataan talak masih digunapakai dengan cara-cara yang tertentu[1]

Talak merupakan kalimah bahasa arab yang bermaksud lepas dan terlepas atau menceraikan atau melepaskan. Ia juga membawa erti melepaskan ikatan.[2]

1.2 TALAK DARI SEGI ISTILAH

Talak dari segi istilah bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau sebagainya.[3] Atau Merungkaikan ikatan perkahwinan antara suami isteri dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.[4]
Ia bermaksud meleraikan ikatan perkahwinan atau memutuskan akad perkahwinan dengan lafaz talak iaitu menggunakan perkataan yang khusus iaitu lafaz yang terang dan jelas yang membawa maksud talak atau pun menggunakan lafaz kinayah iaitu lafaz sindiran atau kiasan[5]
Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan.
1.3 DALIL TALAK

1.3.1 Dalil al-Quran
1) Firman Allah SWT yang bermaksud:
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) 2 kali. Sesudah itu bolehlah dia rujuk dan dipegang terus (isteri itu) dengan cara yng sepatutnya, atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik[6]

2) Firman Allah SWT:
Wahai Nabi, apabila engkau  (dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri kamu, maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya.[7]

1.3.2 Dalil Sunnah
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak (riwayat abu Dawud)[8]

1.3.3 Dalil Ijmak
Semua ulama bersepakat mengatakan talak disyariatkan dan tiada yang mengingkarinya[9]


[1] Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah cAla al-Mazahib al-Arbacah, Dar al-Manar, Kaherah, jil.2, hlm.100

[2] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik, Jil.3, hlm.11; al-Khatib al-Sharbiniyy, Shams al-Din Muhammad, Al-Icnac fi Hall alfaz abi shujac, Matbacah Bin Helabiy, Fatani- Thailand, hlm437
[3]  cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11; al-Khatib al-Sharbiniyy, Shams al-Din Muhammad, Al-Icnac fi Hall alfaz abi shujac, Matbacah Bin Helabiy, Fatani- Thailand,hlm437

[4] Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah cAla al-Mazahib al-Arbacah, Dar al-Manar, Kaherah, jil.2, hlm.100

[6] Al-Baqarah, 229

[7] Al-Talak, 1
[8] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11

[9] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11

Tiada ulasan: