Monday, April 22, 2013

Mentalis



2.5 MENTALIS  
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky(1957). Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan instrumen memperolehi bahasa secara semulajadi yang dipanggil Language Acquisition Device (LAD). Ia membolehkan kanak-kanak menguasai bahasa secara semulajadi dan tidak perlu bergantung kepada pelaziman operan sebagaimana behaviorisme.[1]

Kanak-kanak mendengar bahasa di sekeliling mereka. Mereka mendengar, meniru, memerhatikan dan seterusnya membentuk konsep dan rumus bahasa. Selepas itu barulah mereka akan membentuk ayat. Menurut Chomsky, kanak-kanak mula bertutur bahasa pertama ketika berusia 18 bulan. Pada masa ini penguasaan sebutan tidak sama dengan penguasaan tatabahasa dan makna.[2]

Teori ini berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental dan ianya merupakan kebolehan semulajadi manusia. Teori ini mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit dan transformasi. Untuk menyokong hujahnya tentang LAD, Chomsky menerangkan bahawa:[3]
1)      proses pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak boleh dikatakan sama.
2)      Ia tiada kaitan dengan kecerdasan anak yang mempunyai IQ yang tinggi dan rendah.
3)      Proses ini tidak dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.
4)      Tatabahasa yang dihasilkan oleh kanak-kanak boleh dikatakan sama


[1] Mok Soon Sang, Perkembangan Kanak-Kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Ipoh, hlm.110-111, Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Perkembangan Kanak-Kanak, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm.66-67,  Karen Huffman, Psychology in Action, John Wiley & Sons Inc., United States of America, hlm.296-297,

[2] Ahmad Syeikh Abdul Salam, Muqaddimah Fi Ilm al-Lughah al-Tatbiqiy, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, hlm.98-99,

[3] Karen Huffman, Psychology in Action, John Wiley & Sons Inc., United States of America, hlm.296-297, http://catatannota.blogspot.com/2011/08/teori-pemerolehan-bahasa.html, http://aggslanguage.wordpress.com/chomsky/, http://comeflywithme18.hubpages.com/hub/Theorists-on-child-language-acquisition, http://www.chomsky.info/bios/2001----02.htm

No comments: