Sabtu, 22 Jun 2013

al-cAdalah



2.4 al-cAdalah
Syarat pertama yang menjadikan sesuatu hadis itu sahih ialah perawi yang adil. Adil atau al-cadalah ialah suatu keadaan di mana perawinya merupakan seorang yang bertakwa dan menjaga maruah.
Takwa ialah menunaikan atau melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya samada perkara-perkara yang boleh membawa kekufuran atau kefasikan. Justeru itu, seorang insan yang adil ialah mereka yang tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Selain itu, akidah mereka juga tidak bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan para salaf.[1]

Ada ulama yang menakrifkan adil sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar. Namun ulama hadis menggunakan perkataan adil merujuk kepada sifat yang telah sebati dalam diri seseorang. Justeru itu, seseorang yang dianggap adil ialah orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan sentiasa menjaga maruahnya daripada tercemar menurut pandangan agama dan masyarakat.[2]

Sebahagian ulama lain pula menakrifkan adil sebagai seorang yang sentiasa menjauhi segala dosa besar kerana takut kepada Allah dan sentiasa meninggalkan segala dosa kecil.[3]


[1]  Ahmad Umar Hashim, Adwa’ Ala Mustalah al-Hadith, Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm.53

[2]  Asmawi Ehsan, Ilmu Hadith, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.86-87

[3] Asmawi Ehsan, Ilmu Hadith, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.87

Tiada ulasan: