Sabtu, 22 Jun 2013

pengertian sunnah secara ringkas & qaradawi



BAB I
PENDAHULUAN
Sunnah merupakan penjelas kepada al-Quran. Ia juga disebut hadis. Istilah ini tidaklah terhad kepada sunnah nabi sahaja. Kadang-kadang istilah ini juga digunakan pada yang lain selain Nabi yang menatijahkan sesetengah perselisihan falam di kalangan ulama moden.[1]
Bab ini akan menerangkan pengertian ringkas sunnah dari segi bahasa, sunnah di sisi ulama hadis dan ulama usul dan juga biodata ringkas Syeikh Yusuf al-Qaradawi.
1.1 Sunnah Dari Sudut Bahasa
Sunnah  merupakan jalan yang dituruti atau dilalui samada ianya baik atau jahat. Ia juga bermaksud perjalanan, haluan, peraturan, gaya, tingkah laku atau perlakuan dalam kehidupan.[2]
1.2 Pengertian Sunnah Bagi Ulama Usul
Ulama Usul mendefinisikan sunnah sebagai  sesuatu yang datang daripada Rasulullah SAW meliputi kata-kata Baginda SAW, perbuatannya atau pun taqrirnya.[3]
1.3 Pengertian Sunnah Bagi Ulama Hadis
Ulama Hadis mendefinisikan sunnah sebagai apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat atau sirah. Sunnah bagi mereka mengandungi 5 perkara ini.[4]
1.4 Syeikh Yusuf al-Qaradawi Sepintas Lalu
Nama Yusuf Abdullah al-Qaradawi merupakan suatu nama yang cukup besar dalam dunia Islam hari ini. Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di Saft Turab. Mendapat pendidikan bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat Doktor Falsafah di al-Azhar, institusi pendidikan yang dikenali ramai. Beliau pernah terlibat dalam pergerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hassan al-Banna di Mesir dan pernah dipenjarakan. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 100 buah buku termasuklah buku al-Madkhal Li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah. Beliau merupakan ketua bagi European Council for Fatwa and Research yang berpusat di Ireland dan menjadi pengerusi International Union for Muslim Scholars.[5]



[1] Muhammad Mustafa Azami, Studies In Hadith Methodology and Literature, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Selangor, hlm.14 (terjemah Engku Ibrahim Ismail)

[2] Muhammad Mustafa Azami, Studies In Hadith Methodology and Literature, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Selangor, hlm.7 (terjemah Engku Ibrahim Ismail)

[3] Al-Qardawi, Yusuf, al-Madkhal Li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah, Muassasah al-Risalah, Beirut-Lebanon, hlm.8

[4] ibid
[5] http://ar.wikipedia.org/wiki, http:/en.m.wikipedia.org/wiki/Yusuf_al-Qaradawi

Tiada ulasan: