Sabtu, 22 Jun 2013

Pengertian Thiqah



2.5 Pengertian Thiqah[1]
Thiqah berasal dari kata kerja wathiqa yathiqu yang bermaksud mengikat, meneguhkan dan mempercayai (orang lain dalam bab memegang amanah). Kata mithaq pula lahir daripada kata ini yang bermaksud ikatan perjanjian yang sangat kukuh. Apabila perkataan thiqah dirujuk kepada seseorang manusia ia membawa maksud seorang yang sangat kukuh dan dipercayai dalam memegang amanah. Ahli hadis seperti Abdul Rahman bin Mahdi meletakkan istilah thiqah sebagai istilah yang paling tinggi di dalam menilai seseorang perawi. Walau bagaimanapun ramai ulama hadis yang lain tidak menyokong pendapat ini[2]
Ulama hadis menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan seseorang yang memiliki reputasi yang baik dan akhlak yang tinggi serta mempunyai sifat dabt yang sempurna. Gabungan daripada sifat cadalah yang tinggi dan dabt yang sempurna inilah yang dinamakan sebagai thiqah

Imam Malik pernah menjelaskan bahawa dia telah menemui ramai syeikh yang berusia 70-80 tahun di dalam masjid nabi dan mendengar mereka menyampaikan hadis namun beliau tidak pernah mengambilnya. Katanya lagi bahawa jika mereka ditawarkan harta benda, pasti mereka akan mengambilnya. Justeru itu, Imam Malik tidak mengangap mereka sebagai tokoh ilmu hadis

Ali bin Al-Madini pernah menjelaskan bahawa dia meninggalkan hadis yang diriwayatkan oleh Hasan bin Abi Jafar kerana dia merupakan seorang yang memukul ibunya



[1] Amru Abdul Muncim Salim, Taysir Dirasat al-Asanid Lilmubtadi’in, Dar al-Diya’, Tanta, 2000, http://moslemz.multiply.com/journal/item/5,

[2] http://moslemz.multiply.com/journal/item/5

Tiada ulasan: