Ahad, 14 Julai 2013

Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad SAW.......Pengenalan



BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan
Judul buku ini ialah Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad SAW karangan Tarikuddin Hassan. Buku ini mempunyai halaman mukasurat setebal 1568, diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa Johor Bahru. Naskah yang terdapat di tangan penulis ialah cetakan kedua tahun 2006. Ia mempunyai 249 bab atau bahagian.

Tarikuddin Hasan merupakan seorang pengarang yang aktif. Selain buku ini, beliau juga menulis:

1) Riwayat Hidup (4) Imam Mazhab
2) Kisah 25 Nabi-Nabi
3) Sejarah 4 Khalifah
4) Siri 4 Abdullah (Abdullah bin al-Zubair, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar, Abdullah binAmru)
5) Fatimah al-Zahra’ & 9 Keturunannya Yang Mulia
6) Nur Penyuluh Hidayah
7) Pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah (41-132H)
8) Kisah Para Sahabat Yang Telah Mencium Keharuman Firdaus

Karya-karya Tarikuddin Hassan banyak berkisar kepada sejarah Islam. Walaubagaimanapun beliau juga mengarang novel Islam. Buku Nur Penyuluh Hidayah merupakan sebuah novel yang bercirikan islam

Dari segi bahan rujukan, penulis dapati tiada terdapat kitab-kitab sirah yang menjadi rujukan seperti karya Ibn Hisyam atau Ibn Ishaq atau al-Mubarakfuriy. Kemungkinan besar pengarang merujuk kepada buku sekunder yang telah diterjemahkan atau untuk memudahkan pembacaan



Tiada ulasan: