Sabtu, 17 Mei 2014

kenangan tentang derma darah

seingat aku, kali pertama aku derma darah ialah masa tingkatan enam. aku masih ingat rombongan pihak kesihatan(bahagian tabung darah) datang ke sekolah aku bersama set makanan yang banyak. aku tengok pihak jururawat sibuk merebus telor, menjerang air dan menyediakan makanan. serta merta motivasi kami selaku pelajar tingkatan enam rasa nak derma darah. bukan apa, sebab nak makan la. he he he.

kami derma darah beramai-ramai.dan itulah pengalaman derma darah pertama aku. dapat derma darah (buku kecil), dapat makan nasi lemak, telor rebus 2 atau 3 biji seorang(siap minta extra lagi), kuih dan kek serta air milo yang diextrakan milo. semua benda extra.

bila aku ke mesir, berat badan semaking meningkat. purata 5 kg setahun. apa taknya musim sejuk 5 kali makan nasi n roti dalam sehari. aku tercari-cari gak di mana nak derma darah. nak ke hospital tawarkan diri rasa takut juga.maklumlah arab ni dia punya style agak kasar n ganaz skit. aku pernah tengok wad di hospital univ azhar tu satu katil ada 3 atau 4 orang kongsi. bila jer patient tu hilang rasa pening, terus jer balik rumah. mereka ni kalau rasa sembuh skit jer dah balik rumah.

suatu hari, masa balik dari kuliah, aku berjalan kaki merentas pasar besar atabah, aku nampak van derma darah dok parking di tepi jalan. ada kerusi untuk derma darah. aku tengok jururawat lelaki n perempuan bersama doktor dan 2 3 orang pegawai pun ada. masa tu van ni dah nak tutup sebab targetnya dah tercapai. hadiah n makanan pun dah habis diberikan kepada orang yang menderma.

aku tawarkan diri nak derma. masa tu kerusi derma darah kat luar van semuanya dah ditutup. yang ada 2 kerusi lagi di dalam van. aku masuk dalam van dan tawarkan diri untuk derma darah. aku nampak wajah pegawai tu kehairanan, maybe tak pernah lagi orang malaysia derma darah dengan dia. bila jer aku duduk di atas kerusi tu, aku perhatikan setiap cara dan budaya kerja mereka. walaupun arab ni kasar, tapi bila dengan kita orang luar, mereka berlembut.

masa pegawai lelaki tu nak cucuk jarum kat lengan aku, dia minta supaya aku jangan tengok. aku cakap takper, aku dah biasa dan aku nak tengok. aku tengok bagaimana dia masukkan jarum ke lengan aku dan seterunsya darah mengalir keluar ke dalam tabung plastik. kemudian doktor dan 2 3 orang pegawai lain datang, mereka mengucapkan terima kasih dan sepanjang mereka berada dalam unit darah, inilah kali pertama orang bukan warga tempatan menderma darah. mereka dah nak tutup sebenarnya tapi sebab aku tawarkan diri juga, mereka lakukannya. aku dapat lihat pegawai yang lain dah mula mengemas barang. van satu lagi (ada 2 van) dah pun bersiap dan kesemua pegawai bahagian darah yang lelaki sibuk melayan aku bercakap dengan mereka. aku nampak wajah mereka kehairanan. memang inilah kali pertama penderam darah bukan warga mesir katanya (tak tau la betul ker tak).

selesai jer, aku bangun. plan aku nak ke kedai kek n roti. nak makan manisan dan apa-apa jer. nak makan yang berat tu rasa masih kenyang. sebelum aku pergi, mereka cakap makanan dan minuman semuanya dah habis. mereka minta maaf banyak-banyak.mereka sebenarnya dah mengemasnak balik ke pejabat. aku tak kisah sangat sebab aku memang nak derma jer. soal makanan dan minuman kat mesir, kami tak berkira sangat sebab murah. roti eish 2 biji baru jer 10 sen. tambah kacang dan sayur tu dalam 25 sen. dah kenyang tu. namun ada seorang doktor memberikanku sebuah beg. beg ini katanya khas untuk aku. aku amik dan berlalu pergi ke kedai kek. memang aku nampak mereka memang appreciate aku hari tu.

aku masuk ke kedai kek. aku beli kek dan kuih-muih dalam seringgit jer(dah banyak tu) dan air tebu 25 sen. masa aku dok sebelah pakcik arab, pakcik tu tgk lengan aku ada plaster. dia tanya aku derma darah ker. aku jawab yer. pakcik tu ucapkan terima kasih banyak-banyak. kamu dah tolong rakyat mesir. ramai rakyatmesir memerlukan darah terutama para tentera. banyak kali dia ulang benda tu. aku kembang hidung jer hari tu.

balik ke rumahku di elmarg, aku tido jer sambil banyakkan minum air. beg yang diberi aku simpan. tak la guna sangat untuk travel sebab beg tu biasa jer. tak sampai 2 tahun beg tu rosak sebab buku dan kertas yang aku taruk dalam tu berat sampai terkoyak.

really 2 kali aku derma darah di mesir. kali yang kedua tu pegawai dia takder la cakap banyak sebab dia dah biasa ambil darah dengan pelajar asing di azhar univ. tapi aku tak kisah lah. yang penting aku dapat bagi sumbangan.

sampai aku dok UKM pun, kalau ada pusat darah negara buat derma darah di pusanika, aku derma kecuali ketika aku demam, makan ubat dan sebagainya. moga-moga apa yang aku buat dulu, sentiasa berada dalam buku catatan amal sebelah kanan.

kisah sebuah keikhlasan

pada zaman kegemilangan islam dahulu, umat islam banyak membuka negeri-negeri baru dan melancarkan dakwah ke seluruh pelusuk dunia.banyak kota yang telah dibuka satu demi satu. sampai di sebuah kota yg terakhir, tentera islam sukar membuka kota itu. ditambah pula dengan musim yang berubah menjadikannya tugas itu cukup sukar. namun tentera islam terpaksa bertahan.

ringkasnya pintu kota itu berjaya dibuka dan tentera islam dapat masuk ke dalam kota itu. selesai semuanya pihak pemerintah mengumumkan di hadapan tenteranya siapakah yang telah membuka pintu kota itu untuk diberikan ganjaran. tiada seorang pun di kalangan tentera yang mengaku membuka pintu kota itu. lalu pemerintah atau raja meminta pahlawan berkenaan yang telah membuka pintu kota itu supaya datang seorang diri berjumpanya.

kemudian pada waktu malam datanglah seorang pahlawan dengan baju perangnya mengadap raja. raja pun bertanyakan tentang siapakah yang telah membuka pintu kota itu. pahlawan itu mengenakan 3 syarat dan raja mesti menerimanya. oleh kerana tiada pilihan, raja bersetuju dengan syarat itu.  3 syarat itu ialah raja/baginda dilarang mengetahui namanya, dilarang melihat wajahnya,dan syarat ketiga kalaulah berita ini akhirnya pecah dan tersebar maka tuanku dilarang memberikan sebarang anugerah atau ganjaran kepada keluarganya. setelah baginda setuju menerima ketiga syarat itu, lalu pahlawan itu mengaku bahawa beliaulah yang telah membuka pintu kota itu. kemudian pahlawan yang lengkap memakai pakaian perang itu berlalu pergi tanpa diketahui siapakah dia dan bagaimanakah wajahnya.......

*cerita dipetik daripada dr zahazan, ketika beliau menafsirkan surah al-maun (tafsir al-quran)

Jumaat, 16 Mei 2014

poksu weil: antara memukat dan menjala

seingat aku, pernah sekali poksu weil menjelaskan kenapa beliau hanya mengajar di pondok sungai durian. beliau jarang sekali keluar berceramah di tempat lain selain daripada masjid al-Rahman sungai durian. ada juga sekali sekala tapi cukup jarang. beliau stay kat pondok jer....

poksu weil pernah sebut bahawa beliau ingin memukat. menahan pukat. tidak mahu menjala. lagak orang menahan pukat samada merintangi arus atau menyusuri arus, kalau ada ikan yang melanggar pukat, kenalah. berhasillah pukat yang ditahan. kalau xde ikan, hampalah. kadang kadang orang yang memukat dapat sampah, ranting kayu jer. ada juga kekadang sampah yang lekat lebih banyak daripada hasil yang diperoleh. tapi begitulah orang menahan pukat.

lagak orang menjala, sanggup keluar mencari lubuk ikan walaupun jauh di pedalaman. bahkan ada yang siap bawa khemah dan beras, tinggal di ulu legeh sehari dua mencari lubuk ikan. di mana lubuk keli, haruan di situlah jala ditebarkan. kalau beruntung dapat spesis macam kelah. orang menjala sama sekali mengelak tempat yang penuh dengan sampah, ranting kayu dan segala macam halangan. jala hanya ditebar ke tempat yang disyaki ada hasil sahaja....aku termenung mendengar kiasan ini.

aku teringat cerita dr abdul Basit sg durian tentang penceramah agama yang glamer. rata berceramah ke seluruh pelosok negeri. kebetulannya ada sebuah masjid kecil yang nak sangat supaya penceramah ini datang berceramah di masjid berkenaan. penceramah ini menolak kerana jadual terlalu padat. lalu pihak masjid meminta supaya beliau sendiri yang menetapkan jadual ceramahnya dan beliau bersetuju. lalu selepas tarikh dipilih, pihak masjid pun bersiap dengan segala kelengkapan yang ada. namun secara mengejut penceramah ini membatalkan ceramahnya.......kerana menerima jemputan daripada masjid yang lebih besar pada tarikh yang sama, yang telah dipersetujui sebelum ini......sekali lagi aku termenung seketika mendengar kisah dari dr abdul basit.

itulah sebabnya poksu weil hanya menahan pukat, tidak mahu menjala....

# poksu weil ialah TG hj ismail sulaiman, adik kepada TG hj abdul rahman sg durian pengasas pondok sg durian.