Jumaat, 16 Mei 2014

poksu weil: antara memukat dan menjala

seingat aku, pernah sekali poksu weil menjelaskan kenapa beliau hanya mengajar di pondok sungai durian. beliau jarang sekali keluar berceramah di tempat lain selain daripada masjid al-Rahman sungai durian. ada juga sekali sekala tapi cukup jarang. beliau stay kat pondok jer....

poksu weil pernah sebut bahawa beliau ingin memukat. menahan pukat. tidak mahu menjala. lagak orang menahan pukat samada merintangi arus atau menyusuri arus, kalau ada ikan yang melanggar pukat, kenalah. berhasillah pukat yang ditahan. kalau xde ikan, hampalah. kadang kadang orang yang memukat dapat sampah, ranting kayu jer. ada juga kekadang sampah yang lekat lebih banyak daripada hasil yang diperoleh. tapi begitulah orang menahan pukat.

lagak orang menjala, sanggup keluar mencari lubuk ikan walaupun jauh di pedalaman. bahkan ada yang siap bawa khemah dan beras, tinggal di ulu legeh sehari dua mencari lubuk ikan. di mana lubuk keli, haruan di situlah jala ditebarkan. kalau beruntung dapat spesis macam kelah. orang menjala sama sekali mengelak tempat yang penuh dengan sampah, ranting kayu dan segala macam halangan. jala hanya ditebar ke tempat yang disyaki ada hasil sahaja....aku termenung mendengar kiasan ini.

aku teringat cerita dr abdul Basit sg durian tentang penceramah agama yang glamer. rata berceramah ke seluruh pelosok negeri. kebetulannya ada sebuah masjid kecil yang nak sangat supaya penceramah ini datang berceramah di masjid berkenaan. penceramah ini menolak kerana jadual terlalu padat. lalu pihak masjid meminta supaya beliau sendiri yang menetapkan jadual ceramahnya dan beliau bersetuju. lalu selepas tarikh dipilih, pihak masjid pun bersiap dengan segala kelengkapan yang ada. namun secara mengejut penceramah ini membatalkan ceramahnya.......kerana menerima jemputan daripada masjid yang lebih besar pada tarikh yang sama, yang telah dipersetujui sebelum ini......sekali lagi aku termenung seketika mendengar kisah dari dr abdul basit.

itulah sebabnya poksu weil hanya menahan pukat, tidak mahu menjala....

# poksu weil ialah TG hj ismail sulaiman, adik kepada TG hj abdul rahman sg durian pengasas pondok sg durian.

Tiada ulasan: