Rabu, 10 September 2014

kisah iman Abdullah bin Huzafah al-Sahmi ra

Abdullah bin huzafah merupakan seorang sahabat nabi yang terlibat dalam peperangan menentang tentera rom pada zaman khalifah umar al-khattab. dalam satu peperangan, abdullah ditawan oleh tentera rom. lalu raja rom meminta sahabat nabi yang ditawan ini dibawa ke hadapannya.
kemudian raja rom menawarkan sebahagian dariapda hartanya untuk abdullah dengan syarat abdullah hendaklah berpaling daripada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
lalu abdullah menegaskan bahawa kalaulah si raja rom ini memberikan seluruh hartanya, bahkan seluruh harta yang dimiliki oleh raja-raja arab, sesekali abdullah tidak akan meninggalkan agama islam ini walau untuk seketika
akibat penolakan ini, raja rom memerintahkan agar dibawa di depannya sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak yang mendidih, lalu raja memerintahkan supaya dihumban ke dalam minyak yg panas mendidih itu seorang tawanan perang muslim. lalu tawanan perang itu meninggal dengan dagingnya yang masak dan kecut. raja melakukan perkara ini untuk mengugut dan menimbulkan rasa takut serta gerun terhadap abdullah
seterusnya raja memerintahkan agar abdullah dihumban ke dalam minyak panas ini, lalu abdullah menangis. para pengawal segera membawa abdullah mengadap raja. sangka mereka, abdullah telah berasa takut dan taktik mereka untuk menakutkannya menjadi.
kemudian, abdullah sekali lagi ditawarkan sebahagian harta dengan meninggalkan islam, abdullah tegas menolaknya.
raja merasa pelik lalu bertanya kenapa abdullah menangis
abdullah menjawab aku menangis kerana aku rasa sedih kerana nyawaku hanya satu dan ianya akan pergi sebentar lagi. aku ingin mempunyai banyak nyawak sebanyak rambutku ini, maka engkau buleh lemparkan aku berulangkali ke dalam minyak panas itu. aku ingin gunakan kesemuanya pada jalan Allah
raja rom tersentak mendengar jawapan abdullah. dia merasa kagum dengan kehebatan sahabat nabi di depannya. selama ini dia hanya mendengar tentang kehebatan seorang sahabat nabi.
raja rom seterusnya menawarkan pembebasan kepada abdullah dengan syarat abdullah mencium dahinya. abdullah bersetuju dengan terlebih dahulu mensyaratkan agar tawanan muslim seramai lebih kurang 80 orang dibebaskan. raja pun bersetuju lalu membebaskan abdullah dan tawanan perang yang lain setelah abdullah mencium dahinya.
apabila pulang ke madinah, berita ini tersebar dan sampai ke pengetahuan khalifah umar ra. lalu umar ra dengan gembira berkata bahawa menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mencium dahi(kepala) abdullah huzafah dan aku akan memulakannya.....
begitulah kisah kehebatan iman seorang sahbat nabi saw

* kisah disallin daripada buku diari musafir jangan berhenti berlari tulisan ustaz zaharudin abdul rahman
ustaz zaharudin menyebut bahawa kisah ini diriwayatkan oelh al-zahabiy dalam siyar aklam al-nubala, al-isabah oleh ibn hajar, tarikh dimasyq oleh ibn asakir dan lain-lain

Tiada ulasan: