Khamis, 5 Mac 2015

hadis nabi musa n batu bergerak

Adalah kaum bani Israel mereka mandi dalam keadaan telanjang sehingga sebahagian mereka dapat melihat sebahagian yg lain. Namun nabi musa as mandi seorang diri.
Lalu kaum bani Israel berkata  demi Allah, musa tidak mandi bersama kami kerana dia ada kecacatan pada kemaluannya
Pada suatu ketika nabi musa as mahu mandi lalu meletakkan pakaiannya di atas batu. Kemudian batu itu bergerak membawa pakaiannya. Nabi musa as mengejar batu itu sambil berkata " pakaianku wahai si batu".
Maka pada masa itu kaum bani Israel dapat melihat nabi musa as ( dalam keadaan telanjang) lalu berkata "demi Allah musa tidak ada sebarang kecacatan
Kemudiannya nabi musa as mengambil semula pakaianya lalu memukul batu tersebut-  hadis sahih riwayat abu hurairah, direkod oleh bukhari dan lain lain. Bukhari merekodkannya dalam kitab al ghusl bab mandi keseorangan dalam keadaan telanjang.

Persoalan
1) X logik rasanya bagaimana seorang nabi buleh mandi telanjang sehingga kelihatan auratnya(kemaluannya). Ini bertentangan dengan sunnah rasulullah saw bahawa apabila rasulullah saw mandi, isterinya atau anaknya akan memegang kain sebagai pendinding. Mana mungkin seorang nabi seperti musa as mandi telanjang
2) x logik sebuah batu yang disidai kain atau pakaian tiba tiba bergerak

Pencerahan
1) dalam surah almaidah Allah menerangkan bahawa bagi tiap tiap umat, kami jadikan satu syariat Dan jalan agama.
Dalam surah lain pula Allah menegaskan bahawa bagi tiap tiap umat ada syariat yang tertentu untuk diikuti( surah alhajj)
Hadis ini sebenarnya menceritakan keadaan syariat nabi musa as yg berbeza dgn syariat kita. Kaum bani Israel x dituntut untuk menutup aurat daripada dilihat sesama mereka. Namun, musa as sebagai seorang nabi tidak mandi di tempat awam. Baginda mandi keseorangan. Justeru itu, bukan suatu perkara yg jelek bagi mereka kerana syariat mereka sememangnya begitu, berbeza dgn syariat kita

Pencerahan
2) batu bergerak sambil membawa pakaian merupakan suatu perkara pelik yg menjadi dalil kekuasaan Allah dalam memelihara rasul Dan hamba pilihanNYA.  Dalam kes nabi musa, perkara ini dapat membersihkan cakap cakap bani Israel bahawa nabi musa ada kecacatan pada kemaluannya.
Sebagaimana Allah memelihara nabi ibrahim daripada kepanasan api yg membakar utk menyelamatkan nabi ibrahim, begitulah caranya Allah membersihkan nabi musa daripada tuduhan kaumnya.


Kesimpulan mudah
1) syariat kita berbeza dgn syariat nabi nabi sebelum kita. Maybe ada persamaan dalam beberapa perkara Dan ada perbezaan dalam beberapa perkara. Dalam bab akidah, xde beza kerana hanya Allah yg wajib disembah
2) bila terjumpa hadis atau apa apa ayat quran yang pelik atau Kelihatan bertentangan dengan logik atau norma kehidupan kita, tanyalah Dan carilah jawapannya
[04/03 10:29 pm] Abu muhammad walid ilias: Disalinsiar dengan sedikit ubahsuai dari buku kaedah memahami hadis musykil tulisan hafiz firdaus abdullah. Dirujuk Dan disemak berdasarkan sahih bukhari dan syarah sahih bukhari( fathul bari)

Tiada ulasan: