Jumaat, 6 Mac 2015

kelebihan hari jumaat

Kelebihan hari jumaat
Sebaik-baik hari (dalam seminggu) yang terbit matahari padanya ialah hari jumaat. Pada hari jumaat, nabi Adam diciptakan, pada hari jumaat jg nabi Adam as dimasukkan kedalam syurga dan dikeluarkan daripadanya.- riwayat abu hurairah, direkodkan oleh muslim.

Hadis Jumaat vs hadis arafah?
Dalam riwayat lain, ada hadis bahawa sebaik-baik hari  ialah hari arafah. Timbul pertanyaan adakah kedua hadis ini Saling berlawanan? Satu hadis menerangkan bahawa sebaik baik hari ialah hari jumaat. Satu hadis lagi menerangkan bahawa sebaik baik hari ialah hari arafah. Tidak, maksud sebaik baik hari ialah hari jumaat dalam seminggu. Berbanding dengan hari ahad, isnin sehinggalah sabtu,hari yg terbaik ialah hari jumaat. Sementara hari terbaik dalam setahun ialah hari arafah. Justeru, apabila hari arafah atau hari wukuf jatuh pada hari jumaat, terhimpun dua kelebihan pada hari ini iaitu kebesaran hari arafah dan kebesaran hari jumaat.
Jadi kedua dua hadis ini tidak bertentangan atau bercanggah sama sekali

Sementara dalam riwayat lain juga ada hadis menerangkan bahawa kiamat akan berlaku pada hari jumaat. Jumaat yang mana? Hanya Allah yang mengetahuinya

2) Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa nabi Adam as dicipta dan dimasukkan ke syurga serta dikeluarkan daripadanya. Persoalan ttg nabi Adam as agak panjang melibatkan kesalahan nabi Adam ( dosa warisan?), dialog nabi Adam dgn nabi musa, syurga nabi Adam syurga yang mana, apakah syurga yg bakal dimasuki oleh nabi muhammad saw atau tidak etc. Hamba tidak bercadang membicakannya di sini.
Sama samalah kita mengambil kesempatan menyambut hari raya mingguan umat Islam ini dengan membanyakkan amal sambil menuntut ilmu

Rujukan
1) kitab riyad al-salihin
2)cd audio riyad alsalihin oleh Dr abdul basit sg durian

Tiada ulasan: