Sabtu, 11 April 2015

polis thallajah ( peti ais)

Ada seorang anggota polis yang digelar thalajah di Saudi. Mengikut ceritanya, beliau pernah disahkan mati oleh pihak hospital dan dimasukkan ke dalam peti mayat. Setelah beberapa ketika berada dalam peti mayat, apabila pihak hospital membuka peti mayat utk urusan seterusnya, anggota polis berkenaan bangun dan hidup kembali. Bertempiaranlah lari mereka yg melihatnya. Akhirnya pihak hospital mengesahkan bahawa anggota polis berkenaan masih hidup dan kembali bertugas seperti sebelumnya. Oleh kerana beliau pernah disangka meninggal dan dimasukkan ke dalam peti mayat ( thalajah), maka beliau digelar polis thalajah.

Kisah benar yg berlaku di Saudi ini diceritakan oleh Dr abdul basit dalam salah satu kuliahnya ttg pengesahan mayat yg betul betul meninggal dunia.

Kesimpulannya orang yg disangka mati perlu disahkan oleh pihak berautoriti bahawa dia sememangnya telah meninggal dunia. Dalam kisah di atas, pihak hospital dah pun mengesahkan polis itu meninggal Pada mulanya. Namun entah bagaimana hidup kembali selepas dimasukkan ke dalan thallajah. Peristiwa ini mendapat liputan akhbar di saudi

Tiada ulasan: