Sabtu, 11 April 2015

Saad bin abu waqas dan pembukaan madain

Saad bin Abi waqas merupakan sahabat besar nabi yg menyertai pasukan tentera untuk membuka Iraq dan madain. Pada masa itu madain terletak di seberang tasik atau sungai yang besar. Pasukan tentera muslimin pada mulanya tidak dapat menyeberangi sungai atau tasik tersebut. Lalu saad bin Abi waqas membacakan hujung ayat ke38 surah Yasin lalu air sungai atau tasik itu menjadi pejal dan keras. Pasukan muslimin dapat menyeberangi tasik atau sungai tersebut seolah olah menyeberangi tempat yang pejal lalu berjaya menakluk madain. Pada waktu itu, seorang sahabat yg lain mengatakan bahawa kalaulah sebatang jarum jatuh ke air itu, kami dapat mengambilnya.

Demikianlah besarnya kekuatan iman para sahabat terhadap ayat alquran sehingga dengan izin Allah, air sungai atau tasik itu bertukar menjadi keras

# dipetik dari tafsir surah al adiyat oleh ust zahazan. Beliau menyandarkan kepada kitab hayat alsahabat karangan syeikh kandahlawi

Tiada ulasan: