Sabtu, 3 Disember 2016

tafsir 4 ayat alfajr

tafsir 4 ayat alfajr
-surah ini nak beritahu kepada kita berapa teruknya harta dunia ini kepada kita jika x dihubungkan kepada akhirat. kita x buleh tinggalkan dunia, namun biarlah dunia dengan kita seumpama kapal dgn air laut. kapal memerlukan air laut utk belayar. namun jgn biarkan air laut masuk sehingga menenggelami kapal kita.
- dalam permulaan surah ini, Allah memberitahu kita cara utk selamat daripada godaan dunia. Allah juga beritahu cara paling mudah utk selamat iaitu dgn cara berdoa walaupon dalam hati.
- dalam permulaan surah ini, Allah beritahu waktu paling mustajab berdoa dalam setahun. gunakanlah waktu ini uk berdoa

1) demi waktu fajar pada waktu hari raya haji

2) demi waktu 10 malam yg akhir pada bulan ramadan. ada ulama berkata bahawa kalau waktu malam, malam yg mustajab ialah 10 terakhir ramadan. sementara waktu mustajab sebelah Siang ialah 10 Siang pada awal zulhijjah

3) demi waktu solat yg genap dan yg ganjil.
solat yg ganjil ialah solat yg rakaatnya ganjil iaitu maghrib. sementara solat yg genap ialah selain maghrib.

4) demi waktu malam
malam di sini sepertiga malam.

- inilah waktu yg mustajab utk kita berdoa. umpama seorang tekong yg turun ke laut, dia dah tahu waktu dan kawasan yg banyak ikan. justeru jala dan pukat yg ditebarkannya di kawasan tersebut biasanya penuh dgn hasil tangkapan ikan. ini Berbeza dgn tekong yg x berpengalaman. ditebarnya jala di kawasan yg xde ikan. nescaya hasil nya x sama. begitula umpama orang yg mengerti masa mustajab berdoa dgn mereka yg tidak tahu masa mustajab utk berdoa. umpama 2 tekong tadi.
- justeru itu, marilah sama2 kita gunakan waktu tersebut utk berdoa. moga kita tergolong dalam golongan yg diredaiNYA

#tafsir pada permulaan surah alfajr

Selasa, 23 Ogos 2016

12 Penutup dan rujukan



12.0 PENUTUP

Akhirnya saya dapat simplkan bahawa setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Sikap tunggu dan lihat , lemah jiwa , kekurangan pengetahuan dan kemahiran , menjadikan potensi kreatif yang ada pada setiap orang, beransur lemah dan pasif.

Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadangkala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan suatu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila ia melihat , berfikir, atau belajar, bagi mewujudkan idea. Idea yang diperolehi mungkin berupa imej tampak atau kefahaman pandang-timbang yang dapat ditukarkan ke dalam bentuk perkataan, angka, simbol, atau rentak muzik. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat atau dialaminya, ia mungkin menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Keupayaan menggunakan metafora dan analogi memerlukan pula pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Dengan lain perkataan, untuk mendapatkan kefahaman-pandang timbang, seseorang itu perlu berusaha mendapatkan pengetahuan , kemahiran dan pemikiran tentang sesuatu bidang.















RUJUKAN

Kementerian Pendidikkan Malaysia.(1998)Buku Sumber Guru Pendidikkan Seni Visual,KBSR.KL :DBP
Kementerian Pendidikkan Malaysia.(1985).Buku Panduan Khas Pendidikan  Seni Visual,KBSR.KL :DBP.(Tahun Satu hingga Tahun Enam )
Modul HBAE 1103.(2011)Pengenalan Pendidikan Seni Visual, OUM.





11 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Aktiviti................



11.0 PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI YANG BERKESAN YANG BOLEH GURU LAKSANAKAN DI BILIK DARJAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN SENI LUKISAN MURID .

*      Teori Psikoanalitik

Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4.6). Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visua l.Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka.

Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanakkanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga.

Contohnya, dalam kajian kes Jarboe (2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget. Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang lebih besar di sekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar dalah ibunya. Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dirinya berada di dalam perut. Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya.

Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya. Bridget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan enyatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung kepada ibunya.

11.1Persepsi dan Representasi

Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik yang telah dibincangkan sebelum ini. Pengendalian corak-corak visual menunjukkan tahap perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang dilihat. Manakala representasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita mencerminkan diri dalam seni.

Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu daripada teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka tahu dan bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

           

10 Keinginan Asas Kanak-Kanak Untuk Melukis Objek



10.0 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK UNTUK MELUKIS OBJEK


Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripadamenggunakan imaginasi sendiri. Kenapa ini berlaku?

Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru,
memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan.

(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung
Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkanmotivasi kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karyaoleh kanak-kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya.

(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami
Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak- kanak di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari kaedah dan perkara baru sesama mereka.

(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan
Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil, pen, pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya suka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak.