Ahad, 18 Februari 2018

Kisah bayi Yang bercakap 1

Kisah bayi yg bercakap (don't judge d book by it's cover)

Dalam hadis sahih, Ada kisah bagaimana seorang bayi yg sedang menyusu dgn ibunya, kemudian lalu seorang pemuda Yang kacak, kelihatan gagah, Dan menaiki haiwan tunggangan. Lalu ibunya berdoa, ya Allah, jadikanlah anakku ini seperti lelaki itu. Kemudian anaknya yg Masih menyusu berpaling kepada pemuda itu lalu berkata, ya Allah jangan jadikan Aku seperti lelaki itu. Selepas berkata sebegitu, bayi itu menyusu kembali.

Kemudian lalulah seorang wanita yg keadaanya agak teruk. wanita ini dipukul, dituduh berzina Dan mencuri. Wanita ini hanya mengucapkan hasbiyallah (cukuplah Allah bagiku). Ibu kepada bayi itu kemudiannya berdoa, ya Allah janganlah engkau jadikan anakku seperti wanita itu. Bayi yg sedang menyusu itu melepaskan susuannya lalu berkata, ya Allah jadikanlah Aku seperti wanita itu.

Ibunya berkata kepada bayinya. Kenapa engkau berkata begitu. Lalu bayi itu menjawab, sesungguhnya pemuda yg berketerampilan menarik itu sebenarnya seorang Yang zalim. Sedangkan wanita yg difitnah itu sebenarnya seorang yg mulia.

# terdapat beberapa org bayi yg bercakap semasa kecil yg diceritakan Dalam AQ n hadis. Kisah ini Salah satu daripadanya

Tiada ulasan: