Ahad, 18 Februari 2018

Kisah bayi Yang bercakap 2 (juraij)

Kisah bayi yg bercakap (2- juraij)

Ada seorang lelaki soleh Dari kalangan Bani Israel bernama juraij.
Suatu ketika ibunya memanggilnya Dari luar, pada masa itu juraij sedang melakukan solat Di tempatnya. Dia tidak menjawab panggilan ibunya. Lalu ibunya berkata, ya Allah janganlah engkau matikan juraij kecuali dia bertemu dgn perempuan penzina.

Suatu ketika, datanglah seorang perempuan lacur menawarkan dirinya Dan nak berbual dgn juraij namun juraij enggan. Lalu perempuan itu pergi menemui pengembala kambing, menggodanya sehinggalah perempuan itu melahirkan bayi. Perempuan itu mendakwa bahawa inilah anak juraij.

Apabila berita tersebar, orang ramai merobohkan tempat ibadat juraij dan memaki hamun beliau. Juraij kemudiannya berwuduk lalu solat, then pergi ke tempat bayi tersebut Dan bertanyakan ttg ayahnya yg sebenar. Lalu bayi tersebut memberitahu bahawa ayahnya adalah seorang pengembala.........

Orang ramai yg tadinya merobohkan rumah ibadat juraij ingin membinanya semula daripada emas, namun juraij menegaskan tidak perlu, cukuplah rumah ibadatnya dibina semula daripada tanah.

Tiada ulasan: