Rabu, 21 Februari 2018

Kisah bayi yg bercakap 3( Nabi Isa alayhissalam)

Kisah bayi yg bercakap 3 ( Nabi isa as)

....apabila Maryam melahirkan anaknya, Maryam diperintahkan untuk bertenang. Jika ditanya orang ttg bayi ini (Nabi isa), janganlah dijawab pertanyaan mereka. Sebaliknya  beri isyarat dgn tangan bahawa mulai Hari ini Aku bernazar utk tidak mahu bercakap dgn sesiapa pun

Kemudian apabila Maryam pulang ke kampungnya bersama Nabi isa yg Masih bayi gemparlah orang ramai. Maryam yg selama ini dikenali sebagai seorang gadis yg baik, berketurunan org soleh lagi mulia, tiba2 pulang bersama seorang bayi (tanpa bapa). Lalu Maryam mengisyaratkan kepada org ramai supaya bertanya kepada bayinya. Pada mulanya org ramai kehairanan kerana disuruh bercakap dgn seorang bayi, namun kemudiannya Nabi Isa as bercakap dgn mereka.

Nabi Isa memberitahu bahawa baginda adalah hamba Allah. Allah telah mengutusnya sebagai nabi, Dan diberi kepadanya kitab, diberkati, diwajibkan utk mendirikan solat Dan zakat, berbakti kepada kedua ibu bapa Dan tidak menjadi orang Yang zalim lagi celaka.......
(Surah Maryam 27-34)

# Ada kisah bagaimana seorang non muslim telah convert setelah membaca tafsir AQ berkenaan kisah Maryam ini. Pada awal sangkaannya, apabila dia membaca AQ terjemahan, Akan dipenuhi dgn watak2 Dan nama2 mereka yg dekat dgn Nabi Muhammad saw. Sangkaannya Muhammad saw yg menulis AQ, Sudah tentulah AQ Akan dipenuhi cerita ttg khadijah, aisyah, fatimah Dan org2 Di sekeliling baginda saw. Namun apabila dibaca, dia tidak menemui ttg watak2 Di sekeliling Nabi Muhammad saw, sebaliknya AQ membersihkan tuduhan terhadap maryam Dalam suatu surah yg diberi Nama Maryam.

Tiada ulasan: