Jumaat, 12 Julai 2019

trip haji 2000 (suez ke jeddah)

cara makan atas kapal, kami dah bersedia dengan bekalan utk 3 hari 4 malam atas laut. ada yang bawa roti, kacang foul dalam tin, hirisan sosej, cheese keras dan macam2. cuma kat atas feri tu ada kantin. ambo masih ingat nasi dia jual sepinggan bersama sepiring kacang foul harganya 5 pound egypt (macam 5 rm la). then kacang tu boleh jer makan dengan nasi. rasanya kat seven eleven skang ada jual kacang foul tu, dalam tin. rasanya hampir sama jer...  ada juga yang bekalkan nasi goreng utk hari pertama belayar. ada yang bawa sambal daging. lauk daging yang dikeringkan n macam2. cuma bagi ambo, makan apa sahaja asal halal. bila dok kat tempat orang, kena adaptasi dengan suasana tempatan. ambo asalnya susah nak makan. amik masa hampir 2 tahun juga nak sesuai dengan roti eish dan foul yang dijual di tepi jalan. tapi bila dah biasa seronok jer. dengan hanya 1 pound, kita dapat makan roti eish bersama kuah kacang n telor rebus seramai 5 orang. menu orang mesir ni lebih kepada arab bercampur ala ala mediteranean. ada kekacang. so kalau jumpa restoran arab jenis nasi mandi, nasi kabsah, anak unta panggang, semua tu bukan menu mesir. itu dah ke arah saudi, teluk n yaman. memang depa makan mewah


tempat tidur...........kelas kami 4 orang sebilik. katil double decker. semua katil terkunci kemas di dinding. bilik sempit jer. kalau ada seorang solat berdiri kat ruangan yang ada, 3 orang lagi kena dok atas katil. macam bilik jack dawson dalam filem titanic la. kira kelas pekerja. he he. lampu ada tapi kelam. kira masuk bilik utk tidur jer . kalau nak baca AQ, baca buku, atau apa apa aktiviti kena buat di luar bilik. biasanya kami naik tingkat paling atas. dapat baca buku or ulangkaji rukun n fardu haji sambil tengok pemandangan. cuma masalahnya sebab baru habis musim sejuk, cuaca sekitar 10 celcius ditambah dengan angin yang kadangkala kuat. nak sembang pon kena angkat suara. kalau malam mmg cantik sebab nampak bintang berkerlipan, tapi xleh lama sebab sejuk suhu boleh cecah 5 celcius rasanya

bilk mandi n tandas.......utk guna tandas, kena kongsi dengan penumpang lain di hujung. macam dok asrama la. masa memula ok jer tandas. bila dah masuk hari ketiga n terakhir. tandas dah mula tersumbat. najis dah melampung kat pemukaan tandas. so pandai2 la cari tandas yang masih ok. kalau perasan dulu mufti perlis pernah menulis bahawa beijing lebih bersih daripada kaherah. ada juga kata kata bahawa akidah islam di timur, akhlak islam di barat.  boleh diterima kata2 ni. akidah tauhid dianuti oleh ramai orang di timur. tapi akhlak macam bab kebersihan, anti rasuah, penjagaan masa, good governance semua tu boleh dikatakan diamalkan di barat. sampai ada orang cakap orang putih ni bagus, cuma bab buang air kecil n besar jer yang depa main lap, tak basuh. lagi satu perangai arab mesir ni bila masuk tandas awam. dia cuci punggung dia jer. najis tu dia tinggal utk pengguna selepas ni. so bila kita masuk tandas awam mesir, perkara pertama perlu kita buat ialah bersihkan dulu najis sebelumnya. then guna, then flush balik supaya pengguna selepas kita tak merana.


bil penumpang............kami tak pasti angka sebenar. rasanya mencecah 4 atau 5 ratus kot. sebab masa sampai kat jeddah, imigresen saudi wujudkan 2 kaunter berasingan utk rakyat mesir dan orang luar mesir yg menetap kat mesir macam kami. rombongan kami dalam 2 buah bas ekspress jer, 80 orang bersama 10 orang student brunei yang menumpang trip kami. feri mmg besar. ada tingkat utk bas ekspress, kereta n kenderaan lain. tapi kami tak dibenarkan bergerak ke seluruh bahagian kapal.  ada dewan solat. ada kantin. ada tempat lapang atas kapal n etc. itu tempat kami boleh bergerak


Transport ke jeddah..... Kami sampai pelabuhan jeddah waktu subuh. terasa beza benar negara saudi yang bersih, tenang n tersusun banding mesir yang kotor, padat n sesak dengan orang, serta tak tersusun. lepas solat subuh, muassasah haji di saudi dah uruskan 2 buah bas ekspress utk kami ke mekah. then kami turun di hotel kat mekah dan terus ke masjid utk tawaf. masa ke madinah pon sama. muassasah dah urusan bas ekspress utk kami ke madinah. cuma masa kami nak ke arafah, muna, muzdalifah tu kami uruskan sendiri bersama wakil pelajar malaysia yng belajar di mekah n madinah.  masa kat muna, kami x berkhemah kat sana. kami ke sana dengan menyewa bas, tinggal sehingga melebihi paras masa yang sepatutnya, then melontar then kami balik ke hotel di mekah. begitulah 2 3 hari. jemaah haji msia biasanya tinggal di muaseim dan berjalan ke muna, melontar di jamrah.


Penutup
perjalanan dari pelabuhan suez ke pelabuhan jeddah dalam 1500 km kami makan masa lebih kurang 3 minggu. rasanya dalam 2000 atau 3000 sahaja belanja kami dari urusan visa, tiket feri pergi balik, bayaran muassasah dan pengurusan di saudi, hotel dan sebagainya. masa kat mekah tu kami makan nasi talam. pelajar malaysia kat saudi yang tolong masak utk kami. makan ala kadar jer sepanjang travel, cuma ada yg duit lebih boleh la cari makanan saudi n teluk macam nasi kabsah, nasi anak unta, kambing panggang n etc kat restoran sana.biila kita bermusafir ni, macam2 karenah orang kita temui. namun kuncinya ialah sabar n jangan celupar tambah lak dok kat tanah haram. rasanya ambo jawab belako dah hak haji nais tanya tu. dah jadi travelog ni


#artikel ni asalnya ditulis utk jawab pertanyaan sahabat tentang trip haji kami dari mesir ke mekah tahun 2000 dulu,