SEMBANG-SEMBANG SANTAI
Kitab Sabila
Masa kecik2 dulu ambo selalu tgk arwah ayah ke masjid malam2 sambil bawa satu kitab besar dan tebal. Tak silap kulitnya warna merah. Tebalnya dalam seinci dan lebih besar daripada saiz kertas A4 sekarang. Ambo sempat baca tajuk kitab tu. ada tertulis Sabila Muhtadin. Rasanya 1 atau 2 kali seminggu ayah akan bawa kitab tu sambil menadah dengan para guru. Pada masa tu, kuliah maghrib kat masjid sekitar area kami agak meriah. Boleh dikatakan setiap malam kebanyakan masjid atau surau ada jer kuliah maghrib. Tapi walaupun kuliah banyak, tak ramai tuan guru yang baca (ngajar) kitab seperti Sabila atas masjid
Nama penuh kitab ini ialah Sabil al-Muhtadin li al-Tafaqquh fi Amr al-Din. Maksudnya secara umum ialah Jalan Bagi Orang-Orang Yang Mendapat Petunjuk Untuk Mendalami Urusan Agama. Kitab ni merupakan sebuah kitab figh dalam Bahasa melayu klasik dengan tulisan jawi. Pengarangnya ialah Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang hidup sekitar akhir 1700ndan awal 1800M.
Mengikut maklumat daripada guru kami, kitab Sabila ni ditulis atas cadangan (titah) sultan yang memerintah negeri Banjar pada masa tu. Ambo lupa lak nama Sultan tu. Sultan Banjar pada masa tu menitahkan supaya ada kitab melayu dalam ilmu fegh yang akan menjadi panduan untuk beramal dan memahami hukum2 agama. Penulisannya dikatakan bermula sekitar 1700 dan siap pada 18 atau 20 tahun kemudiannya.
Kalau kita biasa belajar atau menadah menggunakan kitab ni kita akan perasan musannif (pengarang kitab) banyak merujuk kepada bebrapa karya para ulama sebelumnya. Antaranya ialah
- Fath al-Wahhab karya Syeikh Zakaria al-Ansari.
- Tuhfat al-Muhtaj karya Syeikh Ibn Hajar al-Haitami.
- Mughni al-Muhtaj karya Syeikh al-Khatib al-Syarbini.
- Nihayat al-Muhtaj karya Syeikh Syamsuddin al-Ramli
Zaman dulu kitab ni tulis tangan je (manuskrip). then apabila dah ada mesin cetak, kitab ni mula dicetak di Mekah atas usaha seorang ulama berketuruna Fatani iaitu Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fattaniy. Kitab Sabila seterusnya dicetak di Mesir, Turki dan kemudian tersebar ke wilayah2 di nusantara
Kitab Sabila dikarang berdasarkan fegh mazhab Shafiey melibatkan ibadah dan kehidupan seharian. Antara perbahasan utama dalam kitab ni ialah bab taharah (bersuci), solat, zakat, puasa, haji dan umrah, korban, makanan termasuklah sembelihan. So kitab ni bukan sahaja berbicara tentang ibadah, bahkan memebri panduan kepada masyarakat mengamalkan kehidupan sebagai seorang muslim
Ada yang sebut bahawa kalau kita nak blaja fegh kitab jawi, biasanya kita akan bermula dengan kitab Musalli (untuk solat). Then pada peringkat tinggi untuk kitab fegh jawi, barulah kita akan jumpa Sabila atau Furuk Masail. Tapi kadang2 susunan kitab tu tak sama antara tempat2 pengajian. So kiranya kitab Sabila ni dah diajar untuk murid2 tua sebelum jumpa kitab arab. (maybe turutan kitab ni berbeza)
Walaupun kitab ini dikarang hampir 200 tahun yang lepas, namun orang masih baca (belajar atau mengajar) kitab ni di pondok2 pengajian dan surau/masjid. Isi kandungannya juga masih relevan untuk dirujuk terutama oleh penuntut ilmu pada masa kini
Walau bagaimanapun, kitab ini mempunyai gaya bahasa klasik dan perbahasan yang mendalam. Agak halus. Oleh itu, pembaca yang tidak mempunyai asas bahasa Arab atau masih merangkak dengan tulisan Jawi lama dan ilmu fiqh mungkin menghadapi kesukaran untuk memahaminya. Justeru, kitab ini lebih sesuai dipelajari dengan bimbingan guru yang berkelayakan serta disertai penjelasan berdasarkan konteks semasa
Moga Allah merahmati Syeikh Arsyad Banjariy dan para ulama dan kita semua