Sabtu, 10 Jun 2023

kisah seorang pesakit kanser

 kisah seorang pesakit kanser

Ada seorang pesakit kanser (PS), ambo tak ingat nama. Beliau disahkan mengidap kanser tahap akhir Dan doc beritahu bahawa hayatnya dah tak lama (jangka hayat kurang setahun jika mengikut adat kebiasaan Dan ilmu perubatan). Kansernya sudah tiada ubat, yg ada hanyalah ubat penahan sakit yg boleh diambil utk memberikan keselesaan sementara padanya.

PS ini mengambil keputusan untuk mengembara ke eropah. Beliau mengembara menggunakan laluan darat. Setiap Kali beliau tiba di suatu tempat, beliau akan bertanya kepada penduduk setempat ttg rawatan alternatif utk kanser. Setiap Kali beliau ditunjukkan sesuatu yg didakwa ubat, beliau akan membeli dan menggunakanya.

Hari demi hari telah berlalu, PS ni tetap berkelana melihat luasnya alam sambil menikmati setiap detik berharga yg masih berbaki. Seluruh eropah telah dikunjunginya dalam masa lebih setahun. PS ni berasa hairan beliau Masih tidak Mati sedangkan jangka hayat yg doc beri telah lebih.

Beliau lalu kembali ke negerinya di US.
Tiba di US beliau bergegas ke hospital yg beliau pernah terima rawatan dulu. Kembali mencari doc pakar yg pernah merawatnya namun beliau terkejut apabila mendapat berita bahwa doc pakar tersebut telah pun meninggal dunia sejurus kembaranya ke eropah.


1) kita hanya merancang, berusaha utk berubat, namun waktu Mati kita dalam ilmu Allah. Selagi masih bermafas, peluang taubat Dan ibadat Masih terbuka. Gunakanlah sebaiknya

2) jangan ditambah beban yg sedia ada dengan beban baru. Pemikiran negatif kadang2 boleh menjasi toksik utk kita.



#petikan kisah Dari buku. Rasanya buku laa tahzan (don't be sad) karya aid alqarniy. Ambo tulis berdasarkan ingatan, maybe ada maklumat yg tertinggal atau tak lengkap