Jumaat, 9 Oktober 2026

Penghulu Istighfar

 Penghulu Istighfar

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت.

(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku ialah hamba-Mu. Aku berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sekadar kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.)

 

Kat atas ni adalah bacaan istighfar yang digelar Peghulu Istighfar atau Sayyidul Istighfar. Ianya merupakan doa istighfar yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Bacaan ni berasal daripada hadis Syaddad bin Aus ra bahawa Nabi SAW bersabda:

 

(Penghulu Istighfar hendaklah kamu mengucapkan “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku (tuhanku), tidak ada Ilah (tuhan) yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Aku di atas perjanjianMu dan janjiMu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepadaMu, maka ampunilah aku. Kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau- Bukhari)

 

Dalam Arabic, ada beza antara perkataan Ilah dan Rabb. Takperla dalam BM kita terjemah kedua2 perkataan tu dengan makna tuhan

 

Di dalam Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar menaqalkan perkataan Ibn Jamrah yang mengatakan bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah menghimpunkan seni makna-makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar sebagai penghulu segala istighfar. Di samping itu juga, terdapat padanya ikrar kepada Allah yang Esa akan keEsaan-Nya dan juga Ubudiyyah kepada-Nya (yang hanya berhak disembah). Tambahan pula, di dalamnya terdapat pengiktirafan (daripada hamba) bahawa Allah adalah pencipta dan beriqrar dengan janji yang diambil oleh Allah ke atasnya. Selain itu, berserah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya serta memohon perlindungan (daripada Allah) dari segala kejahatan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu terhadap dirinya. Di dalamnya juga terdapat sandaran kesenangan kepada pencipta-Nya dan juga sandaran dosa kepada diri pelakunya serta keinginannya untuk memohon ampun dan pengiktirafan akan dosa yang telah dilakukannya bahawa tiada yang mampu untuk mengampunkan dosa-dosa tersebut melainkan Allah SWT. [Lihat: Fath al-Bari, 100/11] (dinukil daripada website muftiwp.gov.my)

 

Apa kelebihan doa ni? Dalam satu hadis Nabi SAW ada sebut bahawa orang yang baca doani dengan penuh keyakinan ketika waktu siang hari then dia mati sebelum masuk waktu petang, dia akan termasuk dalam golongan ahli syurga. Serupolah juga apabila kita baca pada waktu malam dengan penuh keyakinan kemudiannya meninggal sebelum masuk waktu pagi, dia akan termasuk dalam kalangan ahli syurga (dengan RahmatNYA). Mafhum hadis tu daripada Bukhari.

 

Dalam satu lagi hadis yang daif, orang yang selalu mengucapkan istighfar, Allah akan memberikan kelapangan untuknya serta diberi rezeki daripada jalan yang kita tak sangka.

 

Bila nak baca doa ni? Dalam hadis tu sebut bacaan belah siang dan malam. Maksud siang tu daripada subuh sehingga asar. Maksud malam tu bermula lepas asar sehingga subuh esok. So boleh la nak baca sekali pagi dan sekali lagi pada malam. Ada juga yang baca sebelum tidur. Nak baca banyak tu terpulanglah yang penting istiqamah.

 

 

Khamis, 1 Oktober 2026

Antara Adab2 Bermusafir

Antara Adab2 Bermusafir

Islam merupakan agama yang sempurna. Ia bukan sahaja mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT malah turut memberikan panduan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah adab ketika bermusafir. Rasulullah SAW telah mengajar umatnya supaya menjaga keselamatan, kebajikan haiwan dan hak pengguna jalan raya melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra dalam Sahih Muslim. Hadis ni ada juga dalam Riyad al-Solihin.

Rasulullah SAW bersabda:

«إِذَا سَافَرْتُمْ فِي الْخِصْبِ فَأَعْطُوا الْإِبِلَ حَظَّهَا مِنَ الْأَرْضِ، وَإِذَا سَافَرْتُمْ فِي الْجَدْبِ فَأَسْرِعُوا عَلَيْهَا السَّيْرَ، وَبَادِرُوا بِهَا نَقِيَّهَا، وَإِذَا عَرَّسْتُمْ فَاجْتَنِبُوا الطَّرِيقَ، فَإِنَّهَا طُرُقُ الدَّوَابِّ وَمَأْوَى الْهَوَامِّ بِاللَّيْلِ»

(Apabila kamu bermusafir melalui kawasan yang subur, berilah unta peluang untuk mendapatkan bahagiannya daripada bumi (makan rumput). Apabila kamu bermusafir melalui tanah yang kering, percepatkanlah perjalanan dan bersegeralah sebelum habis kekuatannya (kekuatan unta). Apabila kamu berhenti untuk berehat pada waktu malam, jauhilah jalan kerana jalan itu merupakan laluan haiwan dan tempat binatang berbisa pada waktu malam- Muslim)

 

Banyak benda yang kita boleh amik pengajaran daripada hadis ni. Ia menjelaskan beberapa adab penting ketika seseorang melakukan perjalanan. Baginda SAW bersabda bahawa apabila bermusafir melalui kawasan yang subur, hendaklah diberikan peluang kepada haiwan tunggangan untuk menikmati rumput dan tumbuh-tumbuhan di sepanjang perjalanan. Zaman nabi SAW dulu, mereka biasa bermusafir dengan haiwan tunggangan terutama unta. So bila lalu area yang ada makanan, oasis contohnya. Kalau perlu berhenti, berhenti dan rehatlah dulu. Tunaikan hak unta tu. Maybe unta tu nak berehat, minum atau makan n etc. then teruskanlah perjalanan.

 

Hal ini menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan haiwan. Haiwan yang digunakan untuk membawa barang atau penumpang tidak boleh dipaksa bekerja tanpa diberikan makanan dan rehat yang mencukupi. Ambo pernah terbaca bahawa had barangan yang mampu dibawa oleh seekor unta biasanya sehingga 200kg (kena semak balik maklumat ni)

 

Sebaliknya apabila perjalanan dilakukan melalui kawasan yang kering dan tandus, perjalanan hendaklah dipercepatkan. Tujuannya untuk nak elakkan haiwan daripada keletihan akibat kekurangan makanan dan sumber air.

 

Agaknya kalau dalam situasi sekarang, kalau dapat kita bayangkan semasa kita bermusafir, then perut tengah lapar, kereta lak melalui area nasi kerabu tersohor, atau ada keperluan untuk tukar pampers anak, buang air n etc, seeloknya raikanlah segala keperluan tu.

 

Selain itu, hadis di atas juga menyebut supaya menjauhi jalan apabila berhenti untuk berehat pada waktu malam. Baginda saw menjelaskan bahawa jalan merupakan laluan haiwan dan tempat berlindung bagi binatang berbisa pada waktu malam. Oleh itu, berhenti di tengah jalan boleh mendatangkan bahaya kepada manusia dan haiwan. Arahan ini juga mengajar umat Islam supaya memilih tempat yang sesuai, selamat dan tidak mengganggu pengguna jalan.

 

Hadis ini sangat relevan dengan kehidupan kita skang terutama bagi mereka yang menggunakan kenderaan untuk perjalanan jauh. Kita sebagai pemandu, cari dan pilihlah tempat yang selmat untuk berehat. Maybe boleh singgah area R&R, stesen minyak atau Kawasan yang difikirkan selamat dan tidak mengganggu orang lain.

 

 

Hadis ini mengandungi panduan yang amat berharga tentang adab ketika bermusafir, merangkumi penjagaan kebajikan haiwan, pengurusan perjalanan dan pemilihan tempat berhenti yang selamat. Sama-samalah kita cuba untuk menghayati pesan nabi SAW dan beramal dengannya. Nampak simple je tapi penuh hikmah.

 

Sabtu, 26 September 2026

Perihal Meminta Jawatan

 Perihal Meminta Jawatan

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdul Rahman bin Samurah ra:

«يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ، لَا تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ، فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا، وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا»

(Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah kamu meminta jawatan (kepimpinan). Sesungguhnya jika kamu diberikan kepimpinan kerana kamu memintanya, kamu akan diberikan kepadanya (tanpa pertolongan Allah). Tetapi jika kamu diberikan kepimpinan tanpa memintanya, kamu akan dibantu dalam melaksanakannya.- Bukhari & Muslim)

 

Perawi hadis ni namanya Abdul Rahman Bin Samurah. Beliau berketurunan Bani Abdu Syams dari suku Quraisy. Nama penuhnya ialah Abdul Rahman bin Samurah bin Habib bin Abdu Syams bin Abdu Manaf.

 

Kunyah beliau ialah Abu Said. Kunyah ni dalam bahasa mudah maybe kita boleh terjemah sebagai gelaran atau panggilan. Biasanya bermula dengan nama Abu (ayah) atau Ibn (anak lelaki) atau Ummu (ibu).

 

Kunyah ni biasanya digunakan untuk anak yang sulung tapi ia bukanlah suatu kemestian. Ada juga kunyah digunakan kepada bukan nama orang macam Abu Hurairah (bapa kepada kucing), Abu Turab (turab bermaksud tanah, debu). Kunyah ni akan dok kat depan sebelum nama kita tu. Contohnya Abu Muhammad then diikuti nama kita. Then bahagian belakang kadang2 ada penisbahan pada tempat seperti al-Kelantaniy, al-Misriy, al-Dumyati n etc.

 

Beliau memeluk Islam saat peristiwa Penaklukan Mekkah (Fathu Makkah) dan meninggal di Basrah pada tahun 50H atau 51H. Ada juga pendapat sebut beliau meninggal di Merw. Kalau tak silap Merw sekarang berada di Iran.

Nama asal beliau ialah Abd al-Ka‘bah. Then Rasulullah SAW menamakannya Abdul Rahman selepas beliau memeluk Islam. Beliau terlibat dalam beberapa siri ekspedisi terutama di wilayah belah timur. Beliau juga pernah menjadi gabenor di Sijistan. Ini menunjukkan bahawa beliau bukan sekadar seorang perawi hadis, tetapi turut mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan kepimpinan.

 

Hadis di atas mengandungi nasihat yang sangat besar tentang hakikat kepimpinan dalam Islam. Rasulullah SAW mengingatkan kitas emua bahawa jawatan bukanlah sesuatu yang wajar dikejar. Ia bukan sekadar kedudukan, kuasa atau penghormatan bahkan sebaliknya, kepimpinan merupakan amanah yang berat dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

 

Dalam hadis ini, pada zahirnya menunjukkan larangan meminta jawatan. Larangan ini menunjukkan bahawa seorang Muslim tidak sepatutnya menjadikan jawatan sebagai matlamat peribadi. Seseorang yang terlalu menginginkan kedudukan mungkin terdedah kepada penyakit hati seperti cintakan pangkat, pujian, pengaruh dan kuasa. Sedangkan semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin besar pula tanggungjawab yang akan dipikulnya.

 

Hadis di atas juga menjelaskan berkenaan akibat meminta-minta jawatan. Jika seseorang itu meminta jawatan, maka akan diberi kepadanya permintaan itu tanpa pertolongan (Allah SWT) dalam menyelesaikan kerja (jawatan) tersebut. Disimpulkan juga bahawa hukum meminta-minta yang berkaitan dengan kekuasaan seperti pemerintahan, penguasaan dan apa yang berkaitan dengannya adalah makruh. (website muftiwp)

 

Timbul persoalan, dalam AQ ada disebut kisah Nabi Yusuf as meminta dilantik sebagai penguasa kepada khazanah negara (surah yusuf ayat 55) . Tidakkah hadis ni jadi kontra dengan ayat AQ? Sekali tengok hadis melarang meminta jawatan. Baca AQ pula ada kisah nabi Yusuf minta jawatan lak. Macam kontra lak kan.

 

Sebenarnya takder kontra pun. Ulama menegaskan bahawa bagi individu yang mempunyai kekuatan dan mampu memegang amanah adalah dibenarkan serta layak untuk meminta jawatan. Yang tak boleh ialah kita tak layak, namun minta juga dilantik jawatan tu. Tak kira la samada tak layak tu kerana terlalu lemah disebankan factor penyakit atau usia, atau tak layak kerana tiada ilmu dan Kemahiran ditambah lagi kerana nakkan habuan dunia dan sebagainya. Benda ni dah banyak dibincangkan dalam kitab2 syarah hadis dan fegh dengan panjang lebar

 

#riyad al-salihin bab meminta jawatan. Biodata perawi dari Dalil Falihin.

 

 

 

 

 

 

Jumaat, 11 September 2026

Doa Memohon Pertolongan untuk Beribadah

 Doa Memohon Pertolongan untuk Beribadah

Dalam satu hadis, Nabi SAW kepada Muaz bin Jabal,

(يَا مُعَاذُ، إِنِّي لَأُحِبُّكَ، فَلَا تَدَعَنَّ أَنْ تَقُولَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ)

Maksudnya (Wahai Muaz, sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu. Maka janganlah kamu meninggalkan untuk membaca pada akhir setiap solat doa ini “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kepadaMu”)

 

Doa ni glamer. Masa ambo remaja dulu biasa dengar Imam dok baca doa ni. Bila dah besar, terjumpa hadis pasal doa ni dalam Riyad al-Salihin.

 

Hadis ni sangat indag. Ia menggambarkan betapa sayangnya Nabi SAW terhadap sahabatnya yang Bernama Muaz bin Jabal. Dalam hadis ni ada beberapa benda. Antaranya ialah ungkapan sayangnya Nabi SAW kepada Muaz dan doa yang menghimpunkan 3 benda penting dalam kehidupan kiata iaitu zikir, Syukur, dan ibadah

 

Perkara pertama yang menarik perhatian dalam hadis ini ialah sabda Nabi SAW

إِنِّي لَأُحِبُّكَ  (Sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak segan untuk menyatakan kasih sayang kepada para sahabat Baginda. Ungkapan tersebut juga mempunyai kesan pendidikan yang besar. Apabila seseorang mengetahui bahawa gurunya menyayanginya, nasihat yang diberikan akan lebih mudah diterima oleh hati.

 

Muaz merupakan antara sahabat yang mempunyai kedudukan istimewa. Beliau terkenal sebagai seorang yang alim dalam ilmu halal dan haram. Rasulullah SAW juga pernah mengutus beliau ke Yaman untuk berdakwah dan mengajar Masyarakat di sana

Seterusnya lafaz doa. Doa ini pendek jer, tetapi maknanya sangat luas.

اللَّهُمَّ أَعِنِّي   maskudnya (Ya Allah, bantulah aku).

Perkataan أَعِنِّي menunjukkan bahawa seorang Muslim sentiasa memerlukan pertolongan daripada Allah. Walaupun kita maybe ada ilmu, ada pengalaman, ada kerjaya dan harta, kekuatan dan kemampuan, namun kita tetap seorang makhluk. Tetap lemah dan terdedah kepada godaan syaitan dan dibimbangi tergelincir daripada landasan yang sepatutnya. Justeru itu, kena mintak sokmo dengan Allah supaya Allah bantu kita dalam beramal dan istiqamah padaNya

 

عَلَى ذِكْرِكَ (untuk mengingatiMu)

Zikir bukan sekadar menyebut lafaz tertentu, tetapi merangkumi usaha menghadirkan Allah dalam kehidupan. Hati yang banyak mengingati Allah akan lebih mudah meninggalkan perkara yang dilarang dan melakukan perkara yang diperintahkan.

 

وَشُكْرِكَ (Dan mensyukuriMu)

Syukur secara mudahnya bermaksud mengakui segala nikmat berasal daripada Allah, memujiNya atas nikmat tersebut dan menggunakan nikmat itu pada perkara yang diredaiNya. Kesihatan, ilmu, masa, keluarga dan rezeki semuanya merupakan nikmat yang sepatutnya membawa seseorang semakin dekat kepada Allah.

 

وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ (Dan memperelokkan ibadah kepadaMu)

Frasa ini mengajar bahawa bukan kuantiti ibadah sahaja yang penting, tetapi kualiti ibadah juga penting. Seorang Muslim hendaklah berusaha melaksanakan ibadah dengan ikhlas, mengikut petunjuk Rasulullah SAW dan menghadirkan hati ketika melakukannya.

 

Rasulullah SAW mengajar Muaz supaya membaca doa ini pada akhir setiap solat. So lepas jer kita baca tahiyat akhir boleh je baca doa ni sebelum beri salam. Nak baca di luar solat pun boleh je (ada perbahasan ttg ni). Doa ini juga mengajar kita bahawa kejayaan dalam beribadah bukan semata-mata bergantung kepada kekuatan diri. Sebaliknya, kita perlu sentiasa memohon taufik dan pertolongan Allah.

 

Kesimpulannya hadis ni merupakan antara hadis yang ringkas tetapi sangat mendalam maknanya. Ia menggabungkan kasih sayang, pendidikan dan doa dalam satu nasihat Nabi SAW.  Justeru itu, sek kita boleh la pakat2 baca doa ni sambil memahami dan menghayati maknanya.

 

#sebahagian daripada isi penting kuliah maghrib, Riyad al-Salihin

Jumaat, 4 September 2026

Melawat Tempat yang Pernah Diturunkan Bala (2)

 Melawat Tempat yang Pernah Diturunkan Bala (2)

Ada ahli jamaah tanya pasal Piramid Giza. Setahu ambo, Piramid ni bukannya tempat yang kena bala seperti Madain Saleh (Hegra) tu. Piramid ni berfungsi sebagai kubur Firaun je. Pusat pemerintaha Firaun terletak di Selatan Mesir. Apabila meninggal, mereka tempatkan dalam pyramid. So Piramid tu sebagai kubur bagi Firaun. Firaun lak merupakan nama pemerintah Mesir masa tu. Khabarnya pada zaman tu, mereka akan tanam mayat bersama barangan kemas seperti emas n etc.

 

Dalam banyak2 Piramid, yang plaing glamer adalah yang terletak di Giza. Ada 3 biji rasanya. Kat area depan Piramid ada patung Great Sphinx tu (patung macam singa). Kalau Kaherah tu umpama Kota Bharu, Giza tu macam Tumpat la. Dua bandar yang bersebelahan yang dipisahkan oleh Sungai Nil.

 

Zaman kami dulu, kalau pelancong nak masuk rasanya kena bayar 50 USD, kami pelajar luar yang belajar di sini kena bayar dalam 10 pound Egypt (tunjuk kad university). Rakyat tempatan 1 pound je. Jauh sangat beza.

 

Contoh lain ialah kota Iram (yang dikaitkan dengan Kaum Aad dan Nabi Hud). Kota ini sangat kaya, maju dan dipenuhi istana megah dengan seni bina tiang yang luar biasa tinggi. Semua ni menjadi lambang kehebatan mereka. Kota ini telah dimusnahkan oleh ribut taufan yang sangat dahsyat selama 7 malam 8 hari sehingga tertimbus sepenuhnya di bawah gurun

 

Kalau tak silap (ambo dah lupa) kota ni ditemui melalui teknologi satelit NASA dalam 90an atau 80an. Para penyelidik dapat mengesan dan seterusnya menemui laluan perdagangan purba yang sudah tertimbus di bawah pasir di Shisr, Oman. Mereka menemui jalur-jalur laluan karavan purba yang besar yang semuanya bertumpu dan bertemu pada satu titik tunggal, iaitu sebuah oasis area berkenaan.

 

Selepas kerja-kerja ekskavasi dilakukan, mereka menemui sebuah kubu pertahanan yang besar. Kubu ini mempunyai struktur lapan dinding setebal beberapa kaki dengan menara-menara pengawal tinggi yang dibina di setiap sudut kubu. Ini semacam bertepatan dengan gambaran Al-Quran tentang Iram yang mempunyai tiang-tiang (menara) yang tinggi (Surah Al-Fajr: 7)

 

Cuma para pengkaji masih berdebat samda tapak di Shisr ini merupakan keselurhn kota Iram atau hanya sekadar pintu masuk utama bagi tamadun berkenaan. Semuanya masih dalam perdebatan. Apa yang pasti, penemuan ini membuktikan kewujudan sebuah kota bertiang megah yang hilang secara drastik di bawah gurun berkenan

 

Then kota Pompei. Sebelum bencana, Pompei ni sebuah kota yang sangat mewah serta sibuk dengan populasi yang besar. Then apabila Gunung Vesuvius meletus, ia memuntahkan gas beracun, batu, dan debu panas setinggi berpuluh kilometer ke udara Dalam masa singkat, gelombang haba melampau melanda kota itu dan menimbus seluruh kawasan sedalam 4 hingga 6 meter. Majoriti penduduk mati akibat terhidu gas beracun dan sesak nafas.

 

Apabila ahli arkeologi mula menggali kota ini pada kurun ke-18, mereka menemui sesuatu rongga-rongga kosong di dalam lapisan debu keras tempat mayat manusia reput. Then para pengkaji menuang sejenis bahan (ambo lupa nama bahan tu) ke dalam rongga tu. Akhirnya mereka berjaya menghasilkan acuan fizikal yang memaparkan detik-detik terakhir mangsa sebelum mati. Ada yang sedang memeluk anak, menutup muka n etc. Pengkaji juga menemui sisa2 makanan seperti roti, daging n etc. para pengkaji juga masih berfikir bagaimana sebiah kota yang besar hancur dan penduduknya mati secara tiba-tiba dalam satu malam je.

 

Yang confirm tempat kena bala ialah Hegra je. Kita dapat tahu daripada kisah Nabi Muhammd SAW yang melalui tempat tu. Sementara Kota Iram. Pompei semua tu masih dalam kajian.

 

#ditulis spontan balik daripada masjid. Maklumat yang ditulis terutama melibatkan Iram dan Pompeii maybe tersalah. Tak sesuai untuk rujukan ilmiah kecuali setelah dibuat semakan semula

Isnin, 31 Ogos 2026

Everton Musim 2026/27

 Everton Musim 2026/27

Musim 2026/27 hadir sebagai satu musim yang cukup penting buat Everton selepas menamatkan musim lepas di pertengahan liga. Sayangnya tahun lepas tak layak ke eropah. Kalau layak, akan dapat pendapatan tambahan. Takperla, itu musim lepas punya citer. Tahun ni Everton memasuki musim kedua di Hill Dickinson Stadium (HDS) dengan sasaran yang lebih tinggi.

 

Under David Moyes ni (period kedua), Everton cuba membina pasukan yang lebih kompetitif melalui beberapa pembelian. Namun persoalan utama ialah sama ada penambahan pemain tersebut cukup untuk membawa Everton daripada pasukan pertengahan liga kepada pasukan yang mampu mencabar tempat ke Eropah.

 

Antara nama baru yang dibawa masuk ialah Hayden Hackney, pemain tengah yang sebelum ini beraksi bersama Middlesbrough. Hackney datang dengan reputasi sebagai salah seorang pemain tengah muda terbaik dan dinobatkan sebagai pemain terbaik Championship pada musim sebelum ni. Kehadirannya memberikan Moyes lebih banyak pilihan kat tengah. Nama Hackney ni ambo tak pernah dengar sebelum ni. Jarang amik tahu pasal Championship kecuali pasukan yang dapat promotion ke EPL je.

 

Christian Norgaard pula dibawa masuk dari Arsenal. Norgard ni dah ada pengalaman dalam EPL. Harapnya boleh memainkan peranan sebagai pemain tengah bertahan seperti Idrissa Gueye yang dah berundur.

 

Then Merlin Rohl (tak pasti nak sebut camana word Rohl tu). belum ni jadi loanee je, skang dah permanent. Harapnya menjadi kat midfiled tu

 

Everton juga dapatkan Tyrique George dari Chelsea. Ambo tak biasa dengar nama player ni. Masa menang first match dengan Istana Kristal 2-0 tu nampak macam boleh pergi jauh. Kita tgk la camana, bimbang kot tak konsisten je. Selain itu, Brennan Johnson turut menjadi antara nama besar yang dikaitkan dengan pembentukan skuad baru Everton. Setakat ni, Everton dah spending kira-kira 60j menurut laporan The Times. Harap semua player tu menjadi la

 

Sementara transfer keluar pulak, nama yang paling menonjol ialah Idrissa Gana Gueye dan Seamus Coleman. Gueye ke Saudi. Coleman juga dah berundur dan rasanya setakat ni masih berstatus takder kelab. Tapi berbaloi la Coleman datang dengan fee transfer yg cukup murah, then habiskan masa berbelas tahun kat Goodison Park sebelum ke Hill Dickinson. Ada juga player muda lain yang keluar, tapi tak sebesar nama 2 ni. Setakat ni jendela perpindahan tak tutup lagi. Dah ada gossip Ilman Ndiaye nak keluar. Kalau takder Ilman tu, macam susah juga nak cari pengganti dalam keadaan masa dah suntuk ni.

 

Kelebihan terbesar Everton berbanding musim lepas ialah Moyes cuba tambah depth pasukan dengan dapatkan pemain yang lebih serasi dengan system beliau. Sebelum ni ramai player yg dah sedia ada, maybe nak blend dgn taktikal beliau tu susah skit. Walaupun Everton takderla gameplay macam Barcelona, tapi Moyes memahami bola sepak Liga Perdana dan terkenal dengan pendekatan yang pragmatik, disiplin serta menekankan kekuatan fizikal pasukan.

 

Everton juga mempunyai gabungan player berpengalaman dan player muda. Kat barisan belakang contohnya, gandingan Tarkowski dan  Branthwaite semestinya ditagih. Cuma Tarkoswki dah sedikit berumur, kena ada player lain macam Jake Brien tu kot2 cedera Panjang.

 

Perpindahan ke HDS juga boleh memberi kelebihan besar terutama dari sudut kewangan. Everton memulakan era baru di stadium tersebut dengan kapasiti dan kemudahan moden yang mampu memberikan pengalaman lebih baik kepada penyokong. Faktor suasana di tempat sendiri mungkin memainkan peranan penting dalam usaha Everton mengumpul mata.

 

 

Walaupun banyak perkara positif, Everton masih mempunyai beberapa kelemahan. Cabaran paling jelas ialah kualiti serangan. Musim lalu Everton hanya mempunyai Beto sebagai penjaring terbanyak liga dengan sembilan gol. Ini menunjukkan Everton masih memerlukan penyerang yang mampu menghasilkan gol secara konsisten.

 

Thierno Barry mempunyai potensi, tetapi tekanan untuk menjadi penjaring utama agak besar. Everton juga perlu memastikan Iliman Ndiaye kekal kerana kreativiti dan sumbangannya amat penting dalam sistem serangan pasukan.

 

Masalah lain ialah posisi bek kanan. Laporan semasa menunjukkan Everton masih mencari pemain di posisi tersebut dan Moyes sendiri mengakui bahawa skuadnya masih memerlukan beberapa tambahan.

 

Squad depth area pertahanan juga menjadi persoalan. Everton tidak boleh terlalu bergantung kepada Tarkowski dan Branthwaite sepanjang musim kerana kecederaan atau penggantungan boleh menyebabkan masalah besar. Setakat ni dah ada berita Jake o briean maybe akan keluar

 

Persaingan untuk tempat ke Eropah semakin sengit. Gunners, Citizens, The Reds, The Blues, Red Devils, Claret, Magpies termasukla Spurs semuanya mempunyai sumber kewangan serta skuad yang besar. Everton perlu mengatasi beberapa pasukan lain yang turut menyasarkan kedudukan tujuh teratas.

 

Bagi ambo, sasaran paling realistik Everton ialah tempat ke-7 hingga ke-10. Jika pemain baharu cepat menyesuaikan diri dan Everton berjaya mendapatkan seorang penyerang serta bek kanan berkualiti sebelum jendela perpindahan ditutup, peluang untuk mencabar tempat Eropah adalah lebih besar. Everton sebenarnya takder la jauh sangat daripada kelompok tersebut. Musim lalu dok tempat ke 10. Takder la teruk sangat sebab sebelum ni asyik fight supaya tak jatuh liga je. Kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace pula memberikan permulaan yang sangat baik. Namun, satu perlawanan tidak boleh dijadikan ukuran keseluruhan musim.

Jika Everton mampu menyelesaikan kelemahan tersebut, mengekalkan pemain utama dan mengelakkan kecederaan serius, tempat di kelompok tujuh atau lapan teratas bukan sesuatu yang mustahil. Tetapi jika masalah menjaringkan gol dan kedalaman skuad tidak diselesaikan, Everton berkemungkinan sekali lagi berakhir di pertengahan liga.

 

Buat masa ini, kemenangan pembukaan ke atas Crystal Palace memberikan sebab untuk penyokong Everton optimistik. Musim 2026/27 mungkin belum menjadikan Everton pencabar Liga Juara-Juara, tetapi ia boleh menjadi musim yang membawa The Toffees selangkah lebih dekat kepada bola sepak Eropah.

 

 

Jumaat, 28 Ogos 2026

Melawat Tempat yang Pernah Diturunkan Bala

 Melawat Tempat yang Pernah Diturunkan Bala

Ada beberapa tempat yang pernah ditimpa bala bencana oleh Allah SWT. Antaranya ialah Madain Saleh (al-Hijr atau Hegra, tempat Kaum Thamud, Nabi Saleh), Kota Iram (dipercayai tempat kaum Ad, Nabi Hud), Laut Merah yang menjadi tempat tenggelamnya Firaun, Laut Mati (dipercayai tempat kaum Nabi Lut) n etc.

 

Masa Nabi SAW dan para sahabat dalam perjalanan pulang dari Tabuk, mereka melalui al-Hijr yang pernah menjadi penempatan kaum Thamud (Al-Hijr sekarang terletak dalam area Saudi).

 

Nabi SAW bersabda:

(Janganlah kamu memasuki tempat-tempat tinggal orang yang telah menzalimi diri mereka sendiri, melainkan kamu dalam keadaan menangis, kerana bimbang kamu ditimpa seperti apa yang telah menimpa mereka- Bukhari)

 

Antara beberapa perkara yang kita boleh amik daripada hadis ni ialah, jangan dok galok sangat melawat tempat sebegini. Janganlah jadikan ziarah kita tu semata2 untuk berseronok, bermegah atau sekadar amik video untuk tiktok atau medsos sahaja tanpa amik iktibar daripada peristiwa di sebalik tu.

 

Boleh je nak melawat, namun biarlah kita melawat sambil amik iktibar dan pengajaran daripada ziarah dan perjalanan kita. Menangis dalam hadis tersebut boleh difahami secara lateral, boleh juga boleh difahami sebagai gambaran hati yang tunduk, takut dan insaf terhadap kekuasaan Allah SWT. Tempat yang menjadi saksi kehancuran sesuatu kaum sepatutnya menimbulkan rasa kesedihan dan renungan utk kita.

 

Seseorang yang memasuki tempat kaum yang diazab dalam keadaan bersuka ria yg melampau dikhuatiri tidak mengambil pengajaran daripada nasib umat terdahulu. Oleh itu, suasana lawatan hendaklah dipelihara daripada perbuatan yang boleh menghilangkan nilai pengajaran dan penghormatan terhadap peristiwa sejarah tersebut. Macam kita gi kat kubur la, biarlah ziarah kita ke kubur tu menimbulkan keinsafan, tak perlu la bawa meggi cup dan air panas then hampar tikar berkelah kat kubur. Dah hilang hikmahnya tu.

 

Seterusnya, Rasulullah SAW menunjukkan contoh supaya tidak berlama-lama di tempat tersebut. Dalam hadis di atas, selepas memberi peringatan kepada para sahabat, Baginda SAW menutup kepala dan mempercepatkan perjalanan sehingga keluar dari kawasan al-Hijr. Perbuatan Baginda SAW ni menjadi panduan bahawa seseorang tidak seharusnya menetap atau bersantai terlalu lama di kawasan yang dikaitkan dengan azab Allah

 

Kebanyakan ulama berpandangan bahawa memasuki kawasan yang pernah diazab adalah MAKRUH, takder la sampai haram. Kalau kita ni pengkaji, contohnya nak kaji batu2 kat area tu, atau nak kaji iklim dan cuaca, yang ni kena stay lama, yang ni lain la. Pandangan ini menegaskan bahawa Islam tidak menolak pembelajaran sejarah, tetapi menetapkan adab dan tujuan yang betul dalam mengunjunginya.

 

Seorang Muslim juga perlu menjadikan kunjungan tersebut sebagai muhasabah terhadap diri sendiri. Kehancuran kaum terdahulu bukan sekadar cerita untuk dibaca, tetapi merupakan peringatan bahawa kekuatan, kekayaan dan kemajuan sesebuah masyarakat tidak mampu menyelamatkan mereka apabila mereka melampaui batas dan menolak kebenaran. Justeru, selepas melihat kesan sejarah tersebut, pengunjung sepatutnya memperbaharui keimanan, meninggalkan dosa dan meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT.

 

Kesimpulannya, melawat tempat yang pernah diturunkan bala bukanlah dilarang secara mutlak. Namun hendaklah dilakukan dengan adab yang betul. Antaranya ialah menghadirkan rasa takut dan insaf, mengambil pengajaran, mengelakkan sikap berseronok secara melampau serta tidak berlama-lama di tempat tersebut. Dengan adab yang betul, perjalanan tersebut bukan sahaja menambah pengetahuan sejarah, bahkan mampu memperkukuh keimanan dan kesedaran bahawa setiap manusia perlu sentiasa tunduk kepada kekuasaan Allah SWT.

 

#riyad al-Salihin

Khamis, 20 Ogos 2026

Barcelona 2026/27

Barcelona 2026/27

Barca baru je menang dengan al-Ahly Mesir 2-1 dalam perlawanan trofi Juan Gamper. Kalau tak silap, ni kira last match barca sebelum hadapi season baru 2026/27. Walaupun trofi  ni statusnya macam friendly je, tapi nampak ada beberapa perkara positif daripada games tu

 

Season ni juga kiranya musim ke 3 Hansi Flick, jurulatih dari Jerman. Dalam 2 tahun lepas, Barca telah memenangi 2 kejuaraan La Liga berturut-turut, (piala lain ada juga) sekali gus menjadikan mereka antara pasukan pilihan utama menjelang musim baharu. Cuma UCL masih tak tiba ke Camp Nou sejak 2015

 

Antara kekuatan terbesar Barca ialah barisan pemain muda yang semakin matang. Lamine Yamal menjadi tonggak utama pasukan di bahagian serangan, manakala Pedri, Gavi, Fermín López, Gerard Martin, Balde dan Pau Cubarsí memberikan keseimbangan antara kreativiti, tenaga serta disiplin taktikal dibarisan tengah dan pertahanan. Yamal khususnya dijangka menjadi pemain paling penting selepas menunjukkan peningkatan dari musim ke musim. Posisi GK rasanya takder masalah sangat, harapnya konsisten je. Rasa nak tgk juga generasi baru La Masia yang masuk skuad senior macam Tunkara, Espart n etc

 

 

Selain itu, pemain2 senior cam Raphinha, FdJ, Rodri yang masih segar dengan medal world cup serta Joao Cancelo harapnya boleh membentuk keseimbangan terutama di tengah dan belakang padang

 

Dari segi gameplay, gaya permainan Flick agak direct. Tapi bagi ambo, tak kisah la main direct ke atau apa pun, asalkan menang dengan tidak terlalu meninggalkan identiti barca yang gemar dengan possession ball. Harapnya system Flick dengan gameplay high line yang tinggi, intensity berterusan, tempo yang tinggi (bergantung kepada lawan dan gameplay) dapat memberikan sesuatu untuk barca season ni

 

Flick juga mempunyai kelebihan kerana sudah memahami budaya kelab dan karakter pemain. Kontrak beliau dilanjutkan sehingga 2027/28, menunjukkan keyakinan Barcelona terhadap projek jangka panjangnya.

 

Cuma ada satu persoalan besar, siapakah player no 9? Lewandowski dah berundur. Ferran dah ke Paris. Bardghji kena ACL. Setakat ni nama Hamzah Abdul Karim mula muncul. Harapnya dapat beri impak berterusan. Ambo tak begitu harap gosip2 transfer Alvarez, Gyokeres n etc nak ke Barca. Macam berliku je. Namun Barca kena ada squad depth kat area depan tu. Selain Hamza, Fermin, Lamine dan raphinha buleh rotate kat depan rasanya (selain Gordon dan Adeyemi). Cuma Barca kena ada no 9 tulen, kot2 ada yang cedera panjang

 

Dari segi kewangan, takat ni Camp Nou masih ditangguh untuk buka. Kalau dah buka, sekuarngnya ada sumber kewangan yang besar untuk barca. Tapi ok la, jika nak banding dengan pengurusan terdahulu yang bagi ambo menjadi penyebab utama Barca stuck dengan peraturan 1:1 ni. Salah satu keberuntungan barca masa berdepan krisis kewangan adalah La Masia

 

Barca dah bawa masuk Gordon, Adeyemi, Rodri, Bissuwu, Cancelo (sebelum ni jadi loanee). Ada pundit menulis bahawa serangan Flick nampak nakkan kepantasan kat depan.  Gordon dan Adeyemi tu antara lightning player.

 

Dalam masa yang sama, Barcelona kehilangan beberapa pemain penting. Selain Lewandowski dan Ferran Torres, Marc-André ter Stegen dipinjamkan ke Ajax, manakala Ronald Araújo pula dipinjamkan ke Anfield. Ada juga beberapa player muda yang dijual dengan  buy-back clause. Kiranya good job la

 

Kesimpulannya, Barcelona memasuki musim 2026/27 sebagai pasukan yang dilihat kuat tetapi masih mempunyai beberapa persoalan besar. Kekuatan pemain muda, pengalaman Flick dan kedatangan Gordon, Adeyemi, Rodri n etc harapnya memberikan alasan untuk optimis. Bagaimanapun, kekosongan penyerang tengah merupakan kelemahan utama yang perlu diselesaikan. Jika semua faktor tersebut berpihak kepada mereka, musim baharu berpotensi menjadi musim yang sangat istimewa di Camp Nou

 

Sabtu, 15 Ogos 2026

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah…. (2)

 7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah…. (2)

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah

Mereka berkasih sayang bukan kerana kepentingan dunia, harta atau kedudukan, tetapi semata-mata kerana agama dan mencari keredaan Allah. Persaudaraan itu kekal ketika bersama mahupun ketika berjauhan. Persahabatan itu akan terus dibina walaupun tanpa paku dan crown samada di bahu atau pun di dad aKadang2 kita rapat dengan seseorang kerana ada kepentingan, kerana seseorang tu ada kuasa untuk menganugerahkan pangkat, kedudukan mahupun kebendaan kepada kita. Kalaulah kita rapat kerana kepentingan sebegini, itu tak dikira.

 

Banyak juga ambo dengar kisah seseorang yang berpangkat besar, apabila bersara nyanyiannya yang dahulu merdu umpama buluh perindu dah bertukar menjadi lolongan anjing kurap yang buruk kepala berulat nyuk nyak nyuk nyak.

 

5. Lelaki yang menolak ajakan zina

Seorang lelaki diajak melakukan maksiat oleh wanita yang cantik, berkedudukan dan mempunyai pengaruh, namun dia menolak dengan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah." Wanita tersebut disebut mempunyai kecantikan dan kedudukan kerana keadaan itu menjadikan godaan lebih besar. Namun, rasa takut kepada Allah mengatasi hawa nafsunya. Kiranya lelaki ni menolak ajakan zina bukan kerana takut kantoi dengan penguatkuasa, tapi kerana takutkan Allah.

 

 

6. Orang yang bersedekah secara sembunyi

Seseorang lelaki yang memberikan sedekah dengan penuh keikhlasan sehingga diumpamakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Ini merupakan kiasan kepada betapa bersungguh-sungguhnya dia menyembunyikan amal daripada manusia agar terhindar daripada riak. Kalau zaman skang ni maybe kitab oleh sebut umpama derma tanpa ada live tiktok atau live FB kot. Yang penting ialah keikhlasan kepada Allah

 

Walau bagaimanapun, Syariat juga membenarkan sedekah dilakukan secara terbuka jika bertujuan menggalakkan orang lain bersedekah dan tidak menimbulkan riak. Contoh lain ialah seperti menyampaikan sumbangan bagi pihak penderma atau tabungan awam. Contohnya kita buat crowd funding (yg legal punya) then kita buat majlis penyampaian, semua ni untuk tujuan rekod dan eviden. Yang ni lain la.

 

7. Orang yang mengingati Allah lalu menangis

Seseorang yang mengingati kebesaran Allah, ingat nikmat dan seksaan Allah, hari pertemuan denganNya dan hisab di akhirat ketika bersendirian sehingga air matanya mengalir kerana takut dan khusyuk kepada Allah. Menangis ketika bersendirian menunjukkan keikhlasan kerana jauh daripada sifat menunjuk-nunjuk.

 

Yang ni susah nak dapat namun cubalah usaha. Kalau kita buat kat depan orang ramai, bimbang ada perasaan nak buat menunjuk-nunjuk, nanti semuanya akan jadi sia-sia. Maybe juga kita buat2 menangis kerana takutkan Allah di depan orang ramai supaya dikatakan kita seorang ulama besar, sedangkan itu semua riak. Semua tu akan sia-sia.

 

Hadis ini menyebut tujuh golongan, namun ia bukan takat 7 ni sahaja. Kiranya tak terhad pada 7 ni je. Dalam hadis2 lain ada juga sebut mereka yang mendapat naungan Allah seperti orang yang orang yang memberi kelonggaran kepada penghutang yang susah dan beberapa golongan lain.

 

Buat akhirnya, kita tilikla diri kita. Ada ker tak beberapa sifat kita dalam 7 golongan ni. Maybe kita tak dapat nak masuk dalam kesemua senarai 7 golongan ni. Kalau tak dapat 7, cubalah semak moga ada termasuk walau pun tidak kesemuanya. Moga Allah permudahakan segala amal kita dan memasukkan kita semua ke dalam syurga dengan rahmatNYA