Selasa, 18 Julai 2023

RS: hadis maimunah

 Dari Maimunah binti Haris r.a., ia memerdekakan seorang sahaya perempuan, tetapi ia tiada minta izin terlebih dahulu kepada Nabi s.a.w. Ketika tiba hari giliran beliau kepadanya, ia berkata: "Ketahuilah, hai Rasulullah! Saya telah memerdekakan hamba sahaya". Jawab Rasulullah: "Telah engkau lakukan?" Jawabnya: "Ya!" Sabda beliau: "Sesungguhnya kalau engkau berikan kepada pakcikmu, nescaya lebih besar upahnya (pahalanya) bagimu".

ada beberapa perkara penting berkaitan hadis ini

1) harta isteri menjadi milik isteri sepenuhnya. suami tidak dibenarkan mengguna atau mengambil harta isteri kecuali dengan izin isteri. hal ini banyak terjadi pada zaman sekarang. kadang2 isteri yang berkerjaya, ada gaji yang lebih besar daripada suami. maka gaji itu tetap menjadi milik mutlak isteri. walau bagaimanapun sebaiknya berbincanglah suami isteri tentang duit gaji dan bajet anda. itulah yang terbaik.

2) kita memberikan sesuatu kepada orang yang kita tidak kenali, insya allah kita akan dapat pahala (kena ikhlas). namun kalau kita memberi kepada ahli kepada denagn sesuatu pemberian, pahalanya lebih besar berbanding pemberian utk mereka yang tiada hubungan silaturrahim dengan kita

(sebahagia kuliah maghrib, kitab riyad al-salihin)