Sabtu, 26 September 2026

Perihal Meminta Jawatan

 Perihal Meminta Jawatan

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdul Rahman bin Samurah ra:

«يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ، لَا تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ، فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا، وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا»

(Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah kamu meminta jawatan (kepimpinan). Sesungguhnya jika kamu diberikan kepimpinan kerana kamu memintanya, kamu akan diberikan kepadanya (tanpa pertolongan Allah). Tetapi jika kamu diberikan kepimpinan tanpa memintanya, kamu akan dibantu dalam melaksanakannya.- Bukhari & Muslim)

 

Perawi hadis ni namanya Abdul Rahman Bin Samurah. Beliau berketurunan Bani Abdu Syams dari suku Quraisy. Nama penuhnya ialah Abdul Rahman bin Samurah bin Habib bin Abdu Syams bin Abdu Manaf.

 

Kunyah beliau ialah Abu Said. Kunyah ni dalam bahasa mudah maybe kita boleh terjemah sebagai gelaran atau panggilan. Biasanya bermula dengan nama Abu (ayah) atau Ibn (anak lelaki) atau Ummu (ibu).

 

Kunyah ni biasanya digunakan untuk anak yang sulung tapi ia bukanlah suatu kemestian. Ada juga kunyah digunakan kepada bukan nama orang macam Abu Hurairah (bapa kepada kucing), Abu Turab (turab bermaksud tanah, debu). Kunyah ni akan dok kat depan sebelum nama kita tu. Contohnya Abu Muhammad then diikuti nama kita. Then bahagian belakang kadang2 ada penisbahan pada tempat seperti al-Kelantaniy, al-Misriy, al-Dumyati n etc.

 

Beliau memeluk Islam saat peristiwa Penaklukan Mekkah (Fathu Makkah) dan meninggal di Basrah pada tahun 50H atau 51H. Ada juga pendapat sebut beliau meninggal di Merw. Kalau tak silap Merw sekarang berada di Iran.

Nama asal beliau ialah Abd al-Ka‘bah. Then Rasulullah SAW menamakannya Abdul Rahman selepas beliau memeluk Islam. Beliau terlibat dalam beberapa siri ekspedisi terutama di wilayah belah timur. Beliau juga pernah menjadi gabenor di Sijistan. Ini menunjukkan bahawa beliau bukan sekadar seorang perawi hadis, tetapi turut mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan kepimpinan.

 

Hadis di atas mengandungi nasihat yang sangat besar tentang hakikat kepimpinan dalam Islam. Rasulullah SAW mengingatkan kitas emua bahawa jawatan bukanlah sesuatu yang wajar dikejar. Ia bukan sekadar kedudukan, kuasa atau penghormatan bahkan sebaliknya, kepimpinan merupakan amanah yang berat dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

 

Dalam hadis ini, pada zahirnya menunjukkan larangan meminta jawatan. Larangan ini menunjukkan bahawa seorang Muslim tidak sepatutnya menjadikan jawatan sebagai matlamat peribadi. Seseorang yang terlalu menginginkan kedudukan mungkin terdedah kepada penyakit hati seperti cintakan pangkat, pujian, pengaruh dan kuasa. Sedangkan semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin besar pula tanggungjawab yang akan dipikulnya.

 

Hadis di atas juga menjelaskan berkenaan akibat meminta-minta jawatan. Jika seseorang itu meminta jawatan, maka akan diberi kepadanya permintaan itu tanpa pertolongan (Allah SWT) dalam menyelesaikan kerja (jawatan) tersebut. Disimpulkan juga bahawa hukum meminta-minta yang berkaitan dengan kekuasaan seperti pemerintahan, penguasaan dan apa yang berkaitan dengannya adalah makruh. (website muftiwp)

 

Timbul persoalan, dalam AQ ada disebut kisah Nabi Yusuf as meminta dilantik sebagai penguasa kepada khazanah negara (surah yusuf ayat 55) . Tidakkah hadis ni jadi kontra dengan ayat AQ? Sekali tengok hadis melarang meminta jawatan. Baca AQ pula ada kisah nabi Yusuf minta jawatan lak. Macam kontra lak kan.

 

Sebenarnya takder kontra pun. Ulama menegaskan bahawa bagi individu yang mempunyai kekuatan dan mampu memegang amanah adalah dibenarkan serta layak untuk meminta jawatan. Yang tak boleh ialah kita tak layak, namun minta juga dilantik jawatan tu. Tak kira la samada tak layak tu kerana terlalu lemah disebankan factor penyakit atau usia, atau tak layak kerana tiada ilmu dan Kemahiran ditambah lagi kerana nakkan habuan dunia dan sebagainya. Benda ni dah banyak dibincangkan dalam kitab2 syarah hadis dan fegh dengan panjang lebar

 

#riyad al-salihin bab meminta jawatan. Biodata perawi dari Dalil Falihin.

 

 

 

 

 

 

Jumaat, 11 September 2026

Doa Memohon Pertolongan untuk Beribadah

 Doa Memohon Pertolongan untuk Beribadah

Dalam satu hadis, Nabi SAW kepada Muaz bin Jabal,

(يَا مُعَاذُ، إِنِّي لَأُحِبُّكَ، فَلَا تَدَعَنَّ أَنْ تَقُولَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ)

Maksudnya (Wahai Muaz, sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu. Maka janganlah kamu meninggalkan untuk membaca pada akhir setiap solat doa ini “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kepadaMu”)

 

Doa ni glamer. Masa ambo remaja dulu biasa dengar Imam dok baca doa ni. Bila dah besar, terjumpa hadis pasal doa ni dalam Riyad al-Salihin.

 

Hadis ni sangat indag. Ia menggambarkan betapa sayangnya Nabi SAW terhadap sahabatnya yang Bernama Muaz bin Jabal. Dalam hadis ni ada beberapa benda. Antaranya ialah ungkapan sayangnya Nabi SAW kepada Muaz dan doa yang menghimpunkan 3 benda penting dalam kehidupan kiata iaitu zikir, Syukur, dan ibadah

 

Perkara pertama yang menarik perhatian dalam hadis ini ialah sabda Nabi SAW

إِنِّي لَأُحِبُّكَ  (Sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak segan untuk menyatakan kasih sayang kepada para sahabat Baginda. Ungkapan tersebut juga mempunyai kesan pendidikan yang besar. Apabila seseorang mengetahui bahawa gurunya menyayanginya, nasihat yang diberikan akan lebih mudah diterima oleh hati.

 

Muaz merupakan antara sahabat yang mempunyai kedudukan istimewa. Beliau terkenal sebagai seorang yang alim dalam ilmu halal dan haram. Rasulullah SAW juga pernah mengutus beliau ke Yaman untuk berdakwah dan mengajar Masyarakat di sana

Seterusnya lafaz doa. Doa ini pendek jer, tetapi maknanya sangat luas.

اللَّهُمَّ أَعِنِّي   maskudnya (Ya Allah, bantulah aku).

Perkataan أَعِنِّي menunjukkan bahawa seorang Muslim sentiasa memerlukan pertolongan daripada Allah. Walaupun kita maybe ada ilmu, ada pengalaman, ada kerjaya dan harta, kekuatan dan kemampuan, namun kita tetap seorang makhluk. Tetap lemah dan terdedah kepada godaan syaitan dan dibimbangi tergelincir daripada landasan yang sepatutnya. Justeru itu, kena mintak sokmo dengan Allah supaya Allah bantu kita dalam beramal dan istiqamah padaNya

 

عَلَى ذِكْرِكَ (untuk mengingatiMu)

Zikir bukan sekadar menyebut lafaz tertentu, tetapi merangkumi usaha menghadirkan Allah dalam kehidupan. Hati yang banyak mengingati Allah akan lebih mudah meninggalkan perkara yang dilarang dan melakukan perkara yang diperintahkan.

 

وَشُكْرِكَ (Dan mensyukuriMu)

Syukur secara mudahnya bermaksud mengakui segala nikmat berasal daripada Allah, memujiNya atas nikmat tersebut dan menggunakan nikmat itu pada perkara yang diredaiNya. Kesihatan, ilmu, masa, keluarga dan rezeki semuanya merupakan nikmat yang sepatutnya membawa seseorang semakin dekat kepada Allah.

 

وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ (Dan memperelokkan ibadah kepadaMu)

Frasa ini mengajar bahawa bukan kuantiti ibadah sahaja yang penting, tetapi kualiti ibadah juga penting. Seorang Muslim hendaklah berusaha melaksanakan ibadah dengan ikhlas, mengikut petunjuk Rasulullah SAW dan menghadirkan hati ketika melakukannya.

 

Rasulullah SAW mengajar Muaz supaya membaca doa ini pada akhir setiap solat. So lepas jer kita baca tahiyat akhir boleh je baca doa ni sebelum beri salam. Nak baca di luar solat pun boleh je (ada perbahasan ttg ni). Doa ini juga mengajar kita bahawa kejayaan dalam beribadah bukan semata-mata bergantung kepada kekuatan diri. Sebaliknya, kita perlu sentiasa memohon taufik dan pertolongan Allah.

 

Kesimpulannya hadis ni merupakan antara hadis yang ringkas tetapi sangat mendalam maknanya. Ia menggabungkan kasih sayang, pendidikan dan doa dalam satu nasihat Nabi SAW.  Justeru itu, sek kita boleh la pakat2 baca doa ni sambil memahami dan menghayati maknanya.

 

#sebahagian daripada isi penting kuliah maghrib, Riyad al-Salihin

Jumaat, 4 September 2026

Melawat Tempat yang Pernah Diturunkan Bala (2)

 Melawat Tempat yang Pernah Diturunkan Bala (2)

Ada ahli jamaah tanya pasal Piramid Giza. Setahu ambo, Piramid ni bukannya tempat yang kena bala seperti Madain Saleh (Hegra) tu. Piramid ni berfungsi sebagai kubur Firaun je. Pusat pemerintaha Firaun terletak di Selatan Mesir. Apabila meninggal, mereka tempatkan dalam pyramid. So Piramid tu sebagai kubur bagi Firaun. Firaun lak merupakan nama pemerintah Mesir masa tu. Khabarnya pada zaman tu, mereka akan tanam mayat bersama barangan kemas seperti emas n etc.

 

Dalam banyak2 Piramid, yang plaing glamer adalah yang terletak di Giza. Ada 3 biji rasanya. Kat area depan Piramid ada patung Great Sphinx tu (patung macam singa). Kalau Kaherah tu umpama Kota Bharu, Giza tu macam Tumpat la. Dua bandar yang bersebelahan yang dipisahkan oleh Sungai Nil.

 

Zaman kami dulu, kalau pelancong nak masuk rasanya kena bayar 50 USD, kami pelajar luar yang belajar di sini kena bayar dalam 10 pound Egypt (tunjuk kad university). Rakyat tempatan 1 pound je. Jauh sangat beza.

 

Contoh lain ialah kota Iram (yang dikaitkan dengan Kaum Aad dan Nabi Hud). Kota ini sangat kaya, maju dan dipenuhi istana megah dengan seni bina tiang yang luar biasa tinggi. Semua ni menjadi lambang kehebatan mereka. Kota ini telah dimusnahkan oleh ribut taufan yang sangat dahsyat selama 7 malam 8 hari sehingga tertimbus sepenuhnya di bawah gurun

 

Kalau tak silap (ambo dah lupa) kota ni ditemui melalui teknologi satelit NASA dalam 90an atau 80an. Para penyelidik dapat mengesan dan seterusnya menemui laluan perdagangan purba yang sudah tertimbus di bawah pasir di Shisr, Oman. Mereka menemui jalur-jalur laluan karavan purba yang besar yang semuanya bertumpu dan bertemu pada satu titik tunggal, iaitu sebuah oasis area berkenaan.

 

Selepas kerja-kerja ekskavasi dilakukan, mereka menemui sebuah kubu pertahanan yang besar. Kubu ini mempunyai struktur lapan dinding setebal beberapa kaki dengan menara-menara pengawal tinggi yang dibina di setiap sudut kubu. Ini semacam bertepatan dengan gambaran Al-Quran tentang Iram yang mempunyai tiang-tiang (menara) yang tinggi (Surah Al-Fajr: 7)

 

Cuma para pengkaji masih berdebat samda tapak di Shisr ini merupakan keselurhn kota Iram atau hanya sekadar pintu masuk utama bagi tamadun berkenaan. Semuanya masih dalam perdebatan. Apa yang pasti, penemuan ini membuktikan kewujudan sebuah kota bertiang megah yang hilang secara drastik di bawah gurun berkenan

 

Then kota Pompei. Sebelum bencana, Pompei ni sebuah kota yang sangat mewah serta sibuk dengan populasi yang besar. Then apabila Gunung Vesuvius meletus, ia memuntahkan gas beracun, batu, dan debu panas setinggi berpuluh kilometer ke udara Dalam masa singkat, gelombang haba melampau melanda kota itu dan menimbus seluruh kawasan sedalam 4 hingga 6 meter. Majoriti penduduk mati akibat terhidu gas beracun dan sesak nafas.

 

Apabila ahli arkeologi mula menggali kota ini pada kurun ke-18, mereka menemui sesuatu rongga-rongga kosong di dalam lapisan debu keras tempat mayat manusia reput. Then para pengkaji menuang sejenis bahan (ambo lupa nama bahan tu) ke dalam rongga tu. Akhirnya mereka berjaya menghasilkan acuan fizikal yang memaparkan detik-detik terakhir mangsa sebelum mati. Ada yang sedang memeluk anak, menutup muka n etc. Pengkaji juga menemui sisa2 makanan seperti roti, daging n etc. para pengkaji juga masih berfikir bagaimana sebiah kota yang besar hancur dan penduduknya mati secara tiba-tiba dalam satu malam je.

 

Yang confirm tempat kena bala ialah Hegra je. Kita dapat tahu daripada kisah Nabi Muhammd SAW yang melalui tempat tu. Sementara Kota Iram. Pompei semua tu masih dalam kajian.

 

#ditulis spontan balik daripada masjid. Maklumat yang ditulis terutama melibatkan Iram dan Pompeii maybe tersalah. Tak sesuai untuk rujukan ilmiah kecuali setelah dibuat semakan semula